Ternyata Salah Mencintaimu

Door nurxdylxh

876K 27.2K 691

Kisah perih yang dilalui Ainul Mardhiah sewaktu di bangku sekolah berulang kembali apabila dia bertemu pujaan... Meer

Prolog
Part 1
Part 2
Part 3
part 4
Part 5
Part 6
part 7
part 8
part 9
part 10
part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
NOTES
Part 50
Part 51
Part 52
EPILOG
NOTES
PERHATIAN
NEW STORY!

Part 30

14K 370 3
Door nurxdylxh

"Shit!" Bentak Dayana. Rancangannya gagal lagi. Dia teriak sambil menghentak stereng keretanya.

"Sorry sayang, I tak bermaksud nak cederakan you" Dayana bermonolog dalam kereta. Rasa bersalah mula menyelubunginya.

Dia mula berasa cuak jika mereka melaporkan perkara ini dilaporkan kepada polis. Ini akan menjadi satu kes yang berat. Cubaan membunuh!

"Ammar i'm so sorry" rintih Dayana lagi.


Ainul duduk di samping suaminya yang tidak menyedarkan diri. Begitu juga dengan Ziyad. Ziyad berasa terhutang nyawa pada Ammar kerana Ammar telah menyelamatkannya. Ziyad mula terfikir, apakah motif pemandu kereta itu ingin melanggarnya. Dia cuba mengingati kembali jenis kereta dan warnanya. Namun, nombor pendaftaran kereta gagal untuk diingati.

"Ain, aku rasa kita kena report polis. Ni boleh jadi kes ni" cadang Ziyad.

Ainul hanya terdiam. Dia menangguk kecil. Dia merenung tubuh yang tidak bergerak itu. Demi Allah, dia rindukan suaminya. Dia berasa berdosa kerana telah meninggalkan Ammar tanpa meminta izin terlebih dahulu. Ya, sememangnya Ainul telah berdosa kepada Ammar.

"Abang. Abang cepatlah bangun. Ain rindukan abang" Ainul berkata kata dengan Ammar yang sedang koma itu.

"Ain dah buat dosa dengan abang. Ain dah tinggalkan abang. Ampunkan Ain abang, Ain berdosa pada abang. Jangan tinggalkan Ain" rintih Ainul lagi sambil mencium tangan Ammar. Air mata Ainul gugur.

Kelihatan Ammar juga mengalirkan air mata. Mungkin rintihan Ainul itu didengari Ammar. Namun, entah bila Ammar akan sedarkan diri.

Ziyad bertekad untuk melaporkan perkara ini kepadan polis. Dia yakin, Dayana adalah dalang semua ini. Dayana tidak berpuas hati dengannya tempoh hari. Ya, dia harus membela nasib Ammar yang menjadi mangsa.

Datuk Zikry melawat anaknya, Ammar. Dia terkejut mendengarkan berita itu. Ammar, satu satunya anak yang dia punya. Pastinya, dia berasa sedih dan tidak mahu kehilangan Ammar.

"Ain, kamu pergilah balik dulu. Biar papa jaga Am"

Ainul menggeleng.

"Takpelah papa. Biar Ain je yang jaga abang Am. Kalau dia bangun nanti, tengok Ain takde mesti dia sedih" ujar Ainul.

Datuk Zikry mengangguk.

"Ziyad, kalau hang nak balik, hang baliklah dulu" Ainul berkata pada Ziyad.

Ziyad mengangguk kecil.

"Ain. Aku mintak maaf atas apa yang jadi. Ini semua salah aku." Ziyad memohon maaf.

"Takpelah Ziyad, aku redha" ujar Ainul.

"Aku nak hang tahu. Ammar tak bersalah. Dia dianiaya. Satu je aku mintak. Hang maafkanlah Ammar" pinta Ziyad.

Ainul hanya mendiamkan diri.

"Aku balik dulu. Esok aku datang lagi" pamit Ziyad. Dia meninggalkan ruangan itu.

Telefon Ainul berdering.

'Ibu!'

Ainul segera mengangkat.

"Hello? Ain? Ammar macam mana?" Soal Puan Safura.

"Abang Am, dia koma lagi ibu" jawab Ainul. Suaranya sedikit sengau dan serak kerana menangis.

"Ain pergi mana, ibu call tak berjawab. Dah tiga hari ibu contact kamu tak dapat"

"Err, handfon Ain rosak sikit ibu. Sekarang ni baru okay" bohong Ainul, padahal telefon bimbitnya itu sengaja ditinggalkan di rumahnya agar Ammar tidak dapat menghubunginya.

"Em takpelah macam tu. Esok, ibu dengan yang lain datang melawat ya? Asalamualaikum"

Talian dimatikan.

Beberapa jam kemudian, Datuk Zikry meminta diri untuk pulang. Ainul lantas menyalami bapa mertuanya itu.

"Esok, papa datang lagi ya Ain. Jaga diri, jaga Am elok elok" pesan Datuk Zikry. Ainul mengangguk dan tersenyum.

Sudah pasti Ainul akan menjaga suaminya itu sepenuh hatinya.
Ainul melentokkan kepalanya di samping Ammar yang terbaring di katil. Dia berharap agar Ammar cepat sedar dari koma. Dia rindu gurauan manja Ammar, dia rindu mendengar pujukan Ammar tatkala dia merajuk. Sungguh dia rindu! Dia tidak sanggup kehilangan Ammar.


Keesokan harinya Afrina datang untuk melawat. Kebetulan juga Ziyad sampai di situ. Kedua duanya ingin membuka pintu. Tangan mereka bersentuhan.

'Ops! Tak sengaja!' Bisik hati Afrina lalu pantas menarik semula tangannya. Begitu juga Ziyad. Afrina tersipu malu.

"Sorry, aku tak sengaja" ujar Ziyad sambil membukakan pintu untuk gadis itu masuk.

"Its okay" ucap Afrina sepatah lalu meluru masuk. Wajahnya merona merah. Ziyad yang perasan pipi gadis itu bertukar warna tahu bahawa gadis itu sedang menahan malu. Afrina juga tidak berani menatap mata Ziyad. Ziyad sekadar tersenyum meleret.

"Ain. Nah aku bawakan sarapan untuk kau" ujar Afrina sambil menghulurkan bungkusan makanan.

"Ya Allah, thanks weh. Ehh, Ziyad pun ada sekali. Korang datang sekali eh?" Usik Ainul, ingin menutup kedukaannya.

"Ish, mana adalah. Kebetulan datang sekali" bidas Afrina. Malu benar dia di hadapan Ziyad.

"Eleh. Jodoh kuat tu. InsyaAllah la tak lama lagi" usik Ainul lagi.

"Ish Ain ni dah melalut ke mana dah ni. Dahla, makan cepat!" Afrina segera menukar topik.

Ziyad yang mendengarnya hanya mampu tersenyum seraya menggeleng melihat mereka berdua. Ziyad dapat melihat kedukaan Ainul, walaupun dia beriak ceria. Bengkak di matanya menandakan dia menangis semalaman.

"Ain. Aku mintak hang bersabar. Am pasti akan sedar tak lama lagi" ujar Ziyad. Ainul tertunduk. Air matanya ditahan daripada mengalir.

"Aku dah report polis. Tak lama lagi, orang tu akan dapat hukuman setimpal" sambung Ziyad lagi.

'Dayana, kau mesti akan kena punyalah!' Ziyad berkata dalam hati.

"Aku nak pergi toilet jap" Ainul berkata, sesungguhnya dia ingin menangis, tetapi tidak mahu menunjukkannya di hadapan kawan kawannya. Dia mahu kelihatan tabah walaupun sebenarnya dia tidak!

Tiba tiba, Ainul mengaduh kesakitan. Ainul memegang perutnya.

"Eh, Ain. Hang kenapa ni. Ain?!" Soal Afrina cemas.

Ainul rebah.

Ziyad segera mendukung Ainul.

"Nurse! Nurse!" teriak Afrina. Ziyad menolak sedikit tubuh Afrina ke tepi untuk memberi laluan untuknya. Ziyad mendukung Ainul ke luar untuk pemeriksaan.

Terdetik rasa cemburu dalam hati Afrina. Ternyata Ziyad masih ambil perhatian terhadap Ainul. Namun, perasaan cemburunya itu segera ditangkis.

"Awak suami dia?" Soal doktor itu.

Ziyad terkedu.

"Err, saya kawan baik dia" jawab Ziyad.

'Ya, saya suaminya yang tak jadi' Ziyad berkata dalam hati.

"Begini, kandungan Puan Ainul baik baik saja. Tapi...."

"Tapi apa doktor?" Soal Ziyad ingin tahu.

Sory, i know part ni kurang menarik. :( comment lah apa yg patut. Kalau sudi, vote dan followlah saya. Thanks :):)

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

400K 20.3K 50
Pertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan dengan seorang gadis sosial. Start: 17...
1.4M 63.8K 62
ℕ𝕒𝕚𝕝𝕒𝕙 𝕁𝕒𝕟𝕟𝕒𝕙 𝕃𝕖𝕗𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟 𝕂𝕠𝕞𝕒𝕟𝕕𝕖𝕣 𝕌𝕥𝕙𝕞𝕒𝕟 𝔽𝕚𝕣𝕕𝕒𝕦𝕤 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔�...
821K 84.3K 71
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
42.4K 5.1K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...