Isteri 17 Tahun

By BigggApplesMM

5.9M 218K 6.6K

Luqman Rafi'e seorang jejaka yang bekerjaya ,setelah tamat berlajar di luar negara.Suatu hari ibubapanya memi... More

Prolog
BAMM # 1
BAMM # 2
BAMM # 3
BAMM # 4
BAMM # 5
BAMM # 6
BAMM # 7
BAMM # 8
BAMM # 9
BAMM # 10
BAMM # 11
BAMM # 12
BAMM # 13
BAMM # 14
BAMM # 15
BAMM # 16
BAMM # 17
BAMM # 18
promote ; story
BAMM # 19
BAMM # 20
BAMM # 21
BAMM # 22
BAMM # 23
BAMM # 24
BAMM # 25
BAMM # 26
BAMM # 27
BAMM # 28
BAMM # 29
BAMM # 30
BAMM # 31
BAMM # 32
BAMM # 33
BAMM # 34
BAMM # 35
BAMM # 36
BAMM # 37
BAMM # 38
BAMM # 39
BAMM # 40
BAMM # 41
BAMM # 42
BAMM 43
BAMM # 45
BAMM # 46
BAMM # 47
BAMM # 48
BAMM # 49
BAMM # 50
BAMM # 51
BAMM # 52
BAMM # 53
BAMM # 54
BAMM # 55
BAMM # 56
BAMM # 57
BAMM # 58
BAMM # 59
BAMM # 60
BAMM # 61 ( last ep. )
EPILOG
CADANGAN ?
okey !

BAMM # 44

70.5K 2.8K 48
By BigggApplesMM


"Senior mana ? Aku tak nampak pun dia hantar kau tadi . Cuma kak Nawal yang aku nampak . hm.. Kau dua orang bergaduh ke ?"

Soalan Misya ni ...

Aku merengus geram . " Tak ada soalan baru ke yang nak ditanya pun . Kalau kita orang berenggang sikit dah di katakan gaduh ? " aku melangkah malas . Geram la . Dekat rumah papa cakap gaduh , dekat sekolah pula misya ..

"Sorry la Lina . Jadi , tak gaduh la ? "

Aku menggeleng . Tidak .

"By the way , apa kak Nawal buat dekat sini ? Berfail segala ." ditanyanya lagi .

"Temu duga , sekolah rendah ." ringkas dan berisi aku menjawab . satu - persatu .

"Alah , kenapa tak menengah aje ." keluh Misya .

Aku angkat bahu tidak tahu . Bukan tidak tahu . Malas sebenarnya nak ambil tahu . Misya ni pun banyak mulutnya . Jadi untuk bagi dia senyap aku jawab aje tak tahu . Senang kerja .

Amir dari jauh berlari anak mendapatkan kami berdua . Dia menghalang langkah kami .

"Kau pahal Mir . Nak mengorat bukan kat sini ." marah Misya .

" Kalau aku ngorat pun , bukan kau perempuanya . Tomboy macam kau memang tak sesuai dengan aku . Not my tease ." herdik Amir selamba . Aku hanya menjadi pendengar dan penonton yang setia .

" Ewah , bagus betul bahasa . Pernah makan penumbuk 3G tak ? Kalau belum sini aku nak sedekahkan ." kata Misya tangan kanannya digumpal lalu menumbuk pada tapak tangan kirinya .

"Ni ? Penumbuk kecil ala semut ni ? Comel je . sini - sini . " Amir mengajukan pipi kirinya kepada Misya .

"Lina , kau pegang aku kuat - kuat . Silap nanti ada juga orang kena tahan ICU ."

Aku menahan tangan kanan Misya seperti yang disuruh . "sabar Misya . Istifar banyak-banyak . " nasihatku .

Amir sudah ketawa terbahak- bahak .

"Awak pun satu amir , jangan la mencari masalah . Berdosa tahu sakitkan hati seseorang . " tawa Amir terus membisu apabila menerima teguranku .

"Kau dengar tu , berdosa . Apa kes kau halang jalan aku , haaa ?"
"Sabar , misya . " aku menenangkannya lagi .

"Bukan saja-saja la aku halang kau . Ni , ustazah nak jumpa Rai'a katanya pengetua panggil ." terang Amir .

Aku menunding jari kepada aku sendiri . "saya ?"

Misya yang sudah bertenang memandang aku dengam wajah yang terkejut .

"Kau ada buat salah apa ?"

Aku menggeleng tidak tahu - menahu . Aku pandang misya sesama sendiri lalu dipandang pula pada wajah Amir untuk mngetahui sebabnya .

Tapi , hampa . Amir juga angkat bahu tidak tahu .

------------

Sebelum masuk ke dalam aku menarik nafas sedalam - dalamnya . Pintu biliknya aku ketuk sebelum memulas tombol pintu .

"Ye , ada apa ?" pengetua bertanya tetapi tidak menoleh ke arahku .

Mungkin sibuk .

"Pengetua nak jumpa saya , ada apa ya ?"

"Jumpa ? ... Oh ya , sini duduk . Boleh tunggu sekejap saya ada kerja sedikit . " ujarnya .

Aku mengganguk . Faham . Aku duduk dikerusi yang menghadapnya . Memang betul la kata Misya , sekarang baru aku nampak kenapa pengetua sekolah ni nampak muda . Tengok ajelah penampilan dia , dalam pejabat sendiri pun bercermin mata hitam .

Tiba - tiba aku beristifar . "apa kena dengan aku ni ." utum aku sendiri . Apa dengan kau ni Rai'a mengumpat di pagi hari ?

"Apa nama kamu ye ?" tanya pengetua sambil menyusun fail-fail yang berselerak di atas mejanya .

"Rai'a . Nur Rai'a Amalina ." nama penuhku aku sebutkan .

Pengetua , tiba - tiba tangannya berhenti bekerja . Aku memandangnya pelik .

Dia menggangkat wajah memandangku lama . Aku hanya memberi senyuman kekok .

"Rai'a .. "

"Ya cikgu ?"

"Bangun sekejap ." arahnya .

Aku tanpa banyak soal . mengikuti arahannya .

"Duduk ."

Aku duduk semula .

"Bangun .."

Aku ikuti arahannya lagi . Sabar wahai hati Rai'a .

"Duduk.."

Aku duduk semula ... lagi

" Bangun .."

Aku membulatkan biji mata . Lebih lagi dia sandarkan diri sambil berpeluk tubuh macam tu . hei , aku dah ada suami . Agak sikit .

Aku menampar meja dihadapanku . Ahh , lantak biadab ke apa ? Aku dah naik geram ni . Apa dia ingat aku kuli ke ? Sudahnya tak tahu kesalahan apa yang aku buat . tiba - tiba kena panggil datang sini . Apakah ?

"Cikgu ingat saya robot ke ?"

"Memang pun , robot doraemon ."

"Saya bukan doraemon la . "

"Ye , kamu doraemon."

" tak , saya .. "

Wait . Doraemon ? Hanya seorang aje yang akan panggil aku doremon . Abang Aliff . Takkan lah . Orang yang sama ?

"Abang ?" aku mula menduga .

Dia tersenyum mendengar pertanyaan daripada ku . Lantas cermin matanya dibuka .

"Masih ingat abang rupanya ."

Aku mngusap mataku berkali - kali lalu aku mencubit pipi ku sekuat hati ."Rasa sakit . Aku tak mimpi ke ni ?"

"Ya Allah , sayang mimpi apanya , abang hang pun dah tak kenai ka ?"haaa , tudia loghat utara dia keluar dah .

"Ceq kenai la . " aku berlari ke arahnya . Abang Aliff bangun dari tempat duduknya lalu mendepakan tangannya .

Aku apa lagi , peluk la . Air mata aku tiba - tiba menitis laju . Rindu aku pada dia Ya Allah . Terima kasih kerana bertemukan persahabatan adik - beradik ini semula . Aku bersyukur dengan ujian Mu .

"Hei , kenapa nangis ni . Jumpa abang pun nak nangis ke ?" air mata aku dikesat .

"Rai'a rindu abang . Dah bertahun abang menghilangkan diri . Tinggal Rai'a dan Umi macam tu . "

"Abah kan ada , abah boleh tengokkan Rai'a dan umi ."

Aku kecewa mendengar jawapan daripada abang .

"Abang tak rindu Umi ?"

"Rindu Rai'a . Kalau boleh abang nak jumpa umi sujud pada kaki umi , abang banyak buat umi terluka macam mana abang lukakan hati Rai'a ." ujarnya suara semkin sedih .

"Umi tak pernah marahkan abang . Betul .. Abang .. Rindu .. Abah tak ? " sekat - sekat aku mahu bertanya . Takutnya masa tak sesuai untuk di tanya pasal Abah .

Abang Aliff memandangku ."abah masih marahkan abang ?"

Aku tersenyum ." tak . Kalau abang nak tahu Rai'a ternampak abah menangis sorang diri di bawah rumah . Abah menyesal halau abang masa tu . Pasal kak Rita tu , bohong belaka . Itu semua fitnah abang .. Kak Rita buat macam tu sebab tak nak tinggal bersama ayah tirinya . Rupanya , ayah tiri kak Rita yang buatkan dia mengandung . Bagi menutup malu , abang mangsanya . " ceritaku bersungguh - sungguh .

"Siapa yang cerita pada abah dan Umi ?"

"Kak Rita sendiri . "

Dahi abang berkerut . Mungkin kerana terkejut dengan jawapanku .

"Rita sendiri ? Jadi di mana Kak Rita sekarang ? "

"Rumah penjagaan ibu - ibu tunggal . Kak Rita dah selamat lahirkan anak . Comel abang .. "
Aku tersenyum teringat lagi kali pertama aku mencium pipi gebu bayi lelaki dalam dakapanku . Indah .

"Abang ?"

"Hoi , mengelamun pula dia ni ." aku menapar lengan abang Aliff . Apa lah yang difikirkan tu .

"Abang mengelamun pun salah ."
"Bukan salah , tapi waktu tak tepat , ada faham ?"

"Yalah , adikku . " pipi aku dicubitnya manja .

"Abang .. Rai'a nak tanya sesuatu boleh ?"

"Tanya la . "

"Macam mana abang boleh jadi pengetua di sekolah lama Rai'a , sedangkan abang tak pernah cerita pula . Alih - alih dah bekerjaya sekarang ." aku memandangnya sambil menongkat daguku .

"Panjang ceritanya Rai'a ."

"Pendekkan . "

Aku menayang barisan gigi putih ku . Haishh , macam ni la aku kalau dengan abang tersayang . Kalau bersembang , waktu lain pun tak ingat . Sembang punya sembang dah sampai waktu rehat . Kann dah cakap ? Tak apalah , sebenarnya aku belum puas lagi nak berbual dengan Abang Aliff . Tak apa kita sambung di rumah . Telefon kan ada ? Hehe

- isteri 17 tahun -

Continue Reading

You'll Also Like

166K 6.6K 34
Kisah seorang perempuan yang berumur 17 tahun berkawin pada usia muda. Belum terlintas dalam fikirannya untuk berkawin pada usia muda. Perkawin ini a...
367K 19.3K 31
Hidup Afrina musnah sama sekali apabila mamanya menyuruh dia tuisyen dengan jirannya. Lebih memalukan apabila orang yang mengajarnya itu ialah orang...
2.3M 67.6K 41
"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pe...
30.3K 1.3K 26
"Memang taklah aku nak kahwin dengan kau. Mulut dahlah macam longkang pecah nasib muka je cantik tapi perangai kalah beruk atas pokok"-Tengku Riyaz A...