Pluto

Av FithFith

10.9K 958 119

(Sekuel HILANG) Setahun berlalu sejak pelajar 5 Sains 1 mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Malaysia d... Mer

Coretan Sang Penulis
Prolog
Bab 1 : Perbincangan
Bab 2 : Misi Mustahil
Bab 3 : QASA
Bab 4 : Berlatih!
Bab 5 : Kami Bersedia
Bab 6 : Bumi dan Angkasa
Bab 7 : I.S.S.
Bab 8 : Planet Merah
Bab 9 : Radiasi
Bab 10 : Cuba untuk Kembali
Bab 11 : Selain Kita
Bab 12 : Gunung Loki
Bab 14 : Berubah
Bab 15 : Penemuan
Bab 16 : Akibat Virus
Bab 17 : Agenda Sebenar
Bab 18 : Klimaks
Bab 19 : Tamat (?)
Bab 20 : Kehilangan
Bab 21 : Pengakhiran
Bab 22 : Dahulu
Epilog

Bab 13 : Pertemuan

349 33 4
Av FithFith

  Nafas aku deras. Aku berpeluh-peluh. Aku tak dapat kawal rasa gelisah aku.

  Mata aku meliar ke semua tempat tanpa sebab. Aku rasa sesak dada, mungkin kerana kadar nafas aku terlalu pantas.

  Peristiwa tu... terbayang-bayang  dalam minda aku. Aku tak boleh hentikannya. Bagai wayang gambar rosak, peristiwa pendek itu diulang-ulang dalam kepala aku. Aku panik, resah, ketakutan. Semua berbaur dalam lubuk jiwa.

  Aku nampak UFO. Ketika menyelamatkan diri daripada amukan Io.

  "Tak guna..."

  Aku membuka zip beg tidur dengan kasar lalu keluar dari dorm. Kalau dibiar pemikiran aku meneruskan wayang gambar itu, berseorangan di dalam dorm yang sunyi, memang boleh jadi sewel aku ni. Memang betul pun, kepala aku dah mula rasa pening...

  "Eh, Ansar!"

  "Hei~"

  Aku terus saja dibanjiri soalan-soalan daripada mereka-mereka yang kerisauan di kokpit utama. Sedaya upaya aku cuba sorokkan kegelisahan aku tadi.

  "Ansar, kau okeykah tak ni?? Kau pergilah berehat-"

  "Aku okey saja ni." jawabku, tanpa menyedari bahasa aku agak kasar kepada Aqilah.

  "Kenapa muka risau semacam?" tanyaku, mendekati bahagian panel kawalan. Raja nampaknya tengah agak marah. Tengoklah muka dia. Ia menjelaskan segalanya.

  "Kapal ni ada masalah lagi... Haish, menyampah pula aku dengan benda ni!"

  "Rosak di bahagian panel solar, di bahagian bumbung Adventure..." selit Kak Natasha. Matanya nampak letih. Dia menyandar pada kerusi pemandu sambil melepaskan keluhan berat. Tahu-tahu saja dia dah berdengkur lembut.

  "Disebabkan panel solar yang membekalkan tenaga untuk penerbangan Adventure tu rosak... kapal kita kekurangan kuasa. Lalu menyebabkan kita semakin perlahan untuk sampai ke Enceladus...-"

  "Abang Andrew tak beritahu pun kita nak ke Enceladus!!" teriak Aqilah yang boleh pula muncul di sebelah. Sakit telinga aku. Raja pun menerima nasib sama. Abang Andrew hanya gelak geli hati.

  "Enceladus? Apa tu?" Hani bertanya. Izzah jawab 'entah' lalu bertanya soalan yang sama kepada Raja.

  "Haih, tu pun tak tahukah?? Menyedihkan betullah kalian ni!"

  "Hmm, memang tak tahu. Kau berilah tunjuk ajar!" Izzah membalas kasar, seperti biasa. Raja keluh dingin.

  "Enceladus tu, bulan kepada Zuhal."

  "Zuhal yang cantik tukah? Yang ada gelang tu, ya?"

  Raja mengangguk. Azim dan Aqilah jadi teruja. Izzah dan Hani pun sama. Keindahan Zuhal memang aku tak nafikan.

  "Tapi disebabkan panel solar tak guna tu, kita akan lambat sampai ke Enceladus!"

  Tanpa sempat sesiapa untuk bersuara lagi, bunyi bip kedengaran banyak kali dan cahaya merah pula ada merata pada panel kawalan dan skrin. Kak Natasha yang baru menutup mata tadi serta merta bangun memeriksa.

  "Fasal mulut kaulah ni, Raja! Adventure dah kehabisan tenaga untuk bergerak!"

  "Eh, apa hal pula mulut aku yang dipersalahkan??"

  "Kau panggil panel solar tu 'tak guna'!!"

  "Eh, dah dah!! Boleh tak jangan bergaduh??"

  Raja dan Izzah terus senyap mendengarkan teguran aku. Yang aku tak faham ni, Azim dan Aqilah asyik ketawa saja melihat perang Raja-Izzah.

  "Kita ada masalah." Kak Natasha menoleh ke arah kami, di kirinya.

  "Adventure tak bergerak langsung. Kita mungkin akan terpesong daripada laluan yang sepatutnya."

  "Di angkasa pun, perlu ada laluankah? Bukan kita pakai redah sajakah?" Azim menyoal. Ayatnya buat aku tergelak.

  "Hahaha, taklah... Setiap kali kita berlepas, contohnya dari Io, kita gunakan gravitinya untuk bergerak dalam bentuk lengkungan ke Enceladus. Ini membantu dalam melawan graviti Matahari yang kuat."

  "Tak faham~!"

  "Tak faham, sudah!"

  Aqilah tertawa ceria.

  "Jadi," tanya aku, "kita perlu buat EVA?"

  "Nampaknya begitulah." keluh Raja. Aku hendak beredar ke dorm untuk bersiap sedia tapi... muka Azim, Hani, Aqilah dan Izzah yang blur menghalang aku.

  Oh ya. Baru teringat. Mereka tak tahu apa itu EVA.

  "Haih... EVA tu, misi angkasawan ke luar kapal angkasa tanpa apa-apa pendaratan di mana-mana planet. Maksudnya, kita akan terapung di angkasa ketika melakukan kerja."

  "Wah, seronoknya!!!!" serentak Aqilah dan Azim menjerit. Mereka berdua ni memang duo jeritan nyaring dalam kapal.

  Namun begitu, wajah Hani dan Izzah jelas memancarkan raut keraguan.

  "Kita kena pegang Adventure kuat-kuatlah, ya? S-Sebab kalau terlepas, kita akan terbang jauh daripada Adventure!"

  "Jangan risau, ada tali."

  "Kalau tali tu putus?"

  "Woi, mulut kau tu jaga sikit, Aqilah!!!"

  "HA-HA-HA!"

  "Izzah dan Hani tak payahlah pergi kalau takut." ucap Abang Andrew. Kali ni, dia pula yang menyandar, selepas tu memejam mata.

  "Apa? Habis tu? Takkan aku seorang saja perempuan??" bentak Aqilah. Memikirkan kata-katanya, aku terus teringat akan Fithri. Dia berani, mungkin dia akan turut serta misi EVA pertama ni?

  "Dia takkan keluar."

  Semua tak membalas apa-apa. Aura menakutkan daripada Raja terlalu kuat. Betul, sangat menakutkan. Aku tak tipu.

  "Dah, marilah. Siap sedia." Kak Natasha menepuk perlahan bahu Aqilah lalu bersama-sama ke dorm mereka. Aku dan Azim pun ke dorm kami untuk memakai sut.



  Deruan rasa dingin yang semacam serba sedikit membuat aku terkejut. Tak macam Marikh atau Io, hampir tiada haba yang memberi kehangatan pada badan kerana ketiadaan udaradi ruang angkasa ini. Matahari dari kejauhan nampak menyilaukan walaupun kelihatan sangat kecil. Aku guna penapis cahaya pada topi keledar aku.

  Kini aku dan pasukan EVA lain sudah ke luar Adventure. Kami terus ke bahagian bumbung Adventure, di mana terdapat sedozen dua panel suria. Setiap satu darinya bersaiz dalam lingkungan sebidang permaidani ruang tamu.

  Kak Natasha beredar perlahan-lahan ke panel suria yang kami harus perbaiki atau diganti. Panel tu terletak di bahagian sisi kanan Adventure, hampir di hujung sekali.

  Apabila aku ingat balik, bahagian itulah yang dihentam asteroid tempoh hari. Nasib baiklah panel itu tidak rosak terus selepas dihentam. Kalau tak, Adventure boleh terkandas dalam jaluran asteroid tu!

  "Ansar. Kita dah boleh mula bekerja."

  "Okey!" Aku menghulur sebekas alatan tangan untuk membaiki panel suria kepada Kak Natasha. Wanita muda itu pula, mengedarkan beberapa alatan kepada aku dan Raja. Oleh kerana kami berdua ialah 'jurutera' bagi kapal angkasa ni, aku dan Raja perlu bekerja. Aqilah dan Azim hanya perlu menolong kami atau menjaga alat-alat tangan daripada terbang ke merata tempat.

  "Nah, pegangkan ini." Lalu Aqilah pun pegangkan beberapa skru yang aku telah buka dari panel.

  "Complicatednya~!" ujarnya apabila melihat wayar-wayar berselirat di dalam bingkai panel.

  "Ha, sebab tu kau kena belajar rajin-rajin dalam matematik dan sains!"

  "Diamlah, Raja! Aku cakap dengan Ansar!"

  "Tapi apa yang Raja cakap tu, memang betul pun." balas aku. Sahaja nak memenangkan Raja. Aqilah tu mulalah pura-pura merajuk dengan aku.

  Keadaan selepas itu menjadi sangat-sangat-SANGAT sunyi. Angkasa, ruang vakum, satu bunyi pun tak dapat didengari. Hanya bergantung kepada alat komunikasi sahaja.

  Tapi ciptaan Tuhan ada hikmahnya. Di angkasa ni, ada macam-macam letupan berlaku. Bintang mati, hentaman asteroid, solar flare... Kalau angkasa bukan vakum, maknanya setiap saat kita akan dengar berbagai bunyi yang menakutkan. Hish.

  "Raja, wayar ini perlu diganti, bukan?"

  "Mana?"

  Raja mendekati aku dan Aqilah. Azim mengekori.

  "Ya, ya, kena ganti ni. Azim, ambilkan playar dalam bekas tu!"

  "Eh, kau ingat aku ni orang gajikah?"

  "Memang pun. Pergi ambil!"

  "Hmph!"

  Aqilah terbahak-bahak mentertawakan adegan tu. Aku hanya menguntum sengih.

  Mata aku teralih pada ruangan angkasa yang kosong. Tertangkap akan mata aku pada sesuatu yang berkilau begitu terang. Bintangkah itu?--

  I-Ia bergerak...?

  "Raja! Nah, playar-- Eh, mak!"

  Latah Azim mengejutkan aku. Playar yang dipegangnya terlepas dari pegangannya!

  Dia tergapai-gapai ingin mengambil playar yang menjauhi. Tangannya terlepas dari rail besi di bumbung kapal.

  "Wei, wei, wei, AZIMMM!!!"

  "Hah, dapat!- Eh, a-aku terlepas rail--- WEY, TOLONG AKUUUU!!!!"

  "Bodohlah kau!" Tanpa fikir panjang, Aqilah melepaskan genggamannya pada rail lalu mendapatkan Azim. Aku, Raja dan Kak Natasha? Ternganga.

  Baru nak beri amaran supaya jangan lepaskan rail juga!

  "WEI WEI WEI WEI WEI WEI WEIIIIIIII APA KALIAN BUAT NI?????"

  "Apa? Ada tali, bukan? Aku boleh saja tarik tali ni... Tak payahlah panik! Hahaha!"

  Tawa Aqilah membuatkan kami semakin cemas. Serius, dia tak tahu apa-apa.

  "Kamu sendiri yang beritahu - kalau tali tu putus macam mana???" Kak Natasha menjerit bagai nak keluar anak tekak. Punyalah cemas. Mestilah, aku dan Raja pun cemas!

  Si duo ceria yang 'berpelukan' di awang-awangan tu mulalah kalut. Dah mulalah berbagai cara berenang mereka guna untuk kembali ke Adventure. Nasib baiklah cara tu berjaya.

  "Hah, lain kali fikir dulu sebelum buat apa-apa!"

  Aqilah memuncung apabila menerima nasihat percuma daripada aku. Azim hanya tersengih tak henti-henti apabila dimarahi Raja. Kak Natasha tertawa letih. Aku faham keletihan dia menjaga kami yang hiperaktif ni.

  Sambil mendengar leteran Raja, kami menyambung kerja. Pendawaian dan pembaikian hampir siap apabila...

  "Natasha? Natasha, um... tolong cepat sikit."

  "Ada apa, Andrew?"

  Kesunyian membalas. Kami saling berpandangan.

  "Andrew?"

  "Natasha! Cepat sikit!!"

  "Kenapa ni??"

  Kami agak cemas berserta hairan apabila suara Abang Andrew bergetar-getar, menyuruh kami pantas menyiapkan kerja.

  "Ada...A-Ada maklumat baharu yang mengatakan ada sebuah komet baru saja melintas beberapa juta kilometer dari sini..."

  "You... You mean...-"

  "...Yes. Better do it fast."

  Kami berempat masih saling berpandangan. Mata masing-masing bagai bertanya apa yang berlaku.

  Kak Natasha pantas meneruskan kerja tanpa menghiraukan kami. Tapi dia ada bersuara.

  "Hujan meteor..."

  "Eh?"

  "Hujan meteor atau 'tahi bintang' ialah serpihan komet yang hampir terhempas ke Bumi namun telah hancur terbakar sepenuhnya ketika melalui atmosfera sebelum sempat sampai ke tanah-- tunggu."

  Raja berhenti memberi penjelasan, membuat raut terkejutnya itu.

  "Serpihan tu.... menghala ke sini? Ke arah kita??"

  "WHAT???"

  "Lebih baik buat kerja cepat!"

  "Tapi kita masuk sajalah dalam Adventure, nanti-nanti kita sambunglah kerja kita ni!"

  "Qilah! Benda tu datang nak hentam kita, hentam Adventure! Kalau kita tak siapkan panel ni, Adventure tak dapat bergerak!"

  "Ooh. Kut ya pun, tak perlulah kau teriak dekat aku macam tu!"

  Haih, dia ni merajuk lagi. Tapi tiada masa nak pujuk, aku perlu siapkan panel sepantas mungkin.

  Mujur sekarang kami hanya perlu tutup panel ini dan skrukannya.

  "Qilah, skru tadi?"

  "Nah- eh? Mana pergi??"

  "Kau hilangkannya??"

  "APA??"

  "Yang kalian kecohkan sangat kenapa? Dua saja pun yang hilang!"

  Kak Natasha mengeluh kasar sambil dia pantas menggali dalam bekas alatan tangan untuk mencari skru lebihan.

  "Aqilah... Jangan main-main dengan kapal angkasa. Silap sikit, boleh meletup kapal ni! Setiap skru kecil sangat penting, tahu!"

  "Ya, Kak Natasha... Maaf."

  Lekas Kak Natasha menghulur dua butir skru kepada aku.

  "Cepat, Ansar!"

  Aku bersiap siaga dengan pemutar skru lalu memutar skru masuk ke slotnya pada panel.

  Ketika aku terkial-kial membuat kerja, Kak Natasha mengarahkan yang lain-lain untuk masuk ke Adventure dahulu. Hanya tinggal aku dan Kak Natasha untuk menjaga.

  "A-Ansar..."

  Aku toleh kepada Kak Natasha. Dia sedang melihat sesuatu.

  Serpihan komet!

  Aku kena cepat!

  Susah untuk aku kekal fokus walaupun hanya perlu menguruskan dua butir skru. Sarung tangan tebal sut ini tak membantu langsung untuk memegang benda kecil. Kerap aku terlepas skru namun aku pasti dapatkannya balik.

  Satu skru sudah siap. Satu lagi...!

  Tatkala aku memutar satu skru itu, aku dengar Kak Natasha terjerit kecil. Aku pandang sekilas ke arahnya dan... aku nampak darah mengalir ke dahinya.

  "Kak Nata-"

  "Jangan berhenti!..."

  "T-Tapi... Apa dah berlaku-?!"

  "Macam mikrometeoroid... ia serpihan kecil komet sebesar kuku saja tapi... kelajuannya... a-arh..." Oh, tidak. Kak Natasha mula nak pitam!

  "Kak Natasha, cepat masuk ke Adventure! Saya akan menyusul nanti! Abang Andrew, sambut Kak Natasha!"

  "Ya!"

  Aku memutar skru itu namun boleh pula ia tercabut! Aku perlu cepat!!

  Serpihan komet masih jauh namun yang bersaiz kecil sudah tiba dengan kelajuan yang menakutkan. Serpihan kecil tu telah membuat lekukan kecil pada badan Adventure dan menghiris lapisan luar nipis sut di lengan kanan aku. Aku makin panik tapi aku cuba menstabilkan emosi.

  "Ansar!!!"

  "Sikit lagi...!"

  Aku terus mengerjakan skru tidak bersalah itu dan...

  "SIAP!"

  "Cepat masuk!"

  Aku bergerak secepat boleh tetapi keadaan antigraviti melambatkan aku. Aku semakin cemas. Suara panik Aqilah dan rakan-rakan lain pula menghuru-harakan emosi aku.

  "Cepatlah, wei-- A-Ansar!!!!"

  Badan aku dengan refleks menoleh ke belakang dan... serpihan besar. Serpihan besar komet sudah sampai.

  Aku...
 
          ...Aku akan mati...

  "ANSAR!!!!!"


 

  "Cepatnya kau masuk?"

  "Huh..."

  Aku buka topi keledar. Adventure sudah bergerak menjauhi serpihan komet tadi, dan kini kapal ini sedang beroperasi hampir kepada kelajuan cahaya.

  "Apa-apa pun... bagus kerja kau, Ansar!"

  "Yaaa!~"

  Aku hanya tersenyum. Ucapan terima kasih aku kepada Raja dan Azim seperti hambar sahaja. Keluhan banyak kali kulepaskan. Letih betul aku. Itulah, aku terlalu cemas dan panik tadi.

  "Kak Natasha? Macam mana dengan dia?"

  "Hanya luka kecil... tak perlu dijahit pun..."

  "Jadi kau tak perlu risau~"

  Aku menghela nafas lega. Syukurlah. Kak Natasha selamat mungkin atas jasa topi keledar yang kalis mikrometeoroid. Sekadar kalis peluru seperti topi keledar syarikat angkasa lain, ia tak mencukupi.

  Aku meninggalkan mereka berdua di koridor terowong sempit itu dengan muka kelat. Pasti mereka terpinga-pinga dengan kelakuan aku ni.

  Entahlah. Aku rasa... letih. Aku berpeluh resah, tanpa tahu sebab apa. Dan entah kenapa... Jauh dalam diri aku asyik berkata-kata bahawa ada sesuatu yang hilang...

  Adakah aku... tertinggal alatan di luar sana??

  Rasanya tak...

  Apa ya?

  Kenapa aku resah dan ketakutan semacam ni?...

  Malam itu, semua orang sudah tidur nyenyak. Teruja benar nak ke Enceladus.

  Aku tak dapat tidur. Jantung aku berdebar. Pelik betul. Aku sakitkah? Rasanya tak...

  Ketakutan menyelubungi diri aku. Aku masih tak tahu mengapa ia berlaku. Tiada sebab untuk aku ketakutan macam ni.

  Jantung aku macam nak tercabut apabila pintu hac dorm tiba-tiba terbuka. Nasib aku tak terjerit.

  "Err... Ansar?"

  "Fithri. Kenapa?"

  Tangannya bergerak-gerak, mengajak aku keluar. Yalah, takkanlah dia nak masuk ke dorm lelaki?

  Aku keluar dari dorm dengan berhati-hati, agar tidak mengejutkan yang lain.

  Fithri kemudiannya, mengajak aku ke bilik graviti. Pelik juga, tapi aku ikutkan saja. Wajahnya nampak lebih beremosi, tidaklah wajah kosong yang dia suka buat tu.

  Kami memasuki bilik itu dan Fithri cepat-cepat menutup pintu hac.

  "Kenapa?"

  "Shhhh."

  Tangannya membawa keluar telefon bimbitnya dari poket seluar sukannya.

  "Yang mana, ya- Ah, yang ini."

  "Hmm?"

  Telefonnya didekatkan ke telingaku.

  "ANSARRRR!!!!"

  Aku terkejut mendengar suara nyaring para wanita di dalam kapal ini. Oh ya, ni masa aku hampir dihentam serpihan tu...

  Tapi... apa... yang berlaku selepas tu? Baru aku teringat, kenapa aku tak cedera sekarang ni?

  Rakaman audio itu bagai menjawab persoalan aku itu.

"A...Apa...!?

Panggil Fithri sekarang! Aku perlu bercakap dengan dia!"

"Kenapa dia nak cakap dengan Fith?"

"Entah... Panggil sajalah si Fith tu...-"

"Kenapa ni?"

"Eh, Fith! A-Ansar nak cakap dengan kau!"

  "A-Apa... Bila ni, Fithri?"

  "Kau rasa, bila?"

  Soalan itu berpatah balik kepada aku.

  Bila? Semasa serangan serpihan komet, bukan?

  Tapi kenapa aku tak dapat ingat apa-apa selepas tu? Aku tak dapat recall...

"Kenapa, Ansar?"

"Fithri! Masa sekarang sedang terhenti!"

"...Tak mungkin..."

"Catatkannya, supaya kita tahu nanti!"

"Y-Ya..."

"Tulis, 5S6Q."

  "Apa yang??-"

  "Senyap, Ansar. Yang lain sedang tidur."

  "T-Tapi..!-"

"Baik kau masuk sekarang, Ansar. Cepat!"

"Ya- Oh... Oh, tidak..."

"Kenapa, Ansar?"

"Badan aku tak dapat bergerak...- A-Apa ni?! W-Wei-- Ahh!!!"

"Ansar!!"

"Fithri! T-Tolong aku!!"

"Fifi! Tolonglah dia!! Kau tahu semua benda, bukan??"

"Aku... tak tahu..."

"...T-Tolong..."

"Ansar!..."

  Esakan Aqilah menghancurkan hati aku. Audio itu terhenti setakat itu.

  "...Makhluk asing culik aku?"

  Fithri hanya berdiam, namun anggukannya menusuk dadaku. Dalam.

  Masa terhenti. Badan terkaku. Ingatan dihilangkan. Apa lagi yang aku perlukan untuk membuktikan kewujudan mereka??

  "A-Aku..."

  "You have to believe. Kau dah cukup bukti untuk percayakannya."

  "...Aku tahu."

  Apa lagi alasan supaya aku dapat menafikan perkara ni? Tadi tu suara aku sendiri...! Dan aku sendiri yang membocorkan password kepada semua akaun media sosial aku, yang tiada siapa tahu selama ni!

  "F-Fithri..."

  "Kita kena balik, tak kira apa pun. Kapal angkasa makhluk-makhluk itu terlalu beradiasi. Mereka tahu kita hasil kepada eksperimen klon yang terhebat di Bumi, dan mereka tahu kita lemah kepada radiasi dan--"

  Aku menangis. Aku... Aku menangis... Aku ketakutan. Semua ni kelihatan mengarut...

  Apa semua ni? Pertama kali aku menjadi begitu lemah sebagai seorang lelaki...

  Apabila memikirkan kemungkinan bahawa kami semua akan mati,... Aku tak mampu lagi menahan esakan aku. Biarlah ego aku tercalar, aku dah tak kisah.

  Fithri menepuk-nepuk bahu aku. Dia ukir senyumnya, walaupun aku tahu ia palsu. Kata-katanya dah lama bernoktah.

  "Kita perlu hentikan misi ke Pluto. Nak bekerjasama?"

  "...Ya."

  "Pergilah sambung tidur. Maaf mengganggu."

  Semua ini terlalu banyak untuk kutelan. Terfikir aku, mampukah aku lelapkan mata malam ni? Tapi aku hanya menurut.

  "Tapi, Fithri..."

  "Hmm?"

  "Macam mana kau tahu semua ni?"

  Suara aku yang bergetar lemah tidak disambut. Hanya kesepian menjawab. Aku tidak mengendahkannya, ada sebab Fithri berdiam. Aku membuka pintu hac untuk kembali ke dorm lelaki.

  "A-Aqilah!"

  "Apa kau buat di sini?"

  Air mata dan keringat yang mengalir deras tadi, sesegera aku seka. Aqilah, menerapung di koridor itu, merenung aku mata ke mata.

  "Aku ulang; apa kau buat di sini?"

Fortsett å les

You'll Also Like

4.6K 80 7
aku yang telah dibuang keluarga akibat kebodohku yang lalu. Pertemuan yang tak diduga menjadikan kebodohan itu kembali. Banyak permainan dan situasi...
62.8K 524 4
Mengisahkn seorng isteri yg ketagih mkn lua
77.4K 2.9K 30
Kisah dimana seorang perempuan yang menjadi gangster.Dia menyorokkan identitinya sendiri daripada adik-beradiknya. Apa yang akan terjadi sekiranya ad...
229K 12.7K 44
Hi surprise suka tak hadiah dari aku?! Haha kelmarin kau mandikan aku. Harini aku mandikan kau. Kau nak tahu tak tu air apa. Haha tu air longkang. An...