MAKNA PADA RASA

By JueaAbdullah72

19.5K 376 6

"Eager to leave me, Puteri Zulaikha? Jadi... saya tak layak untuk seorang Puteri Zulaikha! Right?" Dagu Puter... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12 Part I
Bab 12 Part II
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Teaser Makna Pada Rasa 1
Teaser Makna Pada Rasa 2

Bab 7

383 12 0
By JueaAbdullah72


Teruja dengan berbagai barangan yang dipamerkan di dereten kedai yang bagaikan tiada kesudahan itu, Puteri bagaikan hilang fokus untuk mencari tudung.

Tambahan pula, hasil kerja tangan orang Turki sungguh halus seninya dengan warna-warna terang yang berbagai tidak kira pada pakaian, barang-barang hiasan, lampu dan sebagainya menjadikan Puteri bagaikan hilang dari dunia. Banyak sungguh yang dibelek dan diperhatikan, ada diambil gambar dan ada yang bagaikan sukar untuk dilepaskan. Dia pasti akan kembali sebelum pulang ke Malaysia nanti.

Peniaga-peniaga yang peramah bukan main lagi melayani Puteri yang hidung dan matanya hampir sama dengan kebanyakan gadis-gadis Turki. Mujur kebanyakannya boleh berbahasa Inggeris malah ada yang boleh bercakap Bahasa Melayu! Kalau tidak, letih juga dia membuat berbagai bahasa isyarat untuk berkomunikasi.

Nuqman sabar melayan kerenah isterinya. Namun yang menghairankannya, Puteri tidak pula mahu membeli barang-barang yang dibelek penuh asyik itu. Tapi bagus juga, desis hati Nuqman. Kalau tidak, mungkin dia terpaksa menjunjung barang-barang tersebut ke kereta memandangkan terlalu banyak yang menjadi perhatian Puteri. Tapi yang menyakitkan hati, Puteri seolah-olah sedang melancung seorang diri. Dirinya bagaikan pengawal peribadi saja. Ini tak boleh jadi!

Tiba di sebuah kedai kecil menjual barang-barang antik, mata dan mulut Puteri sudah sama bulat kerana teruja. Nuqman menghela nafas geram. Lorong kecil di antara deretan kedai di situ mengingatkannya kepada sesuatu. Pantas dia mencapai radio antik di tangan Puteri lalu meletakkannya kembali ke tempat asal lalu menarik Puteri keluar.

"Eh! Kenapa ni? Kenapa tarik saya? Nantilah! Radio tu! Nak tengok jap! Cantik sangat... kejaplah awak!" Puteri meronta-ronta minta dilepaskan. Sementara peniaga di kedai itu sudah melaung-laung, risau kehilangan pembeli.

"Ahh... awak bukan nak beli pun! Ikut je lah..." Jenuh juga menarik perempuan bila hatinya sudah terikat dengan sesuatu. Bagaikan menarik unta liatnya!

Lorong kecil yang sudah pudar warna catnya suram tanpa cahaya. Puteri yang terkocoh-kocoh melangkah ditarik Nuqman terpinga-pinga melihat keadaan sekeliling yang sangat berbeza. Tiada lagi syurga membeli-belah yang berwarna-warni dan bunyi keriuhan bagaikan semakin menjauh. Anak tangga batu yang sudah berusia mereka naiki. Mujur langkah Nuqman semakin perlahan tapi jemari Puteri masih digengam kemas. Puteri dapat melangkah lebih tenang namun melihatkan keadaan sekeliling, aliran adrenalinnya semakin deras.

"Err... awak nak bawak saya pergi mana ni?" Jantung Puteri semakin kuat berdebar. Cemas melihat Nuqman bagaikan ada muslihat. Tapi... dia kan suami? Ahh! Dia lelaki! Apa pun boleh jadi!

Hiruk pikuk dalam Grand Bazaar tadi bagaikan hilang ditelan alam. Selautan manusia tiba-tiba lenyap dari pandangan. Mereka bagaikan timbul dalam dunia yang lain. Pepohon tinggi menghijau tiba-tiba menjamah pandangan mata disambut bunyi burung berkicau. Ajaib!

Langkah Puteri turut terhenti apabila langkah Nuqman berhenti. Langit luas membiru tiba-tiba menyapa. Ya. Hujan telah berhenti. Hari mula cerah dan berangin. Wajah Puteri berubah dari terkejut kepada teruja, dari cemas kepada terharu. Indah sungguh alam di Istanbul!

"Cantik, kan?" Bisik Nuqman tatkala melihat saujana alam yang indah itu. Dia berdiri hampir di belakang Puteri lalu meletakkan dagunya di bahu kecil itu. Cuba melihat alam dari perspektif yang sama dengan Puteri. Puteri yang terkejut berpaling mencari wajah Nuqman dan... serentak itu hidungnya menyentuh pipi Nuqman. Puteri terkaku menahan nafas, menelan liur. Terasa darah panas naik ke pipi. Nuqman terkejut dan tersenyum. Terpejam matanya lama. Menghayati saat istimewa itu.

"Awak!" Suara Puteri bagaikan desiran angin.

"Saya!" Jawab Nuqman sambil berpaling menatap anak mata redup Puteri. Dekat sekali.

"Err... sor... sorry!" Wajahnya berkerut lalu tunduk berpaling menahan malu. Senyum Nuqman semakin lebar.

"It's alright. You have done nothing wrong... and thank you!" Dagu runcing itu dicuit dengan hujung jari.

"Come, you want to see the world?" Nuqman menegakkan badan seraya menarik nafas penuh semangat.

"Yes! Please..." Puteri lega lalu tersenyum dengan rasa serba tak kena. Namun dia memang tidak sabar untuk meneroka tempat itu bersama Nuqman. Mereka membelok ke arah kiri dari ruang batu konkrit tempat mereka berdiri. Kemudian Nuqman menunjuk ke satu arah. Nafas Puteri tersentak. Satu binaan konkrit selebar tiga kaki melunjur sepanjang puncak bumbung yang menaungi ribuan kedai dalam Grand Bazaar yang baru mereka jelajahi sebahagian darinya tadi.

Di sebelah kiri mereka, kelihatan kubah dan menara Masjid Nuruosmaniye yang menjadi jantung kota Istanbul Lama.

"Masjid Nuruosmaniye tu dianggap sebagai salah satu contoh masjid buatan terhalus dalam gaya Baroque Uthmaniah dengan sentuhan Eropah. Arkitek Mustafa Aga dan seorang lagi Simon Kalfa bergabung tenaga membina masjid tu. Mereka tu antara sumber inspirasi saya. Sebab tu saya suka sangat berada di Turki. Seluruh tempat ni bagaikan hidup dan berperanan. Itulah yang membakar jiwa juang saya." Nuqman menghimbau pandangan sejauh mungkin. Hari ini dia ingin berkongsi rasa hati dan cerita tentang dirinya dengan Puteri. Bukankah pertemuan kali ini untuk mereka saling mengenali diri? Jauh di sudut hati, Nuqman memanjatkan munajat, moga Allah melembutkan hati Puteri untuk sudi berkongsi seluruh hidup dengannya.

"Saya pun dapat rasakan. It's not just about the architecture. There's something more..." Puteri tercari-cari...

"It has soul, ada roh... They designed it with their souls and their faith in God." Nuqman memberikan kesimpulannya. Puteri mengangguk sambil matanya masih tertancap ke arah binaan hebat itu. Dia tidak dapat mencari kesimpulan yang lebih baik dari itu.

Puas memerhatikan keindahan masjid itu dari jauh, mereka beralih ke arah kanan pula. Masjid Beyazid megah berdiri menjadikan kaki langit Istanbul begitu indah dan klasik.

"Masjid Beyazid tu pulak antara bahan binaan yang utamanya ialah dari batu granit dan marmar. Kalau tak salah saya, usianya lebih 100 tahun dari Masjid Biru. Saya selalu jugak ke sana. Ruang luarnya luas, jadi banyak aktiviti yang mereka buat. Antara yang menjadi tumpuan kat sana tu, jualan barang terpakai. Memang ramai golongan miskin di Istanbul ke situ. Lagipun selalu ada makanan dan manisan diberikan percuma."

"Err... awak selalu ke sana, buat apa?" Tak mungkin Nuqman berminat dengan barangan terpakai, soal hati Puteri. Atau makan percuma? Eeee teruknya! Takkanlah kot! Hatinya berdialog sendirian. Tak sedar dahi dan mukanya berkerut-kerut ikut beremosi. Nuqman memandang pelik. Namun dia tersenyum.

"Saja... ikut Ismet. Dia selalu ke sana, berbual-bual dengan orang-orang yang datang mencari barang keperluan. Kalau ada yang dia boleh tolong, dia tolong." Cerita Nuqman panjang lebar. Yang tidak dia ceritakan ialah dia dan Ismet sebenarnya selalu menghulurkan sumbangan dan menghantar makanan asas ke situ. Biarlah tangan kanan memberi, tangan kiri tidak tahu. Lagipun, itulah antara cara mendekati orang lain dan bersilaturrahim. Bila sudah rapat dan mesra, mudahlah mereka berkongsi rasa dan membimbing golongan itu agar redha dengan ujian kesusahan yang mereka lalui. Supaya mereka tidak rasa tersisih dari golongan yang lain malah merasa terbantu. Mereka juga harus dibantu dari sudut kerohanian agar iman mereka kental terpelihara. Peranan Nuqman dari sisi itu, biarlah Puteri mengetahuinya sendiri tetapi bukan dari mulutnya.

"Kalau Ika nak tengok lebih jauh lagi, bolehlah jalan-jalan kat situ..." pelawa Nuqman sambil menunjukkan ke arah binaan konkrit selebar tiga kaki itu.

"Haa?" Mencerun sepasang mata Puteri memandang laluan kecil itu.

"Eh! Tak naklah! Terima kasih!" Kepalanya menggeleng-geleng, jelas cemas. Apa tidaknya, walaupun dia bukan gayat orangnya tetapi ketinggian dan keadaan bumbung laluan itu tidak menyakinkan. Laluannya pun hanya tiga kaki lebar!

"Eh... awak! Awak sanggup tak? Jalan sepanjang laluan tu demi orang yang awak sayang?" Puteri menjungkit kening. Kali ini, giliran dia pula!

"Ika nak saya jalan kat situ?" Serius Nuqman bertanya.

"Eh! Bukan sayalah! Maksud saya... err... kalaulah awak diminta jalan kat situ sebagai bukti cinta, haa... awak sanggup tak?" Ulang Puteri lagi, kelam kabut. Tapi masih mahu menguji.

"Hmm..." Nuqman memandang ke arah laluan di atas bumbung itu sambil berfikir-fikir. Kakinya pula melangkah selangkah demi selangkah merapati Puteri. Puteri jadi kaget dengan tingkah Nuqman, mengundur selangkah demi selangkah sampai belakang badannya menyentuh dinding. Isyhh... Nak ke mana dia ni? Mata pandang ke lain, kaki melangkah ke arah lain, bentak Puteri dalam hati.

Tiba-tiba tangan Nuqman mendarat ke dinding di tepi telinga Puteri. Kemudian wajahnya datang mendekat. Rapat. Sehingga desah nafasnya terasa hangat di muka Puteri.

Bulat mata Puteri kerana terkejut. Jantungnya seakan terhenti berdegup.

"Saya takkan jadi lelaki bodoh yang sanggup nak cari nahas tak tentu fasal. Dan gadis yang saya cintai pasti takkan mintak saya buat perkara yang sia-sia." Nuqman berbisik dengan nada tegas. Matanya memandang tepat ke dalam sepasang mata bundar yang membulat itu. Kemudian pandangan matanya perlahan-lahan melirik turun ke bibir yang separuh terbuka.

"Gadis yang baik pasti tahu macammana nak cari bukti yang saya sayangkan dia. Apalagi kalau dia seorang isteri yang solehah." Dan bibir itu sangat menguasai naluri lelakinya...

Suara lelaki dan bunyi derap kaki tiba-tiba kedengaran mengejutkan keduanya. Muka Nuqman tiba-tiba menjauh. Dia berpaling untuk melangkah pergi sambil tangannya mencapai tangan Puteri yang sudah tersandar lemah di dinding.

Mereka menuruni anak tangga tadi dan berselisih dengan dua orang lelaki Inggeris yang sedang berjalan menuju ke puncak bumbung. Mungkin mereka juga mahu lari dari hingar-bingar Grand Bazaar buat seketika sambil melihat ajaibnya panorama bumi Istanbul dari atas sana.

"Jom cari tudung... nanti Ika pakai tudung busuk tu lagi!" Usik Nuqman seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku sebentar tadi. Tapi hatinya, Tuhan saja yang tahu.

Puteri mencebik dan menjeling namun malas hendak bersuara. Jantungnya belum hilang debar!


Continue Reading

You'll Also Like

13.3K 2.5K 29
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
3.5M 305K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
59.7K 3.8K 50
" 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...
274K 3.4K 36
Third Story 🔞 Larangan 🔞 ************************ This story will become an E-Book, so those chapter is to promote my work If you dont like or supp...