Isteri 17 Tahun

By BigggApplesMM

5.9M 218K 6.6K

Luqman Rafi'e seorang jejaka yang bekerjaya ,setelah tamat berlajar di luar negara.Suatu hari ibubapanya memi... More

Prolog
BAMM # 1
BAMM # 2
BAMM # 3
BAMM # 4
BAMM # 5
BAMM # 6
BAMM # 7
BAMM # 8
BAMM # 9
BAMM # 10
BAMM # 11
BAMM # 12
BAMM # 13
BAMM # 14
BAMM # 15
BAMM # 16
BAMM # 17
BAMM # 18
promote ; story
BAMM # 19
BAMM # 20
BAMM # 21
BAMM # 22
BAMM # 23
BAMM # 24
BAMM # 25
BAMM # 26
BAMM # 27
BAMM # 28
BAMM # 29
BAMM # 30
BAMM # 31
BAMM # 32
BAMM # 33
BAMM # 34
BAMM # 35
BAMM # 36
BAMM # 37
BAMM # 39
BAMM # 40
BAMM # 41
BAMM # 42
BAMM 43
BAMM # 44
BAMM # 45
BAMM # 46
BAMM # 47
BAMM # 48
BAMM # 49
BAMM # 50
BAMM # 51
BAMM # 52
BAMM # 53
BAMM # 54
BAMM # 55
BAMM # 56
BAMM # 57
BAMM # 58
BAMM # 59
BAMM # 60
BAMM # 61 ( last ep. )
EPILOG
CADANGAN ?
okey !

BAMM # 38

76.1K 2.8K 40
By BigggApplesMM


Aku bersandar pada kereta . Menunggu isteri tersayang . Lama pun tak apa , demi isteri . . Cermin mata hitam aku perbetulkan lalu , kembali memasukkan tanganku ke dalam poket seluar aku.

Aku nampak Rai'a sedang berlari anak ke arah aku dengan buku ditanganya dia peluk erat.

Mulakan rancangannya ..

Dia berdiri dihadapanku sambil nafasnya terucap - ucap penat berlari . Kesian la pula tengok dia . Tapi tak apa biar rancangan berjalan dahulu . Aku berpeluk tubuh , memandangnya .

"Awak , saya minta maaf lambat . Tadi-"

Rai'a memandang aku , lama . Haish , aku pula yang tak boleh tahan . Cair karang aku dekat sini.

"Kenapa awak tengok saya macam tu ?" soalnya takut-takut . Haishh , comel aje aku tengok .

"Sayang rasa ? "

"Alah , maaf la awak . " Rai'a melangkah setapak ke hadapan . Nak goda aku le tu

Cool Rafi'e . "Dengan panas . 10 minit lambat . "

"Siapa suruh tunggu luar . Ada kereta tunggu la dalam . " Rai'a menjawab bersaja .

' Dah ada kereta buat macam datang ambil aku naik basikal . Kereta ada aircond apa ? Saja nak buat teruk .' omel Rai'a di dalam hatinya .

"Amboi , siapa yang patut marah siapa ? ."

Rai'a memegang lengan aku. "Maaf la awak . Saya kejutkan classmate saya . Dia tertidur ." Rai'a menayang giginya .

"Apa tayang gigi ? Sekarang bukan iklan colgate . Sekarang tengah berdrama ni. Jangan potong ." tegas aku bersuara .

Rai'a melepaskan pegangannya kasar. "Yalah . " dia mengalah .

Tiba-tiba sebuah motorsikal dan juga sebuah kereta hitam memberhentikan di hadapan kami .

Lelaki yang memakai pakaian sekolahnya , membuka helmet merahnya . Motor besar hm . Siapa pula budak sekolah ni .

"Hai ." budak lelaki di dalam kereta itu menegur isteri aku.

Rai'a tersenyum.

"Asal kau lari ? Aku belum habis lagi tanya kau . abang ." lelaki itu menyapa aku . aku hanya senyum dan mengganguk .

Kasar betul budak lelaki ni tegur isteri aku . Ini ke classmate dia tu ?

"Saya nak cepat , maaf . " kata Rai'a dengan wajah menunduk melihat jalan .

"Wei , Dan kau tak payah la . Esok macam la kau tak boleh tanya dia ." budak lelaki di dalam kereta itu pula berbicara.

" bawa kereta ?"

Dia mengganguk menjawab pertanyaan Rai'a .

"Ye , mama saya suruh pergi sekolah sendiri . Jadi, saya pilih kereta . Danial pula tak minat dengan kereta jadi , dia ke sini menaiki motorsikal gegasi dia ni ."

"Kau adab sikit . Motor aku ni ." marah budak lelaki yang bernama Danial .

"Adik-beradik ?"

"Ha . Aku adik , Am abang . Semak kau tau ada abang macam dia ni ." aku melihat Rai'a ketawa mendengar omelan budak Danial ini .

Dah tak boleh dibiarkan lama-lama nanti aku yang naik jeles.

"Dah habis bersembang ? Jom balik . " aku mengajak.

"Minta diri . " ucap Rai'a lalu , mengganguk dan memberi senyuman .

Main senyum je Rai'a ni . Dia tak tahu ke aku dilanda penyakit jeles , sekarang ? Senyuman dia tu la yang buatkan orang jatuh suka pada dia .

Aku memakai tali pinggang keledar . Rai'a disebelah juga begitu . Tanpa melengah masa aku mengundur kereta aku sedikit lalu memusingkan streng dan kemudian menekan minyak berlalu pergi meninggalkan dua orang budak lelaki yang bernama Ammar dan Danial itu . Adik - beradik. Lain tak bukan nak ngorat bini aku la tu . Jangan harap dia dah jadi milik aku .

"Awak , saya takut . Awak tak ingat yang awak bawak orang ke ?"

Aduan Rai'a aku tak kedengaran . Aku membawa sama juga . Tengah dilanda kecemburuan . Macam ni la jadinya . .

"Awak ! "

Pertama kali aku jeles sebab perempuan . Ishh . Geram aku dibuatnyaa .

Akhirnyaa sudah sampai ke rumah . Aku mematikan enjin kereta lalu disusuli dengan tali pinggang aku . Aku merenggangkan leher dan membuka tali leher aku sedikit aku biar selesa.

Aku pandang Rai'a . "sayang."

kenapa menangis pula ni ?

"Sayang , kenapa ni ?"

Rai'a tidak berkata apa malah hanya membuka pintu kereta lalu berlalu memasuki kedalam rumah .
Rafi'e mengusukkan rambutnya. "Aduh , apa aku buat kali ni ?"

Stereng kereta di tamparnya berkali-kali.

--------------

Aku memasuki kedalam rumah sambil mengesat air mataku . Kenapa dengan Rafi'e tu , tetiba je ?

Aku takut la naik dengan dia . Sampai nak terkencing dalam kain ni tau . Abah pun tak pernah bawa kereta macam dia . Ingat jalan raya tu litar ke apa ?

Aku menghentikan langkah . Di ruang tamu sudah berkumpul kesemua ahli keluarga yang lain . Aku senyum paksa . Tak nak la dia orang tau aku menangis kan .
Aku mendekati umi dan abah .

"Abah dengan umi nak ke mana?" soal aku ingin tahu lalu duduk di ruang tengah antara ibu bapa ku .

Abah menggeleng . "nak berhimpit juga budak ni ."

Aku menayang gigi .

"Rai'a tanya ni , abah dengan umi nak ke mana ? Beg bagai ." soal aku sekali lagi sambil mataku menunjukkan ke arah beg pakaian di depan mataku .

"Nak balik rumah la . " kata Nawal Iman .

"Kalut . Tak tanya kau pun ."

Nawal tarik muka lalu menyambung bermain telefon bimbitya . Aishh , anak dara ni tak sopan langsung . Dah la main telefon , kaki diangkat di atas sofa . Macam mana la nak ada suami kalau macam ni .

Ceh , cakap orang . Aku pun sama juga . Dulu pun aku buat juga . Cuma dah kahwin ni . Hm , dah baik sikit . hehe

"Ha , gelak apa ? Gila , mentang- mentang suami ambil dari sekolah terus gila ?" perli nawal .

Uishh , kasar nampak .

"Mana adalah ."

"Aceh , rindu seseorang la tu .." nawal mengusik .

"Adik , sudah . Main telefon kamu tu diam-diam ." tegur papa . hehe , padan muka .

Aku mengangkat kening kepada Nawal , kerana menang . huhu .

"Rafi'e mana , sayang ?"mama tiba-tiba bertanya .

"A'haa , mana Rafi'e umi tak nampak pula ." umi pula bertanya .

Aku tidak dapat berkata apa-apa . Apa aku nak jawap erk ? Dah la aku lepas nangis tadi sebabkan dia .

Masuk rumah main dulu , tak tunggu dia . Mesti dia marah aku , yalah dari tadi tak masuk ni . Kalau cakap diluar takut pula soalan bertubi-tubi keluar daripada mulut umi dan mama .

Masak la aku nak jawab .

"Rai'a , umi dan mama tanya mana suami kamu ."

"Am . ada dekat -"

"Sayang .. Ikut biy kejap . " tiba-tiba Rafi'e datang dan menarik lenganku supaya bangun .

"Kamu ke mana long ?" soal papa .

" Luar , ambil barang . Rafi'e pinjam Rai'a kejap ye ?" amboi pandai ye berselindung .

"Long mula la tu nak mengatal papa ." nawal iman memerli .

Empat orang tua itu ketawa . Aku pula sudah memerah pipi . Walaupun ayat itu di khaskan kepada Rafi'e , tapi aku juga turut terasa .

"Sibuk la kau dik . "

"Nak pergi mana?" aku menyoal separuh berbisik .

"Jom ." ajaknya sambil mahu menarikku .

Aku berkeras . "jangan ganggu saya la . "

"Sekejap je sayang , please .."

Aku pandang , umi , abah , papa dan mama . Meminta simpati dan pertolongan .

Mama yang faham akan riak wajahku bersuara . "nanti-nanti la long . Bapa dan ibu mertua long dah nak balik , biarlah Rai'a habiskan masa kejap ."

"Tapi ma.."

"Rafi'e .. Apa kata kalau kamu duduk sebelah adik tu . Tegur sikit adab dia daripada kamu menggangu ."

"Asal , adik pula papa ? Adik sopan kut ."

Aku meleraikan peganggannya .

"Malam nanti la ye , boleh ?"

Rafi'e mengalah . Dia mengganguk lalu duduk di sebelah adiknya seperti yang disuruh oleh papa .

Kaki Nawal ditampar separuh kuat oleh Rafi'e ."oi , kaki tu . Sopan sikit ."

"Sakit la long . Dah separuh sopan tau aku duduk ni ." nawal tetap mahu membela diri .

"Tengok ma , menjawab !" kini telinga Nawal menjadi sasaran Rafi'e sambil mengadu kepada mama .

"Sakit la telinga aku , long ! "

Kami yang berada di situ hanya menjadi penonton . Adik -beradik ni karang aku tauk dalam loji tak ke hitam satu badan ? Oh , plus busuk ~

- isteri 17 tahun -

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 40.5K 59
Sebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang...
63.5K 3.2K 54
πŸ† TOP 12 IN THE ROSABELLE AWARD 2021 πŸ₯ˆTop 2 in #menarik ( Januari 2021) Kehidupan Adam dan Nadia semakin bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka...
367K 19.3K 31
Hidup Afrina musnah sama sekali apabila mamanya menyuruh dia tuisyen dengan jirannya. Lebih memalukan apabila orang yang mengajarnya itu ialah orang...
5.8M 149K 37
Ithink I wrote this story around 2016. Jadi barangkali jalan cerita ni agak (atau sangat) cringe. Bahasa pon barangkali tunggang-langgang. --- Baginy...