Pluto

By FithFith

10.9K 958 119

(Sekuel HILANG) Setahun berlalu sejak pelajar 5 Sains 1 mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Malaysia d... More

Coretan Sang Penulis
Prolog
Bab 1 : Perbincangan
Bab 2 : Misi Mustahil
Bab 3 : QASA
Bab 4 : Berlatih!
Bab 5 : Kami Bersedia
Bab 6 : Bumi dan Angkasa
Bab 7 : I.S.S.
Bab 8 : Planet Merah
Bab 9 : Radiasi
Bab 10 : Cuba untuk Kembali
Bab 12 : Gunung Loki
Bab 13 : Pertemuan
Bab 14 : Berubah
Bab 15 : Penemuan
Bab 16 : Akibat Virus
Bab 17 : Agenda Sebenar
Bab 18 : Klimaks
Bab 19 : Tamat (?)
Bab 20 : Kehilangan
Bab 21 : Pengakhiran
Bab 22 : Dahulu
Epilog

Bab 11 : Selain Kita

338 33 1
By FithFith

  Aku 'berenang' selaju mungkin di udara mencari seseorang. Orang kata, 'malu bertanya sesat jalan' tapi, aku tak rasa aku akan sesat mencari 'guru' aku. Lagipun aku malaslah nak ganggu kawan-kawan aku yang sedang sibuk mengawal Adventure, melalui jaluran asteroid yang terletak di antara Marikh dan Musytari.

  Di kokpit pertama dan kedua tiada. Bilik graviti, tiada. Dorm lelaki, dah tentu-tentulah tiada. Dorm perempuan, pun tiada (aku TERmasuk dorm perempuan...).

  "Fith?"

  "Hmm?"

  "Oh, hahaha... kau dekat sini rupanya."

  Mencungap jugalah aku mencari dia. Fithri di dalam kokpit ketiga, sedang membaca sebuah buku tebal berkulit gelap. Jarang kami guna kokpit ketiga kerana sudah ada bilik graviti yang menggantikan fungsinya sebagai ruang makan. Tempatnya pun agak terpencil dari bahagian-bahagian lain di Adventure. Tapi kami ada juga guna alat-alat senaman di sini.

  "Erm, aku nak minta tolong sikit...--"

  "Minta tolong apa lagi? Semalam kau dah beraksi begitu hebat. Jadi tiada benda yang aku nak ajar lagi."

  "Oh hehehehe....," aku terlupa terus niat sebenar aku mencari dia selepas dipuji. Kembang kuncup hidung aku!

  "J-Jadi... patutkah aku beritahu dia sekarang?"

  Fithri menguntum sengih, masih matanya pada helaian bukunya. "Cepat betul? Kau betul-betul dah bersediakah?"

  Bersedia... aku rasa aku sudah lama bersedia. Lama aku menaruh hati pada Hani. Sejak aku mula kenal dia, aku jatuh hati dengan dirinya. Namun Hani mungkin tak perasan perasaan aku ni (dan aku bukannya tunjukkan pada dia pun), jadi dia menjadi milik orang lain.

  Tapi, Hani asyik ditipu, dicurangi, dibuang begitu saja. Banyak kali dia dipujuk dengan kata-kata manis, tapi pengakhirannya tetap begitu. Itulah dia, kelemahan Hani ialah cepat lemah dengan kata-kata manis playboy sekolah. Aku rasa kasihan. Aku, kalau boleh, nak hentikan semua tu dan berikan pengakhiran gembira kepada kisah cinta Hani.

  Dulu... aku biarkan saja dahulu rasa suka aku ni kerana..., yalah kan, tak elok bercinta semasa masih bersekolah. Tapi sekarang, aku agak tak salah kalau mula bercinta, bukan? Aku dah selesai SPM dah pun!

  Tapi apabila difikirkan balik... Hani berkawan baik dengan aku sejak kecil. Kalau aku meluahkan rasa suka aku kepada dia... aku bimbang dia menolak aku. Jujur, aku tak kisah dia tolak cinta aku tapi aku begitu takut kalau-kalau dia putuskan terus hubungan persahabatan kami. Aku tak nak perkara tu terjadi...

  "Hei. Kau dengarkah tak?"

  "Eh? A-Apa kau cakap tadi?"

  "Haih. Kau bersediakah nak luahkan perasaan kau tu dekat Hani?"

  "Aku... Aku... entahlah! Rasa takutlah pula. Dah apabila kau ingatkan aku fasal perkara ni, aku jadi ragu-ragu pula!

  D-Dan aku bukan nak minta tolong fasal ni sebenarnya!!"

  Fithri memandang aku. Kosong. Buku besar itu ditutup.

  "Apa dia?"

  "Masih fasal Hani, cuma... Hidung dia berdarah semalam. Kau rasa kenapa, ya?"

  Okey, aku tak jangka Fithri akan terkejut gila badak macam ni. Aku cuma nak minta pandangan dia. Dia lihat aku dengan mata yang terbeliak. Menakutkan.

  "K-Kenapa..., Fith?"

  Mukanya yang terperanjat tadi bertukar kembali kepada raut kosong, menoleh ke arah lain.

  "Kalau aku bagitahu, kau pasti susah nak percaya."

  "Eh? Apa dia tu? R-Radiasikah? Atau benda lain?"

  Pandangan kosong itu lagi. Aku pelik sebenarnya. Dulu Fithri tak pernah-pernah membuat ekspresi muka macam tu. Dia jenis yang selalu tersenyum, meskipun dia kurang bercakap atau bersosial dengan orang lain.

  "Tak ada apalah."

  "Fith. Bagitahu sajalah... aku akan cuba percaya, aku janji!"

  "Makhluk asing."

  Kali ini aku pula yang terkejut habis. Aku tak sangka-sangka pula perkataan tu akan keluar.

  "M-Makhluk... Asing...?"

  "Aku dah kata kau mesti susah nak percaya.

  Dan, Izzah. Marilah masuk."

  Apa?

  Aku toleh ke belakang dan nampak Izzah menyorok, memasang telinga mendengar perbualan kami di sebalik pintu hac kokpit ni. Dia terperanjat, perlahan-lahan terbang masuk dan mendekati kami berdua.

  "M-Maaf... aku hanya... lalu dekat depan pintu tadi. Aku terdengar dan tertarik dengan apa yang kalian bincangkan..."

  "Kau dengar dari bahagian mana?"

  "Dari 'hidung Hani berdarah' tu..."

  Perh, nasib baik! Nasib baik dia tak dengar bahagian yang sebelumnya tu!!

  "Jadi... apa yang buat Izzah tertarik dengan makhluk asing?" tanyaku.

  Sejujurnya, aku tak percaya sangat dengan kewujudan makhluk asing bagai ni. Tapi aku taklah terus melawan kata-kata Fithri. Aku nak dengar dahulu keterangannya.

  "Ingat tak, aku pengsan sebab kebocoran oksigen di Marikh hari tu?"

  "Ingat, ingat. Kenapa?"

  "Aku...," Izzah berhenti seketika, tak pasti untuk meneruskan kata-katanya, "aku mimpi nampak alien..."

  "Cahaya putih terang?" soal Fithri tiba-tiba. Izzah mengangguk pantas.

  "Kau tahu, Fith??"

  "Mimpi macam tu selalunya terjadi kepada orang yang pernah nampak atau pernah diculik oleh makhluk asing..."

  "Tapi, aku tak pernah nampak atau kena culik pun!" nyata Izzah.

  Fithri menghela nafas.

  "Kau tak tahu."

  Semua ni betul-betul kedengaran mengarut. Namun meskipun hati aku menjerit-jerit memberitahu semua ini sia-sia untuk didengari, aku tetap nak tahu. Aku nak kepastian.

  "Dengar ni. Berdasarkan apa yang aku telah tonton di TV dan telah baca di buku-buku perpustakaan, mimpi dan hidung berdarah ni tanda kita telah diculik makhluk asing. Kita tak perasan kita telah diculik, kerana masa diberhentikan ketika penculikan dan kita dikembalikan ke tempat asal serta dihilangkan ingatan sebelum masa berjalan semula."

  "Tapi apa kena mengena pendarahan dengan penculikan?" tanya Izzah. Ia soalan yang bagus, kerana aku juga ingin tahu.

  "Implan. Makhluk asing menculik manusia untuk membuat uji kaji. Mereka akan tanamkan implan di bahagian belakang otak, di serebellum."

  "Fith--"

  "Aku tahu kalian susah nak percaya, terutamanya kau, Azim. Aku pun malas nak percaya, dan aku malas nak berkonspirasi macam ni..." Fithri memandang kami dengan pandangan serius, tajam. Aku tunggu saja Fithri menyambung kembali kata-katanya.

  "...S-Sebelum kita bincang lebih dalam lagi fasal perkara ni... Boleh tak kita ajak yang lain-lain untuk dengar sekali--"

  "Kami tengah dengar."

  Kata-kata Izzah dipotong pantas Raja. Dia, bersama Aqilah dan Ansar memasuki bilik senam ini. Kami semua terkejut. Bertambah kejutan lagi apabila Hani juga ada, takut-takut meluncur masuk ke kokpit kerana sengaja mencuri dengar. Mungkinkah dia akan percaya dengan apa yang dia dengar, dengan apa yang menimpa dia?

  "Oh, ramai juga yang pasang telinga, ya?" bongkak suara Fithri menegur.

  "Jadi itulah yang kau fikir, huh?" soal Raja, sedikit kasar. Fithri hanya meneruskan raut kosongnya itu. Dia tidak menjawab.

  "Aku tak tahu pula kau percaya benda-benda bodoh ni?"

  "Kau betul-betul curi dengar atau tidak sebenarnya? Aku dah kata aku pun bukannya percaya sangat dengan makhluk asing."

  "Dah tu berhentilah meracun minda-minda orang dengan perkara sebegitu!"

  Keadaan mula menjadi tegang apabila mereka berdua saling berhadapan. Dengan Raja yang jenis suka cakap lepas, dan Fithri yang sudah lain macam perangainya; aku mungkin akan lihat perang mulut terhebat abad ini.

  "Izzah, kau pun...?" tanya Aqilah.

  Izzah tidak menjawab, hanya merunduk takut. Aqilah terkejut, tidak percaya. Dia kemudiannya memandang aku, mata bundarnya seperti menyoal soalan yang sama. Aku tak sempat memberi apa-apa reaksi apabila Raja tiba-tiba meninggi suara.

  "Boleh tak minda kalian ni terbuka sikit??" tengking Raja menghadap aku dan Izzah.

  "Aku ingat kau tak suka marah?" balas Fithri, dingin. Raja kembali menoleh marah kepada Fithri.

  Fithri berkata, "aku ada bukti untuk aku buat agakan, bukannya aku terus cincai beritahu semua orang kita telah diculik makhluk asing!"

  "Oh ya? Apa buktinya??"

  Fithri menggosok hidungnya sedikit sahaja dan darah kelihatan banyak pada sisi jari telunjuknya. Jadi, Fithri pun alami pendarahan di hidung??

  "Ini! Perkara yang sama berlaku pada Hani!"

  "Cuma dua orang yang berdarah hidungnya, kau tak boleh kata itu bukti kukuh!"

  "Hidung aku pun berdarah." nyata Ansar, perlahan. Perlahan, namun cukup untuk mendiamkan semua orang yang bertelagah.

  "Sebelum Hafiz terkena radiasi, dia juga mengadu hidungnya berdarah dan sakit kepala."

  Aqilah menjegil Ansar tajam. "Jadi kau pun percayalah, ni?"

  "Aku nak percaya. Aku nak percaya bahawa makhluk asing ni wujud. Namun aku perlukan bukti, seberapa banyak bukti kukuh..."

  Ansar dengan tenang menarik lengan bajunya ke siku, menampakkan satu tompok warna biru-ungu yang besar di lengan kanannya.

  "Hidung berdarah, mimpi ngeri yang pelik, sakit kepala... Dan kesan cedera yang entah datang dari mana. Semua ni simptom biasa bagi sesiapa yang diculik makhluk asing. Tapi, Fith, semua ni belum cukup untuk kita simpulkan bahawa kita telah diculik makhluk asing. Mungkin radiasi, mungkin kesan kita tinggal lama di angkasa, malah mungkin sebab kita tidur lasak di beg tidur sehingga mendapat lebam sebegini..."

  Fithri, aku lihat, terdiam. Begitu juga dengan yang lain. Terdiam seribu bahasa.

  Buat seketika, aku kagum dengan Ansar. Dia mampu memberi ucapan dan kata-kata yang mampu membuat semua lidah menjadi kelu.

  Aku perasan Fithri memegang buku besarnya itu, erat. Seperti menahan geram, tetapi bukan itu perasaan dia yang sebenar. Aku tak pasti.

  Suatu gegaran kuat mengejutkan kami semua. Bunyinya bak serangan halilintar. Kami terpinga-pinga.

  "K-Kalian! Cepat ke sini!"

  Sayup-sayup suara cemas Abang Andrew kedengaran. Sesegera mungkin, kami keluar dari kokpit tertier lalu bergerak ke kokpit utama. Kak Natasha dan Abang Andrew dilihat asyik menekan bermacam butang dan mengheret jari di skrin utama berulang kali. Dengan gegaran yang masih tidak berhenti dan muka-muka panik Kak Natasha dan Abang Andrew; aku tahu Adventure ada masalah.

  "Adventure terlanggar asteroid!"

  "Apa? Macam mana boleh terlanggar?? Bukankah Adventure ada sistem radar automatik sendiri??" Raja dengan cepat menolong kedua-dua senior kami dengan mengawal Adventure. Ansar juga membantu sama, menstabilkan semua sistem yang di dalam Adventure.

  "Rosak, sistem tu rosak akibat angin suria di Marikh hari tu!" Abang Andrew menjawab.

  "ASTEROID!!!" nyaring Aqilah menjerit apabila ada seketul besar asteroid datang seperti hendak menghentam kami di cermin hadapan Adventure.

  "Damn it!"

  Raja dengan pantas mengawal stereng manual kapal angkasa yang sepatutnya Kak Natasha kawal. Dia berjaya mengelak asteroid besar tadi, namun di jaluran padat asteroid ini, beribu asteroid berada di semua arah. Elak satu asteroid, satu lagi akan menghentam kita!

  Aku agak marah sedikit apabila Raja terus merampas panel kawalan Kak Natasha, tapi, Kak Natasha sekarang ni kaku akibat terlalu panik. Dia tak berbuat apa-apa.

  Raja pula, dengan kemahiran bermain permainan videonya, setakat ini mampu mengelak semua asteroid yang menghampiri. Aku jadi kagum.

  Yang lain-lain, asyik terhantuk atau terlanggar dinding kokpit saja walaupun kami sudah berpaut kuat pada kerusi akibat kesan Inersia yang dikenakan pada kami.

  "Raja, dekat sana! Bukaan luas di sana!"

  "Baik!"

  Menuju ke tempat yang ditunjuk Ansar, Raja mengawal Adventure untuk mengelak asteroid-asteroid yang saiznya daripada saiz seketul batu sungai, saiz sebuah kereta pacuan empat roda, Hummer, kepada saiz sebuah daerah kampung.

  Kami semakin dekat dengan jalan keluar daripada jaluran asteroid ini apabila ada seketul asteroid kecil menghentam sisi kanan hujung Adventure. Terdengar bunyi mendesir seperti ular dan baunya seperti... bau terbakar!

  "Aku pergi tengok!" menerima satu anggukan daripada Raja dan Ansar, aku dengan segera melalui terowong koridor untuk ke bahagian hujung Adventure, iaitu tempat simpanan tangki gas oksigen dan tempat sistem penstabil O2 dan CO2.

  Aku sampai ke tempat itu dan ia dipenuhi asap putih tebal. Aku hampir tak nampak apa-apa.

  Ada asap, akan adalah api. Aku ketakutan apabila memikirkan satu kemungkinan. Kemungkinan di mana, api memerlukan oksigen untuk terus membakar. Apabila api membakar tangki oksigen...

  ...Adventure akan meletup!

  Secepat kilat aku mencari alat pemadam api di tempat itu namun tidak dijumpai. Aku terfikir untuk cari alat pemadam api di kokpit tertier atau di dorm namun aku... tak jumpa jalan keluar. Aku tak jumpa pintu hac!

  Asap semakin menebal dan aku teruskan sahaja mencari alat pemadam api. Meraba-raba aku di dinding tempat kecil itu di dalam kegelapan. Aku menarik nafas dalam lalu mula menahan nafas. Asap makin mengganas dalam rupa awanan tenang.

  Terfikir aku untuk mencari topeng oksigen untuk aku sendiri dahulu namun... itu akan mengambil masa. Apa yang pasti, aku perlu cepat cari alat pemadam api!

  Dalam kelam kabut aku mencari, dada aku terasa makin sempit. Nafas yang aku tahan semakin tak tertahan lalu dengan refleksnya aku menarik nafas sedalam mungkin. Asap dan karbon dioksida aku sedut, membuat kadar pernafasan aku menjadi laju.

  Sesak semakin terasa di dalam dada. Mata aku... dah tak nampak apa-apa. Kepala aku mula rasa berat.

  Aku tak cukup oksigen... Aku asyik menyedut karbon dioksida yang beracun untuk badan aku... Mungkinkah aku akan mati di dalam ni?... Tak, kawan-kawan aku akan mati jika Adventure meletup. Aku tak boleh putus asa!...

  Dan tiba-tiba, tangan aku menangkap sesuatu yang besar, berbentuk silinder di dinding, dan aku tahu itu alat pemadam api yang aku cari-cari.

  Dengan kekuatan yang masih berbaki, aku tanggalkan pin keselamatan dan memancutkan isi alat pemadam api itu di serata tempat. 360^ darjah, atas dan bawah.

  Badan aku semakin lemah... Aku... aku tak rasa aku larat lagi untuk mencari jalan keluar... Alat pemadam api aku gunakan sampai habis... dan... aku...

  "...tolong..."...

   ...

  "Azim! Bangun, Azim!"...

  ...


  "Azim okeykah?"

  "Aku... aku tak pasti..."

  "It's okay, Hani. Aku rasa dia akan okey..."

  "Tapi... dia berada di dalam bilik tu begitu lama...!"

  "Hani. Dia baik-baik saja. Dia dah dapat oksigen tulen."

  "Hmm... Okey...- Eh, A-Azim!"

  Aku terjaga apabila mendengar ada orang bercakap. Aku rasa pening... dan mengantuk... Mata aku terasa terlalu berat nak dibuka...

  "Azim! Ni aku, Hani! Kau kenal aku, kan??"

  "Hani, dia lemas. Bukannya ada pendarahan di otak sampai boleh hilang ingatan!"

  Suara ni... Rupa ni.., aku ingat... Oh ya, Hani...

  Aku toleh perlahan. Sebelah aku ialah Hafiz dan Izzah. Hafiz masih berada di dalam beg tidur dengan mukanya yang... Kenapa muka dia macam tu...?

  Oh. Radiasi. Dia terkena radiasi. Tapi dia sekarang boleh berkata dengan lancar dan aura aktif terpancar jelas di wajahnya, tak seperti sebelum ini apabila dia hanya terlantar lemah.

  Jadi, aku di bilik sakit sekarang ni? Di dalam beg tidur...?

  Apa jadi pada aku?

  "Patutkah aku beri dia air?"

  "Ya, ya, beri dia air!"

  Hani beredar sebentar dan datang kembali dengan setiub air kosong. Perlahan-lahan dia membuka topeng muka aku yang menyalurkan gas oksigen tulen. Aku menyedut air yang diberi, dan setiap kali aku menelan, tekak aku rasa sakit semacam.

  "K...Kenapa..."

  Aku juga susah nak berkata-kata. Dada aku rasa senak...

  "Jangan bercakap lagi, Azim," pesan Hafiz, "paru-paru kau masih lemah, kau akan rasa susah nak bernafas dengan dalam dan susah juga nak bercakap."

  Topeng muka dipakai kembali. Aku memandang mereka bertiga. Bagai tahu apa yang hendak aku tanyakan, Izzah berkata sesuatu.

  "Kau hampir lemas di dalam bilik penyimpanan tangki oksigen. Masa tu kau cuba padamkan api tapi kau tak sempat keluar. Kau sedut terlalu banyak asap..."

  Oh ya, ya. Aku baru teringat fasal tu.

  Izzah menyambung lagi, "yang peliknya... kau duduk dalam sana lama juga. 15 minit kau dekat dalam tu. Aku yang tak sedap hati masa tu cepat-cepat cari kau dan aku yang jumpa kau, selamatkan kau."

  15 minit??

  Itu... itu jangka masa yang lama! Maksud aku, tiadanya bekalan oksigen selama lebih 8 minit boleh buat otak aku mati!

  "Tak kisahlah. Asalkan kau hidup!" Hani memberi thumbs up kepada aku, dan aku hanya tersenyum. Hairan, ya aku hairan. Namun aku bersyukur kerana masih hidup.

  "Azim!"

  Aqilah menerpa masuk melalui pintu hac bilik sakit, terus memegang bahu aku kuat.

  "Kau okey tak? Kau ni! Macam mana kau boleh lupa pakai topeng muka keselamatan dulu sebelum masuk tempat tu??"

  Aku terlupa? Oh ya. Aku terlupa. Hahaha.

  Aku nampak Raja, Ansar dan Fithri melangkah masuk ke bilik ini. Ansar menegur aku baik, seperti biasa. Raja pun sama. Fithri di sebelah Raja, hanya tersenyum kecil memandang aku. Nampaknya Fithri dan Raja sudah berbaik selepas insiden 'makhluk asing' tu. Kalau masih panas hati, mereka berdua pasti berjauh-jauhan.

  "Apa-apa pun, buat pengetahuan kau, kita dah nak sampai Io. Lagi beberapa ratus kilometer saja." nyata si pelapor misi, Raja. Aku angguk perlahan.

  "Hahaha, ya... Sistem kelajuan Adventure dah jadi gila! Tiba-tiba saja lajunya hampir separuh daripada kelajuan cahaya, sekarang kita dah nak sampai Io!" tawa Aqilah.

  Mata aku sengaja dibuka luas. Saja-saja buat terkejut. Dos terkejut aku tak banyak hari ni. Hahaha.

  Aku nak tanya tentang keadaan Adventure. Maklumlah ia telah terlanggar asteroid. Namun aku tangguhkan saja soalan itu. Kantuk aku macam tak dapat ditahan lagi.

  "Eh, kalian... Azim perlu rehat tu. Badan dia masih kekurangan oksigen."

  "Oh ya... Hmm, marilah keluar."

  "Jomlah tolong Kak Natasha dan Abang Andrew kawal Adventure..."...

  Suara-suara itu semakin perlahan, suasana juga semakin gelap. Aku menutup mata rapat dan...




  "Azim."

  Aku terjaga. Aku terdengar ada orang panggil aku.

  "Azim."

  Aku... Aku dekat mana? Semuanya putih, tak berpenghujung. Dan aku sedang terapung di tengah-tengah dunia sunyi ni...

  "Azim. Tolong aku."

  Bisikan tu bergema kuat di telinga aku. Tiba-tiba sahaja sakit mencucuk-cucuk menerkam kepala. Aku tertunduk sakit.

  "Azim... Tolong aku...!"

  Bisikan tu... H-Hani! Suara Hani!

  "Hani!"

  Aku hiraukan sakit yang mencengkam kepala aku, aku perlu cari Hani! Aku perlu selamatkan dia!

  "Azim..."

  "Hani!! Kau dekat mana??"

  Aku cuba bergerak namun aku sedang terapung. Aku cuba gaya berenang tapi aku tak tahu sama ada aku sedang bergerak ke hadapan atau tak.

  "Azim!..."

  "Hani-- Arghh!"

  Kesakitan di kepala aku tak dapat ditahan lagi. Aku memegang kepala. Menunduk, memposisikan kepala di antara lutut.

  "Azim..."

  Aku tak berdaya lagi. Apa perlu aku buat sekarang?

  Seekor burung terbang dan mendarat entah di mana, betul-betul di hadapan aku. Burung itu... burung hantu itu... mata hitam besarnya memandang aku... merenung aku tajam...

  ..."H-Hani..."

  

  "Hahh!"

  "Woi! Ha, bangun pun kau! Berapa lama lagi kau nak tidur?"

  Aku bernafas dengan pantas. Aku lihat sekeliling. Tiada lagi dunia putih itu. Aku berada di dalam bilik sakit...

  "Kau dah kenapa ni?"

  Aku ikut arah suara itu. Raja, betul-betul di hadapan.

  Aku... Aku bermimpi? Y-Ya, aku rasa aku bermimpi buruk tadi...

  "Kenapa, Raja?"

  Oh, aku dah boleh bercakap. Barangkali sebab aku berehat lagi lebih lama. Aku bernafas pantas tadi pun tidak membuat aku sesak dada.

  "Kita dah sampai Io. Baru sahaja. Jadi aku ingat nak ajak kau keluar ke Io, tapi kau nampaknya masih tak sihat so tak payahlah kut. Kau tinggal sajalah di sini."

  Aku perlahankan nafas aku. Tangan aku dibawa keluar dari beg tidur dan membuka zip beg itu.

  "Aku nak join."

  "Tapi kau okey atau tak?"

  Aku okey atau tak? Aku tak pasti. Kenapa aku mimpi sebegitu tadi? Pelik sungguh. Burung hantu yang entah datang dari mana... dan suara Hani yang berbisik kedengaran begitu kuat... Dan kenapa mesti Hani?...

  Apabila diingat balik, mata burung itu membuat aku rasa tak selesa...

  "Aku okey saja. Jomlah keluar."

  "Hmm. Ikut suka kaulah. Kau pengsan nanti, jangan salahkan aku sebab tak menghalang."

  "Ya, Raja...! Berhenti membebel, boleh tak?"

  "Aku tak membebel pun lah!"

  Kami tertawa kecil sambil berjalan melalui koridor ke dorm lelaki untuk memakai sut angkasa. Ya, berjalan. Io ada gravitinya sendiri.

  Sesuatu mengalir turun dari hidung ke bibir aku. Bagai lembing menerkam minda, aku mula terfikirkan suatu perkara ini. Lalu ketakutan menyelubungi diri.

  Menggigil tangan aku hendak menyentuh apa yang mengalir ke bibir aku itu.

  "Tak... Aku... tak percaya..."

  Darah... Banyak darah.

[POV Azim berakhir]

Continue Reading

You'll Also Like

251 51 12
Wardah Qalesya||Hazrel Aqeel ❝ Izinkan aku mengubah segalanya ❞ Wardah Qalesya merupakan pelajar baru di universiti.Dirinya susah untuk jatuh cinta...
25.8K 612 28
Setelah koma selama 4 dekad, akhirnya Jefri sedar jua dari komanya dan tidak menyangka beliau kini berada di tahun 2030. Namun apa yang memeranjatkan...
78.4K 4.1K 62
Arina . Sara Arina . Hidupnya dikelilingi abang abang kesayangannya . Tetapi , Usia meningkat . Kehidupan berubah . Jodoh dicari . Tidak mudah . Di...
229K 12.7K 44
Hi surprise suka tak hadiah dari aku?! Haha kelmarin kau mandikan aku. Harini aku mandikan kau. Kau nak tahu tak tu air apa. Haha tu air longkang. An...