[SLOW UPDATE ] My Husband Is...

By Ainnnn_Kookie

42.1K 1.8K 150

Tiffany tidak menjangka sama sekali pengakhiran rumahtangganya begini . Ya , dia sangat menyayangi suaminya... More

Part 1 // First Met //
Part 2 // Miss //
Part 3 // Meanful Met //
Love Equation !
Finally , We Got Married !
Oh ! Mollayeo ~
First Conflict !
Third Person in Marriage !
Honeymoon !
Omo ! Big Conflict !
Sweeeeeeeet ~
AUTHOR NOTE !
AUTHOR NOTE // Again ~ //
PART 12 // Cheesy XD //
PART 13 // DENDA //
PART 14 // SPENT TIME WITH HANI SWEETIE PIE HONEYBUNCH //
AUTHOR NOTE !
PART 15 // FULL OF SADNESS //

PART 16 // SAD ENDING //

2.7K 131 61
By Ainnnn_Kookie


Keesokan paginya , Tiffany terjaga pada pukul 6 pagi . Dia lantas bangun dan membersihkan dirinya di dalam kamar mandi di bilik tetamu itu . Kepalanya berpinar . Kemudian , dia menyapu losyen di tangannya di hadapan cermin . Dia termenung seketika di hadapan cermin meja solek itu . Ini kah dirinya yang sebelum ini ? Mukanya sudah membengkak akibat terlalu banyak menangis , matanya sudah sembap dan mukanya juga kemerah - merahan . Tiffany memutuskan untuk tidak keluar dari bilik . Dia masih tidak sanggup untuk menghadap muka suaminya yang sangat menyakitkan hati .

Dia kembali duduk di atas katil itu . Tiba - tiba , sakit hatinya pada si suami membuak - buak . Sampai hati awak duakan saya , Sehun !

Tiba - tiba pintu biliknya diketuk .

" Tiffany , dah pagi ni . Hari ni saya cuti , bangun sayang , " kata Sehun lembut . Tangannya masih mengetuk pintu bilik itu .

Tiffany bersandar di kepala katil memeluk bantal . Dia tersenyum sinis lalu memejamkan matanya .

" Tiffany , buka lah pintu ni . Awak kenapa ? Awak merajuk dengan saya ke ? " Sehun mengetuk lagi .

Tiffany memejamkan matanya rapat - rapat . Dia cuba untuk melupakan apa yang dikata oleh perempuan simpanan suaminya itu .

" Hey , I said open this door . Tiffany , apa yang awak marahkan sangat ni ? Sebelum ni awak tak pernah macam ni , sayang . " Sehun mengetuk lagi pintu itu . Tiffany semakin lama semakin menguji kesabarannya .

Tiffany menggenggam bantal di tangannya perlahan . Airmatanya mengalir laju . Sebak sungguh apabila Sehun berkata begitu .

Iya Sehun , saya berubah sebab awak . Awak yang buat saya taknak tengok muka awak lagi , '

Tiffany menekup mulutnya agar tangisannya tidak didengari Sehun .

" Hey Tiffany ! " Sehun mengetuk sekuatnya pintu itu . Dia mula berasa geram dengan isterinya itu .

Tiada sahutan juga .

" Tiffany , keluar sekarang ! " Sehun menyepak kuat pintu itu sehingga sedikit bergegar .

Tiffany terkejut . Dia mengurut dadanya . Airmatanya jatuh semakin laju . Satu persatu soalan muncul di mindanya . Adakah Sehun akan memukul nya nanti ? Ah ! Dia redha . Tiffany berjalan perlahan dan membuka pintu itu .

Sebaik sahaja pintu itu dibuka , tangan Sehun laju ingin menampar muka Tiffany , tetapi ditahannya .

" Tampar lah saya , " Tiffany berkata . Matanya mula berkaca . Suaranya juga sengau akibat terlalu banyak menangis .

" Hei , apa masalah awak ? Saya cuma suruh buka pintu ini je , susah sangat ke ?! Hah ?! " Sehun menengking isterinya kuat .

Tiffany tidak menjawab . Dia menolak Sehun perlahan hingga terdorong sedikit ke belakang dan terus mengorak langkah ke tingkat bawah iaitu dapur . Airmatanya semakin laju mengalir . 

Sehun geram . Dia lantas menarik kuat tangan Tiffany supaya menjawab soalannya .

Tiffany mengaduh kesakitan . Tangannya direntap kuat . Dia kini berhadapan dengan suaminya . Dia hanya menunduk , sikit pun dia tidak memandang muka suaminya . Bimbang kalau dia akan menjadi semakin benci pada suaminya nanti . Airmatanya tidak berhenti jatuh .

" Semalam awak tinggalkan Hani tanpa sebarang mesej or notice . Then malam tadi awak tak keluar bilik langsung , pagi ni pun saya ke dapur , breakfast takda , rumah pun tak berkemas . Awak nak jadi apa ?! Dah lupa tanggungjawab sebagai isteri ?! Dah tak tahu nak uruskan suami ?! Hah ?! " Sehun menengking . Marahnya meluap - luap .

Tiffany mengenggam tangannya . Biarlah Sehun mahu berkata apa pun pada dirinya , asalkan dia tidak mehu bercakap sedikit patah pun dengan suaminya . Airmatanya tidak berhenti mengalir .

" Hey , jawab saya , Tiffany ! " Sehun menengking lagi .

Tiffany masih menunduk . Tanpa teragak - agak , Sehun menampar kuat pipi isterinya .

Pang !

Tiffany lantas memegang pipinya dan memandang muka Sehun . Ya , pedih terasa di pipinya , namun tidak setanding dengan luka di hatinya yang mendalam . Airmatanya jatuh berderaian . Terkejut juga Tiffany , Sehun tidak pernah memukul nya , tidak pernah berkasar padanya walau sedikit , tetapi ini . . . Tiffany menangis lagi . Berat beginikah dugaan hidupnya ?

Sehun terpaku seketika kerana , untuk pertama kalinya , dia berkasar pada seseorang yang bernama perempuan . Seketika , dia menyesal kerana berbuat begitu .

" Saya memang tak berguna . Saya tak layak untuk jadi isteri awak . Terima kasih sebab beri tamparan yang saya akan ingat sampai bila - bila . " Tiffany memandang Sehun dengan linangan airmata .

Sehun terkejut . Muka Tiffany bagaikan sudah terlalu lemah kerana banyak menangis . Muka Tiffany basah .

" Kenapa berkurung di dalam bilik macam tu ?! Kau dah lupa ke ada suami ?! Dah takda rasa tanggungjawab sebagai isteri ? Hah ?! " Sehun bertanya , menengking juga .

Tiffany lantas memandang muka Sehun lama . Airmatanya satu persatu mengalir . Kesedihannya tidak dapat dibendung lagi . Tidak mengapa lah , jika Sehun mula berkasar bahasa dengannya .

" Kenapa ? Tak suka aku cakap macam tu ? Tapi memang betul kan ? Ataupun kau memang suka layan lelaki lain daripada aku ? " Sehun bertanya lagi .

Tiffany mengetap bibirnya . Sampai begini dia dituduh begini oleh suaminya .

Tiffany masih diam . Dia tidak mahu bertengkar lagi . Luka di hatinya masih dalam . Dia mengorak langkah ke tingkat bawah . Niatnya mahu keluar sahaja dari rumah itu .

Sehun menarik kuat tangan Tiffany lagi sekali . Tiffany mengetap bibirnya kerana terlalu sakit .

" Kau nak ke mana lagi ?! Nak ke rumah Suho lagi ? Nak mengadu yang aku pukul kau ? Hah ?! " Sehun menengking . Dia terlalu marah ketika itu .

" Siapa Heo Solji ? " Tiffany lantas bertanya . Airmatanya berderaian laju ketika soalan itu keluar dari mulutnya .

Sehun serta - merta terdiam . Mulutnya kaku , lidahnya kelu , tidak mampu untuk berkata apa - apa . Bagaimana Tiffany boleh tahu tentang Heo Solji ?!

" Dia mengandungkan anak awak , saya minta awak tolong bertanggungjawab . Jadi bapa untuk bayi tu , dia perlukan awak . " kata Tiffany . Suaranya kedengaran sebak dan serak , airmatanya yang bertakung mengalir deras . Badannya terasa menggigil lemah . Dia tidak sanggup untuk menghadapi semua ini .

Sehun tertunduk . Patutlah Tiffany menjauhkan diri daripadanya , mungkin kerana Solji memberitahunya hal sebenar . Badan Sehun juga menggigil . Ya , dia pernah meniduri Solji untuk beberapa kali , jadi memang salahnya dan bukan salah sesiapa untuk dia marah .

" Tiffany , " Sehun memanggil lalu memegang tangan lembut milik isterinya . Dia mencium jemari halus itu dan meletakkan di dadanya .

" Lepaskan saya , Sehun . Jangan sentuh saya lagi , saya bukan milik awak . " Tiffany berkata dengan nada yang sangat lembut lalu menjarakkan sedikit badannya daripada Sehun . Dia menarik tangannya daripada genggaman Sehun .

" Tiffany , saya tak buat semua tu sayang . Saya ada awak je , Tiffany . " Sehun memujuk Tiffany lalu mendekati isteri yang sangat disayanginya .

" Jangan tipu saya , Sehun . Saya dah tahu segala - galanya . Sekarang saya minta awak lepaskan saya , saya letih . Saya tak sanggup hadapi semua ini , Sehun . Saya perempuan , saya lemah untuk hadapi dugaan berat macam ni , Sehun .  " Tiffany menahan Sehun daripada mendekatinya . Airmatanya jatuh . Dia sangat lemah , dia tidak sanggup untuk melalui semua ini .

" Memang susah untuk saya terima semua ni , tapi tak apa . Saya akan cuba lupakan sedikit demi sedikit . Sekarang , saya minta izin awak untuk pergi . Terima kasih untuk segalanya , saya pergi dulu , jaga diri baik - baik ya Sehun , saya tak pernah berhenti mencintai dan menyayangi awak . Semoga bahagia . " Tiffany memegang tangan Sehun lalu mencium lembut jemari kasar itu . Dia memandang muka Sehun lama , airmatanya jatuh . Tidak menyangka pengakhiran rumahtangganya begini !

Dia terus berlalu ke bawah mencapai kunci keretanya dan berlalu pergi dengan airmatanya yang tidak pernah berhenti mengalir . Dia gagal ! Gagal untuk menjadi isteri yang baik pada Sehun .

" Tiffany , " Sehun melirih perlahan .

Sehun yang ditinggalkan terduduk . Dia memikirkan segala - gala yang baru terjadi . Perlahan - lahan , airmata lelakinya jatuh . Sudah terlalu banyak kenangannya bersama Tiffany .  Dia sendiri tidak rela berpisah dengan isterinya . Dia mengesat air matanya . Dia terasa mahu menjerit !

' Arghhhh ! ' Sehun merintih lagi .

** BERSAMBUNG **

Hi sayang sayang author ;* Maaf yaaa author lambat sikit update malam ni . Nak cakap , ni last yaa author update untuk minggu ni , selebihnya author akan update next week . Sebelum tu , maaf ya kalau ada typo , frasa kata yang salah , and apa - apa lah . Sorry ya ! Readers semuaa , komen lah part ni macam mana ! Author nak tahu reaksi readers bila baca ~_~ . .   

** media mediaaa yang paling atas ! dia terlalu sedih untuk semua ini . emm :'(

Continue Reading

You'll Also Like

3.5M 306K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
69.1K 3.8K 61
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
29.7K 2.6K 29
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
409K 14.5K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...