PART 16 // SAD ENDING //

2.7K 131 61
                                    


Keesokan paginya , Tiffany terjaga pada pukul 6 pagi . Dia lantas bangun dan membersihkan dirinya di dalam kamar mandi di bilik tetamu itu . Kepalanya berpinar . Kemudian , dia menyapu losyen di tangannya di hadapan cermin . Dia termenung seketika di hadapan cermin meja solek itu . Ini kah dirinya yang sebelum ini ? Mukanya sudah membengkak akibat terlalu banyak menangis , matanya sudah sembap dan mukanya juga kemerah - merahan . Tiffany memutuskan untuk tidak keluar dari bilik . Dia masih tidak sanggup untuk menghadap muka suaminya yang sangat menyakitkan hati .

Dia kembali duduk di atas katil itu . Tiba - tiba , sakit hatinya pada si suami membuak - buak . Sampai hati awak duakan saya , Sehun !

Tiba - tiba pintu biliknya diketuk .

" Tiffany , dah pagi ni . Hari ni saya cuti , bangun sayang , " kata Sehun lembut . Tangannya masih mengetuk pintu bilik itu .

Tiffany bersandar di kepala katil memeluk bantal . Dia tersenyum sinis lalu memejamkan matanya .

" Tiffany , buka lah pintu ni . Awak kenapa ? Awak merajuk dengan saya ke ? " Sehun mengetuk lagi .

Tiffany memejamkan matanya rapat - rapat . Dia cuba untuk melupakan apa yang dikata oleh perempuan simpanan suaminya itu .

" Hey , I said open this door . Tiffany , apa yang awak marahkan sangat ni ? Sebelum ni awak tak pernah macam ni , sayang . " Sehun mengetuk lagi pintu itu . Tiffany semakin lama semakin menguji kesabarannya .

Tiffany menggenggam bantal di tangannya perlahan . Airmatanya mengalir laju . Sebak sungguh apabila Sehun berkata begitu .

Iya Sehun , saya berubah sebab awak . Awak yang buat saya taknak tengok muka awak lagi , '

Tiffany menekup mulutnya agar tangisannya tidak didengari Sehun .

" Hey Tiffany ! " Sehun mengetuk sekuatnya pintu itu . Dia mula berasa geram dengan isterinya itu .

Tiada sahutan juga .

" Tiffany , keluar sekarang ! " Sehun menyepak kuat pintu itu sehingga sedikit bergegar .

Tiffany terkejut . Dia mengurut dadanya . Airmatanya jatuh semakin laju . Satu persatu soalan muncul di mindanya . Adakah Sehun akan memukul nya nanti ? Ah ! Dia redha . Tiffany berjalan perlahan dan membuka pintu itu .

Sebaik sahaja pintu itu dibuka , tangan Sehun laju ingin menampar muka Tiffany , tetapi ditahannya .

" Tampar lah saya , " Tiffany berkata . Matanya mula berkaca . Suaranya juga sengau akibat terlalu banyak menangis .

" Hei , apa masalah awak ? Saya cuma suruh buka pintu ini je , susah sangat ke ?! Hah ?! " Sehun menengking isterinya kuat .

Tiffany tidak menjawab . Dia menolak Sehun perlahan hingga terdorong sedikit ke belakang dan terus mengorak langkah ke tingkat bawah iaitu dapur . Airmatanya semakin laju mengalir . 

Sehun geram . Dia lantas menarik kuat tangan Tiffany supaya menjawab soalannya .

Tiffany mengaduh kesakitan . Tangannya direntap kuat . Dia kini berhadapan dengan suaminya . Dia hanya menunduk , sikit pun dia tidak memandang muka suaminya . Bimbang kalau dia akan menjadi semakin benci pada suaminya nanti . Airmatanya tidak berhenti jatuh .

" Semalam awak tinggalkan Hani tanpa sebarang mesej or notice . Then malam tadi awak tak keluar bilik langsung , pagi ni pun saya ke dapur , breakfast takda , rumah pun tak berkemas . Awak nak jadi apa ?! Dah lupa tanggungjawab sebagai isteri ?! Dah tak tahu nak uruskan suami ?! Hah ?! " Sehun menengking . Marahnya meluap - luap .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 25, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[SLOW UPDATE ] My Husband Is Mr . Byuntae ! Where stories live. Discover now