BANGLO LAMA

Da freddo_96

52.4K 1.4K 154

"Woi! Kalau berani, kau tunjukkan muka kau." Aman mencabar. Tidak pasti sama ada cabarannya itu akan disahut... Altro

HAKCIPTA DAN KREDITASI
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
Kembali selepas 5 tahun

BAB 4

4.7K 169 10
Da freddo_96

Sayup-sayup kedengaran azan Subuh berkumandang. Sekejap dengar, sekejap tidak. Bergantung kepada angin yang membawa suara azan itu.

Cerita Dilwale yang ditonton tadi telah pun tamat hampir setengah jam yang lepas. Ayu, yang mungkin agak kepenatan malam itu tertidur di hadapan laptop.

"Ceh, kata nak teman aku. Nak tidur lepas Subuh." hati Ina bersuara melihat Ayu disebelahnya, tidak sampai hati mengejutkan kawannya yang keletihan itu.

Ina menutup laptopnya sebelum mengejutkan Ayu dengan menggoyangkan badannya lembut, "Ayu, bangun. Dah Subuh ni. Solat dulu pastu kang tidur lah balik kalau mengantuk." Lembut sahaja kata-kata yang keluar daripada mulutnya, selembut gerakannya mengejutkan Ayu tadi.

Ayu tersedar lalu menggosok matanya, melihat sekitarnya sebelum bergerak ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Air paip yang sejuk pada waktu pagi itu memberi kesegaran apabila sampai ke wajah Ayu, "Ah, segar rasanya."

Sementara menunggu Ayu di dalam bilik air, Ina mengejutkan pula Teha yang berada di katil hujung.

"Teha, bangun. Solat dulu."

Teha yang masih mamai duduk di katil seketika sebelum bangun membuat senaman ringkas bagi meregangkan sendi-sendinya.

"Awal kau bangun, Ina." Teha bersuara membuka perbualan apabila dia mendapati ada orang di dalam bilik air.

"Aku dengan Ayu tak tidur semalam. Aman sibuk suruh cari pasal tempat yang kita nak pergi tu." Katanya sebelum menyambung, "Nanti kau tengok lah Whatsapp. Panjang lebar berbual semalam."

Teha mengangguk dan pada masa yang sama, Ayu keluar daripada bilik air. Giliran Teha pula masuk untuk mengambil air sembahyang.

Selesai solat, Ina dan Ayu menyambung tidur mereka semula. Manakala, Teha terus ke bilik air untuk mandi. Dia ada kuliah pagi ni. Subjek yang paling dia minat - Kemahiran Komunikasi dalam Pekerjaan.

Habis sahaja mandi, dia membuka almari bajunya untuk mencari baju yang sesuai ke kuliah.

"Hari ni hari Rabu. Elok pakai baju korporat jabatan ni kot." Hatinya berkata, memberi cadangan kepada dirinya sendiri.

Solekan yang dikenakan pada pagi itu tidaklah keterlaluan. Solekan yang sesuai untuk seorang mahasiswi. Gincu merah jambu yang dipakai itu menyerlahkan lagi keseksian bibirnya yang nipis itu. Manakala, bedak asas yang ditepeknya itu menutup cela-cela dan lubang-lubang kawah di mukanya, sempurna.

Jam menunjukkan pukul 7.35 pagi apabila satu mesej masuk ke Whatsappnya.

"Teha, kitorang tunggu kau kat bawah. Tempat biasa tau." Mesej daripada classmatenya. Mereka selalu pergi ke kuliah bersama, menggambarkan betapa utuhnya ukhuwah antara dia dan classmatenya.

Dia membalas ringkas, "K. Otw." Cukup untuk memberitahu kawannya bahawa dia sedang turun. Dia menggapai beg sandangnya yang berada di kerusi sebelum keluar daripada biliknya dengan senyap, tidak mahu menyedarkan Ayu dan Ina. Sebelum mengunci pintu, dia sempat melihat kepada dua orang rakannya itu sekali imbas.

***

Matahari semakin menyinsing menyinari alam namun Ayu dan Ina masih juga tidak terjaga daripada lenanya. Yelah, tidur semalam pun lepas Subuh. Memang taklah mereka boleh bangun pagi. Paling tidak pun, tengah hari nanti baru bangun, waktu matahari dah tegak dekat atas kepala.

Telefon Ina berdering. Nak tak nak terpaksalah juga buka mata tengok siapa yang menelefon.

"Haih, siapa lah agaknya call pagi-pagi ni. Tak tahu ke orang nak tidur." Ina merungut, berhasrat tidak mahu menjawab panggilan itu.

Telefon berdering kali kedua. Kali ini dia terpaksa juga jawab. Risau ada hal penting ke yang nak diberitahu oleh si pemanggil.

Apabila panggilan tersebut dijawab, terdengarlah satu suara. Ya, suara yang amat dikenalinya iaitu classmatenya, Eisha.

"Wei, kau dengan Ayu tak datang ke pagi ni? Kan madam dah kata nak buat kelas ganti." Tanya Eisha, memberi sedikit kejutan kepadanya. Baru dia ingat yang puan Aishah nak buat kelas ganti.

"Madam dah masuk ke belum?" Dia bertanya semula, membiarkan soalan kawannya tadi tidak berjawab.

"Belum. Kejap lagi masukla tu..." Belum habis Eisha membalas pertanyaan itu, pintu bilik tutorial itu terbuka dan puan Aishah pun masuk.

Eisha segera mengubah jawapannya, "Ni ha. Puan baru masuk." Dia memberitahu secara berbisik, seakan-akan memberitahu satu rahsia besar.

"Kalau madam tanya, kau cakap aku dengan Ayu demam tau. Bagi jelah apa-apa alasan yang penting tak kantoi." Balasnya sebelum talian itu diputuskan oleh Eisha.

Dia terlihat satu mesej yang masih belum dibaca, datangnya dari Maxis. Mesej tersebut telah dihantar pada jam 7 pagi.

"Kuota Pas Mobile Internet 2GB utk 1hari dari 1AM - 7AM telah mencapai 100% & kelajuan akan dikurangkan. Dail *100# > Pas Internet utk membeli pas baru utk menikmati internet berkelajuan tinggi."

Dia memadam mesej itu daripada inboxnya. Dia menoleh ke arah Ayu yang masih lena. Ina, yang telah dikejutkan oleh panggilan daripada Eisha tadi tidak dapat menyambung kembali tidurnya.

Dia menoleh ke arah jam di atas meja, "Nak dekat pukul 10. Ajak Ayu pergi sarapan lah."

Dia bangun dan menuju ke katil Ayu, mengajaknya bersarapan pagi itu di cafe bawah. Ayu bangun keletihan. Tidur 4 jam tadi masih tidak mencukupi baginya. Dia mengangguk lemah, bersetuju dengan ajakan daripada Ina itu.

Ayu segera mencapai tualanya yang tergantung lalu menuju ke bilik air, dalam keadaan terhuyung-hayang, masih lagi mamai dan separa sedar. Dia mengambil masa lebih kurang 20 minit total untuk memberus gigi, menyabun badan dan mencuci muka bagi mengekalkan kemulusan kulit wajahnya.

Selesai sahaja mandi, Ina memberitahunya, "Weh, madam Aishah buat kelas ganti seh. Tak ingat langsung. Serius."

Ayu dengan reaksi mukanya yang terkejut berkata, "what?!!!" Ha terkeluar perkataan omputih sebijik daripada mulutnya. Baru dia ingat yang puan Aishah ada beritahu minggu lepas pasal kelas ganti ni.

Dia dengan muka tak bersalahnya menyambung, "Takpelah. Kita baru tak datang sekali. Ada lagi dua kali chance." Katanya-katanya itu cukup untuk meredakan kerisauan Ina.

"Ha'ah betul jugak tu. Kejap aku nak mandi pastu kita pergi sarapan." Kata Ina sebelum menuju ke pintu bilik air.

"Cepat sikit tau. Kalau lambat, aku tidur balik." Ugut Ayu, manja. Senyuman terukir di wajah kedua-keduanya pagi itu.

Selang beberapa minit, Ina keluar daripada bilik air, wangi. Kewangian tersebut memenuhi segenap penjuru bilik itu.

"Pakai sabun apa wangi-wangi camni?" Ayu bertanya, apabila bau harum itu menusuk ke hidungnya.

"Ni ha. Sabun lavender. No sharing." Balas Ina, mengusik Ayu dengan ayat no sharingnya.

"Eleh. Aku ada sabun lagi wangi lah. Tu ha, blooming red roses." Ayu memberi respon, tidak mahu kalah. Mereka berdua hanya ketawa melihat sendiri pergaduhan manja mereka. Persis adik-beradik.

Ina bersiap dan mengenakan sedikit solekan ala kadar hanya untuk kelihatan flawless. Bukannya seperti selebriti-selebriti yang mengenakan solekan tebal lima inci, menakutkan persis hantu. Hantu pun tak make up tebal-tebal camtu.

Baju yang digayakan juga tidaklah mencolok mata. T-shirt plain putih dengan kain hitam yang dipakai menyerlahkan lagi gaya kasualnya pada pagi itu. Celak-celak dan maskara disimpan semula di dalam laci agar tidak berselerak macam tongkang pecah.

"Ayu, jom lah. Nak makan cafe mana pagi ni?" Ina bertanya. Manalah tahu Ayu berhasrat nak makan di cafe hipster sebelah padang tu.

"Kita makan cafe bawah ni jelah. Cafe tasik dengan hipster tu madam selalu datang. Kang tak pasal-pasal jumpa." Ayu memberi cadangan, diselitkan juga sedikit penerangan.

Ina berfikir sebentar sebelum membalas, "ha'ah betul jugak tu. Otak kau ni kadang-kadang berguna jugak eh."

"Pembetulan ya. Bukan kadang-kadang tapi SE-LA-LU." Balas Ina dengan gaya divanya. Part selalu tu berjaya diberi tekanan tanpa gagal. Dia tidak mahu mengalah, tetap mahu menunjukkan otaknya selalu geliga, bukannya kadang-kadang.

Mereka berdua berjalan ke lif sebelum menekan huruf G untuk turun ke ground floor. Tidak ramai orang yang menggunakan lif pada pagi itu menyebabkan urusan mereka lebih mudah berbanding biasa. Yelah, jarang orang ada kelas pukul sepuluh lebih. Waktu puncak lif selalunya pada jam 8 pagi. Kalau nak pergi ke kelas pada jam tersebut, kenalah banyak bersabar sedikit.

Setibanya mereka di cafe, mereka terus ke gerai makcik pakcik di tingkat atas. Di situ, terdapat lebih banyak variasi makanan dan harganya pun lebih murah. Kira macam students' price lah.

"Cik, roti hotdog ni kira camne?" Ina bertanya makcik itu tentang harga roti hotdog dihadapannya. Mereka berdua memang selalu ke situ. Namun, roti hotdog tersebut merupakan menu baru, yang tidak pernah mereka lihat sebelum-sebelum ini. Boleh dikatakan mereka berdua ni regular customer lah.

"Satu singgit." Makcik tersebut memandang ke arah mereka sebelum menjawab dengan selamba. Makcik paling slumber di dunia.

Setelah puas membeli sarapan, memilih segala makanan yang berkenan, mereka duduk di kerusi kuning yang disediakan oleh pihak kafeteria. Peliknya, pagi itu agak ramai pelajar yang bersarapan di situ. Selalunya boleh dibilang dengan jari. Lokasinya yang agak jauh daripada bangunan kuliah menyebabkan mahasiswa-mahasiswi lebih gemar ke kafeteria yang berdekatan dengan tasik. Yelah, senang sikit nak ke kuliah semula selepas makan.

"Ramainya sarapan kat sini. Semalam aku datang tengah hari nasi lemak pakcik tu banyak lagi. Ni kau tengok, dah tinggal 2 3 bungkus je." Ina seolah-olah pelik dengan apa yang dilihatnya pada hari ini. Berbeza sungguh dengan semalam.

"Rezeki dorang lah tu." Ayu membalas, sentiasa memberikan jawapan yang positif.

Mereka tidak mengendahkan suasana 'pelik' pagi itu sebaliknya terus menjamah sarapan yang telah dibeli tadi dek kerana lapar. Kalaulah perut boleh bercakap, mesti dia dah bersuara minta diisi.

Sedang asyik mereka menjamu selara pagi itu tanpa memandang sekeliling, tiba-tiba satu suara yang dikenali, menyapa. Ya, suara yang sangat mereka kenali. Mereka tergamam.

"Sedapnya makan. Takkan dah sihat kot. Orang demam kenalah berehat kat bilik." Suara itu memerli, agak pedas sindiran itu.

Mereka mendongak dan menoleh ke arah suara itu. Patutlah macam kenal suara tersebut. Suara Madam Aishah rupanya. Mereka terdiam, tidak mampu memberikan apa-apa alasan. Hanya senyuman yang mampu diukir, berharap hati lecturernya itu lembut untuk memaafkan mereka.

Continua a leggere

Ti piacerà anche

6K 100 13
Untuk makluman: cerita ini bukan hasil karya author, author ambil dari novel author asal Tok Unggal. author beri kredit sepenuh nya kepada tuan empun...
Tegur Da ParadoX

Paranormale

39.4K 1.2K 15
Kisah benar hidup di maktab
903 214 15
F I R S T 🍫 | Short story | | Genre - paranormal, islamic, mystery | 🏆 #1 paranoid #15 paranormal #18 seram LARA EMILIA Mengisahkan seorang pelajar...
28.2K 1.8K 34
Seorang guru disiplin telahpun mati pada 2 tahun lalu! Namun, sekolah terasa dihantui.. Dalam tempoh itu juga bilik disiplin terpaksa dipindahkan ker...