Pluto

Від FithFith

10.9K 958 119

(Sekuel HILANG) Setahun berlalu sejak pelajar 5 Sains 1 mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Malaysia d... Більше

Coretan Sang Penulis
Prolog
Bab 1 : Perbincangan
Bab 2 : Misi Mustahil
Bab 3 : QASA
Bab 4 : Berlatih!
Bab 5 : Kami Bersedia
Bab 6 : Bumi dan Angkasa
Bab 8 : Planet Merah
Bab 9 : Radiasi
Bab 10 : Cuba untuk Kembali
Bab 11 : Selain Kita
Bab 12 : Gunung Loki
Bab 13 : Pertemuan
Bab 14 : Berubah
Bab 15 : Penemuan
Bab 16 : Akibat Virus
Bab 17 : Agenda Sebenar
Bab 18 : Klimaks
Bab 19 : Tamat (?)
Bab 20 : Kehilangan
Bab 21 : Pengakhiran
Bab 22 : Dahulu
Epilog

Bab 7 : I.S.S.

414 32 4
Від FithFith

  Tak...

  Tak... Tak tak tak tak tak!

  Aku tak nak benda macam ni berlaku lagi!

  Baru hari pertama kami di angkasa, dah ada satu tragedi berlaku. Aku... Aku perasan akan sesuatu. Sesuatu yang pelik dalam misi ni, yang mungkin akan mengambil nyawa kami semua.

  Tapi kenapa mereka semua macam tak ambil kisah?? Aku dah cuba beri amaran tapi kenapa mereka semua tak kisah??...

  Aku tak nak ia berlaku lagi.

  Aku tak nak kehilangan sesiapa lagi.

  ...

  "Tak tidur lagi, Fith?"

  "Hmm? Oh, tak. Saja nak ambil angin." ...padahal aku sedang termenung, entah apa yang aku fikirkan...

  Aku lihat saja Azim datang dan duduk di sebelah aku, di kabin tempat bersenam ni. Dia ikat dirinya pada tempat duduk itu supaya dia tidak terlepas, 'berterbangan' di dalam kabin itu.

  "Alasan 'ambil angin' tu, tak masuk akallah. Kita di angkasa!"

  Kami sama-sama menghambur ketawa. Hahaha... Betul juga kan?

  Tapi... peliklah. Aku tak berapa rapat dengan budak-budak lelaki kelas aku - kecuali Raja seorang saja. Tiba-tiba pula mamat Azim ni datang dekat aku? Ada halkah dia nak beritahu aku?

  Ah, Azim kan budak happy-go-lucky... Normallah kalau dia tegur-tegur orang...... Bukan, begitu?

  "Sebenarnya, ada hal yang aku nak beritahu pada kau."

   Wait, what?

  Aku tersentak sedikit. Aku toleh padanya, melihat Azim dengan mukanya yang menunjukkan dia ada suatu masalah.

  "Apa dia?"

  "Aku..." Dia jeda sebentar. Aku tunggu dengan penuh debar.

  "Aku....................... Aku malulah nak beritahu!"

  "Haish, kau ni! BERITAHU SAJALAH!"

  "Ya, ya... Kau ni sama macam Rajalah!"

  Tak, Raja lebih menakutkan. Kami takkan sama.

  Mulalah Azim buka mulut, tapi aku pintas.

  "Ha...... Mesti fasal Hani, bukan?"

  "A-A-A-A-A-A-APA,, B-BUKANLAHH!!"

  Aku segera beredar ke pintu kebuk lalu membukanya, membawa diriku keluar.

  "H-Hei, Fith, janganlah tinggalkan aku macam tu saja!!"

  "Aku bukan nak keluarlah." Aku tahu Azim akan buat muka hairan apabila aku cakap macam tu.

  Aku kembali ke tempat duduk aku tadi. "Aku periksa dahulu, manalah tahu ada orang pasang telinga... Soooooo ceritalah cepat! Kenapa dengan Hani?"

  Azim menggosok-gosok tengkuknya. Resah betul dia ni.

  "Kau suka dia, eh~?" tanyaku.

  "M-M-Mana kau tahu??"

  "Kelakuan kau, jelas sangat. ♡"

  Muka dia pun dah merah membara, macam baru makan jalapeno. Aku tergelak kecil.

  "Tapi kan... Kenapa kau tiba-tiba minta tolong aku pula ni? Kenapa kau tak minta tolong dekat si Ansar dan Hafiz?"

  "Kau Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah dahulu. Dan kau rapat dengan Hani..."

  "Oh... Tapi, Aqilah dan Izzah? Mereka pun rapat dengan Hani?"

  "Kau dah ada pengalaman bercinta-..."

  Aku tersentak. Betul-betul terkejut dengan apa yang Azim katakan, sehingga setiap benda yang keluar dari mulutnya aku tak dengar satu apa pun.

  Beribu memori datang menerpa mindaku, sekalipun aku menolak.

  "M-Maaflah..., Fith. Aku mengingatkan kau fasal...--"

  Oh, alamak. Agaknya air muka aku berubah begitu ketara.

  "Ahaha... tak apa, tak apa~ Aku boleh tolong kau, tapi... Kau kena tahu, aku pun sebenarnya tak berapa hebat dalam hal-hal macam ni."

  "Tak apa, janji kau tolong aku! Thanks, Fith!"

  "Eheheh... sama-sama~"

  Lalu, bermulalah kerja aku sebagai Pembimbing Rakan Sebaya. Atau Doktor Cinta? Euwwwww, puihh!

  Hari kedua sudah tiba. Dan kami semua hampir sampai ke Stesen Angkasa Antarabangsa.

  Kesemua kami berada di kabin utama sambil duduk melihat imej ISS yang semakin membesar di skrin.

  "Pelapor misi?" Kak Natasha memandang aku dan Raja.

  Raja pandang aku. Hmm, nampaknya akulah yang kena melapor.

  "Destinasi : Stesen Angkasa Antarabangsa, International Space Station, ISS. Tugas kita adalah untuk mengambil seorang angkasawan untuk disertakan ke dalam team misi kita, dan untuk menyelenggara serba sedikit peralatan dalam kapal angkasa berkelajuan cahaya kita ni," terangku, sambil jemari Raja menari-nari pada pad kekunci di bawah skrin besar itu, menaip setiap kata-kataku.

  "Aqilah dan Hani, bersedia untuk penyambungan Adventure dengan ISS!"

  "Baik!~"

  Kapal angkasa Adventure kami ni, perlu bersambung dengan satu lengan robotik dari ISS. Dengan penyambungan inilah, kami dapat bergerak dari Adventure masuk ke ISS.

  Penyambungan harus dilakukan dengan penuh hati-hati sebab, rosak sedikit sahaja kapal ini, kami semua akan mati reput di angkasa. Hahaha kenapa teruk sangat ayat aku ni?

  Angkasa, penuh dengan perkara yang mendebarkan. Hendak berlepas, hendak bersambung dengan ISS... Hendak guna tandas pun mendebarkan. Betul, aku tak tipu.

  "Penyambungan berjaya." ujar Kak Natasha. Aku tersenyum lega. Begitu juga yang lain.

  "Jom!"

  "Ah..... mesti handsome gila mamat Amerika tu...!"

  Aku angguk sahaja sambil ketawa mendengarkan kata-kata Izzah.

  Pintu kebuk dibuka dan kami menyusur laju di udara sepanjang laluan di dalam lengan robotik itu. Kami sampai ke hujung lagi satu dan pintu kebuk dibuka lagi. Terkejut aku dengan figura seorang mat saleh di sebalik pintu kebuk.

  "Glad to meet you! I'm Andrew Sagan, your extra mission crew."

  Kak Natasha bersalaman dengan Andrew. Dengan mata biru-hijaunya, rambut perangnya dan suara lunaknya.... Aku sendiri ikut terlopong kagum bersama rakan-rakanku.

  "Glad to meet you too! I'm Natasha."

  "While I'm Aqilah!! This is my boyfriend, Ansar!"

  "Oh, hai Ansar, Aqilah. Apa khabar?"

  "........EHHH???"

  Andrew... baru cakap Melayukah??

  Semasa kami masih kaku akibat terlebih dos kejutan, dengan malu-malu Andrew menjelaskan, "saya sudah belajar lima bahasa setakat ni, termasuklah Bahasa Melayu. Tapi, saya masih belum fasih. Minta tunjuk ajar, ya!"

  "Wah, lima! Lima bahasa!"

  Dah kenapa teruja sangat si Azim ni?

  Tidak seperti Kak Natasha, Andrew masih tidak berapa fasih dengan Bahasa Melayu. Pelatnya pun sangat pekat, kadang itu aku susah nak faham apa dia kata.

  Kami lepak-lepak di dalam kokpit tempat berehat di ISS. Kabin di ISS berkali-kali ganda lebih luas daripada di kapal angkasa Adventure, jadi kami pun melompat ke sana sini selepas berkenalan dengan Andrew.

  ...Oh ya. Kami perlu panggil dia 'Abang Andrew'.

  "Ansar, Hafiz dan Raja, mari ikut Kakak dan Abang Andrew sekejap!"

  "Baik!"

  Aku pandang sahaja kelibat mereka bertiga keluar dari kabin itu mengikut Kak Natasha dan Abang Andrew. Ke mana, aku pun tak tahu.

  Macam nak terhenti jantung aku apabila lengan aku disiku Azim. Aku pandang dia, dia berwajah resah.

  Mengikut lirik matanya, nampak sangat dia sedang suruh aku tolong rapatkan dia dengan Hani. Haih, ada juga lelaki macam ni dekat dunia ni?

  Aku tarik lengan baju Azim lalu terbang menuju Hani.

  "Kalian tengah gosip apa ni?" tanyaku. Hani menoleh memandang aku.

  "Huh? Fasal artis Hollywood saja... Joinlah!"

  "Eh heheh tak apalah. Aku cuma pasang telinga saja... Aku tak pandai gosip bab Hollywood bagai ni."

  Kemudian Hani, Izzah dan Aqilah pun sambung bergosip.

  "Cakaplah apa-apa."

  Azim terkejut dengan bisikan aku itu. "Nak cakap apa??"

  "Apa-apa sajalah!"

  "Err..."

  "Tanyalah fasal--"

  "Hei semua. Kalian rasa... Kak Natasha, Abang Andrew, Raja, Ansar dan Hafiz tengah buat apa, ya? Macam buat sesuatu yang penting sahaja...?"

  Okey, aku terkejut sedikit. Pandai pula si Azim ni cari poin bertanya.

  "Eh, betul juga kan? Mereka buat apa?" respon Hani. Nak tergelak aku melihat Azim tersenyum kambing apabila Hani memberi respons terhadap soalannya.

  Tapi betul juga. Kak Natasha, Abang Andrew dan yang bertiga tu sedang buat apa?

  "Mereka bertiga tu kan para engineer? Mungkin mereka sedang membaiki sesuatu." nyata Izzah.

  Aqilah pula membalas, "hmm! Mungkin mereka dah memakai sut angkasa dan keluar ke angkasa sana!"

  "Tak adil! Kita juga hendak buat kerja di luar sana!" Aku kagum dengan cara Azim menyelit dalam perbualan.

  "YAAA!!"

  "Jom! Kita lihat apa yang mereka buat!"

  Aku nak beri amaran bahawa mereka boleh saja tersesat di ISS ni, tapi... mereka terbang selaju helang. Aku ikut sajalah.

  "Bilik mandi di kapal angkasa kita??"

  "Biar betul??"

  "Betul... Kami dah cipta bilik bergraviti buatan. Bahagian luaran bilik silinder ni ada lagi satu silinder yang menggunakan diamagnetik, jadi ia menghasilkan suatu daya tarikan graviti 1G." terang Kak Natasha.

  Aku angguk perlahan. Aku ada dengar fasal ni. Aku tengok dokumentari dulu. Tapi ia cuma suatu pelan para saintis. Tak sangka pula QASA sudah mendahului dengan ciptaan ini.

  Kawan-kawan aku yang lain masih terkejut. Terkejut gembira. Mestilah mereka suka, kerana dengan adanya bilik inilah, mereka dapat mandi sebagaimana mereka mandi di Bumi, kerana cecair tidak lagi berterbangan di sana sini akibat ketiadaan graviti.

  "Dah siap periksa. Semuanya normal." ujar Hafiz yang terpacul tiba-tiba dari bilik itu. Ansar dan Raja juga menyusul keluar.

  "Bila boleh guna?" Izzah bertanya teruja. Kami, para perempuan, memang benci dengan lekitan peluh yang berada pada badan kami. Berada di angkasa tanpa mandi dalam jangka masa yang lama boleh jadi mimpi ngeri kepada kami.

  "Sebentar lagi, selepas kita pisahkan Adventure daripada ISS." jawab Andrew.

  "Bila kita nak pisahkan Adventure daripada ISS?"

  "Sekarang!"

  "Yeahhh!!!"

  Malam. Maksud aku, 'malam'. Dunia angkasa ni penuh kegelapan, jadi aku tak boleh kata sekarang tengah siang atau malam.

  Pelik juga. Angkasa penuh dengan kegelapan. Penuh kekejaman. Kenapa aku memilih bidang angkasa sebagai minat aku?

  Aku melekapkan telapak tanganku pada tingkap kapal angkasa, tingkap dorm perempuan. Yang lain sudah lama dibuai mimpi, jadi aku ada masa untuk diri aku sendiri.

  Belakangan ni, aku... rasa pening. Secara mentalnya, aku semacam tak tenang. Bagai ada sesuatu yang menganggu fikiran aku - tapi apa?

  "...Kalau boleh, aku nak luahkan semuanya."

  Macam mana? Macam mana aku nak luahkan 'semuanya'? Aku... Aku tak faham kenapa aku bersedih sekarang ni. Aku tak faham kenapa aku begitu resah dan terlalu risau akan semua benda, sejak--

  ...Oh ya. Mungkin aku bersedih kerana kisah cinta aku berakhir tragedi. Itulah alasan yang paling munasabah yang sedang membuat aku rasa tidak tenang sekarang ni...

  Pun begitu, mengapa aku bersedih? - aku tak percaya akan 'cinta'!

  Jom! Aku bawa kau ke suatu tempat yang penuh kegembiraan dan kenikmatan~!

Tempat apa? Arked?

Eh, macam mana kau tahu, Fithri??

  Zaim... Dialah yang membuat aku percaya bahawa cinta itu benar. Cinta itu tak salah. Cinta itu... wujud. Tapi kenapa dialah yang menghancurkan cinta?

Bodoh! Kau masuk ke perangkap aku, dan engkaulah yang membahayakan nyawa kawan-kawan kau! Jadi semua ni salah kau!

  Semacam tak percaya apabila lelaki itulah yang telah mencipta klon-klon hebat, iaitu aku dan rakan-rakan aku yang lain. Gagalnya eksperimen dia membawa kepada pelupusan klon yang dia ingin lakukan terhadap kami. Aku dan yang lain-lain menjaga nyawa kami dan menentang.

  Begitu ironik, bukan? Aku tidak mempercayai cinta, telah mempercayainya kemudian terpedaya oleh cinta juga, dan sekarang aku membantu Azim untuk mendapatkan buah hatinya? Heh.

  Aku rasa seperti... aku ni seorang yang tak berguna kepada kawan-kawan aku. Disebabkan cinta yang aku dahulu telah berikrar untuk tidak mempercayainya, aku membahayakan nyawa kawan-kawan aku. Raja hampir mati! Kalau tidak kerana keistimewaan kami sebagai klon atau hibrid, Raja pasti takkan berdengkur lembut di bilik sebelah sekarang.


  Tapi, mereka masih hidup! Zaim sudah koma, hampir mati sekarang! Sekarang semuanya berakhir dengan baik!! Happy ending!


  ...Jadi kenapa aku masih risau dan sedih?!

Marilah..., aku ajarkan matematik! Haih, itu pun susahkah, sayang oi?

  Tak guna... Memori-memori datang tanpa aku izinkan, menikam-nikam dada aku yang perit rasanya. Mataku mengabur kerana air mata yang berkumpul di mata akibat tiadanya graviti. Dahi kupegang dek kerana sakitnya kepala aku.

  Apabila aku fikir balik...

  Hahaha. Aku terlalu banyak berfikir yang bukan-bukanlah. Aku patut berhenti over-thinking.

  "Ah, t-tisu..."

  Aku segera mengambil beberapa helai kertas tisu dari kotak tisu yang terlekat di dinding kapal angkasa. Aku lap hingus-

  "D...Darah?..."

  Apa...

[POV Fithri berakhir]

Продовжити читання

Вам також сподобається

77.4K 2.9K 30
Kisah dimana seorang perempuan yang menjadi gangster.Dia menyorokkan identitinya sendiri daripada adik-beradiknya. Apa yang akan terjadi sekiranya ad...
TEMBOK CINTA [COMPLETED] Від shzael

Підліткова література

1.3K 233 38
"Tembok cinta ini terlalu tinggi untuk aku hadapi. Sesukar ini kah perjuangan dalam menyintai makhluk ciptaan mu Tuhan? Salahkah aku menyintai lelaki...
251 51 12
Wardah Qalesya||Hazrel Aqeel ❝ Izinkan aku mengubah segalanya ❞ Wardah Qalesya merupakan pelajar baru di universiti.Dirinya susah untuk jatuh cinta...
11.7K 503 38
WATAK MIN SUGA -seorang yg kaya -byuntae -seorang yg handsome -suka kacau jia -suka jia dlm diam JIA -seorang yg sederhana -mudah menangis -seorang y...