Pluto

By FithFith

10.9K 958 119

(Sekuel HILANG) Setahun berlalu sejak pelajar 5 Sains 1 mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Malaysia d... More

Coretan Sang Penulis
Prolog
Bab 1 : Perbincangan
Bab 2 : Misi Mustahil
Bab 3 : QASA
Bab 4 : Berlatih!
Bab 6 : Bumi dan Angkasa
Bab 7 : I.S.S.
Bab 8 : Planet Merah
Bab 9 : Radiasi
Bab 10 : Cuba untuk Kembali
Bab 11 : Selain Kita
Bab 12 : Gunung Loki
Bab 13 : Pertemuan
Bab 14 : Berubah
Bab 15 : Penemuan
Bab 16 : Akibat Virus
Bab 17 : Agenda Sebenar
Bab 18 : Klimaks
Bab 19 : Tamat (?)
Bab 20 : Kehilangan
Bab 21 : Pengakhiran
Bab 22 : Dahulu
Epilog

Bab 5 : Kami Bersedia

418 37 0
By FithFith

  Muka mereka tampak berseri-seri. Biarpun sudah harungi kerusi berpusing itu baru sebentar tadi, perasaan gembira jelas terpancar. Hal itu adalah kerana latihan kerusi berpusing itu merupakan latihan terakhir sebelum mereka akhirnya berlepas ke angkasa.

  Beberapa minggu berlalu dengan kesusahan dan seksanya latihan-latihan fizikal, sesi pembelajaran sains angkasa dan kuiz spontan. Hari ini, mereka akan akhiri semuanya. Biarkan ia berlalu menjadi suatu mimpi ngeri mereka.

  "Dah tak terasa panas dan rimas lagi apabila pakai sut ni."

  Ansar tersenyum, tertawa kecil sambil dia membantu Hafiz memakai sut angkasa.

  "Ya... Kita dah terbiasa. Dah banyak kali kita berlatih dengan sut angkasa, bukan?"

  Hafiz angguk-angguk. Selesai memakai kasut sut putih sambil dibantu Ansar, dia bangun. Di sudut kiri bawahnya, matanya melirik.

  "Selama ni, kita berlatih menggunakan sut terpakai saja," Hafiz tunjuk tag namanya yang ada pada dada kirinya.

  "Hari ni, kita pakai sut kita sendiri."

  Ansar senyum lagi. Rasa bangga sudah lama memeluk dirinya.

  "Hei, kalian! Cepatlah!" Ansar dan Hafiz menyambar topi keledar masing-masing dan segera beredar keluar dari bilik persalinan, mengikuti Raja.

  Azim, yang sudah berada di tempat penggambaran melambai-lambai, menyuruh Ansar dan Hafiz supaya cepat.

  "Lembab betul!"

  "Tutup sajalah mulut tu, Aqilah!"

  Yang perempuan sedang duduk sebaris di kerusi, manakala para lelaki berdiri di belakang perempuan. Kelapan-lapan mereka memeluk sahaja topi keledar mereka yang berat itu. Dengan berlatar belakangkan foto besar ruang angkasa penuh bintang-bintang, mereka tersenyum lebar memandang kamera yang berada di hadapan.

  "Bersedia..!," teriak jurukamera, "satu, dua,--

  ..tiga!"

  *KCAK*

  "Aku rasa nak menangis apabila aku pakai sut tu..!"

  "Samalah! Sut tu memang ditempah khas untuk kita, tahu! Terharu betul!"

  "Hei, relakslah, Izzah, Fith! Kita hanya bergambar saja tadi, bukannya ke angkasa pun hari ni!"

  Aqilah menerjah masuk ke bilik persalinan, melihatkan tiga rakannya yang asyik membetul-betulkan tudung depan cermin. Dirinya sudah lama bersiap.

  "Cepat! Kak Natasha tengah tunggu kita ni!"

  "Di mana?"

  "Tempat biasa. Cepat tau!"

  "Dah bersediakah untuk esok?"

  "YA!!"

  Tertawa Natasha. Melihatkan riak muka anak-anak muridnya, nampak sangat mereka sebenarnya lebih daripada sekadar 'bersedia'. Mereka tidak sabar untuk ke angkasa!

  "Baguslah begitu. Sekarang sudah pukul 9 malam. Kakak nasihatkan kamu supaya tidur awal, esok kita perlu bangun awal pagi. Tapi sebelum tu...," bilik latihan mereka menjadi gelap tiba-tiba, dan kelihatan imej wayang gambar pada dinding putih yang bertindak sebagai skrin.

  Jelas kelihatan imej sebuah kapal angkasa di tapak pelepasan Cape Canaveral, bersedia untuk berlepas.

  "Kakak nak kamu tonton ni dulu. Tonton dengan hati dan minda, boleh?"

  Remaja-remaja yang duduk bersila di lantai itu mengangguk, kemudiannya mengalih pandangan dari Natasha ke imej roket itu.

  Kekaburan dan kontras warna  imej itu jelas menunjukkan rakaman itu sudah lama tersimpan dalam arkib simpanan. Dalam imej itu, kelihatan ramai orang awam tidak mengira umur sedang melihat kapal angkasa dari kejauhan. Tidak mereka hirau akan angin kuat dan terik mentari itu, malah senyuman semakin melebar di setiap muka mereka.

  Suara komentator pelepasan kapal angkasa itu kedengaran teruja. Roket sudah berasap-asap dari kejauhan. Tidak lama selepas itu, kapal angkasa terbang menuju ke langit biru tanpa awan itu.

  Sorakan orang ramai menggegar telinga. Tawa gembira juga kedengaran.

  Para saintis dan jurutera di pusat kawalan Kennedy Space Center pula ada yang tersenyum puas, walaupun mata mereka masih terlekat pada skrin komputer dan kertas kerja di atas meja. High five dibuat sesama rakan sekerja. Memang seluruh warga Amerika gembira dengan pelepasan kapal angkasa itu.

  Namun ia tidak kekal lama. Kepulan asap putih besar kelihatan tiba-tiba menyelubungi keseluruhan kapal angkasa yang sedang terbang di langit. Sebaris jejak awan yang ditinggalkan oleh aktiviti pembakaran normal enjin roket, tiba-tiba berpecah menjadi dua, tiga jejak kecil. Ia berlaku dengan sangat cepat.

  Para saintis dan jurutera yang berada di pusat kawalan tercengang dengan apa yang dilihat mereka di skrin komputer. Apatah lagi orang awam yang melihat sendiri kejadian itu di hadapan mata mereka sendiri. Komentator kecoh asyik bertanya tentang apa yang sedang berlaku.

  Lapan orang remaja yang menonton futej itu juga terkejut.

  Kekeliruan memenuhi atmosfera. Orang ramai tertanya-tanya. Mereka tahu ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada kapal angkasa itu - tapi apa?

  Kedengaran pula suara komentator, yang tadinya kecoh, kini bertukar suram. Bergetar suaranya, mengatakan bahawa pihak NASA telah pasti, kapal angkasa tadi sebenarnya telah meletup.

  Imej hilang dan bilik terang kembali. Natasha duduk semula di hadapan para remaja itu setelah membuka suis lampu bilik.

  "Tahu tak, cerita fasal apa tu tadi?"

  "Challenger..." jawab Fithri.

  "Kenapa Fith? Challenger?"

  Raja menoleh kepada Hani di belakang. "Kapal angkasa ulang-alik itu, namanya Challenger. Kapal angkasa tu meletup selepas beberapa minit ia berlepas, membunuh kesemua tujuh orang angkasawan yang berada di dalamnya."

  "Cerita betul?"

  "Kisah benarlah, takkan movie pula!"

  Izzah terkejut dengan jawapan Raja. Sungguh tidak disangka...

  "Kakak bukan nak takutkan kamu, tapi... Kakak minta kamu bersedia. Bersedia dengan apa jua kemungkinan sekalipun. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Betul?"

  "Y-Ya... Tapi kakak buat saya tak dapat tidur malam nanti!!"

  Semua tertawa dengan omelan Azim, namun hanya tawa hambar. Kejadian kapal angkasa itu meletup mungkin sahaja boleh berlaku pada diri mereka esok... Ya, mereka juga mungkin tidak dapat tidur malam nanti.

  "Baiklah! Itu sahaja untuk hari ni! Demikianlah ceramah pembelajaran sains angkasa terakhir kamu sebelum berlepas. Ingat, esok bangun awal, faham?"

  "Tengoklah dulu... Saya mungkin terlajak tidur nanti..."

  Natasha sekeh lembut kepala Aqilah. Kelapan-lapan orang remaja itu keluar daripada bilik, Natasha menutup suis lampu lalu membiarkan sahaja 'kerusi sumpahan' itu keseorangan dalam bilik yang gelap itu...

 

Penerbangan mereka ke Rusia pagi-pagi buta itu agak terburu-buru dan meletihkan, namun mereka diberi rehat yang cukup sebelum mereka perlu berlepas ke angkasa.

  Sesampainya mereka di Baikonaur Cosmodrome pada petang harinya, mereka disambut oleh segerombolan kecil manusia. Dr. Fakhrul ada di situ. Ansar dengan cepat memberitahu yang lain supaya melambai tangan kepada Dr. Fakhrul yang sedang berlinangan air mata.

  Tetapi Azim, Raja, Hafiz dan Ansar tidak pula melambai kepadanya, mereka berempat tiba-tiba meluru kepada Dr. Fakhrul dan memeluknya. Lagilah Dr. Fakhrul menangis meraung macam bayi kecil.

  Usai melambai gembira buat kali terakhir sebelum berlepas ke angkasa, mereka yang berbaju nipis biru berjalan ke tapak pelancaran dan menuju ke sebuah bilik berdekatan pintu kapal angkasa, dengan menaiki lif.

  Sut angkasa disarung pada badan mereka. Dengan hati-hati, mereka keluar dari bilik putih menuju ke kabin utama kapal angkasa.

  Ansar, si genius matematik, duduk di bahagian hadapan sekali. Rakan-rakannya yang lain sudah duduk di tempat duduk khas ditempah mengikut bentuk badan mereka. Namun, tempat duduk di sebelah Ansar kosong.

  "Maaf, lambat!"

  Terkejut mereka. Suara itu tiba-tiba sahaja menggegar telinga mereka, melalui fon telinga khas untuk berkomunikasi.

  "Kak Natasha?"

  Ansar lihat di sebelah. Kelihatan Kak Natasha duduk di sebelahnya, tersengih manis seperti biasa.

  "Surprise!~"

  "Kak Natasha... Kakak ikut sekali??" tanya Izzah. Terujanya berbaur perasaan seperti tidak percaya.

  "Kakak sebenarnya seorang angkasawati... Kamu ingat, kakak sengaja teman kalian setiap kali berlatih? Kakak juga perlu berlatih sama!"

  Mereka tergelak kecil. Sedikit hambar, kerana rasa debarannya makin meningkat sejak semalam lagi.

  Kini mereka di dalam kabin kapal angkasa ulang-alik yang diletak nama 'Adventure'. Mereka perlu bersiap sedia dengan bermacam-macam perkara, serta menunggu selama sekurang-kurangnya tiga jam sebelum dapat berlepas ke angkasa.

  Meskipun agak rimas dengan ruang kokpit yang sempit dan sut angkasa yang kurang selesa dan tebal, mereka mampu menanganinya. Sudah banyak kali mereka berlatih dengan model ruang kokpit dan sut angkasa itu.

  "Adventure, Adventure. Make sure to double check the systems, the O2 and CO2 circulations and the fuel tank, over!"

  "Copy, over!"

  Natasha dan Ansar mula menekan dan membuka beberapa suis yang berada pada panel, terletak di atas kepala mereka sahaja.

  "All checked up and they are in great condition. We're ready for the first stage of combustion, over." ucap Natasha lancar. Pusat kawalan hanya membalas, "copy, over."

  Masanya sudah tiba.

  Kapal angkasa mula bergegar sedikit. Bertan-tan liter bahan api bersedia untuk digunakan. Tidak lama kemudian, gegaran semakin terasa atas sebab enjin sudah mula membuat pembakaran. Kiraan dimulakan oleh seorang jurutera daripada pusat kawalan, didengar oleh kesemua sembilan orang angkasawan melalui alat komunikasi.

  "10, 9, 8 ,7..."

  Getaran semakin kuat. Debaran juga terasa, menggegar jiwa para anak muda di situ.

  "...6,5,4,..."

  Bunyi yang sangat, sangat kuat memekakkan telinga. Ketakutan sudah menguasai diri mereka.

  Bagaimana jika Adventure akan jadi senasib dengan Challenger? Bagaimana jika mereka tidak mampu bertahan?

  "..3,2,.."

  "Bersedia, semua!~"

  "YA!!"

  "...1,0- the shuttle blast off!"

  Boleh terasa kapal angkasa itu sedang perlahan-lahan terbang naik ke langit. Setiap saat, kelajuan kapal angkasa itu semakin lama semakin meningkat, mewujudkan suatu daya tolakan kuat pada diri para angkasawan.

  Inilah yang dinamakan sebagai 'G-force'. Tekanan graviti ini menekan dada mereka, seperti ada seekor gajah berpijak pada setiap seorang angkasawan yang berada di dalam Adventure.

  "Ready for the solid fuel rockets to be dropped, over." ucap Natasha tenang. Ansar pula sibuk menekan butang suis di sana sini. Raja, Azim, Hafiz, Fithri, Hani, Izzah dan Aqilah hanya melihat mereka kosong sambil melayan ketakutan.

  "Copy, over."

  Selepas dua minit berlepas, Adventure menjatuhkan dua roket yang kekosongan bahan api pepejal ke laut dengan menggunakan payung terjun gergasi.

  Enam minit kemudian, tangki luaran, yang juga telah menggunakan semua bahan apinya, dilepaskan daripada kapal angkasa ulang-alik itu lalu dibiarkan hilang begitu sahaja di atmosfera. Mungkin dibiarkan terbang, terapung di atmosfera Bumi.

  Tekanan semakin kuat. Semua angkasawan mengalami kesukaran untuk bernafas, namun hanya Natasha yang boleh dikatakan masih berada dalam keadaan baik. Bagi yang lain, ini pertama kali mereka menghadapi situasi sebegitu, jadi mereka agak kalut dan panik dengan tekanan G-force itu.

  Beberapa minit berlalu, dalam bingitnya bunyi enjin kapal angkasa dan suara-suara pihak dari pusat kawalan yang kedengaran melalui alat komunikasi.

  Remaja-remaja itu kelihatan sangat ketakutan, panik, terkejut dan lain-lain lagi. Tidak mereka sangka, dengan umur sebegitu muda, mereka dapat ke angkasa. Ya, gembira, namun bagaimana jika mereka akan mati? Bagaimana dengan keluarga? Kawan-kawan? Dr. Fakhrul? Sukarnya untuk bernafas tidak pernah mereka rasai sebegitu. Pandangan mulai kabur.

  "Safely got out from Earth's gravity. Now we're out from the outermost atmosphere. Systems are all normal, over!"

  Semua angkasawan-angkasawan baharu itu terkejut besar dengan kata-kata Natasha. Tekanan pada dada mereka berkurang serta merta. Kapal angkasa juga dirasa sudah memperlahankan kelajuan. Badan mereka terasa ringan. Adakah itu bermaksud...

  "Copy that. Congratulations, you're now in the outer space. Now the communication will be off for couples of minutes. Over."

  "Copy, over."

  "Kita...Kita dah di angkasa??"

  "Hahaha, ya, Hani. Kita dah sampai di angkasa!"

  Semua budak-budak itu tersengih tidak percaya. Mereka saling bertukar pandangan.

  "Betulkah, kak?"

  "Mestilah!"

  Angkasa! Mereka sudah sampai ke angkasa! Tempat yang paling diimpikan manusia!!

  "YEAHHHHH!!!~"

  "T-Tunggu-- Raja?.."

  Hairan kerana Raja tidak berteriak sama, Fithri di sebelah melihat-lihat Raja. Hanya longlai, tangannya terapung lemah sementara badannnya masih diikat dengan tali pinggang keledar.

  Semua mulai panik apabila Raja tidak memberi respon kepada Fithri. Kegembiraan tadi serta-merta lenyap.

  "H-Hei, Raja! Raja!!"

  Tanggannya pantas membuka tali pinggang keledar walaupun dihalang Natasha. Fithri cepat-cepat menggoncang badan Raja. Lapisan gelap topi keledar Raja diselak ke atas.

  "Kak, dia pucat! A-Apa kita nak buat??"

  Hafiz memberi arahan kepada Ansar. "Cepat, stabilkan kembali sistem aliran O2 dan CO2!"

  Ansar mengangguk dan menekan-nekan suis lagi.

  "Siap!"

  "Baik, yang lain jangan tanggalkan tali pinggang keledar atau buka topi keledar dahulu. Fithri, bukakan topi keledar Raja."

  "Baik, kak!"

  Natasha melepaskan diri dari ikatan tali pinggang keledar dan segera mengambil set bantuan pernafasan dengan tangki kecil gas oksigen tulen. Raja mungkin telah pengsan buat beberapa minit ketika masih di atmosfera. Memanglah boleh bernafas biasa apabila pengsan, namun badan perlu sedar untuk melawan tekanan G yang menekan dada.

  Hasilnya, Raja tidak dapat bernafas langsung selama beberapa minit.

  Dia melekapkan alat pernafasan itu pada mulut Raja. Bibirnya sudah putih kebiruan.

  "K-Kak, dia bernafaskah?" tanya Aqilah dengan getar suaranya dalam kerisauan. Izzah sudah mula hendak menangis.

  Natasha panik. Nafasnya deras. Dia memeriksa Raja.

  "T-Tak... Dia tak bernafas."

  Fithri kaku menggigil takut. Dia cuba menolong Natasha namun badannya tidak dapat bergerak.

  "Raja..."

  Memandang Natasha membuat CPR, Fithri sudah mula hilang semangat.

  Tragedi inilah yang dia takut-takutkan selama ini. Antara punca dia tidak sedap hati hendak ke angkasa.

Continue Reading

You'll Also Like

36.1K 2.3K 58
Kisah tentang kembar yang bernama Qisya dan Qaira yang tinggal bersama ibunya yang bernama Zana di Kerajaan Rainbow. Kehidupan mereka aman sehin...
Atin By mrk1921

Adventure

62.8K 524 4
Mengisahkn seorng isteri yg ketagih mkn lua
78.4K 4.1K 62
Arina . Sara Arina . Hidupnya dikelilingi abang abang kesayangannya . Tetapi , Usia meningkat . Kehidupan berubah . Jodoh dicari . Tidak mudah . Di...
77.4K 2.9K 30
Kisah dimana seorang perempuan yang menjadi gangster.Dia menyorokkan identitinya sendiri daripada adik-beradiknya. Apa yang akan terjadi sekiranya ad...