Pluto

By FithFith

10.9K 958 119

(Sekuel HILANG) Setahun berlalu sejak pelajar 5 Sains 1 mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Malaysia d... More

Coretan Sang Penulis
Prolog
Bab 1 : Perbincangan
Bab 2 : Misi Mustahil
Bab 3 : QASA
Bab 5 : Kami Bersedia
Bab 6 : Bumi dan Angkasa
Bab 7 : I.S.S.
Bab 8 : Planet Merah
Bab 9 : Radiasi
Bab 10 : Cuba untuk Kembali
Bab 11 : Selain Kita
Bab 12 : Gunung Loki
Bab 13 : Pertemuan
Bab 14 : Berubah
Bab 15 : Penemuan
Bab 16 : Akibat Virus
Bab 17 : Agenda Sebenar
Bab 18 : Klimaks
Bab 19 : Tamat (?)
Bab 20 : Kehilangan
Bab 21 : Pengakhiran
Bab 22 : Dahulu
Epilog

Bab 4 : Berlatih!

409 41 9
By FithFith

  "E-Eh... dah... tengah harikah...?"

  "Ya. Bangun cepat, jangan nak merungut lagi."

  Azim bergolek-golek di atas katilnya, membuatkan selimut putih membaluti tubuhnya seakan-akan roti membaluti sosej.

  "Alaa, aku nak tidur lagi...!"

  "BANGUN SAJALAH!"

  "Hish, yalah! Aku nak bangunlah ni...!"

  "Menyampah aku dengan kau ni."

  Teriakan Raja yang menakutkan tadi segera mengangkat badan Azim yang tadinya terasa begitu berat untuk bergerak. Muncung panjangnya menghias wajah mamainya, cukup panjang untuk sangkut penyangkut baju.

  "Cepat sikit, tiada masa nak merajuk-rajuk. Teman wanita kau dah lama tunggu kau."

  Ansar dan Hafiz gelak kecil sambil mereka sakat-sakat budak Azim itu. Orang merajuk memang seronok untuk disakat.

  Azim hanya berjalan-jalan perlahan bagai zombi, menyiapkan diri. Mukanya dibasuh, pakaian sukan dipakai dan rambut, seperti biasa, dipakai gel lalu dipacakkan.

  "Dah siap?"

  "Dah."

  "Marilah, kita pergi."

  "Azim!~ Cepatlah, cepat ke sini!~"

  Hani, dalam kalangan tiga rakannya yang lain serta Natasha, melambai-lambai ke arah Azim yang berada di belakang Raja, Ansar dan Hafiz yang berjalan ke arah kumpulan perempuan. Dia masih persis zombi, tetapi mendengarkan suara Hani yang memanggil, terus moodnya berubah. Begitu jugalah dengan cara berjalannya.

  Azim berlari gembira mendapatkan Hani, meninggalkan tiga rakannya di belakang.

  "Mereka berdua tu, bercinta atau tidak?"

  Ansar mengangkat bahu tanda dia sendiri pun tidak tahu nak beri jawapan apa kepada soalan Hafiz tadi. Hafiz bermuka keliru, menoleh kepada Ansar dan Raja di kanannya.

  "Rapat mereka tu, semacam rapatnya. Ke mana sahaja Azim pergi, mesti ada Hani di sebelah. Begitu juga sebaliknya. Jadi... takkanlah mereka berdua hanya berkawan baik?"

  "Yang kau nak risau, kenapa pula?" keras pertanyaan Raja, membuatkan Hafiz terkedu sebentar.

  Hafiz memandang Azim semula. Wajah rajuk dia sudah lama hilang.

  "Hani tu, dah banyak kali bercinta dan mungkin sedang bercinta dengan seseorang sekarang ni. Bagaimana kalau Azim sedang menaruh hati pada Hani, namun Hani tidak pula menaruh hati pada Azim? Bukankah akan jadi masalah nanti?"

  Kali ini, Ansar dan Raja pula terkedu. Memang benar kata-kata Hafiz itu. Bagaimana kalau perkara itu benar-benar berlaku? Hati lelaki Azim akan berkecai.

  Rasa kasihan itu muncul, namun singkat sahaja.

  "Biarkan sajalah Azim tu. Kita tengok dulu apa akan jadi nanti." ucap Ansar. Dua yang lain hanya mengangguk.

  "Lambat betullah kalian ni!" marah Natasha, namun marahnya bernada ceria. Natasha kali ini berpakaian sukan lengkap, tidak lagi berpakaian pejabat yang agak menjolok mata itu.

  "Budak lelaki memang lembab sikit..."

  "Diamlah, Aqilah."

  "Kaulah yang patut diam, Raja."

  "H-Hei... Janganlah bergaduh... Marilah, kita mula berlatih!" ajak Natasha, sambil dia mula menapak ke suatu tempat di dalam bangunan yang lagi satu. Bangunan ini berlainan daripada bangunan pejabat yang mereka pergi sebelum ini. Setiap bilik merupakan bilik latihan angkasawan, sama ada fizikal mahupun mental.

  Selepas naik lif dan berjalan beberapa langkah sepanjang koridor di tingkat dua, mereka sampai di bilik latihan pertama.

  Masuk sahaja di bilik itu, udara dingin menderu menyentuh kulit mereka. Dinginnya lain macam, entah berapa darjah mereka tetapkan untuk pendingin hawa bilik itu.

  Tetapi itu tidak mengalih perhatian mereka daripada suatu alat di tengah-tengah bilik.

  Sebuah kerusi.

  Mulalah meremang bulu roma Fithri hanya dengan melihat kerusi itu. Yang lain masih tidak mengetahui apa-apa mengenai 'kerusi sumpahan' itu...

  "Baiklah, kalian duduk dulu." perintah Natasha. Mereka duduk bersila di lantai beralas span keselamatan. Natasha juga turut duduk.

  "Kakak tak tahu nama kalian lagi. Jadi... Kita buat sesi memperkenalkan diri dahulu sebelum berlatih, ya?"

  "Baik~!"

  "Ketua dahulu!"

  "Raja Izzuddin Shah. Panggil, 'Raja'. Umur, 18 tahun untuk tahun ni."

  "Tu saja?"

  "Habis tu, nak cakap apa lagi?" Raja balas balik kepada Izzah yang menyibuk tadi.

  Natasha menyampuk, "hmm. Ceritakan, apa kehebatan kamu. Maksud kakak, ciri apa yang kamu rasa kamu layak jadi seorang angkasawan."

  Semua kembali memandang Raja. Raja berfikir-fikir.

  "Saya... pandai IT? Entahlah, saya pandai serba sedikit dalam perkomputeran."

  "Raja tahu main game saja..." Ansar melontar kata-kata bak pisau belati tepat mengenai dada Raja. Raja hanya memberi pandangan tajam penuh amarah.

  Tertawa Natasha melihat kerenah para remaja di hadapannya itu. "Sebelah Raja pula?"

  "Saya Mohd Ansar. Saya sebaya Raja, kami semua sebaya Raja. Saya... handal dalam matematik."

  "Huuuuu~~!" *tepuk tangan, meraikan.*

  "Kalian tak bertepuk tangan untuk aku pun!!"

  "Diamlah, Raja."

  "Tch."

  "Haha... Sebelah Ansar ni pula?"

  "Saya Mohd Hafiz. Saya pandai dalam mata pelajaran biologi di sekolah."

  "Tapi, biologi tiada kena-mengena dengan penjelajahan kita ke angkasa nanti?" sengaja Natasha menguji.

  "Manalah tahu... ada makhluk asing di planet-planet lain?" Hafiz malu-malu menjawab. Yang lain tergelak.

  "Hahaha... betul juga kan... Kamu pula?"

  "Hmm? Oh, saya Azim! Saya... bijak dalam... Err...."

  "Dia bijak bergaya."

  "Ish, kau senyap boleh tak, Raja?!"

  "Kau memang pandai bergaya pun. Ala stail Korea bagai."

  Azim menjulur muncung lagi. Merajuk lagilah nampaknya.

  Natasha hanya mampu ketawa janggal.

  "Apa kenalah dengan kalian ni...? Hahaha... Baik, giliran perempuan pula. Belakang Raja tu?"

  "Huh? S-Saya?"

  "Kaulah! Siapa lagi yang duduk belakang aku?"

  "Oh. Hehe. Saya Nurul Fithriyaani, nama panggilan Fithri. Oh ya, Raja panggil saya 'Fifi'. Saya--"

  "Fith pandai semua perkara fasal angkasa!!!"

  "EH, MANA ADA!!"

  "Wah, yakah?~ Okey, kakak nak tanya sedikit."

  Fithri mulalah gundah-gulana. Mana tidaknya, ada seorang kakak yang bekerja dalam bidang angkasa, cuba menguji Fithri. Kalau tersilap jawab, malu dia!

  "Bintang apa yang paling dekat dengan Bumi--"

  "MATAHARI!!" serentak pula semua remaja di situ menjawab.

  "Hei, kakak belum habis tanyalah! Dengar dulu. Bintang apa yang terdekat dengan Bumi selain Matahari?"

  "Ehhh?!?"

  Fithri tersengih lega. Nasib baik soalan senang sahaja.

  "Proxima Centauri."

  "Ting, ting, ting!!! Betul!!!!!"

  "Yeahhh~~~!!!" Kenapa pula remaja lain yang menjerit gembira...?

  "Sebelah Fithri?"

  "Nama I Siti Aqilah~ Panggil I 'Aqilah' saja, ya?~"

  Ketawa besar dihambur, geli rasanya mendengar tona suara Aqilah yang mengggedik-gedik itu.

  "Saya mahir dalam... Err... Ehh..."

  "Aku rasa kau pandai menganalisis dan menyelesaikan masalah."

  "YA! Betul cakap Ansar tu!"

  Natasha mengecilkan matanya, "kalian ni... Ada apa-apakah di antara kamu~?"

  "Mereka bercinta monyet!" Azim dengan ceria menjerit, seronok pula dia dengan skandal yang berlaku antara Ansar dan Aqilah. Terhambur lagilah ketawa mereka apabila melihatkan telinga Ansar memerah.

  "Haih, sakit perut kakak ketawa. Kamu pula?"

  "Nama saya Hani. Saya... Saya tak tahu apa kelebihan saya..."

  "Hani tahu dalam seni dan reka bentuk barangan berinovatif tinggi!"

  "Huh??"

  Senyap terus masing-masing. Entah apa maksud sebenar yang Azim katakan tadi.

  "Kalian pun... mesti bercinta,.. bukan?"

  "E-EH, T-TAK..  TAK-TAK-TAK, MANA ADA!"

  "Taklah, kami tidak bercinta. Hanya kawan baik~"

  Natasha tertawa dan mengusik lagi. "Habis tu? Kenapa Azim kelihatan menggelabah semacam?"

  Hani terpaku, termenung pada Azim di hadapannya yang asyik ketawa janggal. Ya... Pelik juga, ya? Kenapa Azim menggelabah sebegitu?

  "Hahaha, maaflah... Kakak bergurau saja... Ha, kamu?"

  "Saya Izzah. Saya tak pandai dalam perkara yang melayakkan saya menjadi angkasawan... Tapi saya pakar memasak!"

  Bergegar bilik itu dengan tawa suara matang. Tidak mampu Raja hendak mengejek Izzah sekalipun kerana terlalu sibuk ketawa...

  "H-Hei, dahlah... Aduh, sakit perut kakak... Sudah, mari kita mula berlatih!"

  "YEAHH~~!"

  Namun ada juga perkataan 'tidak' yang disebut dalam teriakan 'ya' itu... Tiada siapa perasan.

  "Ujian fizikal, atau ujian mental terlebih dahulu?" tanya Natasha. Anggapnya, pasti budak-budak itu ingin mencuba ujian kerusi itu dahulu memandangkan kerusi itulah satu-satunya objek yang terdapat di bilik itu, yang menangkap perhatian mereka.

  Namun, tekaannya salah juga.

  "SAYA NAK MENTAL!"

  "Alaaa, Fith! Jomlah, kita buat yang kerusi ni dahulu!"

  Fithri tidak kisah langsung dengan pujukan rakan-rakannya. Kisah apa? Asalkan dia mengelak daripada seksaan 'kerusi sumpahan' itu...

  Bilik itu penuh dengan suara tidak puas hati. Bak sekumpulan aktivis cuba menegakkan benang yang basah, rakan-rakan lain asyik berlawan mulut dengan Fithri ketika Natasha sedang bercakap dengan seseorang melalui telefonnya.

  Natasha mematikan talian lalu cepat-cepat meredakan keadaan.

  "Aduhai, kamu semua ni. Begini, kita akan menggunakan kerusi ini, tapi kemudian nanti, ya?"

  "Alaaaaa......."

  "Kenapa pula??"

  "Alatan tambahan untuk kerusi ni akan dibawa oleh kawan kakak dari bangunan lain... Tapi sekarang dia sedang sibuk, jadi kita perlu jalani ujian mental berupa soalan dahulu."

  Yang lain mengeluh sedih. Fithri sahaja mengeluh lega.

  "Baiklah...!," Natasha menyilang tangan, memeluk tubuh, "soalan pertama : berapakah bilangan buruj yang telah dikatalogkan secara rasmi?"

  Jeritan bak jembalang mana entah yang menjawab soalan itu.

  "KENAPA!!!!?!?!?"

  Raja terbaring lemah secara tiba-tiba selepas menjerit. Hafiz mengerut kening, marah agaknya.

  "Itu bonus bagi Fithri! Kami tak tahu apa-apa!!"

  "Ya! Ini tidak adil!" sokong Hani dan Aqilah.

  Natasha garu-garu kepala. Tidak sangka pula jadi begini. "R-Relakslah... Ini cuma ujian biasa, tak mengapa jika salah...

  Dan tak semestinya Fithri dapat menjawab soalannya 100% betul! Tak begitu?"

  Bagai terkejut dengan kata-kata Natasha, mereka berhenti merengek. Serta-merta Fithri didekati.

  "Apa jawapannya, huh?? Fifi??"

  "Beritahu kami, Fith!"

  Hanya mampu tersengih risau sahaja si Fithri itu. Dia sebenarnya dalam dilema.

  "Erm... uh... 88 buruj?"

  Aqilah tertawa. "Ha! Dia nampaknya tak yakin dengan jawapannya sendiri!"

  "Nampak sangat jawapannya salah... kan, Natasha?"

  Pertanyaan Izzah membuat semua mata tertambat pada Natasha. Semua meminta jawapan.

  "..Betul. 88 buruj."

  "APA?!"

  "Ah~! Wayar-wayar dah sampai!" Natasha berlari-lari anak ke arah pintu. Ada segumpal wayar berselirat dihulurkan oleh seorang wanita muda. Mungkin dialah kawan Natasha itu.

  Kesemua lapan orang remaja tadi hanya terbaring. Keletihan menguasai diri. Mana tidaknya, soalan-soalan yang diberi Natasha tadi terlalu... susah. Terlalu susah sehingga boleh mengikis otak mereka!

  Fithri pula, walaupun dia berjaya menjawab tepat semua soalan, dia kelihatan penat juga. Natasha sebenarnya telah memaksa otaknya membuka kembali semua laci maklumat berkaitan angkasa lepas. Susah!

  Soalan bintang terdekat tadi itu pun, sudah berhabuk di dalam laci otaknya dek kerana tersimpan sejak 8 tahun lepas!

  "Marilah! Kita dah boleh cuba menggunakan kerusi ni!"

  "Oh, betulkah?? Saya nak cuba dulu!"

  "Tak, saya dulu!!"

  "Woi, aku dulu!!"

  Tadi letih, tiba-tiba pula mereka bersemangat semacam. Kasihan kerusi itu direbut mereka.

  Keluhan dilepas Natasha. Firasatnya mengatakan budak-budak ini agak mencabar untuk dijaga...

  "Hei, jangan berkasar! Oleh sebab dia dah jawab semua soalan dengan betul, kakak nak Fithri guna dahulu kerusi--"

  "TIDAAAK!"

  "Eh? Kenapa tak nak? Kawan-kawan kamu semua tak sabar-sabar nak guna."

  "Saya..."

  "Ha...! Fithri tak nak tu! Biar saya cuba dulu!"

  Aqilah dipandang Natasha. Keluhan dilepas.

  "Haish, yalah... kamu dulu."
 
  Aqilah dengan teruja melabuh punggung pada kerusi hitam itu. Kerusi itu, kakinya yang satu terlekat pada lantai, kemudian terdapat beberapa wayar bersambung pada tapak kerusi itu.

  Tiada siapa yang tahu apa gunanya kerusi itu sebenarnya. Yang pasti, ia pasti menyeronokkan. Maklumlah, naluri remaja; keinginan untuk berseronok itu ada.

  Kecuali Fithrilah. Melihatkan riak muka cuak Fithri, Raja agak risau dengan apa yang akan dilalui Aqilah nanti.

  Natasha dilihat menampal-nampal wayar pada kepala dan tangan Aqilah yang tersengih lebar.

  "Ini, untuk check kadar pernafasan, kadar denyutan jantung, gelombang otak dan lain-lain lagilah. Apabila kerusi ni bergerak, pastikan kamu letakkan tangan kamu pada tempat letak tangan kerusi ini dan bertenang. Enjoy saja, ya?"

  "Baik!" Teruja benar budak Aqilah tu.

  Natasha masih membuat persiapan dengan wayar-wayar yang perlu disambung pada kerusi seterusnya pada sebuah komputer di penjuru bilik. Waktu itu, Izzah tertanya-tanya...

  "Fith. Kenapa Fith macam tak suka kerusi tu?"

  Fithri menggeleng-geleng sedikit cemas. Raja dan Hani yang curi dengar pun ikut cemas.

  "Kerusi Bàràny. Kerusi ni digunakan untuk mengelakkan disorientasi spatial dalam kalangan angkasawan. Senang cerita, ia melatih angkasawan dengan keadaan antigraviti, kerana dengan daya gravitilah, telinga kita sudah biasa memberitahu di mana daratan tanah, tempat kita berpijak."

  "Habis tu, apa yang buat kau takut sangat?" tanya pula Ansar yang tiba-tiba menyibuk.

  "Kerusi tu. Ia berputar. Selama beberapa minit."

  "BERSEDIA, YA!"

  "SAYA TAK PERNAH TAK BERSEDIA!!"

  Tiada kata mampu diungkapkan lagi apabila kerusi itu mula berpusing.

  Jeritan nyaring membingit suasana. Yang melihat hanya terpaku.

  Natasha hanya terus dengan komputernya, menganalisis data-data penting.

  "Kita... cuma akan lulus...,"

  Fithri bersuara tiba-tiba.

  "...kalau kita mampu bangkit dari kerusi itu, masih dalam keadaan sedar."

  Buat beberala minit itulah, Aqilah direnung. Air liur yang terasa begitu pahit, ditelan sekali-sekala.

  "Baiklah... Selepas Aqilah selesai ujian ni, siapa nak naik?"

  "Err..."

  "Cepat. Selepas ni, kalian ada latihan kerusi multi-paksi, sesi pembelajaran fizik angkasa, larian pada treadmill dan ceramah aeroangkasa!"

  Kerusi Aqilah berhenti sebelum mereka yang lain memberi jawapan. Wayar-wayar ditanggalkan.

  "Uhh..."

  *BUKKK*

  Mujur ada lantaian span keselamatan. Kalau tidak, entah berapa jahitan diperlukan untuk menjahit wajah Aqilah yang tersembam jatuh.

  "Ah... Aqilah gagal... Tak apalah, ini kali pertama, normallah kalau gagal sekalipun.

  Jadi.... siapa nak cuba kerusi ni?"

  "TAK NAK!"

  "AQILAH!!!!"

  "Eh, Dr. Fakhrul!"

  "Apa kau buat dekat anak kesayangan aku ni hah!? Perempuan tak guna!!"

  "Eh eheheh.. M-M-Maaflah... t-tapi ni hanya salah faham, Dr. Fakhrul..."

  "Salah faham? SALAH FAHAM??"

  "WOI, DOKTOR! SUDAH-SUDAHLAH TU!!!"

Continue Reading

You'll Also Like

53.5K 2.1K 22
Seorang perempuan yang biasa tanpa kisah gelap ataupon kisah pembunuhan , namun bila dia tersedar daripada tidur nya dia adalah seorang mafia? namun...
17.5K 1.8K 25
Power friendship ialah kumpulan yang hebat di dunia manusia . pada satu hari mareka ditugaskan untuk menjaga fantasy world. power girls ialah musuh k...
4.1K 752 200
Bismillahirrahmanirrahim Sabda Rasulullah s.a.w: "Sampaikan dariku walau hanya satu ayat." (Riwayat Bukhari) ANCAMAN BAGI PENYEBAR HADIS...
36.1K 2.3K 58
Kisah tentang kembar yang bernama Qisya dan Qaira yang tinggal bersama ibunya yang bernama Zana di Kerajaan Rainbow. Kehidupan mereka aman sehin...