Encik Suami Mat Salih Celup (...

By YumiHyra

266K 8.4K 214

Pertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak di... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Special Entry~Part 1
ESMSC-Ramadan Special-Part 1
ESMSC- Raya!
Pengumuman

Bab 4

13.7K 508 9
By YumiHyra

TE angah yang sedang ketawa terbahak-bahak sambil berguling di atas permaidani kupandang dengan rasa sebal. Aku hempuk jugak abang aku ni!

"Gelaklah puas-puas. Gelak sampai rahang bawah tu cramp." Sindirku geram. Angah sudah terbatuk-batuk akibat terlalu banyak gelak.

"Sorry, sorry! Angah penat hold gelak ni dari tadi. Tapi sekarang memang tak boleh nak hold lagi. Iman, Iman. Lawaklah adik angah ni." Balas angah dan kembali ketawa kuat.

"You were not in my shoes on that time." Balasku dengan nada suara yang sudah bertukar sedih. Aku sedih tahu! Ingatkan abang aku ni nak membantu, rupanya membantu menggelakkan aku adalah. Bertuah sungguh!

"Alolo, sorry dik! So, Iman memang terus cabut lari dari anak Auntie Julia tu?" Soal angah apabila tawanya reda.

"Iman terkejut gila tau time tu. Tiba-tiba reflex action terus angkat kaki dari situ. Dah la mat salih tu macam nak cari gaduh je." Jawabku. Masih terpahat kuat di dalam ingatan betapa tajamnya mata Ian Hadif !

"Kiranya memang Iman cabut lari dan tinggalkan Ian sorang-sorang dekat situ ?"

"Tak adalah sorang-sorang. Pekerja-pekerja butik yang lain still ada dalam kedai."

Angah ketawa lagi. Bantal kecil di atas sofa aku capai dan kubaling ke arah angah.

"Iman lupa ke yang Auntie Julia kahwin dengan mat salih? Uncle Mikhail tu kan British?" Soal angah.

"Manalah Iman ingat. Auntie Julia tu pun Iman ingat-ingat lupa tau tak. Inikan pulak nak ingat siapa husband Auntie Julia and macam mana rupa anak-anak Auntie Julia tu." Jawabku.

"So, you were shocked by two facts. One, he is the so-called your husband-to-be. Two, he is a 'mat salih'? " Soal angah, sambil mengangkat dua jarinya di hadapan aku.

Aku sudah menepuk dahi! Dah datang dah lawyer-syndrome dia tu.

"I am not your client and we are not in court. Jangan nak loyar buruk sangat."

Angah ketawa lagi dan bahuku dipaut erat.

"Mama tahu tak pasal ni ?" Soal angah sambil menangkat kedua-dua belah kening.

"Nope. Jangan gatal mulut nak pergi report kat mama."

Angah hanya tersengih, menayangkan barisan giginya yang tersusun rapi. Adui, abang aku ni kan!

"Iman, cepatlah! Ian dengan umi dia dah sampai depan rumah ni." Jerit mama dari tingkat bawah.

Aku merapikan tudung, mencapai handbag di atas katil dan terus berlari menuruni tangga. Mama sedang menantiku di muka pintu.

"Mama, kalau mama aje yang pergi boleh ? Iman ingat, Iman nak tinggal dekat rumah je lah. Kesian rumah kita ni, tak ada orang nak jaga." Ujarku, masih tidak mahu keluar dari rumah. Aduh, apa lagi alasan yang logik yang boleh aku bagi dekat mama ?

Bila petang semalam mama memberitahu yang Ian mahu berbincang tentang hal kahwin, aku terus spontan melompat dari sofa. Dah macam peserta sukan olimpik untuk acara lompat jauh ! Membayangkan yang aku perlu menghadap mat salih yang mempunyai sepasang mata yang sangat tajam itu, perutku terus terasa kecut.

"Dah,dah ! Jangan nak bagi alasan kindergarten. Ni siapa yang nak kahwin ni? Iman ke mama ?" Balas mama sambil bercekak pinggang.

"Mama lah." Aku sempat tersengih sambil tayang muka yakin.

"Tak pun, Iman pergi sorang je lah. Mama jaga rumah. Tak adalah Iman risau pasal rumah ni nanti." Sindir mama.

"Ala, mama. Iman gurau aje tadi. Jom, jom kita gerak sekarang." Aku pantas menyarung kasut, mengunci pintu dan menarik tangan mama. Mama tak ikut ? Boleh jadi lagi haru nanti !

Pintu kereta BMW X6 hitam itu dibuka dan kami memboloskan diri untuk masuk selepas memberi salam. Apabila anak mataku bertemu dengan anak mata Ian menerusi cermin pandang belakang, darahku terasa kering. Hai la, salah pilih tempat duduklah pulak !

"Mama, tukar tempat dengan Iman boleh tak ?" Bisikku perlahan. Kenapalah aku pandai sangat pergi duduk belakang driver seat ni ?

"Nak tukar kenapa pulak ? Tak nak lah, susah mama nak sembang dengan Auntie Julia ni." Jawapan mama membuatkan darahku terasa kering kembali.

Aku sudah menggigit bibir dan memandang keluar tingkap. Kereta bergerak perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah. Mama dan Auntie Julia rancak bersembang. Sesekali, Auntie Julia berbual pula denganku. Ian Hadif hanya membisu sedari tadi dan lebih fokus terhadap pemanduannya. Aku agak, mungkin dia tidak biasa memandu di sekitar kawasan Kuala Lumpur kerana kadang-kadang dia terkial-kial mencari jalan.

"Ian memang tak banyak cakap sebab Bahasa Melayu dia tak fluent sangat." Beritahu Auntie Julia tiba-tiba. Aku sangat terkejut!

"Dah lama sangat duduk dekat UK tu sampai bahasa ibunda sendiri tak fasih." Tambah Auntie Julia lagi. Menerusi cermin pandang belakang, aku dapat mengintai wajah Ian yang tidak berubah riak.

"Kalau kita mengata dia, dia faham tak, auntie?" Soalku tiba-tiba membuatkan mama mencubit lenganku.

"Faham, tapi dia akan reply in English. Tapi kalau kita cakap laju-laju sangat or guna Bahasa Melayu yang bombastik, dia susah sikit nak faham." Jawab Auntie Julia berserta tawa kecil.

Aku ketawa jahat di dalam hati. Ni memang anak mat salih celup betul! Rasanya kalau kena celup dalam sambal belacan macam mana orang suka celupkan biskut Oreo dalam susu, mesti mamat ni jadi orang Melayu balik. Anak mataku berlaga dengan sepasang anak mata berwarna kelabu cair itu lagi. Alamak, dia nampak ke aku tengah sengih-sengih jahat tadi ?

Kereta diparkirkan dengan berhati-hati, tidak jauh dari Restoran Murni di kawasan Kepong. Mama sudah menonong berjalan dahulu bersama Auntie Julia. Pada mulanya memang aku nak angkat kaki jugak, tapi kesian pulak nak tinggalkan mat salih celup tu terkial-kial sorang-sorang. Penampilan Ian yang ringkas dengan kemeja checkered berwarna biru dan putih yang dipadankan dengan seluar khakis itu, kupandang sekilas.

"Too hot, am I?"

Aku terus terbatuk-batuk, terasa mahu muntah warna-warni di situ jugak. Wah, mat salih ini pandai angkat bakul masuk sendiri rupanya! Wajah Ian yang sedang tersenyum sinis itu kupandang.

"Jangan nak perasan sangat ya." Jawabku dan cepat-cepat mengatur langkah. Ian terkebil-kebil memandangku. Aku kisah apa dia tak faham Bahasa Melayu!

"Amani."

Langkahku terhenti. Siapa Amani? Eh, itu kan nama aku jugak ! Aku berpaling dan kelihatan Ian berjalan menghampiriku.

"You still owe me a lot of explanations. Why do you leave me clueless that day?" Soal Ian. Hadui, slang British mamat ni lah. Pekatnya!

"Saya boleh explain. Tapi bukan dalam English tapi dalam Bahasa Melayu. Boleh?" Soalku pula. Ian terdiam.

"That's unfair for me. I can't understand Malay well."

"As if I can understand your British slang very well."

Ian terdiam kembali. Erk, aku salah cakap ke? Ini lah orang zaman sekarang. Mentang-mentanglah dah lama duduk di luar negara, bila balik tanah tumpah darah, bahasa ibunda pun tak reti. Kelihatan mama dan Auntie Julia melambai dari kejauhan agar aku dan Ian bergerak ke arah mereka.

"Sembang apa dekat tengah-tengah jalan tu?" Tegur mama sebaik sahaja aku melabuhkan duduk disebelahnya. Ian mengambil tempat berhadapan denganku.

"Tak ada apa, mama." Jawabku sambil tersengih. Anak mataku dapat menangkap mama berbalas senyuman dengan Auntie Julia. Aku tak nak kerah tenaga cik otak dalam kepala aku ni untuk fikir apa yang tengah puan berdua ni fikirkan.

Kami memesan makanan dan kemudiannya mama dan Auntie Julia meneruskan perbualan mereka yang berkisar tentang majlis perkahwinan aku dengan mat salih celup yang tengah termenung dekat depan aku ni. Anak mataku menangkap riak wajah mama dan Auntie Julia yang kelihatan sangat gembira dan teruja.

"So Ian, what say you? Is everything okay?" Soal Auntie Julia lembut.

"Err, sorry umi. I wasn't listening just now. What was it about?" Soal Ian, bingung.

"We were discussing about your wedding with Iman. We will follow the original date, which will be a month from now." Jawab Auntie Julia dan tersenyum ke arahku yang hanya menjadi pendengar sejak tadi.

"A month from now should be okay." Jawab Ian perlahan.

"Iman okay?" Soal Auntie Julia. Aku angguk.

"Alhamdulillah. Then, we'll proceed with the wedding preparations." Balas Auntie Julia.

Aku memandang ke arah Ian. Cuba mentafsir riak wajah lelaki ini. Kosong! Dia ni betul ke nak kahwin? Aku rasa mesti umi dia yang paksa dia ni. Kalau tak, takkanlah dia asyik tunjuk muka protes depan aku.

"Lagi awal lagi bagus kan ? When are you going back to UK?" Soal Auntie Julia lagi. Ian terdiam sebentar.

"Next Sunday. I still have to settle a few things before the wedding. Since I will settle down here soon, there are a lot of things need to be done there." Keluh Ian.

"Ian punya firm macam mana?" Soal Auntie Julia.

Firm? Mamat ni lawyer ke? Alamak, another lawyer in the house? Lepas ni memang jadi geng angah la pulak!

"I need to discuss with the other partners. Since it is a partnership, things get a bit complicated. Maybe the rest of the partners need to re-register the firm if they want to continue the partnership. Or we will sell that building and other assets."

"Ian lawyer ke?" Kedengaran pula suara mama bertanya.

Ian menggeleng sambil tersenyum. Dia senyum? Eh, aku ingat mat salih ni tak reti nak senyum!

"Nope, I am an architect. That firm is an architecture firm." Jawab Ian sopan.

Hah, reti pun dia cakap lembut-lembut. Aku ingat tak reti ! Adui, monolog dalaman aku ni memang aktif bersuara dari tadi.

"Apa yang Iman terkumat-kamit tu ?" Soal mama.

"Hah?" Aku terkejut ! Mama ni, nampak aja apa yang aku buat. Aku terus geleng kepala sambil tersengih.

"Mama Iman cerita Iman dulu belajar dekat UK jugak ya ?" Kali ini perbualan Auntie Julia beralih kepada diriku pula.

"Ha'ah, auntie. Iman study dekat Wales, Cardiff University." Jawabku.

"Ambil course apa?"

"Accounting and finance, degree."

"Lah, ya ke? Auntie ingat Iman ambil fashion designing since Iman ada business butik pengantin."

Aku ketawa kecil.

"Fashion designing patut pergi Paris, auntie. Tak pun further study ke Itali. Iman ni nak amik fashion designing? Memang hancurlah jawabnya! Nak lukis orang lidi pun struggle, inikan pulak nak design baju. Lagipun butik pengantin tu mama punya, Iman tolong jaga aje." Terangku panjang lebar. Auntie Julia dan mama ketawa serentak. Hanya seorang sahaja yang terkeluar dari perbualan ini, si mat salih celup yang sedang sibuk dengan iPhone miliknya.

Perbualan sambil menikmati makan malam menjurus ke arah persiapan perkahwinan pula. Sesekali sahaja aku menyampuk sementara Ian hanya mendiamkan diri. Aku rasa, mungkin masalah bahasa membuatkan dia diam sebegitu.

"Amani." Panggil Ian selesai membuat pembayaran. Aku yang pada mulanya mahu mengejar langkah mama yang sudah bergerak ke arah kereta, berhenti melangkah.

"Yes, Mr. Ian. What can I do for you?" Soalku.

"Will you be at your boutique tomorrow morning?" Soalanku berbalas dengan soalan juga.

"If I have no appointment, then yes. Why?"

"I want to meet you tomorrow, at your boutique. We still have discussion to be finished."

Aku sudah mengeluh. Haih, tak habis lagi ke isu ni? Dia ni memang degil betullah !

"Fine, we will settle them all tomorrow. Kalau tak, mulut awak tu macam punggung ayam. Tak boleh berhenti tanya benda yang sama.''

"Pung... what ? I don't get what you were saying just now.''

Aku sudah tergelak-gelak. Yes, lepas ni memang senang nak mengutuk dia. Cakap depan-depan pun bukannya dia faham. Aku sudah tersengih jahat sorang-sorang.


Continue Reading

You'll Also Like

31.6K 845 13
Zura dikejar makhluk ghaib dari asrama universitinya. Tiba-tiba, dia termasuk ke alam ghaib. Mampukah dia kembali ke alam nyata? Boleh atau tidak, h...
62.4K 4.9K 35
"Unfortunately, there is no room available at this moment..." Habis sekarang aku nak kena tidur bawah kolong ke tidur tepi mahkamah? - Mikael Zahra K...
158 59 12
"Saya janji akan tunggu awak. Sampai bila-bila. Andai kata suatu hari nanti saya dah berhenti menunggu awak, itu bukan bermakna saya penat. Saya angg...
1.1M 40.3K 57
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐ซ๐ž๐œ๐ข๐จ๐ฎ๐ฌ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐ƒ๐š๐ข๐ฒ๐š๐ง | ๐ƒ๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š...