Bab 1

29.7K 702 23
                                    

WAJAH along yang sudah merah padam menahan marah, kupandang sekilas dan kemudian anak mataku beralih pula pada angah yang sedang menenangkan mama yang masih menangis tersedu-sedu. Kini anak mataku beralih arah pada buah epal merah yang kupegang dari tadi dan terus kugigit sedikit epal tersebut. Tawar!

"Papa, papa tengoklah anak bongsu papa ni. Dia buat kita semua kelam-kabut dan sekarang ni she's enjoying her sweet time eating apple !" Suara kasar along kedengaran kuat.

"Along, kenapa tengking-tengking adik macam tu?" Tegas suara papa kedengaran. Aku masih mengunyah buah epal dengan tenang.

"Iman dah cuba slow talk dengan Naim tak?" Soal angah, lembut. Berbeza dengan along, angah lebih lembut dan tenang perwatakannya. Pantas aku mengangguk sambil mengunyah epal.

"Kita tengah serius discuss pasal dia, dia sibuk mengunyah buah epal tu."Sindir along.

"Irfan!" Kali ini suara papa bertambah keras. Along terus terdiam.

"Iman, Iman cubalah pujuk Naim tu. Kenduri kahwin korang dah tak lama, tak sampai sebulan pun. Preparation semua dah nak siap." Lirih suara mama berkata-kata.

Aku mengeluh lagi. Rumah keluargaku ini nyaris-nyaris terbalik sebaik sahaja menerima kunjungan ibu Naim petang semalam yang membawa hajat untuk membatalkan ikatan pertunangan antara aku dan Naim. Terus ingatanku mengimbau apa yang terjadi malam semalam, teringiang-ngiang setiap patah perkataan yang dituturkan oleh Naim.

"Patutlah dah lama saya perasan yang awak tak serius langsung pasal preparations wedding kita. Rupa-rupanya awak memang nak batalkan terus." Tuturku bersahaja, cuba mengawal perasaan marah yang meluap-luap.

"Kan saya dah kata yang kita tak serasi. Berapa kali saya nak mention yang saya nak kahwin dengan Dora!" Keras suara Naim bersuara.

'Huh! Dora? Doraemon ke? Takpun dorayaki, makanan kegemaran Doraemon.' Komenku di dalam hati.

"Sepatutnya awak discuss dengan saya elok-elok, Naim. Dulu kita bertunang dengan cara elok kan? Saya tak tahu apa-apa, suddenly ibu awak datang rumah dan bagitahu awak nak mintak putus tunang." Tambahku tegas.

"Kau ni, tak faham-faham bahasa ke apa? Kan aku dah cakap aku tak serasi dengan kau, aku tak ada apa-apa lagi perasaan kat kau. Itu pun susah nak faham ke ?''Jerkah Naim. Aku tersentak kerana diherdik sedemikian rupa. Sedaya upaya, aku cuba menahan air mata daripada mengalir jatuh.

"Tapi dulu, awak janji macam-macam dengan saya. Awak janji yang awak takkan berubah hati walaupun nama awak akan melonjak naik." Balasku. Sehingga sekarang aku masih ingat janji Naim sebelum dia memulakan penglibatannya dalam bidang modeling.

"Isy, minah ni! Kau ni memang lembap eh? Itu dulu, ini sekarang. Kau jangan jadi lurus bendul sangat boleh tak ? Eh, aku dah glamour sekarang, nama aku sedang naik. Cuma Dora je yang faham dan serasi dengan aku. Cuma dia je yang sesuai bergandingan dengan aku.''

Wajah bongkak Naim kupandang lama, cuba mengumpul semangat yang hilang dari tadi. Kedua-dua belah mata, aku pejam-celikkan untuk menahan air mata daripada gugur.

"Fine, buatlah ikut suka awak. Pergilah dengan Doraemon awak tu. Cincin dan semua benda saya akan pulangkan pada ibu awak. Tapi sebelum saya pergi..."

Aku berhenti bercakap dan menarik nafas. Naim memandangku pelik dan kemudiannya jatuh terduduk dengan tumbukan padu yang singgah di perutnya.

"Jangan menghina orang sesuka hati awak. Kita ni manusia biasa, bila-bila masa Allah boleh tarik segala kemewahan dan kelebihan yang kita miliki hari ini. Assalamualaikum." Aku terus berlalu dengan air mata yang berlumba-lumba turun membasahi pipi. Akhirnya, cinta anak-anak sekolah tidak bertahan jugak.

Encik Suami Mat Salih Celup (Adaptasi ke Slot Dahlia TV3 mulai 25/06/2017)Where stories live. Discover now