Bab 14

13K 461 4
                                    

LUGGAGE beroda yang bersaiz kecil itu diletakkan di hadapanku. Aku memandang Ian dan dia pula memandangku.

"Please help me to pack my things." Pinta Ian.

"Awak nak bawak apa ni?" Soalku.

"Important documents, winter jacket, a few shirts, pants and toiletries. Basically, all those things." Jawab Ian dan menunjukkan barang-barang yang sudah dikumpulkan di atas meja belajarku.

Aku sudah membulatkan biji mata melihat Ian yang selamba mengambil tempat di atas sofa kecil.

"Dah siaplah barang-barangnya. Then, why do you still need my help?" Soalku pelik.

"I need your help to pack those things into my luggage."

Jawapan selamba Ian membuatkan aku hampir tercekik air liur sendiri. Dia ni kan! Mengada-ngada betul tau!

"Tak boleh buat sendiri ke?" Soalku sambil menahan geram.

Ian hanya menggeleng.

"Isy, pemalas!" Gumamku dan bangun untuk mengambil barang-barang Ian yang terletak di atas meja belajarku.

"Pardon?"

"Pemalas. Berat bontot!"

"Hah?"

Aku mendengus.

"Forget it. I was saying that you are such a nice person." Sindirku tetapi Ian hanya ketawa seronok.

Usai mengemaskan barang-barang Ian, kami berdua ditemani oleh angah untuk berangkat ke KLIA. Pada mulanya aku mahu pergi berdua sahaja dengan Ian, tetapi mama mula membebel. Mama risaukan aku yang nanti akan pulang memandu sendirian.

"Serius ni angah tak kisah? Kata malam ni kena buat a few readings." Ucapku kepada angah ketika kami bertiga sudah berada di dalam kereta.

"Serius, angah kisah." Usik angah.

"Angah ni kan! Dah, dah. Turun sekarang!" Balasku dan angah ketawa.

"Ala Iman ni. Nak gurau sikit pun dah tersentap. Serius, angah tak kisahlah. Bahaya nanti bila balik Iman drive sorang-sorang pulak. Dahlah waktu malam-malam macam ni." Balas angah dan mula memandu keluar dari kawasan perkarangan rumah.

"Okey! Mari kita memandu. Pak, bawak kereta hati-hati ya." Balasku dan angah hanya ketawa.

Angah memandu sambil berbual-bual dengan aku dan Ian yang duduk di bahagian belakang kerusi pemandu. Di tengah-tengah perbualan, aku sudah tertidur. Sebaik sahaja aku membuka mata, kepalaku sudah terletak elok di atas bahu Ian.

"Ibu, kita udeh sampai." Usik angah dan melalui cermin pandang belakang, anak mataku menangkap senyuman mengusik angah.

"Err... awak. Sorry!" Ucapku pada Ian dan sambil membetulkan kedudukan jaket kulit hitam yang dipakai oleh Ian. Tak ada air liur tumpah sewaktu aku tidur tadi kan? Kan?

"No worries." Balas Ian sambil tersenyum.

Aku sudah terkebil-kebil. Eh, betul ke apa yang aku nampak tadi? Biar betul! Sejak bila pulak ni?

"Iman, tak nak turun ke? Nak berkhemah dalam kereta ke?" Usik angah lagi.

"Nak turunlah ni. Cubalah bawak bersabar sikit." Balasku dan menutup pintu kereta.

Encik Suami Mat Salih Celup (Adaptasi ke Slot Dahlia TV3 mulai 25/06/2017)Where stories live. Discover now