𝐐𝐀𝐅 π‘π€π˜π˜π€π 𝐔𝐍𝐃𝐄�...

By FyDream

5.5K 708 1.8K

Qaf Rayyan x Seroja Ainul Afiyyah Dalam menanti saat bahagia, Armel putuskan tunang dengan Qaf. Perkahwinan y... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 25
Bab 26
Bab 27

Bab 24

177 24 48
By FyDream

BARU seminggu dia meninggalkan rumah, kerinduannya kian menebal di hati. Bukan dia rindu pada rumah, tetapi rindu pada pujaan hati. Qaf lempar pandangan ke langit gelap.

Berjuta bintang sedang menari seolah cuba menghiburkan hati yang dilanda sepi. Qaf lepas keluhan. Rindunya terlalu berat. Berat untuk ditanggung.

Kalau dulu, dia tak kisah berpisah lama-lama. Tetapi, bila sudah berpunya. Berat hati hendak melangkah pergi.

Bertambah-tambah apabila dia tidak dibenarkan bertanya khabar kerana takut kedudukan mereka terdedah kepada musuh.

Rindu.

Di langit, terukir indah dua baris nama yang berjaya menakluki seluruh hati Qaf Rayyan.

Namanya... terlalu indah bagi Qaf.

"Fiyyah, abang rindu."





LEBAM di tepi bibir disapu ubat. Oja mengadu kesakitan. Terasa pedih, dan sakit bila disentuh. Silap sendiri kerana terlambat sedikit pulang ke rumah selepas membeli minuman coklat di pasar raya. Sudahnya, Oja menerima penampar sulung buat kali kedua.

Kali pertama, semasa dia menggosok baju.

Terlayar di minda bait bicara yang menghapus senyum ceria dari bibirnya. Terganti dengan mendung gelap yang menumpahkan manik-manik air mata di pipi.

Kedatangan Aunty Alana ke rumah Puan Sofia, disambut dengan mesra. Punggung dilabuhkan sebelum mereka saling berpelukan, dan berlaga pipi. Sudah lama tidak bertemu. Kali terakhir pun, enam bulan lepas.

"Tunggu kejap tau, saya pergi buat air." beritahu Puan Sofia.

Aunty Alana mengangguk saja. Dibiarkan wanita separuh abad itu melangkah ke dapur.

Tidak sampai beberapa minit, Puan Sofia muncul sambil menatang dua gelas air anggur.

"Eh, cepatnya? Kata nak buat air." Aunty Alana kerutkan kening. Usikan tadi berbalas dengan senyum.

"Macam tak biasa, bibik tolong buatkan." jawab Puan Sofia. Tenang. Lalu mengambil tempat berhadapan Aunty Alana.

"Kak Anis?"

"Eh, taklah. Orang baru." tambahnya lagi.

Aunty Alana mengangguk. "Sedap juga airnya."

"Sedap, kan? Seroja!" seru Puan Sofia.

Kek coklat yang telah siap dipotong dibawa ke ruang tamu. Terketar ketir jarinya memegang piring berisi potongan kek. Selendang hitam yang diselempang, menutup separuh wajah dari terdedah. Oja tunduk ketika meletakkan dua piring kek di atas meja.

"Seroja? Cantiknya nama kamu," puji Aunty Alana. Jarang-jarang dia dengar nama Seroja.

Oja mengangguk saja. Dia kekal tunduk. Tanpa sedar, riak muka Puan Sofia berubah tegang.

Dijeling saja menantunya itu sebelum beralih pada Aunty Alana.

"Tak guna nama cantik, tapi perangai buruk." sindir Puan Sofia.

"Ka... kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu." Cepat-cepat Oja meminta diri. Dia tak kuat dengar dirinya diburukkan di hadapan orang lain.

"Eh, siapa cakap kau boleh pergi macam tu saja?"

Terhenti langkah yang ingin diambil. Perlahan, Oja pusingkan tubuh menghadap Puan Sofia dan Aunty Alana.

Aunty Alana lemparkan senyum ketika mata mereka sempat bertembung. Kalaulah dia ada anak, sudah lama dijodohkan dengan gadis ini. Harapkan anak saudaranya pula, dia sibuk bermain senjata. Jiwa dan hatinya sudah terisi dengan 69 komando. Mustahil, dia punya masa untuk bercinta.

"Biarlah kalau dia nak pergi. Eh, bercakap fasal Datuk Firash. I wonder, kenapa banyak sangat wartawan berkumpul depan syarikat dia? Big Case? Maybe, yeah."

Aunty Alana berjaya menukar topik. Puan Sofia terlihat berminat untuk tahu lebih lanjut.

"Big Case? Kes apa yang dia buat?"

"Kau kena tengok ni..."

Di dapur, sedaya upaya dia menahan diri agar tidak menjatuhkan air mata. Bisikan halus membungkus diri, cuba menyalurkan semangat yang ada. Oja tarik senyum buat-buat. Banyak kerja lagi yang belum disiapkan. Sudah siap, dihamburkan pula oleh Puan Sofia. Katanya, tak kemas. Jadi perlu dibuat semula.

Begitulah kehidupan Oja sejak mak cik Anis jatuh sakit. Sudah masuk tiga hari wanita tua itu sakit. Oja tak kisah kalau dia diperlakukan seperti pembantu rumah dalam rumah itu, lagipula siapa dia bagi mereka? Tiada sesiapa.

Hidupnya cuma untuk Qaf Rayyan.

Tuan Yusuf? Dia baru saja keluar berjoging. Sudah diajak, tetapi Oja menolak. Tak biasa keluar dari rumah.

Fikirannya terbang jauh-jauh dan tak jumpa jalan pulang. Jika dipaksa, sakit yang diterima.

Oja lepas keluhan berat. Dia rindu nak balik ke tempat asalnya. Di sini, dia tidak diterima. Bertambah, bila dia tidak dibenarkan tidur di dalam bilik Qaf. Biarpun sudah ditentang habis-habisan oleh Tuan Yusuf, Puan Sofia masih berkeras. Dia tak suka lihat Oja tidur di dalam bilik Qaf.

Daripada bertekak berpanjangan, dan bermasam muka. Oja mengalah. Dia tidak mahu, hanya disebabkan dia. Pasangan suami isteri itu bergaduh besar.

Bilik kecil berdekatan stor menjadi tempat tidur Oja. Dia sudah biasa. Jadi, tak payah nak risau.

Dia baik-baik saja.

Setelah siap membasuh pinggan, Oja mengambil kain dari ampaian. Kain yang kering, digosok terlebih dahulu sebelum disangkut pada penyangkut baju dan digantung dalam almari.

Sedang leka Oja menggosok Blouse putih kepunyaan Puan Sofia. Dia baru teringat terdapat kain yang belum digosok. Suis dimatikan, seterika diketepikan sebelum langkah kaki diatur menuju ke bilik Puan Sofia.

Diintai ke mana Oja pergi sebelum Puan Sofia mengambil ahli. Senyum terukir di bibir merah. Seterika dihidupkan dan diletak di atas bajunya sendiri.

Bau kain hangus menujah masuk ke dalam hidung. Tetapi, dia biarkan saja sampailah Oja keluar dari dalam biliknya. Barulah Puan Sofia berjarak sedikit dari situ dan menjerit.

"Ya Allah, baju aku!" Puan Sofia mengalihkan seterika, dan mengangkat baju mahalnya ke udara.

"Apa yang kau dah buat dekat baju aku, Seroja? Kenapa boleh berlubang sana-sini?" hambur Puan Sofia. Dalam hati, tergelak besar.

Mudah benar dibodoh-bodohkan.

"Saya tak tahu. Sebelum saya naik ke atas, saya sempat matikan dan letak di tepi. Tapi, tak tahu kenapa boleh jadi sampai macam ini," jelas Oja. Tulus.

"Aku tak kira. Aku tak nak dengar apa-apa alasan dari kau. Kau tahu tak baju ni mahal? Dekat mana lagi aku nak cari baju ni? Baju ni limited edition, dan aku beli dekat Milan. Takkan kau nak pergi ke sana semata-mata nak belikan aku baju baru? Tak kot..." Puan Sofia menjeling geram.

Suka melihat riak wajah Oja bertukar cemas dan takut.

"Saya minta maaf sebab dah rosakkan baju Puan."

Ya, dia memanggil Puan Sofia dengan gelaran Puan. Dia tidak suka Oja memanggil dengan panggilan Mama. Dia jijik.

"Senangnya kau minta maaf dekat aku. Macam minta anak lelaki aku juga, kan? Mungkin, aku dah lupa. Kau hidup tanpa sesiapa, jadi aku tak hairanlah kalau kau kurang ajar dengan aku. Mesti mak kau tak ajar cara seterika baju orang, kan?" sindir Puan Sofia lagi.

Blouse putih dilempar ke muka Oja sebelum dia mula melangkah pergi. Oja pejam mata rapat-rapat. Dia berpusing ke belakang.

"Memang..."

"Memang saya hidup tanpa seorang Ibu di sisi. Dan, saya tak pernah diajar oleh sesiapa. Tapi, saya diajar untuk mengaku ketika berbuat salah dan meminta maaf walaupun saya tak salah. Kenapa mama diam?"

"Takkan saya nak mengaku yang itu salah saya, sedangkan saya tak buat pun?" sambung Oja lagi.

Mendengarkan kata yang terbit dari Oja, membuat Puan Sofia membatalkan langkah ke tangga. Dia berpusing laju, dan menghadiahkan lima jari di pipinya.

Prang!

"Kurang ajar! Sebab inilah aku tak suka kau dalam keluarga aku. Dasar, penumpang tak tahu diri!"

"Ya, memang saya penumpang dalam keluarga Mama. Dan, akan tetap jadi penumpang. Tapi, mama jangan ingat saya akan biarkan diri saya dipijak begitu saja. Saya akan pertahankan apa yang saya ada. Soal Qaf? Dia milik mama. Tapi, hatinya milik saya." balas Oja.

Terdiam seribu kata, terkunci segala pergerakkan. Puan Sofia merengus geram sebelum meninggalkan Oja di situ. Tak kuasa dia nak berlama-lama. Semakin bertambah kedut di wajah, kalau asyik bertekak dengan gadis itu.

Tetapi, dia suka. Tak adalah hidup dia sunyi sangat tanpa Qaf atau Kal.

Tumpahan air mata membawa Oja semula ke dalam bilik. Blouse putih dipeluk.

Sejujurnya dia rindu memanggil Mama. Dia rindu menerima kasih seorang ibu. Tetapi, mama yang satu ini. Buatkan kesabaran Ainul Afiyyah tercabar. Dia bukan patung tanpa emosi dan perasaan. Dia manusia, dan mempunyai batas kesabaran.

Seruan azan dari aplikasi yang dipasang di telefon, menyedarkan Oja. Baik dia siapkan diri untuk menunaikan solat.

Hamburan tangisan memenuhi segenap ruang dalam bilik. Dari celah pintu yang tidak terkunci, Puan Sofia melihat Oja sedang menangis ketika memanjatkan doa.

Tersentuh hati keras bagaikan batu mendengar tangis yang melemahkan jiwanya.

Dia ke situ, mahu memanggil Oja untuk menunaikan solat secara berjemaah di ruang solat. Tetapi, terbatal.

'Kenapa dengan aku ni? Takkan lembut hati dengar dia menangis? Tak kuat sangat pun aku tampar dia tadi. Tapi, tak sakit ke?'

Puan Sofia mengeluh kecil. Sebelum Oja menyedari kehadirannya, alangkah baik dia pergi.






"Isya, makan sikit nak..." Suapan nasi ditolak mentah-mentah oleh Batrisya.

Hancur lebur hatinya apabila teman lelaki Batrisya baru saja diijab kabul dengan pilihan orang tua. Perut yang memboyot ke depan, dipukul kuat. Sehingga Batrisya sendiri berasa sakit. Mak Nab cuba menghalang tindakan Batrisya, tetapi dia pula yang dimarahi.

"Biarkan isya, mak. Hati Isya dah terlalu hancur. Isya tak layak untuk hidup!" hambur Batrisya.

Juraian air mata menghiasi muka pucat tanpa mekap.

Encik Borhan yang melihat keadaan itu, menjeling sinis.

"Bila buat anak, tak ingat dosa sendiri. Cuma tahu rasa sedap je. Bila perut dah berisi, cuma tahu mati. Sesakit hati kau, sakit lagi hati aku. Tahu tak? Hei..."

Encik Borhan merengus geram. Rambut dikuak kasar ke belakang. Makin bertambah kusut fikirannya kalau dia berada di dalam rumah. Encik Borhan melabuhkan duduk di atas anak tangga sambil menyarungkan kasut getah.

"Isya, aku tak minta kau belajar tinggi-tinggi sampai ke menara gading. Aku tak minta kau bergaji besar untuk gembirakan hati kita orang. Cuma satu yang aku pesan sejak dari dulu. Jangan coretkan arang di muka aku, Isya. Aku toleh ke belakang, ke depan, tak ada apa yang aku dapat melainkan cemuhan dari orang kampung. Sekarang ini tak ada apa yang tinggal, semua orang sudah tahu kau kandungkan anak luar nikah," Encik Borhan bangun setelah menyuarakan suara hatinya.

Dia melepas keluhan berat.

"Abang nak pergi mana?" soal Mak Nab.

"Abang nak pergi tebas rumput dekat belakang rumah tu. Tak baik kalau dibiarkan."

"Hmm... hati-hati bang."














Bersambung....

Continue Reading

You'll Also Like

230K 12.1K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
2.8K 564 42
Izzat Johan Rafizi, dia ialah seorang pemuda yang bekerjaya. Sekali pandang memang nampak macam orang biasa yang kuat bekerja. Tetapi itu semua maina...
100K 4.3K 30
πŸ₯€π’΅π“Žπ’Άπ“ƒ ℛ𝒢𝒻𝒢ℯ𝓁 x π’œπ“π“Žπ’Ά π’¬π’Άπ’Ύπ“ˆπ’Άπ“‡π’ΆπŸ₯€ _ℛℯ𝓁𝒢 π’¦π“Š π’Ÿβ„―π“‡π’Ύπ“‰π’Ά π’Ÿβ„―π“‚π’Ύ ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒢𝓉 β„³π“Š β„¬π’Άπ’½π’Άβ„Šπ’Ύπ’Ά_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
153K 9.9K 54
[The Pattenson Family Finale Series] Hubungan yang dulunya sentiasa baik tanpa salah faham mahupun selingkuhan, kini berubah setelah tiga tahun hubun...