HER SAVIOR [Slow Update]

By DaisyIntrovert

127K 8.8K 1.3K

'No harm will ever come to you, for I am your protector' "Saya tak boleh nak halang kerana hati saya yang me... More

DISCLAIMER
CAST
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51

BAB 40

2.7K 190 38
By DaisyIntrovert

Dahi Zahra mencipta beberapa lapisan ketika merasakan seperti ada cahaya yang menganggu tidurnya.

Perlahan-lahan mata dibuka. Lama dia merenung ke arah siling sehinggalah dia tiba-tiba tersedar sesuatu.

Dia lantas bangun dari pembaringannya secara mengejut lalu duduk bersimpuh.

Matanya melihat sekeliling. Ada Balqis dan Zarina yang duduk di sampingnya manakala Tengku Anaqi dan Tengku Arifin pula berdiri di balkoni.

Tangannya naik memegang dada, seakan cuba menahan sakit apabila teringat sesuatu.

"Mama, dia nak kahwin dengan Humaira," adu Zahra bersama air mata. Laju saja air matanya mengalir seperti air terjun. Tidak dia endahkan semua mata yang memandang ke arahnya.

Balqis mengerutkan dahinya mendengar aduan Zahra. Dia berbalas pandangan dengan Zarina.

"Siapa?" soal Balqis dengan nada pelik.

"Ahnaf. Sampai hati dia mama," jawab Zahra lalu menangis teresak-esak.

"Bila pula dia cakap nak kahwin dengan perempuan tu?" sampuk Tengku Anaqi sambil bercekak pinggang.

"Tadi sebelum kakak ipar pengsan. Baby kitaorang dah tak ada pun dia tak tahu mama," rintih Zahra lagi sambil mengelus lembut perutnya.

Semakin berlapis dahi Balqis mendengar rintihan Zahra itu. Aik, bangun dari pengsan terus ting tong ke apa kepala menantunya itu?

Balqis yang sudah tidak tahan mendengar Zahra yang bercakap merepek itu terus menekup kuat pipi menantunya.

"Zahra cakap apa ni nak? Merepek apa ni? Siapa berkahwin?"

Berkerut-kerut dahi Balqis memandang wajah pucat Zahra.

"Saya tak merepek mama. Mama dengan papa kan jadi saksi dia datang ke rumah tadi. Kami baru bercerai dia bulan tapi dia sudah berniat mendirikan rumah tangga bersama Humaira. Sakit mama, sakit."

Zahra terus menyembam wajahnya pada bahu Balqis. Tidak mampu lagi menahan diri daripada terus kuat apabila teringatkan status dirinya sekarang.

Semua beristighfar panjang mendengar 'luahan' Zahra yang baru sedar dari pengsan itu.

"Jangan yang bukan-bukan nak," tutur Balqis sambil menggelengkan kepala.

"Kakak ipar pengsan lama sangat sampai boleh mimpi macam tu sekali eh, dahsyat dahsyat," kata Tengku Anaqi lalu menggelengkan kepalanya.

Dahsyat betul penangan abang kembarnya itu sehingga si kakak ipar boleh mengagau begitu.

"Pengsan?" desis Zahra perlahan.

Dia membuang pandang ke luar jendela. Satu persatu yang terjadi sebelum dia pengsan tadi mula bermain di layar fikirannya.

FLASHBACK

"Saya..."

Tengku Ahnaf dan Zahra. Masing-masing berpandangan sesama sendiri dengan mata yang basah.

Zahra memejam rapat matanya. Rasa tidak sanggup mahu mendengar ayat yang seterusnya.

"Bang, jangan bang," tegah Tengku Anaqi.

Dia tidak akan sesekali membiarkan orang luar merosakkan rumah tangga abang kembarnya.

Tengku Ahnaf menundukkan kepala. Lama matanya memandang genggaman tangan mereka berdua. Tangan Zahra dilepaskan lalu tubuh itu dipeluk sekali lagi.

"Maafkan saya. Selama ini semua kehendak awak saya turutkan tapi tidak untuk kali ini Zahra. Mati hidup semula pun saya takkan ceraikan awak."

Zahra terkedu. Apakah makna di sebalik kata-kat Tengku Ahnaf itu?

"Tanggungjawab saya sebagai suami awak belum selesai. Tanggungjawab untuk membimbing awak bersama-sama meniti jalan ke Syurga Allah masih panjang. Biarlah kita duduk berasingan dulu. Saya akan pergi dari sini. Jaga diri awak. Saya sayang isteri saya ini."

Usai berkata, Tengku Ahnaf terus mencium dahi Zahra lalu pusing tubuh meninggalkan Zahra yang jelas masih terkesima dengan kata-kata suaminya tadi. Kunci kereta dicapai.

"Mama, papa, abang tinggalkan isteri abang sementara dulu ya. Abang minta maaf sebab susahkan mama dan papa. Tiba masa yang sesuai, abang akan ambil isteri abang kembali," kata Tengku Ahnaf lalu mencapai tangan Balqis dan Tengku Arifin lalu dikucup sopan.

Biarlah dia yang keluar dari rumah. Dia akan pastikan Zahra akan tetap menjadi isteri dia buat selama-lamanya.

Balqis menyeka air matanya yang tidak henti turun dari tadi. Wajah anak lelakinya yang satu itu diusap lembut.

"Terima kasih nak kerana tidak menunaikan permintaan Zahra," ucap Balqis dengan sebak.

"Jangan risau. Zahra anak papa dan mama juga. Kami akan jaga Zahra dengan baik," tutur Tengku Arifin sambil menepuk lembut bahu Tengku Ahnaf. Syukur anaknya tidak melepaskan Zahra begitu saja.

Tengku Anaqi dan Zarina pula sudah saling berpandangan dengan wajah yang lega. Rasa tenang apabila lelaki itu tidak jadi melepaskan Zahra.

Tengku Ahnaf terus melangkah ke pintu dengan langkah yang laju. Biarlah dia saja yang pergi dari sini.

"Ahnaf."

Langkah kaki Tengku Ahnaf terhenti namun dia tidak menoleh ke belakang. Kepalanya tegak memandang pintu utama rumah orang tuanya. Dia menunduk melihat ke bawah apabila terasa ada lingkaran tangan di pinggangnya.

"Maafkan saya. Saya pun tak sanggup untuk berpisah dengan awak. Awak jangan pergi dari sini," bisik Zahra dengan penuh rayu.

Walau dia tahu apa yang bakal akan terjadi tapi hatinya tetap merasa lega apabila lelaki itu menolak untuk melepaskan dirinya. Tengku Ahnaf pusing tubuh perlahan-lahan menghadap sang isteri.

"Tak apa. Kita duduk asing sekejap saja yang penting status awak masih lagi isteri saya. Jangan nakal-nakal. Sampai masa, saya akan kembali kepada awak. Tolong jaga diri awak," kata Tengku Ahnaf lalu melabuhkan tangan pada perut Zahra dan dielus lembut.

"Ingat, saya sayangkan awak. Saya pergi dulu."

Tengku Ahnaf terus pergi meninggalkan rumah itu. Zahra jatuh terjelepok ke bawah melihat suaminya yang sudah pergi jauh darinya.

"Nak," tegur Balqis lalu memeluk Zahra.

"Mama, suami saya..."Sekali lagi, Zahra melepaskan tangisan.

Tangisan hiba mula berlagu kerana terpaksa berpisah sementara dengan Tengku Ahnaf. Silapnya sehingga lelaki itu membuat keputusan begitu.

Dia tidak dapat bayangkan jika lelaki itu benar-benar mengotakan permintaannya tadi. Sedangkan berpisah begini saja sudah mampu membuat hatinya koyak apalagi harus berpisah tanpa ada ikatan lagi.

"Zahra duduk sini dengan papa mama ya. Bagi Ahnaf ruang. Insha-Allah, dia akan kembali pada Zahra," pujuk Tengku Arifin ketika melihat menantunya kembali menangis teresak-esak.

Dia jatuhkan lututnya di sisi Zahra yang berada di dalam pelukan Balqis lalu mengusap lembut kepala Zahra.

Semakin runtun hati Zahra saat mendengar bunyi deruman kereta yang kuat menandakan kereta itu sudah meninggalkan kawasan perkarangan rumah tersebut.

"Saya akan tunggu awak," bisik Zahra dalam hati. Tubuh Balqis dipeluk erat, cuba mencari kekuatan untuk hidup tanpa Tengku Ahnaf buat sementara waktu.

Semua menjerit cemas apabila Zahra rebah tidak sedarkan diri di dalam pelukan Balqis.

END FLASHBACK

"Dah ingat?" tanya Balqis dengan lembut. Tangannya membelai rambut Zahra.

Zahra mengangguk kecil. Ya. Dia baru ingat apa yang telah terjadi sebelum dia pengsan.

Tangan Balqis dicapai lalu digenggam kuat.

"Mama, Ahnaf takkan tinggalkan saya kan? Dia takkan kahwin dengan Humaira kan?"

Balqis mengangguk kecil. Dia dapat rasakan tangan Zahra sedikit bergetar. Mungkin menantunya itu dalam ketakutan. Dia tidak tahu apa yang Zahra mimpikan sampai takut begitu.

"Tak. Ahnaf pergi sekejap saja. Jangan risau nak. Ahnaf cuma nak bagi ruang dekat Zahra. Apa yang lebih penting sekarang ni, adalah diri Zahra dan baby dalam perut Zahra," tutur Balqis lembut.

Zahra tergamam seketika. Baby? Dia mengandung? Dia menyentuh perlahan perutnya lalu memandang satu persatu wajah yang ada di dalam biliknya itu untuk meminta kepastian.

"Ya kak. Akak pregnant. Tahniah," ucap Zarina dengan nada gembira. Pada masa yang sama dia merasa agak kasihan dengan birasnya itu. Seharusnya khabar gembira seperti itu dikongsikan bersama suami.

Zahra melorek senyuman lebar. Jelas terpancar riak bahagia pada wajahnya.

"Alhamdulillah. Syukur," ucap Zahra ceria namun tidak lama apabila air matanya bergenang kembali ke pipi.

"Tapi Ahnaf tak tahu..." lirih saja suara Zahra berkata, meluahkan rasa kecewa kerana suaminya tidak tahu tentang kehadiran anak mereka.

"Soon he will know. Sekarang Zahra rehat. Jangan banyakkan berfikir, nanti stress. Zahra rehat dulu ya," pujuk Balqis.

Risau pula dia melihat Zahra yang kembali menangis itu.

"Okay mama. Saya nak tidur sekejap. Saya mengantuk," kata Zahra dengan nada perlahan. Tubuhnya direbahkan kembali di atas katil.

"Ahnaf, saya dan baby setia tunggu awak kembali," desis Zahra di dalam hati lalu memejamkan matanya.

Balqis menoleh ke arah Tengku Arifin sambil mengangkat keningnya.

"Biarkan Zahra rehat dulu," ucap Tengku Arifin ringkas.

Sementara Tengku Ahnaf yang berada di dalam kereta pula mengelap perlahan air matanya. Dia tiada pilihan selain keluar dari rumah tersebut. Dia lebih rela dalam keadaan begini dari melafazkan perkataan 'keramat' itu kepada isterinya.

Stereng kereta digenggam kuat. Jelas kelihatan urat-urat tangannya keluar, menandakan dia sedang menahan marah. Dia tidak akan membiarkan orang luar sesuka hati porak-perandakan rumah tangga dia semata-mata kepuasan manusia yang tidak berhati perut itu.

Setelah berpusing ke sana ke mari untuk menenangkan jiwanya yang berkocak tadi, kini keretanya belok masuk ke perkarangan rumah Tengku Anaqi.

Tidak sampai lima minit dia keluar dari rumah tadi, Tengku Anaqi menghantar pesanan kepadanya untuk menginap di rumah adik kembarnya itu untuk sementara waktu dan mereka berdua akan menginap di rumah Balqis dan Tengku Arifin.

Dia tiada niat mahu menyusahkan ahli keluarganya tapi demi kesejahteraan sang isteri, dia harus berkorban. Dengan hati yang berat, dia melangkah keluar dari kereta dan terus menuju ke pasu bunga yang ada di sebelah rak kasut.

Tengku Anaqi telah menyampaikan kepadanya kalau kunci rumah mereka ada di situ sekiranya berlaku apa-apa.

Setelah mendapatkan kunci rumah di pasu bunga, dia terus membuka pintu rumah tersebut. Dia melabuhkan duduk di atas sofa yang ada di ruang tamu tersebut. Tangannya dibawa ke dahi. Dia terasa lelah dengan apa yang terjadi hari ini.

"Zahra," keluhnya perlahan.

Baru beberapa jam berpisah, hatinya sudah merindui m sang isteri yang ada di rumah keluarganya. Dia tidak dapat bayangkan jika dia menurut permintaan Zahra tadi. Telefon di poket seluar dicapai lalu nombor Tengku Anaqi ditekan, mahu bertanya khabar sang isteri.

"Hello Assalamualaikum Aqi, Zahra macam mana?" terjah Tengku Ahnaf. Tidak sabar -sabar mahu mengetahui keadaan Zahra.

Masih terngiang-ngiang lagi tangisan sang isteri ketika dia keluar dari rumah tadi.

Tengku Anaqi yang mendapat panggilan abang kembarnya itu mengerling sekilas ke arah Tengku Arifin yang setia berdiri di balkoni itu.

Kepalanya yang tidak gatal itu digaru perlahan apabila mendengar pertanyaan abang kembarnya.

"Nak cakap ke tak eh?" bisiknya dalam hati. Ragu-ragu mahu mengabarkan perkara sebenar kepada Tengku Ahnaf di tengah-tengah kemelut yang terjadi antara abang kembarnya dan kakak iparnya.

Tengku Arifin mengangkat kening menyoal Tengku Anaqi yang hanya mendiamkan diri apabila mengangkat sebuahg panggilan.

"Abang." Bibir Tengku Anaqi bergerak perlahan tanpa suara.

Tengku Arifin memberi isyarat kepada kepada  Tengku Anaqi untuk menyampaikan berita baik yang mereka terima tadi.

Tengku Arifin terus menarik Tengku Anaqi keluar dari bilik Tengku Ahnaf sementara Zarina dan Balqis masih setia duduk di sisi Zahra yang sedang terlelap itu.

"Kakak ipar okay saja. Jangan risau, kami semua ada untuk jaga dia."

Tengku Ahnaf menghela nafas lega.

"Alhamdulillah kalau macam tu. Jangan risau pasal perbelanjaan Zahra. Aku akan masukkan dalam akaun bank dia macam biasa. Akaun kau dengan mama papa pun aku akan masukkan. Nanti tolong belikan apa-apa yang dia nak. Make sure makan pakai dia terjaga sementara aku tak ada dekat sisi dia," tutur Tengku Ahnaf perlahan.

"Apa-apa jadi, tolong beritahu aku. Aku matikan panggilan dulu. Assalamualaikum."

Belum sempat Tengku Ahnaf mahu matikan panggilan, Tengku Anaqi terus memanggil abang kembarnya itu.

"Abang, kakak ipar pregnant."

Mata Tengku Ahnaf terpejam rapat mendengar khabar yang disampaikan adik kembarnya itu.

"Alhamdulillah ya Allah," desis Tengku Ahnaf perlahan bersama perasaan yang bercampur baur.

"Tolong jagakan dia."

Tengku Anaqi terus melihat skrin telefon bimbitnya apabila Tengku Ahnaf terus bertindak matikan panggilan tanpa memberi ruang kepada dia untuk membalas kata-kata abang kembarnya itu.

"Abang tak excited ke tahu kakak ipar pregnant? Dia tak ada rasa nak balik rumah semula ke?" soal Tengku Anaqi dengan nada pelik.

"Maksudnya, abang dah tahu terlebih dahulu tentang kewujudan anak dia tanpa Zahra tahu. Tunggu keadaan reda sikit. Bagi mereka berdua masa untuk muhasabah diri masing-masing," balas Tengku Arifin dengan tenang.

Selepas saja Zahra menangis dalam pelukan Balqis tadi, Zahra terus rebah tidak sedarkan diri. Mujur saja ada anak kenalannya yang bekerja sebagai Doktor dan kebetulan sedang bercuti.

Jadi, Tengku Arifin terus meminta Doktor tersebut untuk datang ke rumahnya. Hasil pemeriksaan, Zahra sedang mengandung 2 bulan.

Semua agak terkejut dengan khabar yang disampaikan. Perasaan mereka bercampur baur saat mendengar berita tersebut. Gembira bercampur duka.

"Kasihan abang. Mesti dia rindukan kakak ipar," keluh Tengku Anaqi perlahan. Dia tahu betapa sayangnya abang kembarnya itu terhadap Zahra.

"Kita doakan yang baik-baik saja untuk mereka. Paling penting sekarang emosi Zahra. KIta kena jaga dia sebaiknya, itu amanah abang buat kita semua," ujar Tengku Arifin.

Tengku Ahnaf terus melakukan sujud syukur usai matikan panggilan.

"Terima kasih untuk rezeki anak yang Engkau berikan ini ya Allah," tutur Tengku Ahnaf sayu.

Wajah Zahra yang dijadikan sebagai hiasan pada skrin telefon itu dipandang lama.

Sejujurnya, dia sudah boleh mengagak kalau isterinya itu mengandung kerana sikap Zahra kebelakangan ini agak berbeza dan menjadi lebih kuat makan berbanding biasa ditambah pula dengan dia yang selalu muntah setiap pagi. Rupanya, isterinya memang mengandung.

Mujur saja dia sempat elus perut Zahra sebelum melangkah keluar dari rumah.

"Saya akan kembali kepada awak selepas saja keadaan kembali kepada asal."

Tengku Ahnaf terus merebahkan diri di atas sofa, mahu berehat sebentar.

Happy reading 🤍

P/s: Sayang isteri, takkanlah nak ceraikan macam tu je. Penat member tunggu isteri kesayangan dia tu selama tiga tahun tau sebelum masuk meminang 😛.

Dah, jangan marah Ahnaf. Kesian member tak pasal-pasal kena carut.

Continue Reading

You'll Also Like

97.9K 3.6K 54
(1st Series of Love's) - Nota kaki : BELUM EDIT. Inara Imani seorang gadis yang tidak pernah dipedulikan oleh ibunya sendiri semenjak kecil. Hidup ya...
34.7K 1.1K 43
• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul ombak, apatah lagi rumah tangga yang baru...
350K 12.9K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
51.2K 1.3K 45
[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani meneg...