HER SAVIOR [Slow Update]

By DaisyIntrovert

129K 9K 1.3K

'No harm will ever come to you, for I am your protector' "Saya tak boleh nak halang kerana hati saya yang me... More

DISCLAIMER
CAST
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51

BAB 38

1.7K 159 17
By DaisyIntrovert

"Saya ceraikan awak dengan talak 1."

Tengku Ahnaf terus meleraikan pegangan tangan mereka berdua lalu pusing tubuh membelakangkan Zahra.

"Allah," desis Balqis perlahan. Tubuh suaminya dipeluk kuat. Tidak sangka, dia akan menjadi saksi perpisahan anak menantunya sendiri.

Zahra mengemam kuat bibirnya. Tidak mahu membiarkan tangisannya berdendang di telinga Tengku Ahnaf.

Belakang tubuh Tengku Ahnaf dipandang bersama air mata. Tubuh itu tidak mampu lagi dia peluk.

"Awak nak pergi mana?" tanya Zahra dengan nada sebak bila melihat Tengku Ahnaf seakan mahu keluar dari rumah.

"Pergi ke mana saja asalkan bukan di sini. Kita dah tak ada ikatan. Sebaiknya saya saja yang keluar dari sini."

Tengku Ahnaf membuka langkah mahu keluar dari rumah tersebut namun langkahnya terhenti tika suara Zahra menyapa telinganya.

"Ini rumah keluarga awak. Saya yang sepatutnya keluar dari sini," tutur Zahra. Ada getaran pada suara itu.

Tengku Ahnaf menggeleng perlahan. Matanya dihalakan pada Tengku Arifin dan Balqis.

"Ma,pa. Bolehkan Zahra duduk sini?"

Tengku Arifin mengangguk kecil. Bibirnya bergetar cuba menahan tangisan. Sebak melihat raut wajah Tengku Ahnaf yang sayu itu.

Dia tahu niat Tengku Ahnaf itu. Anaknya mahu Zahra terus berada di sisi keluarga mereka kerana di rumah itu, keselamatan Zahra lebih terjamin.

"Ikatan kita sudah terputus tapi bukan ikatan antara awak dan mama papa. Mereka tetap mentua awak," kata Tengku Ahnaf dengan lemah.

"Abang pergi dulu. Assalamualaikum."

Tanpa menoleh ke belakang, Tengku Ahnaf terus meluru ke pintu utama. Dia mahu segera keluar dari rumah tersebut kerana bimbang tidak dapat menahan diri dari memandang Zahra yang kini bukan lagi isterinya.

Pecah tangisan Zahra melihat Tengku Ahnaf yang tidak menoleh walau sedikit pun ke arahnya.

"Maafkan saya Ahnaf," desisnya dengan hati yang sebak.

Hampir saja Zahra tumbang ke lantai kalau bukan disebabkan Tengku Arifin yang cepat-cepat menyambut menantunya itu.

"Zahra," seru Balqis apabila melihat Zahra yangs menangis merenung siling rumah.

"Mama, salah ke apa yang saya buat ni?" desis Zahra lemah.

Balqis hanya mampu memeluk tubuh Zahra. Tiada apa lagi yang mampu dia lakukan kerana perpisahan adalah jalan yang Tengku Ahnaf dan Zahra pilih.

"Redha. Semua sudah terjadi," balas Balqis.

Balqis dan Tengku Arifin hanya mampu berpandangan manakala Zarina dan Tengku Anaqi terdiam seribu bahasa dengan apa yang sudah terjadi di depan mata mereka.

"Zahra duduk sini ya nak. Walaupun Zahra dah berpisah dengan Ahnaf, Zahra tetap anak papa dan mama. Tempat Zahra di sini," kata Tengku Arifin lalu mengelus lembut kepala Zahra.

Zahra hanya mampu menangis di dalam pelukan Balqis. Dalam hati, tidak putus-putus menyalahkan diri sendiri.

Mata dipejam rapat, berharap dunia saat itu berhenti berputar kerana dia tidak sanggup melalui hari-hari akan datang tanpa Tengku Ahnaf.

Tengku Arifin melepaskan keluhan kecil melihat Zahra yang hanya memberi pandangan kosong pada drama yang ditayangkan di televisyen saat itu.

Hampir dua bulan Zahra dan Tengku Ahnaf berpisah dan selama situ Tengku Ahnaf tidak pulang ke rumah. Mereka bertemu pun hanya di tempat kerja saja.

Sepanjang proses penceraian secara rasmi di mahkamah, Balqis dan Tengku Arifin setia menemani Zahra menguruskan semuanya kerana walau bagaimana pun juga, Zahra tetap anak mereka walau apa pun terjadi.

"Zahra," sapa Tengku Arifin lalu duduk di sofa.

"Pa," terkebil-kebil mata Zahra memandang Tengku Arifin.

"Fikirkan apa?" tanya Tengku Arifin dengan prihatin.

Zahra hanya menggeleng kecil lalu melemparkan senyuman kecil kepada figura yang sedang memandang ke arahnya itu.

"Saya tak ada fikirkan apa-apa pun papa," jawab Zahra lalu tersenyum hambar.

"Kalau ada masalah, jangan segan untuk cerita dengan papa dan mama. Zahra anak kami juga."

Zahra mengetap bibir bawahnya.

Dia merasakan Allah itu terlalu baik kepadanya kerana mengurniakan mentua sebaik Tengku Arifin dan Balqis sedangkan hidupnya selama ini tidak berpegang kepada agama.

"Sakitkan pa rindu pada orang yang bukan milik kita lagi," tutur Zahra perlahan lalu menundukkan kepalanya. Cuba menahan air mata dari mengalir di hadapan Tengku Arifin.

Semenjak Tengku Ahnaf keluar dari rumah, hampir setiap malam tidurnya tidak nyenyak. Biasanya, sebelum tidur, dia dan Tengku Ahnaf pasti akan membuat sesi soal jawab jika ada persoalan yang Zahra ingin tanyakan.

Baru saja Tengku Arifin mahu membalas kata-kata Zahra, kedengaran bunyi loceng rumah berbunyi.

"Tak apa. Biar saya yang buka," kata Balqis yang baru keluar dari dapur.

Dia mahu memberi ruang kepada Zahra dan Tengku Arifin berbual kerana suaminya itu lebih pakar dalam bab menasihati orang.

Berkerut keningnya melihat ada kereta yang terparkir elok di hadapan pagar rumah mereka.

"Siapa sayang?" tanya Tengku Arifin apabila melihat sang isteri seperti tiada tanda mahu membuka pagar.

"Tak tahulah hubby. Saya tak berani nak buka," jawab Balqis.

Tengku Arifin bingkas bangun dari duduknya lalu mendekati Balqis yang berdiri elok di muka pintu. Zahra turut sama bangun, mahu melihat gerangan yang mengunjungi rumah mentuanya malam-malam begini.

Terkaku sekejap dia melihat kereta tersebut. Dia kenal siapa pemilik kereta itu.

"Mama, papa..." panggil Zahra perlahan.

Kedua-duanya menoleh ke arah Zahra.

"Kenapa nak?" tanya Balqis kehairanan lagi-lagi melihat wajah Zahra yang pucat semacam itu.

"Ibu saya," tutur Zahra perlahan.

Wajah Balqis terus berubah garang apabila dia sudah tahu pemilik kenderaan tersebut.

Laju saja dia menyarung selipar kemudian berjalan ke pagar pintu rumah. Dengan kasarnya, dia buka membuka pagar tersebut.

Benar seperti yang dikatakan Zahra. Memang Datin Aishah pemilik kereta tersebut.

Dengan angkuhnya Datin Aishah melangkah keluar dari kereta.

"Hello ex besan or maybe bakal besan?" sapa Datin Aishah bersama senyuman mengejek.

Balqis berdecit kecil. Kecil besar saja Datin Aishah itu di matanya.

"Kau buat apa datang sini? Kau nak apa lagi? Tak puas runtuhkan rumah tangga orang?!" tempik Balqis.

"Jangan marah dulu. Nah."

Datin Aishah mengeluarkan sesuatu dari begnya lalu serahkan kepada Balqis malangnya Balqis hanya buat tidak tahu saja.

Tengku Arifin yang berada di belakang Balqis terus mengambil kad yang ada di tangan Datin Aishah lalu dibuka.

Rahang Tengku Arifin bergerak-gerak saat membaca isi kad tersebut.

Balqis yang melihat raut wajah suaminya yang tegang itu terus mengambil kad tersebut.

Jantungnya bagai mahu tercabut ketika melihat isi kad tersebut.

"No way! Menantu aku hanya Zahra Delisha sampai bila-bila! Kau jangan bermimpi nak jadikan Humaira itu menantu aku! Memang aku bakar hidup-hidup anak kau tu!"

Zahra yang baru saja tiba di pintu pagar itu mengerutkan dahinya mendengar amukan Balqis itu. Kenapa dia terdengar nama Humaira?

Datin Aishah yang melihat kehadiran Zahra itu tersenyum bahagia. Tidak sabar mahu melihat kejatuhan Zahra.

Kad yang ada di tangan Balqis itu menarik perhatian Zahra.

Zahra mengambil kad yang ada di tangan Balqis lalu membaca satu persatu perkataan yang tertulis pada kad tersebut.

Tangannya menggigil saat melihat nama Tengku Ahnaf yang tertera di situ.

Bibirnya diketap sekuat hati, cuba menahan rasa di dalam hati sehingga dia dapat rasakan ada darah yang mengalir di tepi bibirnya.

"Zahra!"

Balqis menyeka darah di bibir Zahra dengan perasaan yang bercampur baur. Meski wajah Zahra kelihatan tenang, namun dia tahu apa yang terbuku di dalam hati wanita itu.

Zahra menarik nafas perlahan lalu dihembus. Perlahan, bibirnya mengorak senyuman meski terasa pedih.

"Terima kasih atas jemputan ini. Tahniah, impian Puan tercapai. Semoga berbahagia," tutur Zahra tenang walau dalam hati bagaikan mahu pecah.

Serasa mahu teriak satu dunia biar alam menjadi saksi apa yang dia rasakan saat ini.

Datin Aishah pula hanya mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata Zahra.

"Ingat, penderitaan kau adalah kebahagiaan aku."

Laju saja Balqis mahu mengangkat tangan menampar wajah Datin Aishah namun pantas ditahan oleh Tengku Arifin.

"Sayang, jangan bertindak ikut perasaan," bisik Tengku Arifin lembut di sisi kepala Balqis.

Kembang kempus hidung Balqis menahan marah melihat wajah wanita yang sudah boleh masuk ke lubar kubur itu.

"Kalau bukan sebab laki aku ni, lunyai kau aku kerjakan tau. Eh ingat sikit ya, tak selamanya kau akan tenang hidup atas penderitaan orang. Kau lupa, kita hidup ini bertuhan. Jadi, jangan nak bersenang-lenang sangat," jerkah Balqis sambil mencerlungkan matanya ke arah wanita jahat itu.

Sempat dia menoleh sekilas ke arah Zahra yang masih menayangkan tampang tenang.

"Berambus. Kau jangan ingat Zahra sebatang kara dekat dunia ini. Dia masih ada aku dan Balqis yang sanggup berbuat apa saja untuk melindungi dan menjaga anak perempuan kami ini walau nyawa menjadi taruhan."

Terkebil-kebil mata Zahra menahan sebak mendengar kata-kata Tengku Arifin. Matanya bersilih ganti memandang Balqis dan Tengku Arifin yang setia pertahankan dirinya dari dilukai oleh insan bergelar ibu bagi dirinya.

"Jangan sesekali berani munculkan diri depan Zahra kalau niat kau nak sakitkan hati dia. Kau nak anak aku tu? Silakan ambil dia. Kalau kau rasa dengan mengambil dia dari Zahra akan buat Zahra lemah, kau silap."

Tengku Arifin melangkah setapak mendekati Datin Aishah. Tengku Arifin memasang tampang serius pada wajahnya.

Dia juga sakit hati dan benci melihat Datin Aishah yang menjadi punca keretakan rumah tangga anak menantunya, namun dia harus bijak berhadapan dengan orang selicik Datin Aishah. Dia tidak boleh bertindak mengikut perasaan.

"Sebelum kau ada niat nak bunuh anak perempuan aku tu, cari tahu tentang aku lebih mendalam terlebih dahulu."

Tengku Arifin memberi amaran kepada Datin Aishah dengan nada dingin.

"Hei mak cik! Blah lah dari sini. Tanah rumah papa aku ni dah bergoyang sana sini terima jejak kaki kau. Tanah pun tak hingin tapak kaki kau pijak atas dia," jerit Tengku Anaqi dengan kuat dari belakang.

Laju saja dia berjalan ke depan ditemani Zarina. Matanya memincing memandang wajah Datin Aishah.

"Dasar keluarga rude tak ada adab. Macam ini ke cara menyambut tetamu? Patutlah tapi apa pun jangan lupa datang tau majlis anak i Humaira and AHNAF," kata Datin Aishah dengan nada mengejek.

Sengaja ditekankan sedikit nama Tengku Ahnaf kerana mahu menyakitkan hati Zahra yang sedang memandang ke arahnya itu.

Tengku Anaqi merampas kad ditangan Zahra lalu direnyuk kasar kemudian dicampak ke luar rumah.

Balqis menampar lengan anaknya yang satu itu.

"Aduh, why mama?" tanya Tengku Anaqi sambil mengelus lembut lengannya.

"Pergi campak dekat luar buat apa? Kutip balik eh sampah tu nanti. Penat mana sapu luar tu," bisik Balqis dengan keras.

Amboi, sesedap rasa saja buang sampah ke luar rumah. Cari maut namanya ini.

Tengku Arifin melepaskan keluhan kecil. Boleh pula saat-saat begini bergaduh pasal sampah kecil itu.

"Kau pergi balik. Jangan berani jejakkan kaki kau ke sini. Anak perempuan aku masih ada aku dalam dunia ini."

Usai berkata, Tengku Arifin terus menarik tangan Balqis dan Zahra lalu masuk ke dalam rumah. Zahra hanya menurut saja. Tiada daya mahu berhadapan dengan Datin Aishah. Dia takut dia kalah dengan perasaannya.

"Kita tengok sampai bila keluarga ini boleh bela budak pembawa malang tu." Sinis Datin Aishah berkata lalu memboloskan diri ke dalam kereta.

Puas hati dia dapat menghancurkan rumah tangga Zahra dan kini dia akan pastikan kebahagiaan akan jauh dari hidup Zahra.

"Apa dalam kepala otak anak hubby tu?! Tak ada berita tak ada apa tiba-tiba perempun tu datang bawa kad kahwin anak kita dengan anak dia? Kegilaan apa ini hubby?" amuk Balqis lalu mengerling sekilas ke arah Zahra yang masih kekal tenang itu.

Dia tahu jauh di dalam sudut hati Zahra, wanita itu pasti sedih. Mereka baru saja bercerai, tiba-tiba Tengku Ahnaf mahu berkahwin lain.

"Hubby pun tak tahu. Dia tak ada cakap apa-apa dengan hubby," keluh Tengku Arifin lalu mengurut perlahan pelipis dahinya.

Dia tidak tahu apa yang difikirkan anak lelakinya itu sampai sanggup buat keputusan seperti itu.

Kata sayang Zahra tapi berita yang dibawakan oleh Datin Aishah tadi sungguh bercanggah dengan kata-kata Tengku Ahnaf.

"Mama papa, saya naik atas dulu ya. Saya lupa saya tak solat Isyak lagi," kata Zahra lalu terus pusing tubuh mahu memijak tangga. Lebih baik dia membawa diri ke bilik.

Tengku Anaqi dan Zarina hanya mampu berbalas pandangan melihat wajah tenang Zahra itu.

"Sampai betul hati abang sakitkan hati Zahra. Hubby, sampai bila-bila saya takkan restu anak kita berkahwin dengan perempuan itu," ujar Balqis lalu melangkah naik ke atas. Dia mahu melihat keadaan Zahra.

Tengku Arifin melabuhkan duduk di sofa.

"Apa yang abang buat ni?" keluh Tengku Arifin kecewa.

Zahra menutup rapat pintu bilik. Selangkah demi selangkah dia melangkah. Perlahan-lahan tubuhnya jatuh melorot. Tidak sanggup lagi mahu berpura-pura kuat padahal hatinya hancur.

Ternyata kerinduan dia terhadap lelaki itu hanya sia-sia kerana tidak lama lagi Tengku Ahnaf akan menjadi milik orang lain.

Dia tidak sangka secepat itu Tengku Ahnaf menggantikan tempatnya.

"Ahnaf, semudah itu kah perasaan awak beralih arah?" bisik Zahra perlahan.

Air matanya dihamburkan sepuas hati. Sakitnya bila teringat kembali kad yang dibaca tadi. Jelas-jelas tertulis nama Tengku Ahnaf bersama Humaira.

"Ya Allah, saya memang tak layak untuk bahagia ke?" desisnya perlahan.

Zahra mengusap perlahan perutnya apabila terasa pedih di bahagian ari-ari.

Dahinya berkerut cuba menahan sakit. Dia bangun perlahan-lahan sambil mengetap kuat bibirnya.

Zahra menjengah ke bawah melihat kakinya apabila terasa ada cecair yang mengalir. Air liur ditelan laju apabila melihat ada cecair warna merah mengalir sehingga ke lantai.

Baru mahu melangkah setapak, dia terduduk kembali.

"Allah, sakitnya," bisik Zahra sambil menekup perutnya.

Kepalanya berpinar melihat darah yang semakin banyak mengalir.

"Ahnaf..." seru Zahra dengan sebak. Matanya dipejam rapat cuba menahan kesakitan yang dirasakan saat ini. Entah kenapa, saat-saat begini hatinya meronta mahukan Tengku Ahnaf sedangkan mereka sudah tiada apa-apa.

"Zahra, okay tak... eh ya Allah nak!" jerit Balqis dengan cemas apabila melihat ada darah yang mengelilingi Zahra.

"Mama," tutur Zahra dengan lemah bersama air mata. Dia benar-benar tidak tahan saat ini.

"Hubby!!" jerit Balqis dengan kuat. Dia membawa Zahra ke dalam pelukan apabila Zahra kelihatan lemah tidak bermaya.

Sejak bila Zahra mengandung?

Tangan naik menyeka peluh-peluh manik yang mula timbul di dahi Zahra.

"Mama, sakit..." rintih Zahra dalam kesakitan.

"Kenapa sayang?"

Tengku Arifin terus merempuh pintu bilik Zahra apabila dia mendengar jeritan Balqis. Tengku Anaqi dan Zarina turut ada di belakang lelaki itu.

Bulat matanya melihat keadaan Zahra. Banyak darah di lantai bilik tidur tersebut. Dia tahu darah apa itu kerana Balqis pernah berada dalam situasi seperti itu.

"Hubby, anak kita. Tolong," kata Balqis dengan sebak. Tangan masih tidak putus mengelap peluh Zahra.

Tanpa banyak bertanya, Tengku Arifin terus mencempung tubuh Zahra.

"Tolong ambil barang peribadi Zahra. Kita pergi hospital sekarang!"

Tengku Arifin terus membawa Zahra ke luar dari bilik tersebut. Balqis mengambil beg duit Zahra di dalam laci.

"Tolong tengokkan rumah. Mama dengan papa hantar Zahra dulu," pesan Balqis lalu menuruni tangga.

"Hati-hati mama," kata Tengku Anaqi dan Zarina serentak.

"Mama, papa... sakitnya ya Allah," rintih Zahra buat kesekian kalinya. Tidak pernah dia rasa sakit seperti ini.

"Sabar ya nak. Kejap lagi kita dah nak sampai hospital," pujuk Tengku Arifin dengan nada risau.

Tangannya mengelus lembut kepala Zahra. Berharap kesakitan yang dirasakan Zahra itu akan hilang walau hanya sebentar manakala Balqis yang berada di belakang tidak putus-putus berdoa agar kandungan Zahra dapat diselamatkan.

Setibanya di hospital, Zahra terus dilarikan ke wad kecemasan kerana pertumpahan darah yang agak banyak.

"Hubby."

Tengku Arifin terus memeluk bahu Balqis, cuba menenangkan isterinya yang sudah menangis itu.

"Hubby, Zahra mengandung," bisik Balqis dalam kesedihan.

Siapa sangka, di saat rumah tangga mereka berakhir, Zahra diuji pula dengan mengandung.

"Kita doakan yang terbaik. Kita akan jaga Zahra sama macam mana kita jaga anak-anak yang lain," tutur Tengku Arifin lalu mengucup sisi kepala Balqis.

Tengku Arifin dan Balqis hanya mampu berdiri di luar bilik wad Zahra.

Setelah beberapa jam, akhirnya Zahra telah dipindahkan ke wad biasa.

Doktor mengesahkan Zahra memang mengandung namun kandungannya tidak dapat diselamatkan.

"Jom masuk. Zahra perlukan kita."

Tengku Arifin menggengam tangan Balqis lalu menolak perlahan pintu bilik wad Zahra.

Zahra sedang duduk termenung di atas katil dengan wajah yang muram dan mata yang sembap.

"Zahra," panggil Tengku Arifin dengan lembut, cuba menarik perhatian Zahra yang sedang membuang pandang ke luar jendela.

Zahra yang terdengar namanya dipanggil itu terus menoleh ke arah pintu lalu menyeka sisa air mata yang masih berada di pipinya.

"Papa, mama."

Suara Zahra kedengara serak sahaja, menandakan dia baru saja menangis.

"Maafkan saya. Saya tak..."

Balqis terus memeluk tubuh Zahra.

"Jangan minta maaf nak. Bukan salah Zahra. Allah lebih tahu di sebalik setiap apa yang terjadi," kata Balqis lalu menepuk belakang Zahra.

Zahra kembali menangis teresak-esak pada bahu Balqis.

Seperti dihempap batu hatinya saat doktor mengatakan kalau kandungannya tidak dapat diselamatkan sedangkan itu saja kenangan dan tanda cinta yang tersisa buat dia dan Tengku Ahnaf.

"Mesti baby tak nak berada lama-lama dalam perut saya sebab dia tahu ayah dia tak ada lagi di sisi saya kan?" tutur Zahra dengan lemah.

"Semua salah saya," ujar Zahra lagi lalu kembali menangis teresak-esak.

Bagi dia, semua yang terjadi saat ini adalah kerana kesilapan dia.

"Cukup Zahra. Ini bukan salah Zahra. Jangan fikir apa-apa. Mama nak Zahra rehat. Zahra jangan banyak fikir. Zahra ada mama dengan papa," pujuk Balqis sambil menyeka air mata.

Dia tahu perasaan kehilangan seorang anak yang tidak sempat dirasai kehadirannya.

Tiba-tiba bilik wad itu sunyi sepi seketika. Balqis menolak sedikit tubuh Zahra. Zahra terlelap bersama air mata yang masih mengalir di hujung mata.

"Biarkan Zahra rehat," kata Tengku Arifin lalu membantu Balqis membaringkan Zahra.

Selimut ditarik perlahan menutupi seluruh tubuh Zahra.

Selesai menyelimuti Zahra, Tengku Arifin membuang pandang ke luar jendela.

"Ya Allah, apakah dosaku yang Engkau tidak maafkan sehingga anak-anak ku harus hidup dalam keadaan begini?"

Tengku Arifin beristighfar panjang dalam hati. Cuba sedarkan diri untuk tidak mempersoalkan apa yang telah terjadi.

Dia yakin setiap apa yang berlaku itu pasti bersebab dan hikmahnya.

Continue Reading

You'll Also Like

51.8K 2.4K 62
Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Pelajar yang masih lagi bersekolah di sekolah menengah. Kpopers setia kepada kumpulan nct iaitu Jeno...
504K 20.9K 46
Nur Insyirah mempunyai kelebihan boleh mengetahui orang yang dia sayang akan di timpa perkara buruk melalui mimpi.Namun, bermimpi tentang orang yang...
5.6K 276 35
[KARYA KEEMPAT] [COMPLETE] [ ROMANCE] ~~~~~ "𝑾𝒂𝒉𝒂𝒊 𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂𝒕𝒏𝒂, 𝒔𝒊𝒏𝒂𝒓 𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒎𝒖 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒖𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒔𝒂𝒋𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈...
16.1K 311 29
Aisy Humaira terpaksa menggantikan kakaknya untuk berkahwin dengan Firman Hakim yang berumur 31 tahun sedangkan Aisy Humaira baru berumur 17 tahun,da...