SWEET POISON | COMPLETE

By bungatehh

5K 236 9

Kisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi u... More

SWEET POISON.
THE MAIN CHARACTERS.
CHAPTER 1 | SHEA MARRIETTA.
CHAPTER 2 | GALERI LUKISAN TELAH BERUBAH HAK MILIK.
CHAPTER 3 | HUBUNGAN SEMAKIN ERAT.
CHAPTER 4 | HAMPIR DICULIK.
CHAPTER 5 | RASA INGIN MEMILIKI.
CHAPTER 6 | PERKAHWINAN LILA ARIANNA.
CHAPTER 7 | CIK JULIET, WANITA SIMPANAN TUAN WEIR.
CHAPTER 8 | AMARAN!
CHAPTER 9 | LILA ARIANNA.
CHAPTER 10 | KETAKUTAN SEDANG MENGUASAI.
CHAPTER 11 | TUAN JAYCE DISERANG SAKIT JANTUNG.
CHAPTER 12 | JADI WANITA SIMPANAN TUAN WEIR.
CHAPTER 13 | DIHIMPIT RASA BERSALAH.
CHAPTER 14 | TERPISAH.
CHAPTER 15 | ELLIE'S ART GALLERY.
CHAPTER 16 | ELLIE MENINGGAL.
CHAPTER 17 | BEBOLA DAGING.
CHAPTER 18 | JAMBANGAN BUNGA DARI HOSPITAL.
CHAPTER 19 | DINNER DAN WEIR CEMBURU?
CHAPTER 20 | LILA ARIANNA MELARIKAN DIRI.
CHAPTER 21 | MARTIN JONES.
CHAPTER 22 | BERKAHWIN.
CHAPTER 23 | RANCANGAN UNTUK MEMISAHKAN.
CHAPTER 24 | PERSIAPAN PERKAHWINAN.
CHAPTER 25 | PERANGKAP.
CHAPTER 26 | BERTAHAN.
CHAPTER 27 | SELEPAS SHE, ADALAH WE.
CHAPTER 28 | DITUDUH.
CHAPTER 29 | SEMAKIN BAHAGIA DAN MEMBAHAGIAKAN.
CHAPTER 30 | EMPAT MATA.
CHAPTER 31 | MULA BERPRASANGKA.
CHAPTER 32 | TASIK DAN KENANGAN MANIS.
CHAPTER 33 | MEMPUNYAI WANITA SIMPANAN YANG LAIN.
CHAPTER 34 | JANJI DIMUNGKIRI.
CHAPTER 35 | DIPERANGKAP OLEH?
CHAPTER 36 | PULAU SOBIESZEWO.
CHAPTER 37 | BAWA PULANG.
CHAPTER 38 | JAMBANGAN BUNGA DARIPADA MARTIN JONES.
CHAPTER 39 | KAK LILA?
CHAPTER 40 | MEMUJUK.
CHAPTER 41 | TERPUJUK ATAU TIDAK?
CHAPTER 42 | BERITA BAIK ATAU TIDAK?
CHAPTER 43 | SINAR KEBAHAGIAAN MULA BERSINAR.
CHAPTER 44 | JANJI.
CHAPTER 45 | RED CAMELLIA.
CHAPTER 46 | KEDIAMAN REHAT DI KRAKOW.
CHAPTER 47 | DICULIK OLEH?
CHAPTER 48 | RUPERT CHARLES?!
CHAPTER 49 | AGENDA TERSEMBUNYI.
CHAPTER 50 | TRIO PENCULIK.
CHAPTER 51 | AKHIRNYA SELAMAT.
CHAPTER 52 | TRAGEDI BERDARAH.
CHAPTER 53 | TERPALIT DENGAN SKANDAL PEMBUNUHAN.
CHAPTER 54 | PENYIASATAN BERMULA.
CHAPTER 55 | UMPAN MENGENA.
CHAPTER 57 | BOS KECIL.
CHAPTER 58 | BUNGA UNTUK?

CHAPTER 56 | MERAJUK.

65 3 0
By bungatehh

Orang-orang suruhan Tuan Nacho sudah bersedia di setiap penjuru Pelabuhan Warsaw itu diikuti dengan beberapa orang anggota polis termasuklah Det. Kelvin. Manakala Thor dan Ken pula sentiasa bersedia untuk menjaga dan melindungi Shea Marrietta.

Shea Marrietta berdiri sambil menunggu ketibaan Martin Jones di Pelabuhan Warsaw itu. Lelaki itu juga licik orangnya, pasti dia juga telah menyusun strategi untuk melepaskan dirinya pada malam ini. Dia tidak akan membiarkan lelaki itu melepaskan dirinya kali ini.

Sementara itu, Weir Thaddeus merasa tidak sedap hati. Entah mengapa dia merasakan perasaan itu. Dia bangun dan mundar mandir didalam sel lokap itu.

"She..." Dia rindukan isterinya itu.

Sebuah mustang bewarna hitam tiba di hadapan Shea Marrietta. Lelaki itu telah tiba, dia harus memberanikan dirinya dan tidak menunjukkan riak wajah yang ketakutan. Tidak lama kemudian, Martin Jones melangkah keluar dari kereta itu sambil tersenyum.

"Hello, Puan Weir!." Martin Jones menyapa dengan riak wajah yang gembira.

Shea Marrietta hanya mendiamkan diri. Lelaki itu bukanlah Martin Jones yang dikenalinya semasa di zaman kolej, lelaki itu telah berubah dengan sangat mendadak sehingga dia merasa seperti tidak mengenalinya lagi.

"Aku tak menyangka kau telah berubah menjadi seorang wanita yang berani, Marrietta.. Oh, aku terlupa, suami kau adalah seorang mafia, bukan? Mestilah kau harus menjadi seorang wanita yang pemberani. Barulah setaraf dengan Weir Thaddeus, bukan?." Sindir lelaki itu sinis.

"Kau juga telah banyak berubah, Martin. Kau bukanlah Martin Jones yang aku kenali di kolej. Kau juga telah jauh berubah."

Lelaki itu ketawa.

"Aku berubah kerana sakit hati, Marrietta! Kerana kau! Kerana mama aku! Dan juga kerana keluarga Xavier!." Jerit lelaki itu.

Shea Marrietta menatap wajah tegang lelaki itu.

"Aku tak ingin berlama-lama disini. Kau mencari pistol ini, bukan?." Soal Shea Marrietta sambil mengangkat pistol tersebut.

Martin Jones ketawa.

"Aku tak menyangka Rupert sempat mengirimkan pistol itu kepada kau. Tapi sayang, nyawanya tak panjang."

"Kenapa kau bunuh mereka berdua?!."

"HAHAHAHA! Terlalu banyak Juliet dan Rupert menyimpan rahsia aku. Tentang penculikan kau dan juga beberapa rancangan aku yang lain, yang melibatkan Tuan Xavier dan anak perempuannya. Rancangan aku untuk membunuh mereka berdua dan merampas semua harta mereka! Ya, aku mengaku aku yang telah membunuh Rupert dan mengupah Rupert untuk membunuh Juliet! Dan aku juga akan membunuh kau juga, Marrietta! Kerana kau juga telah mengetahui kebenarannya. Setelah itu, aku akan hidup dengan gembira bersama harta Tuan Xavier!."

Shea Marrietta ketawa sinis.

"Aku tidak akan membenarkannya, Martin. Cukuplah! Cukuplah dengan Rupert dan Juliet yang telah menjadi mangsa kau. Berhentilah, Martin."

"Tidak! Aku tidak akan berhenti sehinggalah aku puas!."

"Puas yang bagaimana yang kau inginkan?."

"Sehingga keluarga Xavier mati! Kau juga mati! Dan aku hidup bebas dengan harta-harta Tuan Xavier! Dan sekarang ini, berikan pistol itu kepada aku!." Arah Martin Jones.

"Tidak! Aku tidak akan berikan pistol ini kepada kau!."

"Marrietta! Aku kata beri, beri!."

"Tidak!." Martin Jones menarik keluar sepucuk pistol daripada pinggangnya lalu menghalakannya ke arah Shea Marrietta dan menarik picunya.

"Kau degil, kau yang rugi, Marrietta!."

"Martin!." Panggil Christina Xavier yang tiba-tiba sahaja muncul.

Martin Jones terkejut tatkala melihat isterinya yang tiba-tiba sahaja muncul di situ. Isterinya sedang menghalakan pistol ke arahnya. Martin Jones hanya tersenyum. Dia yakin isterinya tidak akan sanggup untuk menembaknya kerana isterinya itu sangat menyintai dirinya.

"Kau ingin tembak aku? HAHAHAHA! Kau tidak akan sanggup, Christina... Sayang?." Isterinya mendiamkan dirinya sambil menatap wajahnya.

Christina Xavier menatap wajah suaminya itu dengan rasa sedih. Selama bertahun-tahun dia mencuba untuk memiliki lelaki itu namun segala usahanya sia-sia sahaja. Suaminya itu tidak pernah mencintainya. Dia harus sedar diri daripada terus dipermainkan oleh suaminya lagi.

"Sayang?."

"Aku tak menyangka kau merancang untuk merampas semua harta keluarga aku dan ingin membunuh kami berdua. Kau memang manusia jahat!."

"HAHAHAHAHA! KAMU SEMUALAH YANG TELAH MENJADIKAN AKU SEPERTI INI! KAU LUPA?!."

"Hidup aku telah musnah setelah mama aku memberikan perempuan itu sejumlah wang untuk tinggalkan aku! Dan memaksa aku untuk mengahwini kau, Christina! Aku tidak akan lupakan saat-saat itu! Saat kemusnahan diri dan hidup aku!." Sambung Martin Jones lagi lalu menarik picu pistol yang sedang dipegangnya itu.

"KAU AKAN MATI, MARRIETTA!."

BANG!

Satu tembakan dilepaskan oleh Christina Xavier ke arah Martin Jones lalu mengenai kaki kanan lelaki itu. Tanpa membuang masa lagi, Martin Jones mengangkat lalu menghalakan pistol itu ke arah Christina Xavier dan ingin melepaskan tembakan ke arah isterinya itu namun dihalang oleh Det. Kelvin.

"Martin Jones.. Anda ditahan. You have the right to remain silent. Anything you say can be used against you in court. You have the right to talk to a lawyer for advice before we ask you any questions. You have the right to have a lawyer with you during questioning. If you cannot afford a lawyer, one will be appointed for you before any questioning if you wish. If you decide to answer questions now without a lawyer present, you have the right to stop answering at any time." Ujar Det. Kelvin sambil menggari kedua-dua belah tangan Martin Jones.

Christina Xavier menghampiri suaminya itu.

"Sayang..?." Christina Xavier tertawa sinis saat mendengar panggilan itu diucapkan.

"Aku akan pastikan kau menerima hukuman yang setimpal diatas perbuatan kau ini, Martin." Kata Christina Xavier sambil menatap wajah lelaki itu. Setelah Martin Jones dibawa pergi oleh Det. Kelvin dengan menaiki kereta polis, Shea Marrietta menghampiri Christina Xavier yang kelihatan sedih itu.

"Terima kasih diatas bantuan awak, Christina." Ucap Shea Marrietta tersenyum.

"Sama-sama, Marrietta.." Mereka berdua saling berbalas senyuman.

"Shea..?." Jerit Lila Arianna sambil berlari ke arah adiknya. Shea Marrietta menoleh ke arah kakaknya sambil tersenyum.

"Shea tak apa-apa?!." Soal Lila Arianna dengan risau.

"Shea baik, kakak."

"Mmm Syukurlah." Kemudiannya Lila Arianna menoleh ke arah Christina Xavier pula.

"Kau tak apa-apa?." Soal Lila Arianna membuatkan Christina Xavier tersenyum.

"Aku baik-baik saja."

"Syukurlah segalanya sudah selesai dengan baik." Mereka tersenyum namun tiba-tiba sahaja Shea Marrietta merasakan kepalanya berpusing-pusing. Dia memegang kepalanya.

"Shea? Kenapa ni?."

"K..kakak... Shea rasa kepala Shea berpu...." Tanpa sempat menghabiskan kata-katanya, Shea Marrietta jatuh pengsan.

"Shea...!."

...

"Tuan Weir Thaddeuse.. Anda dibebaskan daripada segala pertuduhan." Ucap Det. Kelvin dengan senyuman.

Weir Thaddeus membalas senyuman lelaki itu.

"Terima kasih, Det. Kelvin." Balas Weir Thaddeus.

Manakala Shea Marrietta tersenyum tatkala membaca pesanan message daripada Det. Kelvin itu. Akhirnya suaminya telah dibebaskan daripada demua pertuduhan itu. Dia tidak sabar ingin bertemu dengan suaminya itu.

"Papa... Kakak... Shea ingin menjemput Weir di Ibu Pejabat Polis Warsaw. Weir telah dibebaskan daripada segala pertuduhan itu!." Beritahu Shea Marrietta dengan gembira.

"Syukurlah! Shea ingin kakak menemani Shea?." Soal Lila Arianna.

Adiknya itu gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dia ingin menemui suaminya secara berdua. Ada kejutan besar yang ingin diberitahunya. Dia tersenyum bahagia.

"Hati-hati ya, Marrietta. Papa menunggu kamu berdua pulang." Ucap Tuan Nacho pula.

"Baik, papa." Shea Marrietta membalasnya. Kemudiannya dia melangkah keluar daripada rumah itu ditemani oleh Ken dan Thor.

"Mmm keluarga kita akhirnya akan bersatu semula. Papa amat gembira segalanya telah berakhir dengan baik, Lila."

"Lila juga bahagia, papa. Sangat bahagia." Lila Arianna tersenyum ke arah Tuan Nacho.

"Ayah... Ibu... Dan Ellie juga pasti bahagia juga, bukan? Lila akan menjaga Shea dengan sebaiknya. Itu janji Lila." Bisik Lila Arianna tersenyum sambil membayangkan wajah keluarganya.

Tuan Xavier dan Christina Xavier menatap wajah lelaki itu. Lelaki itu akan menerima hukuman yang berat diatas kesalahan yang telah dilakukannya, kemungkinan akan dijatuhkan hukuman mati.

"S..sayang? Tolong lepaskan I. Tolong!." Rayu Martin Jones sambil memegang gerigil besi itu.

Tuan Xavier menoleh ke arah anak gadisnya itu untuk melihat apakah reaksinya namun wajah itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

"Kau layak menerima hukumannya, Martin. Dan bersyukurlah aku tidak membunuh kau dengan tangan aku sendiri. Aku tidak akan sesekali mengotorkan tangan aku dengan darah kau!." Balas Christina Xavier.

"Kau cintakan aku, bukan?!."

Isterinya tertawa.

"Kerana cintalah aku menjadi buta selama ini! Percayakan kau sebulatnya. Dan kini aku tidak ingin rasa cinta ini mengaburi fikiran aku lagi!."

"Kau tipu!."

Wanita itu ketawa. Entah dia ketawakan lelaki itu atau pun dirinya sendiri.

"Mari, Daddy. Kita pergi tinggalkan manusia yang tidak tahu diri ini." Christina Xavier dan Tuan Xavier angkat punggungnya ingin beredar daripada situ.

"Sayang...!."

"Selamat tinggal, Martin." Mereka berdua meninggalkan lelaki itu.

"Sayang...!." Martin Jones menjerit. Kini dia keseorangan tanpa sesiapa yang sudi menemaninya.

Shea Marrietta tiba di Ibu Pejabat Polis Warsaw bersama-sama dengan Ken dan Thor. Dia tidak sabar lagi ingin menemui suaminya itu, dia ingin memeluk erat tubuh suaminya itu. Dan pada ketika itulah dia terserempak dengan Christina Xavier dan Tuan Xavier yang baru sahaja melangkah keluar daripada Ibu Pejabat Polis Warsaw itu.

"Tuan Xavier.. Christina.." Shea Marrietta menegur kedua-kedua mereka.

"Puan Weir.." Mereka berbalas senyuman seketika sebelum mereka bergerak menuju haluan masing-masing.

"Apa?! Tuan Weir sudah tinggalkan tempat ini sejam yang lalu?!." Shea Marrietta terkejut.

"Iya, Puan Weir... Err Tuan Weir tidak menghubungi Puan?." Soal Det. Kelvin.

"Tidak. Dia tidak menghubungi saya." Shea Marrietta terduduk. Kemanakah suaminya itu pergi? Dia menoleh ke arah Ken dan Thor yang juga terkejut dengan berita yang baru disampaikan oleh Det. Kelvin itu.

Pasti suaminya itu masih merajuk dengannya.

"Kita pulang ke Weir's. Mungkin Tuan Weir sudah pulang ke sana." Arah Shea Marrietta.

"Baik, Puan!."

Rolls Royce Phantom hitam itu tiba di hadapan pintu masuk Weir's namun kediaman itu kelihatan sunyi sahaja. Tanpa membuang masa, Shea Marrietta melangkah keluar daripada kereta itu lalu melangkah masuk ke dalam kediaman itu untuk mencari kelibat suaminya.

"Weir...? Weir?." Panggil Shea Marrietta.

"Puan Weir?." Kat menegurnya.

"Kat.. Tuan Weir sudah pulang?."

"Mmm tidak, Puan. Tuan Weir masih belum pulang lagi." Balas Kat.

"Huh?! Tuan masih belum pulang?."

"Ya. Err kenapa ni Puan?." Soal Kat dengan nada risau.

"Mmm Tuan sudah dibebaskan namun dia sudah pergi. Saya tidak tahu ke manakah Tuan Weir telah pergi."

"Puan..."

...

Air laut itu ditenung. Terimbas kembali kenangan mereka berdua disini beberapa bulan yang lalu. Dan dia kembali lagi tetapi hanya seorang diri sahaja. Dia ingin menenangkan dirinya terlebih dahulu di tempat yang tenang ini sebelum kembali ke Warsaw.

"Shea? Dimana Weir?." Soal Lila Arianna setelah Shea Marrietta pulang ke Nacho's Mansion.

"Dia tiada, kakak. Weir telah pergi. Dia masih marahkan Shea." Lila Arianna menyeka air mata adiknya itu.

"Weir pasti akan pulang, Shea. Kakak yakin." Pujuk Lila Arianna.

"Bagaimana jika Weir tidak pulang?."

"Shhh.. Weir akan pulang. Weir bukanlah lelaki sebegitu. Berikan dia masa untuk tenangkan dirinya, ya?."

"Papa yakin kamu pasti tahu ke mana Weir akan pergi." Tuan Nacho tersenyum.

Shea Marrietta memikirkan apa yang telah dikatakan oleh Tuan Nacho itu.

"Mungkin tempat itu memberikan pelbagai kenangan buat kamu berdua."

"Mmm." Shea Marrietta sedang memikirkan tempatnya dan tiba-tiba sahaja dia menangkap sesuatu. Mungkin suaminya sedang berada disana.

Dia berjalan-jalan disekitar kawasan pulau itu. Sebahagian daripada pulau itu telah pun menjadi miliknya sepertimana janjinya kepada isterinya itu. Dia ingin mereka memulakan kehidupan yang baru disini, bersama-sama. Dia membeli bahan masak yang terdiri daripada bahan basah dan kering. Bahan basah yang dibeli daripada nelayan disitu, jadi harganya jauh lebih murah berbanding di kota. Dia menikmati hidup yang sederhana sebagai Weir Thaddeus tanpa diiringi oleh bodyguard sepertimana kebiasaannya.

Setelah membeli pelbagai bahan untuk memasak, dia akhirnya melangkah pulang ke sebuah cottage kecil di pulau itu. Disitulah mereka berdua bakal memulakan kehidupan yang baru, yang sederhana sepertimana permintaan isterinya itu.

Weir Thaddeus membuka pintu pagar kayu dan melangkah masuk ke laman rumah kecilnya sambil membimbit plastik berisi bahan-bahan untuk memasak. Laman yang dipenuhi dengan pokok-pokok ros putih dan juga camellia merah memeriahkan kawasan laman tersebut. Pintu rumah kecil itu dibuka dan dia terkejut tatkala melihat wajah yang sentiasa dirinduinya itu berada didalam rumah kecil tersebut, berpeluk tubuh sambil merenung ke arahnya.

"S...she?." Weir Thaddeus terkejut dengan kehadiran isterinya itu.

Continue Reading

You'll Also Like

3.2M 205K 90
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
9.7M 637K 75
Yaduvanshi series #1 An Arranged Marriage Story. POWER!!!!! That's what he always wanted. He is king of a small kingdom of Madhya Pradesh but his pow...
1.9M 111K 41
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
598K 50.9K 31
"Excuse me!! How dare you to talk to me like this?? Do you know who I am?" He roared at Vanika in loud voice pointing his index finger towards her. "...