CHAPTER 57 | BOS KECIL.

98 4 0
                                    

"S..she? Bagaimana awak tahu saya berada disini?."

"Saya isteri awak, sudah semestinya saya tahu ke mana awak akan pergi, Weir." Balas Shea Marrietta sambil tersenyum manis.

Weir Thaddeus meletakkan plastik berisi bahan-bahan untuk memasak itu diatas meja makan lalu menoleh ke arah isterinya semula.

"Saya tak ingin awak berada disini, She." Kata-kata itu membuatkan Shea Marrietta berasa sedih namun dia tidak akan mengalah. Dia akan memujuk suaminya itu.

"Dimana awak berada, disitulah saya akan berada, Weir."

"Saya tak suka orang melawan arahan saya termasuklah awak."

"Saya juga tidak suka melawan arahan awak, Weir."

Mereka berbalas pandangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mereka berbalas pandangan. Ada kerinduan yang terpancar di mata mereka berdua. Shea Marrietta menghampiri suaminya. Dia ingin memeluk tubuh suaminya itu dengan seeratnya namun Weir Thaddeus bertindak berundur ke belakang membuatkan langkah kaki Shea Marrietta terhenti.

"Weir..." Panggil Shea Marrietta dengan lembut namun suaminya hanya merenungnya sahaja. Tiada pelukan hangat daripada suaminya itu.

"Saya minta maaf, Weir. Saya lakukannya hanya untuk menyelamatkan awak."

"Selamatkan saya? Huh! Selamatkan saya dengan memasukkan saya ke dalam penjara?!."

"Iya, Weir. Dengan memasukkan awak ke dalam penjara. Saya ingin membebaskan awak daripada semua bukti yang tertuju ke arah awak, Weir." Suaminya ketawa sinis.

"Baik. Jika awak tidak percaya, saya akan pergi daripada sini. Saya tidak akan mencari awak lagi, Weir!." Shea Marrietta mula melangkah keluar daripada rumah kecil tersebut. Weir Thaddeus hanya memerhatikan sahaja tingkah isterinya itu yang kelihatannya sangat beremosi.

Ken dan Thor yang sedang mengintai dari celahan pokok Camellia merah itu gigit bibirnya.

"Ah sudah! Puan Weir pula yang merajuk." Thor berkata.

"Mari.." Ajak Ken.

Mereka berdua keluar daripada tempat persembunyian untuk menemui Weir Thaddeus.

"Tuan Weir!." Tegur mereka berdua membuatkan Weir Thaddeus terkejut.

"K..kamu?!."

"Ya, Tuan. Kami. Tuan, tolonglah jangan marahkan Puan Weir lagi. Puan hanya ingin menyelamatkan Tuan saja." Pujuk Ken.

"Iya, Tuan. Puan sudah korbankan harga dirinya dengan menyelinap masuk ke dalam rumah tempat Cik Juliet dibunuh.. dan melarikan diri daripada pihak polis. Tuan tolonglah pergi pujuk Puan." Pujuk Thor pula.

"Puan menyelinap masuk ke dalam rumah tempat Cik Juliet dibunuh?."

Mereka berdua anggukkan kepalanya. Ada senyuman terukir di hujung bibir lelaki itu.

SWEET POISON | COMPLETEWhere stories live. Discover now