HER SAVIOR [Slow Update]

By DaisyIntrovert

129K 8.9K 1.3K

'No harm will ever come to you, for I am your protector' "Saya tak boleh nak halang kerana hati saya yang me... More

DISCLAIMER
CAST
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51

BAB 35

2.1K 130 5
By DaisyIntrovert

Zahra mengelap rambutnya yang masih basah itu sambil melangkah keluar dari bilik air.

Tiba-tiba matanya tertancap pada satu arah iaitu di meja kecil berdekatan dekat katil. Bibirnya melorek senyuman apabila ada bunga mawar berwarna merah dan putih di atas meja tersebut.

Dia menapak laju ke arah meja itu lalu mencapai bunga tersebut. Bunga yang dipegang dibawa ke hidungnya lalu dihidu perlahan.

"Hm wanginya," bisik Zahra perlahan.

Kad yang terselit diantara bunga itu diambil lalu dibaca. Dia tersengih sendiri membaca setiap patah perkataan yang tertulis pada kad tersebut sambil melabuhkan duduk di katil.

"Tahniah isteri saya yang cantik. Semoga kejayaan akan selalu menjadi milik isteri saya yang bijaksana ini," - dari suamimu yang tersayang.

Zahra menghentak perlahan kakinya ke lantai. Dia tersipu malu sendiri.

"Dia cakap aku cantik? Ah! I cannot lah i cannot!" kata Zahra dengan suara gedik. Dia memang kalah jika Tengku Ahnaf memberinya pujian walau hanya sekadar pujian ringkas.

Pasti Tengku Ahnaf memberinya bunga itu kerana keputusan peperiksaan yang diperolehinya tempoh hari. Alhamdulillah, berkat usaha Tengku Ahnaf menghantar dia ke kelas tambahan setiap minggu, dia berjaya mendapat semua A dalam subjek yang diambil.

Langkah pertama sudah berjaya. Langkah seterusnya, dia akan cuba sambung belajar ke peringkat seterusnya dan sudah semestinya atas izin Tengku Ahnaf.

Tangannya membelek lagi bunga yang diberi. Dia berpusing-pusing sambil bernyanyi kecil kerana senang hati dengan pemberian suaminya itu.

"He is the best husband ever! Hmm wanginya," kata Zahra kemudian kembali menghidu bunga tersebut sambil berpusing di tengah ruangan bilik tersebut.

Tiba-tiba pusingannya terhenti apabila dia perasan ada seseorang sedang memerhatikannya di balkoni.

Bibirnya dikemam kuat sebelum perlahan-lahan melorek senyuman malu. Tepat seperti yang disangkakan, memang ada yang sedang perhatikan dia bersama senyuman besar.

Kepalanya diketuk perlahan dengan bunga di tangan. Macam mana dia boleh tak perasan ada Tengku Ahnaf sedang berdiri di balkoni bilik mereka?

"Seronok nampak?" usik Tengku Ahnaf bersama senyuman nakal.

"Ihik! Janganlah tengok. By the way..."

Terhenti sekejap kata-kata Zahra sambil melirik ke arah bunga yang dipegang kemudian dia terus berlari ke arah Tengku Ahnaf yang santai berdiri sambil berpeluk tubuh.

Buk!

"Terima kasih suami saya," bisik Zahra malu-malu apabila dia berada di dalam dakapan sang suami.

"Sama-sama, Tahniah sekali lagi isteri saya," balas Tengku Ahnaf seraya mengucup kepala Zahra.

Zahra mendongak memandang suaminya. Ditenung dalam-dalam wajah lelaki itu.

"Kenapa?" soal Tengku Ahnaf bersama jungkitan di kening.

"Awak selalu cakap saya cantik. Saya betul-betul cantik ke di mata awak?" soal Zahra. Saja mahu bertanya soalan childish sedikit kepada suaminya.

"Pernah dengar tak kita ini akan nampak indah pada mata yang tepat? Begitu juga dengan isteri saya ini. Awak cantik di mata saya. Allah dah takdirkan mata saya ini untuk melihat dan menikmati kecantikan yang dianugerahkan Allah kepada isteri saya ini," tutur Tengku Ahnaf seraya mengerdipkan mata kanannya ke arah Zahra.

Melihat aksi suaminya itu membuatkan pipi Zahra membahang malu. Dada Tengku Ahnaf ditepuk manja.

"Jangan buat pipi saya merah boleh tak? Saya malu ini," kata Zahra sambil tergelak kecil.

"Pipi merah awak pun saya suka tengok juga," bisik Tengku Ahnaf dengan romantis.

"Ahnaf! Stop it! Jantung saya macam nak terkeluar dari kantung dia tau! Cukup-cukup!"pinta Zahra sambil menekup dadanya sendiri.

Setiap kata-kata dan perlakuan Tengku Ahnaf terhadap kepadanya pasti akan meninggalkan kesan kepada dirinya.

Tengku Ahnaf hanya melepaskan tawa melihat aksi malu-malu sang isteri.

Bahu isterinya dipeluk manja lalu membawa Zahra masuk kembali ke dalam bilik mereka.

"Tak salah pun saya puji awak sebab awak isteri saya. Siapa lagi saya nak puji kalau bukan isteri saya yang cantik ni," puji Tengku Ahnaf dengan nada mengusik.

"Ahnaf!"

Tengku Ahnaf melepaskan tawa lagi. Nasib baik dia sempat menyambut tangan Zahra. Kalau tidak, habislah dadanya merah saja ditampar oleh Zahra.

"Kita siap-siap. Saya nak bawa awak pergi ke satu tempat."

Zahra mengerutkan dahinya sambil memandang wajah suaminya.

Tak kerja ke suaminya itu?

"Bukan ke tadi awak dah pergi kerja? Kenapa awak boleh ada dekat sini?" soal Zahra bersama wajah pelik dan hairan. Baru dia perasan, suaminya sudah berpakaian kasual, bukan lagi pakaian pejabat yang dipakai pagi tadi.

"Saya ambil cuti khas untuk isteri saya hari ini. Kita pergi dating. Nak tak?" ajak Tengku Ahnaf bersama senyuman di bibir.

"Kita? Dating? Berdua? Hari ini?" soal Zahra sambil menunjuk ke arah dirinya dan Tengku Ahnaf silih berganti.

Tengku Ahnaf mengangguk perlahan.

"Ya, kita berdua. Nanti kalau Allah beri rezeki anak, kita dating dengan anak pula," ujar Tengku Ahnaf seraya mengelus lembut perut Zahra menyebabkan Zahra malu-malu. Mata dikenyitkan ke arah Zahra.

"Okay! Nanti ada anak, kita dating dengan anak pula."

Dek kerana malu, Zahra mengiyakan saja kata-kata suaminya itu. Dia terus pusing tubuh melangkah ke almari, mahu bersiap-siap.

Tengku Ahnaf tersenyum senget melihat tingkah malu sang isteri.

Dia merebahkan diri di atas katil lalu memejamkan mata. Mahu berehat sebentar sementara Zahra sedang menukar pakaian di bilik air.

Matanya terbuka apabila terdengar bunyi derapan kaki. Tubuhnya yang baring terlentang tadi diiringkan ke kanan. Kepalanya ditongkatkan dengan tangan kanan. Matanya tidak lepas memandang Zahra yang sedang berdandan di meja solek.

"Isteri siapalah cantik sangat ni," bisik Tengku Ahnaf perlahan bersama senyuman kecil.

Telefon dipoket seluar dikeluarkan lalu mengambil gambar Zahra yang sedang bersiap-siap itu secara senyap. Sekali lagi, bibirnya mengukir senyuman manis saat melihat hasil gambar yang ditangkap.

Telefon diletak ke tepi kemudian kembali memandang sang isteri.

Zahra yang hampir selesai bersiap itu menjungkitkan keningnya ketika melihat Tengku Ahnaf yang sedang memerhatikannya itu melalui cermin.

Dia pusing tubuh kemudian melihat penampilan dirinya. Kotlah ada yang pelik sampai tidak berkelip mata Tengku Ahnaf memandangnya.

"Awak tengok apa?" tanya Zahra.

Tengku Ahnaf tidak menjawab. Dia malah bangun dari katil lalu menapak perlahan mendekati Zahra.

Bibirnya didekatkan pada telinga Zahra lalu berbisik

"Saya tengah tengok bidadari saya. Cantik."

Tengku Ahnaf menjauhkan jarak mereka lalu mencapai tangan Zahra dan digenggam erat.

"Terima kasih suami saya yang handsome. Hari ini murah betul mulut awak tu memuji saya," kata Zahra dengan sedikit perlian.

"Mulut saya murah dengan pujian hanya untuk isteri saya ini," balas Tengku Ahnaf seraya mengucup tangan Zahra yang berada dalam genggaman tangannya.

"Dah, jom kita turun."

Tengku Ahnaf terus mengambil beg tangan Zahra di atas meja solek lalu membawa Zahra melangkah keluar dari bilik mereka.

"Hari ini awak nak pakai apa?" soal Tengku Ahnaf ketika mereka berada di luar rumah.

"Saya nak pakai sneakers je. Selesa sikit nak berjalan," kata Zahra. Risau juga jika hari ini mereka banyak berjalan memandangkan Tengku Ahnaf tidak beritahu destinasi mereka.

"Boleh. Have a sit please."

Tengku Ahnaf mendudukkan Zahra di atas bangku lalu melepaskan genggaman tangan mereka. Dia menapak ke almari kasut lalu mengambil kasut Zahra kemudian kembali mendekati Zahra.

Baru saja dia mahu melutut, dia kembali berdiri tegak.

"Tunggu sekejap," kata Tengku Ahnaf lalu melangkah masuk kembali ke dalam rumah.

Zahra hanya mengangguk lalu mengoyangkan kaki ke depan dan ke belakang sementara menunggu suaminya.

Dia sudah biasa dengan habit Tengku Ahnaf yang menyarung kasut pada kakinya. Awal-awal dulu dia agak kekok juga dengan perlakuan Tengku Ahnaf yang satu itu, namun lama-lama dia sudah terbiasa.

Hampir lima minit, Tengku Ahnaf kembali bersama stokin di tangan. Mulutnya membentuk huruf O saat melihat item tersebut.

"Ambil stokin rupanya," kata Zahra kepada Tengku Ahnaf.

"Ya, takut awak tak selesa kalau tak pakai stokin dengan kasut ni."

Tengku Ahnaf melutut di hadapan Zahra lalu menyarung stokin dan kasut pada kaki isterinya itu.

Dari dulu, itu satu-satunya yang ingin dia lakukan jika dia mempunyai isteri dek kerana terpengaruh dengan Tengku Arifin yang selalu perlakukan Balqis begitu.

Dan impian dia tercapai apabila dia mengahwini Zahra. Setiap kali ada peluang, dia sendiri yang rela hati menyarung kasut pada kaki Zahra.

"Okay siap! Mari," ajak Tengku Ahnaf lalu menarik lembut tangan sang isteri untuk berdiri.

"Terima kasih," ucap Zahra.

Tengku Ahnaf membalas bersama kenyitan di mata. Mereka berdua terus memboloskan diri ke dalam kereta.

Zahra membuang pandang ke arah luar tingkap, melihat suasana di luar sana. Dia masih tertanya-tanya lagi destinasi sebenar mereka. Mereka berdua banyak berborak tapi sedikit pun tidak menyentuh tempat dating mereka.

Dia tidak mahu mendesak dengan bertanya kerana tidak mahu merosakkan keinginan Tengku Ahnaf yang mahu membuat sedikit kejutan untuknya.

Tiba-tiba matanya terus tertancap pada radio apabila Dj radio tersebut sedang membahas isu yang kurang dia gemari iaitu poligami.

Sudahlah dia baru habis melihat ceramah tentang poligami malam tadi sebelum tidur.

Cepat-cepat tangannya memperlahankan volume radio tersebut kerana tidak mahu suaminya mendengar isu tersebut. Matanya dikerling sekilas ke arah Tengku Ahnaf yang tenang memandu itu.

Dia kembali membuang pandang ke arah luar. Nafas dalam ditarik lalu dihembus perlahan. Tiba-tiba dadanya terasa sesak membayangkan jika poligami itu berlaku kepada dirinya.

Dia tidak kuat andai kata itu terjadi. Matanya dipejam rapat, cuba mengusir bayangan yang dicipta otaknya sendiri. Kepala digeleng perlahan.

Tengku Ahnaf yang perasan tingkah Zahra melalui hujung matanya itu tersenyum tipis. Dia tahu apa yang membuatkan Zahra seperti itu ditambah pula dengan kediaman Zahra secara tiba-tiba.

Dia memberi signal untuk menghentikan sekejap keretanya di tepi jalan.

Zahra yang masih berada dalam dunianya sendiri itu tidak sedar kalau kereta yang dipandu suaminya sudah berhenti.

Tengku Ahnaf mencapai tangan Zahra lalu dikucup perlahan.

Tersentak Zahra dibuatnya. Dia mengerdipkan matanya berkali-kali. Baru perasan kalau mereka sudah berada di tepi jalan.

"Kenapa kita berhenti? Dekat sini ke tempat dating kita?" soal Zahra sambil melihat sekeliling. Hanya pokok-pokok besar saja kelihatan di situ.

Biar betul suaminya ini?

Tengku Ahnaf menggeleng perlahan.

"Jauh lagi," jawabnya ringkas.

"Habis tu? Kenapa awak berhenti dekat sini?" soal Zahra lagi dengan kehairanan.

"Isteri saya okay ke tak ni untuk kita teruskan sesi dating hari ni?" soalan berbalas soalan.

Zahra memandang anak mata suaminya yang menatap dia. Lama mereka berpandangan.

Tengku Ahnaf. Sentiasa cepat mengesan apa yang terjadi padanya.

Keluhan kecil dilepaskan. Kepala digeleng perlahan.

"Tak. Maaf." kata Zahra lalu menundukkan kepalanya. Dia mengutuk diri sendiri kerana moody semacam.

"Kenapa nak minta maaf pula? Mari share dengan saya, apa yang buat awak moody ni?"

Sengaja dia bertanya walaupun dia sudah tahu isu yang membuatkan Zahra moody semacam. Saja mahu mendengar sendiri dari mulut isterinya.

Zahra gigit perlahan bibir bawahnya. Dia mengerling sekilas ke arah Tengku Ahnaf kemudian kembali menunduk.

"Err...tadi dekat radio... saya tak suka isu tu. Isu poligami. Isu tu buat saya rasa sesak dada bila terfikir dan terbayangkan perkara itu terjadi pada saya, awak, kita," tutur Zahra perlahan.

Tengku Ahnaf menyengetkan kepalanya, mahu memandang wajah sang isteri. Dia tidak salahkan Zahra andai kata isterinya itu berfikiran seperti itu.

Wajarlah jika seorang perempuan merasa sensitif dengan isu itu kerana tidak semua orang boleh menerima dengan baik.

Walau bibir kata terima tapi remuknya hati hanya Tuhan saja yang tahu.

Perempuan dan overthinking, berpisah tiada. Dia sudah cakna tentang itu.

"Kenapa kusutkan diri dan kepala dengan sesuatu yang tak terjadi dan takkan terjadi?" kata Tengku Ahnaf dengan lembut. Tangan Zahra dielus lembut.

Zahra hanya mendiamkan diri kerana memang salah dia kerana berfikiran seperti itu.

"Poligami memang dibenarkan dalam Islam tetapi bukan untuk lelaki seperti saya sebab kasih sayang saya terhadap awak tidak boleh dibagi dua," kata Tengku Ahnaf dengan nada tenang.

Zahra mengangkat wajahnya lalu membalas pandangan Tengku Ahnaf.

"Selagi nyawa dikandung badan, isteri saya hanya Nur Zahra Delisha binti Muhammad Iskandar saja," sambung Tengku Ahnaf lagi berserta dengan senyuman.

"Macam mana kalau..."

"Awak pernah cakap awak selalu berangan nak rumah yang diperbuat dari bintang di langit supaya rumah sentiasa bersinarkan?" laju saja Tengku Ahnaf mencantas.

Zahra mengangguk perlahan.

"Rumah yang awak pinta itu pun saya tak boleh nak sediakan inikan pula nak berkahwin dua. Dekat situ saja dah buktikan yang saya memang tak mampu dan takkan mampu untuk berpoligami sebab keinginan awak saya tak boleh nak tunaikan. Clear?"

Zahra mengangguk lagi.

"Dah, jangan kusutkan fikiran. Suami awak ini miskin, tak berkemampuan nak tambah cawangan. Kalau tambah cawangan anak, mungkin boleh lah kot nanti," seloroh Tengku Ahnaf, sengaja mahu menghidupkan suasana.

"Ahnaf."

Laju saja tangan Zahra mencubit perut suaminya lalu tertawa kecil.

Tengku Ahnaf senyum tipis melihat tawa yang terbit dari bibir Zahra.

"Jangan overthinking tentang itu. Percayakan saya, itu saja pinta saya dan jangan ragui kesetiaan saya," pinta Tengku Ahnaf dengan tulus.

Dia tidak mahu ada keraguan antara mereka berdua kerana keraguan kecil boleh menyebabkan hubungan mereka akan mudah goyah.

"Baik. Saya minta maaf sebab berlebihan," kata Zahra dengan nada serba salah.

Tengku Ahnaf menggeleng.

"Tak berlebihan pun. Normal perempuan akan rasa takut dengan isu itu cuma saya tak nak awak fikir bukan-bukan sebab saya tak nak fikiran awak tu menjejaskan hubungan kita. Fikir yang baik-baik insha-Allah semua akan baik-baik. Saya percaya awak, awak percaya saya. Yang penting, jangan khianati kepercayaan masing-masing."

Itu apa yang dia belajar dari papa dan mamanya. Dari dulu, orang tuanya itu selalu menerapkan percaya antara satu sama lain walau apa pun yang terjadi.

"Jadi, kita dah boleh gerak belum ni? Dah habis moody belum? Kalau belum, saya nak pujuk lagi ni," usik Tengku Ahnaf.

"Dah dah dah, jom jom gerak. Nanti orang pelik tengok kita lama-lama dekat sini," kata Zahra lalu menepuk tangan Tengku Ahnaf.

Bukan boleh percaya suaminya itu. Kang nanti dia pula terlebih cair kalau suaminya terus menerus memujuk dia.

"Takut cair lah tu. Moody pun comel. Nasib baik comel, kalau tak saya tinggalkan awak tepi jalan ni, argh!"

Tengku Ahnaf menyeringai sambil memegang perutnya yang menjadi mangsa cubitan sang isteri.

"Sakitlah sayang," kata Tengku Ahnaf dengan sedikit berkerut.

"Cepat jalan. Nanti lambat," arah Zahra dengan muka selamba.

"Baik mem!" kata Tengku Ahnaf dengan suara yang sengaja digaraukan lagi lalu menggerakkan kereta.

Zahra tertawa kecil lalu mengusap perut suaminya. Kasihan pula apabila melihat dahi Tengku Ahnaf yang masih berkerut itu.

"Nasib baik peka. Ini yang bertambah sayang ini," kata Tengku Ahnaf lalu mengenyitkan matanya.

Tangan Zahra digenggam kuat dengan tangan kirinya apabila dia dapat rasakan tangan halus itu mahu mencubitnya kembali.

Lebih baik mencegah kerana sakitnya itu lebih perit dari jatuh longkang. Walau sedikit tapi cubitan kecil itu sangat berbisa!

Tengku Ahnaf menoleh sekilas ke arah Zahra yang sudah kelihatan tenang kembali lalu dia kembali fokus pada pemanduannya.

Tidak sabar mahu meluangkan masa berdua bersama Zahra. Keretanya semakin laju membelah jalan raya.

Continue Reading

You'll Also Like

52.3K 1.3K 45
[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani meneg...
103K 3.9K 59
[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah ap...
51.8K 2.4K 62
Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Pelajar yang masih lagi bersekolah di sekolah menengah. Kpopers setia kepada kumpulan nct iaitu Jeno...
6.4K 254 18
"Nama budak perempuan dalam lif tu apa?" Soal Kapten Anas Fateh kepada Zarith tatkala mereka masuk ke dalam bilik hotel yang mereka kongsi bersama. "...