Hati Untuk dia

By K7Ra_c

1.3K 84 46

Aleeya Arissya gadis biasa yang bekerja sendiri. Tidak pandai bersosial jadi teman lelaki juga dia tidak puny... More

Prolog
Sequel - Hati Untuk Dia
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
Bab 13

Bab 10

35 5 2
By K7Ra_c

MELIAR mata Aleeya melihat seluruh genap ruang rumah semi-D itu. Suasana asing jelas terasa baginya walaupun rumah itu kelihatan cantik dengan dekorasi sentuhan moden dengan gaya sederhana.

"Is, rumah siapa ni? Dan kita buat apa dekat sini?" soal Aleeya apabila rumah itu kelihatan kosong bagai tidak berpenghuni.

Iskandar tersenyum sedikit melihat wajah tertanya-tanya Aleeya.

"Ini rumah saya, Leeya, ataupun boleh juga dikatakan rumah kita." Iskandar berkata tenang seraya menarik bagasi beroda masuk ke dalam rumah itu.

"Rumah kita?" Terkebil-kebil mata Aleeya dengan wajah tidak mengerti.

"Kenapa pelik? Memang tanggungjawab saya sediakan tempat tinggal untuk awak selain dari makan dan minum Puan Aleeya." Dahi Aleeya dijentik perlahan seraya mengatur langkah mendaki tangga.

Langkah Iskandar yang menjinjing dua bagasi beroda termasuk bagasi bilik laju dibuntuti.

"Oh, saya tak terfikir pula pasal tu."

Wajah Aleeya dipandang sekilas. "Kenapa awak berharap dapat tinggal dengan mama ke? Awak tak selesa kita tinggal sendiri?" soal Iskandar lagi.

Laju Aleeya menggeleng. "Bukan macam tu, hanya saya fikir awak tinggal dengan mama. Awak kan anak lelaki sulung."

"Ya, memang betul. Tetapi, saya lebih suka berdikari. Biarlah rumah tu adik yang duduk. Saya memang dah lama beli rumah ni. Jika saya berkahwin saya akan bawa..." kata Iskandar terhenti.

"Bawa Arriyana pindah ke sini." Sambung Aleeya.

Mendengar kata-kata Aleeya terus Iskandar menoleh dan meneliti wajah tenang itu. Bagai tidak berperasaan menyebutnya. Adakah wanita itu tidak kisah dengan masa lalunya? Adakah wanita itu tidak cemburu apabila rumah ini mengingatkan suaminya sendiri pada wanita lain?

"Awak..."

Aleeya menoleh ke arah Iskandar. "Saya apa?"

"Awak tak kisah ke pasal rumah ni?" tutur Iskandar dengan rasa serba salah.

"Kisah? Kenapa?"

"Sebab rumah ini saya beli asalnya untuk tinggal bersama Arriyana."

Aleeya melepaskan hela.

"Saya tidak boleh memadam masa lalu awak meskipun saya membencinya begitu juga saya. Kerana masa lalu itu adalah sebahagian dari saya. Kerana masa lalu itulah yang menjadikan diri kita yang sekarang. Jadi mengapa saya perlu marah?"

Kata-kata yang keluar dari membuatkan Iskandar pegun memandang wajah Aleeya. Kata-kata itu bagai mudah untuk dihadam tetapi, bagai ada makna di setiap butir patah itu.

Aleeya kembali memandang Iskandar. "Atau awak pernah tinggal dengan Arriyana ke dekat sini sebelum ni?"

Laju Iskandar menggeleng. "Mana ada! Gila ke saya buat macam tu. Saya masih tahu halal dan haram." Laju Iskandar menjawab. Tidak mahu Aleeya tersalah tafsir dengan akal jahatnya.

"Saya hanya beli. Saya juga pernah beritahu rumah ini pada Arriyana. Tetapi, Arriyana pun tak pernah pergi dan menjejaki rumah ini lagi. Awaklah orang pertama."

Aleeya memandang Iskandar seraya tersenyum segaris. "Jadi, lagi tiada sebab untuk saya marah."

"Hmm... jadi mana bilik saya?" Mata Aleeya sudah memerhati ketiga-tiga bilik di tingkat itu.

"Bilik awak?" Iskandar mencerlung tajam.

Laju Aleeya mengangguk. "Bilik saya?"

"Bilik awak bilik saya lah. Bilik kita!" Kuat Iskandar menekankan kata-katanya. Tidak suka mendengar kata-kata Aleeya.

"Awak jangan harap awak ada bilik lain walaupun kita tinggal berasingan dari mama dan papa."

"Ya tahulah. Sama aje pun tu. Bilik saya bilik awaklah." Aleeya memuncungkan bibirnya.

"Itu pun nak marah."

"Bilik depan sana tu. Bilik depan tu ada beranda saya rasa awak suka."

"Beranda? Bestnya! Bolehlah melepak dekat depan sana malam-malam." Tanpa mempedulikan Iskandar laju Aleeya melangkah dan menguak pintu bilik.

Susun atur perabot yang telah siap diperhati. Sangat kemas seperti gaya Iskandar yang sangat mementingkan kekemasan.

"Cantik!" Aleeya tersenyum suka.

"Maaflah saya tak hias apa-apa. Saya tak tahu apa yang awak suka. Jadi saya biarkan urusan menghias semua itu pada awak. Ikut suka awak nak buat apa dengan bilik dan rumah ni," tutur Iskandar dan terus meletakkan bagasi beroda yang dijinjit tadi di ruangan almari pakaian.

"Di belakang sebelah tandas tu ruang almari pakaian. Pilihlah yang mana bahagian yang awak suka."

"Baik Inspektor!" Aleeya mendabik seraya menayang sengih.

Entah mengapa melihat wajah senang yang dipamerkan Aleeya membuatkan hati bahagia. Dia fikir wanita itu tidak suka. Tetapi, tidak sangka pula wanita itu suka dengan suasana rumah ini.

"Huissh... ini betul-betul masuk rumah tinggal cuci kaki aje." Aleeya mengumam perlahan.

Kata-kata Aleeya yang keluar membuatkan Iskandar tertawa kecil.

WAJAH Aleeya yang masih sibuk mengemas barang-barang miliknya ditatap. Entah mengapa wajah yang selalu menampak wajah tenang dan bersahaja itu sehingga kini mampu menarik minatnya. Bagai ada sesuatu yang tersembunyi dengan... aura? Ya aura!

"Aleeya."

Mendengar namanya dipanggil Aleeya terus menghentikan tingkahnya yang sedang menyusun barang peribadinya di almari pakaian.

"Ya kenapa? Awak nak makan apa-apa ke? Awak lapar lagi?" soal Aleeya musykil. Bukankah mereka baru pulang dari keluar makan? Tak akan lapar lagi kut.

Iskandar menggeleng. "Taklah."

"Habis tu? Nak saya bancuh air panas ke?"

Iskandar menggeleng lagi.

"Jadi, awak nak apa?" soal Aleeya pelik.

"Sini..." Iskandar menepuk katilnya supaya Aleeya duduk di dekatnya.

Membulat mata Aleeya sebelum berpeluk tubuh. "Awak nak apa kan saya hah? Cepat mengaku?"

"Nak apa? Apa?" Suara Iskandar tinggi seraya mencerlung tajam.

"Jangan nak fikir bukan-bukan sangat. Sini saya kata," tutur Iskandar geram. Degil bukan main.

"Kata nak saya jadikan saya tempat bersandar tempat berlindung tetapi, duduk dekat dengan saya pun tak nak. Takut macam apa." Iskandar merungut geram.

Aleeya menayang sengih.

"Yalah." Perlahan kaki diatur mendekati Iskandar sebelum melabuhkan punggungnya di atas katil menghadap Iskandar.

"Yes my Mr. Protector?"

"Saya minta maaf?" Iskandar berkata perlahan seraya anak mata hitam milik Aleeya ditatap dalam. Dia suka menyelami anak mata hitam pekat itu walaupun dia gagal membaca isi hatinya.

"Hah maaf? Awak buat dosa apa dengan saya? Banyak betul dosa awak ni sampai begini rasa bersalahnya?" Sempat Aleeya menyelit gurauan.

Mendengar kata-kata Aleeya terus hidung Aleeya dipicit. Geram dengan kenakalan wanita itu. Ada sahaja kata-katanya diajak gurau dan tidak serius. Kalau dulu dia fikir wanita yang bergelar isterinya seorang yang dingin dan tidak berperasaan. Sekarang ini dia merasakan sebaliknya. Dia tengah serius menyempat wanita itu mahu bergurau. Perangai macam-macam budak pun ada.

"Auch! Sakitlah." Aleeya cepat-cepat mengosok hidungnya yang mula kemerahan.

"Buatlah perangai macam tu. Orang serius dia main-main pula." Iskandar membebel geram.

"Maaflah, awak ni Is tak boleh buat guraulah. Sendu betul. Betul-betul kena duduk surau." Aleeya tertawa kecil.

Terus dahi Aleeya dijentik. "Banyak awak punya surau."

"Okay... okay... back to the topic just now. Apa yang awak nak cakap tadi?" Aleeya sudah berhenti dengan gurauannya.

"Saya nak minta maaf saya tak dapat cuti panjang bawa awak pergi jalan-jalan. Honeymoon macam pasangan lain. Saya ada kerja kena settle. Ada kes berat kena selesaikan jadi saya tak boleh cuti panjang." Iskandar menjelaskan panjang lebar. Susah hati bila difikirkan jika Aleeya terasa hati dengannya kerana cutinya terlalu pendek.

"Oh... pasal tu. Ingat kenapa tadi. Tak ada apalah. Sudah tugas awak dalam pekerjaan yang macam ni. Kenalah saya terima seadanya." Aleeya menjawab mudah. Lagipula dia tidak pernah mengharapkan terlalu tinggi dengan layanan istimewa bak puteri raja dari Iskandar. Cukuplah lelaki itu melayaninya baik dan bertanggung jawab dan melindungi dari bahaya.

"Saya boleh aje rehat-rehat dan santai dekat rumah. Bukan selalu dapat bermalasan dekat rumah."

Tangan Aleeya disentuh lembut. "Saya janji lepas kes ini selesai saya akan bawa ke mana saja awak nak pergi."

"Termasuk pergi umrah?" soal Aleeya. Sudah lama dia teringin menjejakkan kakinya ke tanah suci makkah itu. Malah, dia juga teringin pergi bersama suaminya seperti yang pernah diangankan dulu.

Iskandar mengangguk. "Insya-Allah boleh saja. Semua ditanggung beres."

"Adakah cadangan itu termasuk pembiayaan sepenuh dari Mr. Husband?"

Iskandar tertawa kecil.

"Mestilah, dah nama pun honeymoon. Mestilah saya yang bayar. Lagipun awak kan tanggungjawab saya."

"Yes!" Aleeya menjerit suka.

Melihat wajah Aleeya yang ceria itu membuatkan Iskandar tanpa sedar mencubit pipi itu. Pipi itu terlalu gebu untuk dicubit. Nampak menggeramkan. Comel!

"Aip! Don't pinch!" Terus Aleeya menutup wajahnya dengan tangan. Tidak suka dicubit seperti itu. Ini bukan kali pertama pipinya menjadi mangsa penganiayaan Iskandar.

"Marah pulak orang cubit pipi dia." Iskandar tertawa suka.

"Marahlah, ingat saya baby ke? Budak kecil yang comel mahu dicubit-cubit." Aleeya mencebik.

"Baby lah kut." Iskandar tertawa lagi.

Cepat-cepat Aleeya berundur ke belakang. Takut dianayai lagi oleh Iskandar.

"Okey... okey... tak cubit. Tak payah nak buat muka takut macam tu."

"Promise!" Iskandar mengangkat sebelah tangannya.

"Betul ni?" Aleeya bertanya lagi.

"Hmmm..." Iskandar mengangguk lagi. 'Tapi untuk hari ni ajelah.' Iskandar berkata dalam hati.

Iskandar sudah menghampiri Aleeya tangannya terus menarik tubuh Aleeya sebelum direbahkan. "Tidur! Dah lewat ni. Tengok jam pukul berapa sekarang ni. 12 tengah malam. Esok-esok pun boleh kemas barang-barang tu. Awak tak buka kafe pun minggu ni, banyak masa lagi."

"Okey." Perlahan tubuh diiringkan menghadap Iskandar. Cuba menyelesakan dirinya di rumah baru itu. Dia yakin dia pasti sukar lena pada suasana baru. Malah, dia mudah rasa cemas tiap kali dia merasa asing pada sesuatu tempat.

Aleeya mengerling sedikit wajah Iskandar yang sudah memejamkan matanya. 'Dah tidur ke? Senangnya?'

"Tidur, saya tak kacau awak jangan risau." Iskandar menegur dengan mata masih lagi terpejam.

'Aik ini orang! Mata ada dekat mana lagi seh? Boleh pula perasan aku tengok dia.'

"Susah nak tidur tempat baru." Aleeya mengadu.

"Baca doa tidur, baca surah tiga qul dan ayatul kursi. Lelaplah nanti tu." Dengan tubuh yang masih terbaring tegak dan tangan berpeluk tubuh mulut Iskandar masih lagi bersuara.

"Okey baik." Sempat Aleeya mengerling ke arah Iskandar yang tidur gaya seperti itu. Sangat tidak selesa. Orang ini robot agaknya.

'Kalau aku tidur macam tu alamatnya tak lena lah jawabnya.' Fikir Aleeya sendiri sebelum kembali memejamkan matanya sebelum membaca doa tidur, surah tiga qul dan ayat kursi seperti dicadangkan.

Suasana yang kembali sepi membuatkan Iskandar membuka matanya dan mengerling ke arah Aleeya yang mula lena di sisinya. Perlahan tubuhnya bangkit sebelum selimut ditarik menyelimuti tubuh kecil itu sebelum dahi Aleeya dikucup sekilas. "Good night."


04042024

Continue Reading

You'll Also Like

3.9M 162K 62
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
1M 57.7K 58
π’πœπžπ§π­ 𝐨𝐟 π‹π¨π―πžγ€’ππ² π₯𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐑𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 γ€ˆπ›π¨π¨π€ 1〉 π‘Άπ’‘π’‘π’π’”π’Šπ’•π’†π’” 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...
12.1K 320 51
"Aku cabar kau Ayra." "Masalahnya, cabaran kau ni mengarut Aidan Fathi!" "Kau penakut Hasya Ayrana." "OK FINE ! Aku setuju. Kita kawin." Tak terlinta...
31.8K 1K 21
now i can't say goodbye if you stay here the whole night. evan buckley x female!oc Β© flurryfawns 2023 part one of the BURNOUT series.