7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]

By fumai_

21.6K 1.2K 138

GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven bro... More

PROLOG
7D1A | 01
7D1A | 02
7D1A | 03
7D1A | 04
7D1A | 05
7D1A | 06
7D1A | 07
7D1A | 08
7D1A | 09
7D1A | 10
7D1A | 11
7D1A | 12
7D1A | 13
7D1A | 14
7D1A | 15
7D1A | 16
7D1A | 17
7D1A | 18
7D1A | 19
7D1A | 20
7D1A | 21
7D1A | 22
7D1A | 23
7D1A | 24
7D1A | 25
7D1A | 26
7D1A | 27
7D1A | 28
7D1A | 29
7D1A | 30
EDISI RAMADHAN
EDISI RAMADHAN II
EDISI SYAWAL
7D1A | 32
7D1A | 33

7D1A | 31

408 26 0
By fumai_

Tubuh Dino diangkat tinggi oleh seorang lelaki. Wajahnya dibuat garang. Risau dia dibuatnya apabila adiknya itu terus melepaskan pegangan tangannya dan berlari ke dalam kerumunan manusia.

" Dami! " Laung Dino.

Dino sengih tidak bersalah. Jarinya bergerak menunjuk ke arah seseorang.

Lelaki itu memandang arah yang ditunjuk Dino.

" Zio Gavino? ( Uncle Gavino? ) " Perlahan-lahan wajah garang tadi berubah manis. Senyuman berubah mekar.

" Damiano, come stai? ( Damiano, how you're doing? ) " Tuan Huzhaid bangun dari duduknya. Tubuh anak kakaknya itu dia peluk gaya gentleman.

Dino dibiarkan tersepit di tengah-tengah pelukan begitu. Kasihan.

" Bene, va tutto bene. Non è cambiato molto, ma la mamma... è sempre la stessa. ( Well, everything's fine. Not much has changed, but mom... she's still the same. )" Nada suara Damiano sedikit mengendur apabila bercakap tentang ibunya. Pelukan dileraikan. Tuan Huzhaid memandang wajah Damiano.

" Is she here? " Mariana bertanya. Sambil-sambil itu tangannya mencuri mencuit pipi Dino. Comel.

" No. She's not. Just me and Dino. She knew that you guys will come. " Jawab Damiano.

Tuan Huzhaid hanya mengangguk faham. Dia kembali duduk ditempatnya.

Keadaan menjadi sepi seketika sebelum Hafiy memulakan percakapan. Dia tak suka suasan sepi dan tegang sebegini.

" Dami. " Hafiy memanggil Damiano dengan gelaran yang diberinya sesuka hati. Panjang sangat nak sebut nama Damiano agaknya.

" Yes? "

" Nak Dino kejap. " Pinta Hafiy. Wajahnya dibuat senyum ikhlas. Senyum paling baik pernah ditunjuk. Memohon kepercayaan Damiano.

" Buat apa? " Soal Damiano. Dino dieratkan dalam dukungan. Hafiy ni tak boleh dipercayai bulat-bulat. Nanti ada lah tu benda tak betul dia ajar pada budak ni.

" Aku nak ajar dia bahasa Melayu lah! Kau tak percaya aku ke? Aku kan baik, budak-budak pun suka aku. Hehe. " Hafiy sengih macam kerang busuk. Muka dibuat lebih ikhlas daripada tadi. Namun di mata Damiano hanyalah wajah yang inginkan pelempang.

Tampar nak?

Dengan berat hati Damiano menyerahkan Dino kepada Hafiy. Bukan selalu berdua ni nak berjumpa, jadi apa salahnya kan? Lagipun Hafiy hanya ingin mengajar bahasa Malayu sahaja... kan?

Hafiy senyum girang. Dino didudukkan di pehanya.

" Dino, look at his face. " Hafiy menyuruh Dino memandang wajah kembarnya, Hafhiz. Hafhiz yang sedang minum air terhenti pergerakannya. Matanya bertembung dengan mata bulat Dino. Dia angkat sebelah kening.

Nak apa?

Dino kemam bibir. Inilah abang sepupu yang dia gerun sekali, sebab muka macam nak terkam orang. Takut dia dibuatnya. Dino kalih wajahnya disorok di celah ketiak Hafiy, takut.

" Kau buat apa doh, Fhiz. Tak baik, tak baik... Dengan budak-budak pun kau buat macam tu? " Tangan Hafiy menggosok kepala Dino. Wajah kembarnya di sebelah dipandang dengan jelingan sinis.

" Apa aku buat? Aku tak cakap apa-apa pun. " Hafhiz melawan keras. Tak buat apa pun dah dituduh begitu. Dah memang budak-budak semua tak lekat dengan dia, nak buat macam mana?

Hafiy kembang hidung. Bibir diukir senyum sinis.

" Dino, between me and him... Who's more handsome? "

Dino angkat muka pandang Hafiy.

Hafiy senyum manis. Dengan yakinnya dia fikir jawapan Dino akan berpihak padanya kerana muka Hafhiz yang menyeramkan.

" Him. " Jawab Dino jujur.

Mulut Hafiy ternganga sedikit. Apa ni?

Meja itu dipenuhi gelak tawa.

" Dino, jangan jujur sangat. " Ucap Hafiy senada. Tubuh kecil itu dipeluk erat. Biarlah Hafhiz lebih kacak dari dia pun, apa dia kesah. Yang pasti semua anak Tuan Huzhaid kacak bergaya.

" Ma tu sei il migliore. ( But you are the best. ) " Kata Dino ikhlas. Pelukan Hafiy dibalas dengan tangan kecilnya. Sayang abang Hafiy!

" What about me? " Hadif mencelah. Dia berdiri di belakang Hafiy, meminta pendapat Dino berkenaan rupanya.

" Handsome too. Ma dino è il più bello! ( But dino is the most handsome! ) " Kata Dino, dengan kuat. Tangannya menyilang pada tubuh. Keluar tawa comel dari mulut kanak-kanak itu.

Hadif menarik Dino untuk bersamanya pula.

" Do you know how to say handsome in Malay? " Tanya Hadif.

Dino geleng kepala laju.

" It's called 'pendek'. " Hadif senyum. Biarlah budak ni terkena sekali-sekala.

" Pendek? " Dino menyengetkan kepalanya. Hadif mengangguk sekali. Betullah itu.

" Dino pendek! " Jerit Dino. Tangannya bertepuk tampar di situ. Apa lagi, bertambahlah gelak tawa para Grey di meja tersebut.

Damiano mengambil semula adiknya. Bahaya betul duduk dengan sepupunya ini.

" Jangan ajar ajaran sesat, please. " Damiano jeling ketiga-tiga jejaka tadi. Apa akan jadi kalau dia tinggalkan Dino dengan mereka sekejap? Entah apa yang diajarkan lagi nanti.

Hafiy senyum senget. " Dino, good in Malay is 'bodoh'. So your brother is...? "

" Bodoh! " Dino menjerit. Kedua tangannya diayun ke udara gaya bersorak. Tersengih-sengih dia memandang abangnya.

Apalagi, berdekah Hafiy dan Hadif ketawa. Sampai menunduk akibat senak di perut. Helena apa kurangnya, nak ikut gelak, tapi dia tahan sahaja bila melihat Habib seperti ingin bertindak. Leka ketawa terbahak-bahak, kepala mereka berdua diketuk oleh Habib.

" Aduh. "

" Auch. "

" Jangan ajar yang bukan-bukan. " Itu sahaja nasihat Habib. Nak kata lebih nanti bukan berdua tu dengar. Sebelum ini pun macam itu juga.

" Sorry, abe. " Hafiy mengucap kata maaf. Bibirnya dikemam menahan tawa.

Damiano pandang tajam Hadif dan Hafiy. Suka-suka diaorang aje ajar yang pelik-pelik. Kalau yang mendatangkan manfaat tak apa juga. Memang rosaklah kalau budak-budak dekat dengan mereka.

Dino didukung oleh Damiano.

" We have to go. Ada hal. Until next time, farewell. " Damiano meminta diri. Dia menunduk sebelum beredar. Dino melambai dengan tangan kecilnya.

" Bubyeee! "

Maka hilanglah kedua beradik itu dari pandangan.





Sesi tari menari bermula dengan adanya alunan lagu dan musik yang sudah dimainkan.

Semua orang sudah bergerak mengikut rentak bersama pasangan masing-masing. Ada kalanya mereka bertukar pasangan.

Di suatu sudut Helena hanya memandang pasangan-pasangan yang gembira menari di tengah dewan beramai-ramai. Secawan air di tangan dicicip sedikit.

Kalau ikutkan dia juga mahu ikut menari bersama, tetapi melihat abang-abangnya yang kelihatan agak penat disebabkan waktu yang telah sampai ke larut malam, dia batalkan saja niatnya. Memang kebiasaannya dia akan menari bersama abangnya bergilir-gilir ketika menghadiri majlis keluarga begini. Tak akanlah nak menari dengan suami orang pula.

Leka dia menghayati adegan romantis setiap pasangan, tiba-tiba dia dihampiri seorang jejaka bertopeng separuh wajah.

Berkerut dahi Helena memandang lelaku itu. Ini bukannya masquerade ball, rasanya tak perlu kut nak pakai topeng bagai.

Lelaki itu menundukkan sedikit tubuh tegapnya. Tangan kanan dihulur manakala tangan kiri berada di belakang tubuh.

" Will you be my partner? " Soal lelaki itu. Dia mengangkat kepala memandang gadis di hadapannya. Matanya tepat mencengkam anak mata coklat terang milik Helena.

Jeda.

Helena pegun. Dirinya hanyut di dalam tatapan mata lelaki itu. Rasa macam sesuatu. Tak sempat dia jawab soalan lelaki tadi, tangannya terus digapai dan ditarik ke bahagian tengah dewan. Nasib baik lelaki itu memakai sarung tangan hitam.

Kakinya melangkah secara paksa. Sedar-sedar dirinya sudah berada di tengah kerumunan manusia yang leka menggerakkan tubuh menari mengikut rentak irama alunan lagu.

Sebelah tangan lelaki itu memegang tangan Helena dan sebelah lagi diletakkan di sisi pinggang Helena. Tidak bersentuh walau sedikit.

Helena hanya mendongak memandang anak mata hazel lelaki itu. Tak menyedari sebelah tangannya telah berada di bahu sang jejaka.

Lelaki itu melakar senyum indah.

Kanan dan kiri mereka bergerak bagi mengikut rentak.

Helena buka ulas bibir.

" Do... We know each other? " Helena bertanya. Ya, sejak daripada tadi dia merasa dekat dengan lelaki ini. Bagai dulunya berpisah kini kembali bertemu. Benar-benar sesuatu. Dia sendiri tak rahu mengapa dia tidak menolak apabila diajak menari oleh seseorang yang dia sendiri tidak pasti siapa.

Lelaki itu mengangkat tangan Helena tinggi. Tubuh Helena berpusing. Lelaki itu kembali meletakkan tangan di sisi pinggang Helena.

" What if I say... Yes? " Jawabnya. Bibirnya melorek senyuman manis. Matanya juga tidak henti melirik wajah gadis yang sangat dirinduinya itu.

" But who? "

" I don't know. Try to think about it. Maybe I used to be your good past. Or maybe the worst. " Katanya dengan nada yang cukup lembut.

Helena diam. Waktu beginilah sel-sel otaknya lambat berhubung. Otaknya ligat mengingati siapa lelaki ini. Wajah itu cuba dikecam. Mata itu ditenung lagi. Seketika mulut Helena melopong kecil.

" Amar... "

" Yes it's me, darling. Good to see you again. "






" Weh, Lena mana? " Lelaki itu menyoal kembarnya di sebelah dengan gula-gula dimulutnya. Serata dewan besar itu dia pandang, mencari sosok si adik perempuan.

" I don't know, dude. Just shut up for a minute. " Hafhiz menjawab. Wajahnya dibenam dalam lipatan tangan di atas meja. Dia mengantuk. Dari tadi kepalanya tersengguk-sengguk menahan kantuk. Ditambah lagi dengan mulut Hafiy yang tak henti bercakap. Hafhiz sendiri pening kepala, kembarnya itu tak makan pun bontot ayam, tapi kenapa mulut tu tak penat bercakap?

" Woi abe askar, Lena mana? " Hafiy menyoal Heidi pula. Ini pun nampak macam nak terlelap juga ni.

Heidi hanya memuncungkan bibirnya ke suatu arah. Dia nampak adiknya. Bukannya tak mahu menghalang, tapi dia fikir yang menari bersama adiknya itu adalah Hadif. Sebab Hadif tiada bersama mereka sekarang. Matanya pun sudah kabur-kabur, mengantuk betul.

Hafiy memandang arah yang ditunjuk Heidi. Matanya dipincing halus. " Who the hell is she dancing with? " Katanya perlahan. Kalau cakap kuat-kuat nanti memang kacau sesi dia nak tengok Helena menari dengan stranger.

Wajah abang-abangnya yang sibuk dengan hak sendiri dipandang satu persatu. Nampak macam tak perasan aje. Nice.

Hafiy sandar tubuh pada kerusi. Inilah masanya dia biarkan Helena bersama takdirnya, haha. Kalau tidak sampai bila adiknya harus dikongkong, ye tak? Mungkin lelaki itu jodoh adik perempuannya, mana tahu? Macam dalam drama Cinderella.

Nasib baik Hifzan terpaksa hantar Puan Dairisya dan Tuan Huzhaid pulang dahulu. Kalau Hifzan ada disini memang hancur majlis bila tengok Helena menari dengan stranger.

Kiri kanan depan belakang Hefzy pusing kepala cari kelibat abang keduanya. Lama betul pergi tandas. Baik dia tapau makanan dahulu dengan Xayn.

Habib? Awal-awal lagi sudah pulang, dia tak suka majlis begini. Sangat tidak halal.

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 39K 40
Kisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni...
57.8K 2.6K 26
Tengku Aisha Andriana dan Tengku Aisra Aidriana.Dua adik beradik yang amat dingin. Tengku Aisha Andriana digelar sebagai Ice princess.Aisha mempunyai...
569K 25.4K 34
"Nama kamu siapa? Nama kita Fatieha. Housemate Yaya." "Got to go. Nice to meet you." "Nama kamu siapa?" "KG." Pada suatu malam, mereka diperte...