7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]

By fumai_

21.7K 1.2K 138

GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven bro... More

PROLOG
7D1A | 01
7D1A | 02
7D1A | 03
7D1A | 04
7D1A | 05
7D1A | 06
7D1A | 07
7D1A | 08
7D1A | 09
7D1A | 10
7D1A | 11
7D1A | 12
7D1A | 13
7D1A | 14
7D1A | 15
7D1A | 16
7D1A | 17
7D1A | 18
7D1A | 19
7D1A | 20
7D1A | 21
7D1A | 22
7D1A | 23
7D1A | 24
7D1A | 25
7D1A | 26
7D1A | 27
7D1A | 28
7D1A | 29
EDISI RAMADHAN
EDISI RAMADHAN II
EDISI SYAWAL
7D1A | 31
7D1A | 32
7D1A | 33

7D1A | 30

431 19 0
By fumai_

Dewan besar itu dipenuhi dengan seluruh ahli keluarga Grey dan tetamu yang berkumpul pada malam ini.

Keluarga Tuan Huzhaid semua berkumpul di satu meja besar. Termasuk Aunty Mariana. Dia tiada keluarga besar, kahwin pun tidak pernah.

Setiap meja diduduki oleh adik-beradik Grey. Sepuluh meja utama untuk sepuluh adik- beradik Tuan Huzhaid, dan yang lain semua untuk anak buah teratas mereka dan juga tetamu luar.

Tuan Huzhaid mempunyai 10 adik-beradik. Mereka ialah adik-beradik yang sama bapa tetapi lain ibu.

" Attenzione. ( Attention. ) "

Kini semua perhatian diberi kepada seorang lelaki yang berusia 60an di atas pentas.

Rodrigo Grey. Anak sulung serta pemimpin keluarga Grey. Mengikut tradisi keluarga, ketua mereka akan digelar Throne.

" Grazie per essere venuto oggi.qui ci riuniamo per celebrare il 35° anniversario del regno della famiglia Grey. ( Thank you for coming today. Here we gather to celebrate the 35th anniversary of the reign of the Grey family. ) " Lelaki tua itu berucap. Disisinya terdapat beberapa orang pengawal yang menjaganya.

" Grazie a tutti voi che hanno dato un grande contributo a questa grande famiglia. ( Thanks to all of you who have made a great contribution to this huge family. ) " Jelas nada suara gembira dari orang tua itu.

Keadaan dewan menjadi sepi.

Perlahan-lahan wajah lelaki tua itu mengendur.

" Ma ultimamente... la nostra famiglia sta avendo una grande perdita. La nostra azienda è stata attaccata dalla polizia. La maggior parte di essi è avvenuta in Asia! ( But lately... our family is having a big loss. Our company was being attacked by the police. Most of them occurred in Asia! ) " Katanya dengan suara yang meninggi. Menunjukkan kemarahannya kepada semua.

Tak lama selepas itu, matanya memandang ke arah Tuan Huzhaid.

" Ci sono traditori nella nostra famiglia?( Are there traitors in our family? ) " Matanya memincing halus memandang Tuan Huzhaid. Bibirnya tersenyum sinis. Suasana yang tadinya sepi dan tenang berubah sedikit kecoh dengan jelingan ke arah meja keluarga Tuan Huzhaid.

Hafhiz dan Hafiy menggit bibir bawah mereka. Dari dulu lagi memang pakcik mereka yang seorang itu tidak pernah puas hati dengan keluarga mereka.

Tuan Huzhaid hanya memandang abangnya yang berucap di atas pentas itu dengan pandangan yang tajam. Mereka berdua tidak pernah sebulu.

Semuanya bermula apabila Rodrigo mengetahui bahawa Huzhaid telah memasuki agama Islam.

Adik-beradiknya yang lain tidak terlalu serius tentang hal ini. Kerana mereka memang jenis yang tidak mengambil tahu hal sesama mereka. Yang dipentingkan hanyalah maruah keluarga.

Walau begitu, hanya Rodrigo sahaja yang masih membenci Huzhaid. Kalau diikutkan mahu saja dia membuang Huzhaid daripada keluarga itu namun Mariana mempertahankannya.

Mariana satu-satunya keluarga Grey yang mempertahankan Huzhaid sejak kecil. Walaupun kini mereka berlainan agama, tidak pernah sekali Mariana busuk hati terhadap Huzhaid.

Rodrigo mengeluh perlahan.

" Scusate se ho portato questo argomento nella nostra allegra serata. Ora buon appetito! ( Sorry if I brought this topic into our cheerful evening. Now enjoy your meal! ) " Rodrigo menuruni tangga pentas. Matanya tidak henti menjegil ke arah Huzhaid yang terlihat tidak terkesan dengan ayat-ayatnya.

" Kurang ajar punya orang tua. Jangan sampai aku yang bawa kau masuk kubur! " Hafiy melepas geram. Stik di pinggannya dicucuk dan dimasuk ke dalan mulut bersama amarah yang membuak-buak. Begitu saja keluarganya dituduh sebagai pengkhianat. Walaupun agak betul di situ, tetapi penggunaan kata khianat agak keterlaluan.

" Watch your words, Hafiy. " Hifzan beri amaran. Tak mustahil ada yang mendengar perbualan mereka. Sejak Rodrigo membuat ucapan, ada saja orang-orang yang menjeling dan menatap mereka.

" Bukan diaorang faham Bahasa Melayu pun. Kan, Xayn? " Hafiy menyiku Xayn disebelahnya.

Teragak-agak Xayn mahu mengangguk.

" Kita tak tahu, Fiy. Mungkin salah seorang daripada mereka semua boleh faham bahasa kita. The possibility is high. Most of Greys can talk more than five languages. Paling kurang pun tiga. Kita kan keluarga berbisnes. " Nasihat Hadif senada. Kali ini dia serius. Tiada yang perlu dibuat main jika melibatkan Grey.

Hafiy mendengus kasar. Makin dia marah, makin dia rasa lapar. Habis terus stik di pinggannya tadi. Terus dia bangun untuk mengambil makanan sendiri. Nak tunggu pelayan memang lembab.

Helena diam saja. Pencuci mulut di hadapannya dimakan dengan senyap. Keadaan tidak seperti yang diinginkan. Dia fikir malam ini tiada lagi ketegangan antara keluarga.

Tiba-tiba pinggangnya dicuit.

" Hm? " Helena pandang Saleema. Dah kenapa?

" Kenapa semua serius sangat weh, nak menangis aku. " Saleema menunjukkan tubir matanya yang berair. Seram dia tengok abang-abang Helena muka ketat. Kalau tidak selalunya ceria aje. Ditambah lagi dengan tetamu-tetamu lain yang memandangnya pelik.

Memanglah, tak pernah nampak. Tahu-tahu aje muncul di majlis orang.

" Nothing, just small family problems. Kau tak payah kisah pun orang yang pandang-pandang tu, makan aje. Nanti kite pergi ambil aiskrim pula. " Helena menceriakan keadaan. Senyuman diukir manis.

Saleema mengangguk sahaja. Dia meneruskan makan. Tak selesa langsung kalau ada orang pandang ni.

" Chi è quella ragazza? Perché è qui? ( Who's that girl? Why is she here? ) "

" Non lo so. come cazzo può essere qui? Indossa persino un hijab!( I do not know. How the fuck can she be here? She even wears a hijab!) "

Mariana yang mendengar bisikan suara itu terus memandang belakangnya. Dia tahu pada siapa ayat itu ditujukan. Siapa lagi kalau bukan kawan anak buahnya, Saleema dan juga adik iparnya, Dairisya.

Selama ini Puan Dairisya tidak pernah hadir majlis keramaian keluarga Grey begini. Terutama apabila ditegah Tuan Huzhaid. Yang tahu mengenai isterinya hanyalah ahli keluarga terdekat sahaja.

Risau akan mengancam keluarga sekiranya pihak yang lain tahu.

" Chiudi la bocca e mangia. non c'è bisogno di essere occupato con gli affari degli altri. ( Shut your mouth and eat. There is no need to be busy with other people's affairs. ) " Celah Mariana. Tak suka betul dengan manusia yang suka menyibuk begini.

Terdiam kedua orang perempuan itu. Masing-masing merupakan tetamu luar yang diundang oleh Rodrigo. Mungkin klien yang berkaitan dengan bisnes dadahnya.

" Zio Gavino! ( Uncle Gavino! ) "

Tuan Huzhaid menoleh mendengar panggilan nama tersebut.

Itu nama sebenarnya... Gavino Grey.

" Dino? "

Tersentak Tuan Huzhaid apabila budak lelaki berusia lima tahun itu melompat dan memeluknya.

" Mi manchi, zio. ( I miss you, uncle. ) " Ucap budak kecil itu. Wajahnya disembam di dada bidang Tuan Huzhaid. Rindu betul dia pada pakciknya itu.

" Dino! Do you just miss uncle? what about me? "

Dino angkat wajah memandang Hafiy. Kepala digeleng laju.

" No! " Begitu saja Dino menolak Hafiy. Tak rindu langsung ke dengan dia?

Hafiy juih bibir.

" How dare you... " Suaranya berjauh hati. Hafiy memeluk tubuh. Benci lah macam ni. Kita rindu dia tau, dia tak rindu kita pun!

" Abang Reeq! Dino. Abang. Rindu! " Dino memanjat pula tubuh Hifzan. Tergelak Hifzan. Diangkat tubuh sepupu kecilnya itu didudukkan di atas riba.

" You know how to speak Malay? " Soal Hifzan. Setahunya budak ini mana reti bercakap bahasa lain selain Bahasa Itali dan Bahasa Inggeris.

" Solo un po. ( Just a bit. ) " Dino menyatukan jari telunjuk dan ibu jari, meninggalkan sedikit ruang menampakkan betapa sikitnya pengetahuan dia terhadap Bahasa Melayu.

Hifzan mengangguk faham.

Pipi Dino dicubit. Comel betul dengan pipi tembamnya. Bercakap pun macam tengah kunyah pau.

" Dino... " Panggil Helena meleret. Tak akan tak ingat dia langsung kut?

" Sorella carina! ( Cute sister! ) " Terjerit-jerit Dino memanggil Helena dengan gelaran yang diberinya. Kalau boleh semua dia bagi nickname.

" I have something for you! Chiudi prima gli occhi. ( Close your eyes first. ) " Arah Helena lembut. Tangannya menyelongkar beg tangan. Rasanya dia ada simpan dalam beg tadi.

Laju Dino tutup mata dengan kedua tapak tangan. Tak sabar menunggu apa yang ingin diberi Helena kepadanya.

" Ora aperto! ( Now open! ) "

Dino kalih tangan dari matanya. Membulat mata berwarna abu-abu itu melihat figura kecil dinosaur di tangan Helena.

" Dinosauro! " Melompat-lompat Dino di riba Hifzan. Semua yang berada di meja itu melepas tawa melihat gelagat comel Dino.

Helena menghulurkan patung kecil itu pada Dino.

" Grazie mille, sorella carina! ( Thank you so much, cute sister! ) " Dino turun daripada ribaan Hifzan dan berlari anak ke arah Helena.

Helena yang melihat anak kecil itu menghampirinya terus menunduk sedikit.

Cup!

Dino mencium pipi Helena sebagai tanda penghargaan. Dah lama mereka berdua tidak berjumpa, bila bertemu begini dapat hadiah pula.

Pandangan Dino beralih pada seorang gadis yang duduk di sebelah Helena. Berkerut dahi licinnya. Siapa pula ni?

Tersengih Saleema di situ. Dia pun tak kenal siapa budak kecil ini.

" Dino, this is Saleema. Saleema, ini sepupu aku! " Helena memperkenalkan mereka berdua. Menjadi orang tengah katakan.

" Saleema? " Kata Dino dengan kepala menyenget ke kanan.

" Yes, I'm Saleema. " Saleema senyum lebar. Comelnya budak ni, pipi pau!

Saleema mencuit pipi Dino. Terkekeh Dino ketawa.

Tiba-tiba Helena menghampiri Dino dan berbisik di telinganya.

Seketika keadaan sepi sebelum Dino menjerit dan menutup mulut dengan kedua tangan. Terus saja dia memandang Saleema dan Hefzy bersilih ganti.

Jari telunjuk Helena letak di bibir.

Dino berbuat sama.

Rahsia mereka berdua. Haha.

Bingung Saleema melihat Helena dan Dino. Ini bisik-bisik ni mesti mengata dia kan?

" Kenapa nama dia Dino? " Tanya Saleema. Dino tu bukan dinosaur ke?

" Dove sei stato, Dino?! ( Where have you been, Dino?! ) " Satu suara lantang memecah suasana tenang.

Helena kemam bibir. " Tanyalah abang dia tu. "

Continue Reading

You'll Also Like

110K 6.7K 26
. "Who the hell are you?" Seorang lelaki kacukan orang putih merupakan pelajar yang dikenali ramai. Tapi bukan dia seorang je okay. Member seperjuang...
1.2K 116 9
"Why did my baby sister cry?" -Tengku Damean Uzair- Adik perempuannya itu jangan diusik jika tidak mahu menempah batu nisan awal. " ishhh abang ni, a...
474 51 21
romance hater to lover konflik plot twist sad happy
2.2M 98K 80
"Senyum! Senyum! Senyum! Tu ja kau tahu?! Hey perempuan , sekali lagi kau senyum depan aku, siap kau." -Afkar Irsyad "Awak buatlah apa yang awak nak...