Ivy Layla [C]

By Marleneith

19.6K 1.8K 62

(SHORT STORY) IVY LAYLA X SYED MALIK EIDRUS "Allah tak bagi semua pada you, sebab nanti you lupa diri"- Malik... More

LAYLA 1
LAYLA 2
LAYLA 3
LAYLA 4
LAYLA 5
LAYLA 6
LAYLA 7
LAYLA 8
LAYLA 9
LAYLA 10

LAYLA : END

2.5K 186 15
By Marleneith











          SHARIFAH Malika Al-Hamra dilaporkan telah menggigit rakan sekelasnya. Malik dan Layla terpaksa pergi ke sekolah persendirian anak mereka itu untuk bersoal jawab dengan guru dan juga waris kepada budak yang menjadi mangsa gigitan Malika.

"Maaf encik, puan atas perbuatan anak dara saya ni," ujar Layla.

Malik pandang Malika tajam. Dengan hantaran isyarat mata sahaja, Malika diam menekur lantai. Tak pasal-pasal berbekas telinga anak orang.

"Tak apa, Zayn ni tak biasa berkawan ramai macam dekat sekolah. Biasalah tak ada adik lagi itu yang manja sikit tu," Zetira menjawab bagi pihak anak lelakinya.

"Zayn, aunty minta maaf tau sebab Malika gigit Zayn. Mana telinga yang Malika gigit tu, sakit?" Layla belek telinga yang masih belum hilang kesan merahnya. Bertakuk kesan gigi Malika di situ. Sudahlah Zayn berkulit cerah. Anak oh anak...

Malik bersalaman dengan Shaqir dan meminta maaf juga. Aduhai anak, anda memang melatih ibu dan ayahmu menjadi insan yang penyabar lah.

Dekat rumah, Malika duduk diam dan menayang wajah meminta simpati dari ibu dan ayah supaya tidak dimarahi.

"Kenapa gigit orang? Tahu tak kalau luka, kakak boleh kena tangkap polis?" Gertak Malik dan Malika geleng dengn pipi yang kemerahan dalam cubaan menahan tangis.

"Kakak...kakak geram dengan Zayn sebab Zayn mayu-mayu. Kakak taknak dia diam, kakak gigit lah tinga dia sebab tak dengar kakak panggil. Bukan kuat pun kakak gigit, telinga Zayn yang wosak," Malika memberi keterangan dan Layla diam tidak mahu masuk campur hal soal siasat ayah dan anak perempuannya itu.

"Kalau dia diam, ajak lah dia borak. Tak payah attack orang. Kakak ni,"

"Tak boleh ayah, Zayn taknak cakap dengan kakak. Ayah, kakak taknak kena tangkap poyish. Kakak tatut..." rayu Malika yang percaya dengan apa yang Malik beritahu tadi.

"Hah tak apa, kejap lagi ayah cakap dengan polis jangan tangkap anak ayah. Tapi janji, jangan buat orang lagi tau. Berkawan elok-elok dekat sekolah tu," pesan Malik dan Malika angguk laju. Selamat, ayah dia boleh berbincang dengan polis.

Malik jeling Layla di sebelahnya. Ambik, muka ikut ayah tapi perangai seratus peratus terserap dari ibunya. Layla versi satu isterinya dan versi dua adalah anaknya. Memang tidak disangkal lagi.

"Ibu gigit ayah tak kena tangkap poyish pun," Malika mula mempertikaikan hal Layla yang sering menggigit Malik kalau bergurau. Masing-masing terdiam.

"Ibu tak apa, sebab ayah ibu punya. Kakak tak boleh la sebab Zayn bukan kakak yang punya. Kakak kecil lagi kan? Baru 4 tahun," Layla membela diri.

"Oh, kakak kena jadi besar macam ibu dengan ayah dulu la baru boleh gigit-gigit?" Tanya si anak dan Malik terlongo. Layla pula tepuk dahi.

"Ya, sekarang kakak kecil lagi. Nanti dah besar macam ibu ayah, dah kahwin baru kakak akan faham. Ingat jangat buat orang tau, berkawan elok-elok dengan kawan dekat sekolah tu," pesan Layla pula.

"Okay ibu, ayah" Malika buat muka comel agar segera bebas dari sebarang hukuman. Dia tahu, kalau ayah yang denda pasti Malika dipaksa makan sayur dengan ikan goreng. Malika tak suka sayur dan ikan. Ayam goreng nak lah!

"Pergi naik mandi, dah bau peluh dah. Petang kejap lagi mari mengaji dengan ayah. Jangan nak tidur pula," arah Malik tegas.

"Tapi, kakak ada school work lah ayah," Malika mencari akal nak mengelat. Ini pun turun perangai Ivy Layla juga ni.

"Kenapa? School work banyak sangat sampai tak boleh nak mengaji ke Sharifah Malika Al-Hamra?" Pulang Malik semula dan Malika hanya mampu tersengih tidak boleh mengelat lagi.

"Okay, ayah!" Malika galas beg smiggle yang besar dari tuan itu naik ke bilik dia dan juga adiknya, Syed Leis Al-Hamza. Adik lelaki Malika baru nak masuk 8 bulan dan kini dijaga oleh Kak Dewi.

Malik jeling Layla yang tersengih-sengih sedari tadi seperti kerang wangi. Ada lah tu akalnya. Layla tarik lengan Malik dan seperti biasa bicep Malik yang menjadi mangsa.

"Ha, lepastu kalau anak buat benda yang sama sayang runsing tak tahu anak ikut perangai siapa. Ni, dah ibu dia ni kuat gigit sangat, anak pun ikut lah," Malik jentik dahi Malik perlahan.

"Jadi, tak boleh cuddles dah ke? Tak sayang saya dah ke?" Layla silang tangan dengan wajah yang muram.

Dulu boleh saja dia bahasakan 'love language' mereka dengan menyerang Malik begitu. Sekarang Malik sibukkan anak pula. Tak ada Layla tak ada tau dua makhluk penambah kesabaran, perangarang jantung Layla dan Malik itu. Hmmph!

"Bukan tak boleh sayangku Layla sayang...Cuma anak-anak tengah membesar. Diorang tengah develop ssesuatu yang baru setiap hari. B taknak kakak tu terikut cara kita bermanja dan buat pada kawan di sekolah. B tak kisah kalau sayang nak gigit B sampai berbekas pun, nak cium sampai berdarah bibir ke, cuma biar kita-kita je. Boleh faham kan apa yang B cakap ni?" Jelas Malik dan Layla diam.

Ya tak ya juga. Apa yang suaminya katakan benar. Anak sulungnya itu dah la cepat tangkap kalau belajar. Cuma cakap saja ada lagi bunyi-bunyi pelat tu.

"Okay," jawab Layla perlahan.

"Good," ubun-ubun Layla diusap menyalurkan rasa kasih dan sayangnya pada si isteri.

"Nak cuddles jom masuk bilik, sementara anak-anak ada dengan Kak Dewi. Sekejap lagi B nak ajar kakak mengaji pula," ajak Malik lembut dan Layla peluk leher Malik mahu dimanjakan.

Malik pun tidak banyak kata, mendukung Layla naik ke atas. Mujurlah, dah dua orang anak ni tetap Ivy Layla yang berada di carta teratas paling manja. Malika setakat mewarisi perbuatan nakal ibunya sahaja. Minta dimanjakan kurang sikit melainkan nak bodek beli itu-ini saja dia akan datang menyendeng.

Syed Leis Al-Hamza tu tidak tahu lagi. Baru lapan bulan. Tapi rasanya ikut karenah Malik. Sebab dari lahir tak banyak bunyi. Menangis dan merengek bila lapar dan mengantuk saja. Kalau tidak selesa pun Leis akan diam cuma menendang-nendang sahaja.

Berdebar juga Malik saat Leis pertama kali melihat dunia. Doktor jenuh buat macam-macam untuk bagi anaknya itu menangis kerana takut Leis ada komplikasi takpun lemas. Mujur nyaring suara anak jantannya itu. Pengalaman yang tidak akan Malik lupakan.















RUMAH Syed Aqmar riuh dengan sura budak yang sakan berparty di luar. Yang turut tergolong adalah Malika. Leis pula sudah diculik oleh kakak-kakak sepupunya yang sudah besar dan boleh di harap. Waktu itulah Malik dan Layla boleh mengepakkan sayap besar sikit.

Aqmar senyum suka melihat kemesraan sepupunya itu. Malik sudah senang bergaul dan tidak menyendiri seperti dulu lagi dah. Berborak pun boleh pergi banyak tajuk.

"Senang hati aku tengok kau sekarang Eid, dah bahagia dengan isteri dan anak-anak. Mak ngah pun mesti seronok kan?" Kata Aqmar disamping Aralyn yang sedang mendodoi anak kecil mereka yang baru 3 bulan.

"Alhamdulillah, Qmar aku bersyukur sebab Allah hadirkan aku pasangan yang tak pernah pandang rendah pada aku. Inilah penyokong aku dari awal sampailah semuanya berakhir. Tak ada dia, aku tak tahu apa yang jadi pada aku sekarang," Malik jongket bahu santai sambil memeluk pinggang Layla dari sisi. Layla mampu senyum sahaja bila dirinya dipuji.

"Alhamdulillah, rezeki lah namanya. Semoga yang baik-baik ni berkekalan sampai akhir hayat. Doakan aku juga, aku pun tak sangka dari crush dah ada tiga orang anak sekarang," akhir bicara Aqmar ada tawa senang. Segan!

"Inshaallah, aamin. Aqira tu sekejap je dah darjah satu. Kakak-kakak sangat dah dia," Cakap orang, Malik pun rasa macam baru lagi iqamatkan Malika dan sekarang puterinya itu dah 4 tahun, dah becok dah boleh berperang mulut dengan dia.

"Haah, kau? Takkan dua aje? Leis dah cerdik dah tu kau pun muda lagi. Tambah lagi sorang lepastu bersara lah," usik Aqmar dan Aralyn menyenggol pinggang suaminya. Pandai sangat suami dia tu. Time Aralyn minta anak bukan main trauma lah apa lah.

"Taknak dah Qmar, cukuplah saya tutup kilang dulu. Dua orang tu macam nak semput kalau kepung. Leis tu pula baru dapat akal. Ah pening!" Layla geleng kepala gaya bergurau.

Terus semua bantai ketawa. Serik sangat gayanya tu. Selalunya yang serik awal ni yang mendahului nanti. Aralyn angguk setuju. Dia dulu masa Aqira dan Aqisha pun rasa lelah juga sebab dua beradik itu rapat sikit jarak usianya. Dia rasa apa yang Layla rasa sekarang.

"Yang kakak kerjanya serang anak orang dekat sekolah. Sabar ajelah," Malik menambah dengan gelengan kepala. Syed Aqmar ketawa lucu. Beginilah bila dah jadi ibu bapa. Dunia mereka hanya dengan keluarga dan anak-anak.

"Ayah...tsk! Hiks..."

Semua terarah pada Malika yang datang dengan wajah yang basah dengan air mata. Malika datang peluk Malik. Layla mengintai dari sisi.

"Ya kakak, kenapa ni?" Tanya Malik pelik.

Tadi suara anak dia lah terpaling menonjol, tahu-tahu datang menangis pula.

"Aunty, nah Leis. Dia taknak duduk dah dengan Fisha," Nafisha datang menyua semula Leis yang menendang-nendang tidak mahu lagi bersosial.

"Okay, thankyou kakak Fisha jagakan Leis," ucap Layla lembut dan Nafisha angguk sebelum sambung berseronok dengan geng sebaya dia.

"Ayah, Asytar cakap kakak bukan anak ayah. Mata kakak tak sama dengan ayah tapi adik mata ikut ayah. Ayah, kakak anak ayah!" Teriak Malika semakin menjadi-jadi. Seperti tidak sanggup menerima hakikat jika dia bukan anak Malik.

"Lah, kakak anak ayah lah. Mata kakak saja lain sikit sebab ikut ibu. Yang lain semua kakak ikut ayah. Dah jangan nangis-nangis. Nama penuh kakak apa?"

"Sharifah Malika Al-Hamra Binti Syed Malik Eidrus," dalam sendu Malika sebut nama penuhnya.

"Hah, see? Belakang ada nama ayah kan?" Malika angguk. Mula reda dan okay sedikit.

Layla pula duk hantar isyarat pada Aqmar dan Aralyn tentang anak sulung mereka yang agak cemburu sedikit dengan adiknya.

Aqmar dan Aralyn angguk faham dan tahan lucu melihat mulut becok Malika sedang berbual dengan ayahnya.

"Tapi kenapa adik mata sama dengan ayah? Kakak nak mata sama dengan ayah juga! Mata ayah cantik," Layla jengulkan kepala dan menjegil mata.

"Mata ibu tak cantik ke?" Tanya Layla.

"Mata ibu macam mata kakak, tapi ibu cantik" semua rasa terharu dengan pujian ikhlas Malika itu. Layla rasa nak belanja ayam goreng pula pada Malika balik nanti.

"Mana boleh minta-minta macamtu. Ini Allah yang bagi. Kakak, kakak kenalah bersyukur. Dah takmau nangis. Kalau duk menangis macamni ayah ajak balik," Malik lap air mata Malika dengan hujung baju kembangnya.

"Hah, yang kakak tu janganlah puji adik depan dia. Nanti drama lah dia. Dia cemburu sikit dengan adik ni," Layla dirikan Syed Leis dan si kecik itu melonjak suka dengan sengihan comelnya.

"Cerdiknya, tapi biasalah tu. Anak perempuan. Dia nak perhatian lebih sikit," kata Aralyn.

Layla dan Malik bersetuju dengan apa yang dikatakan Aralyn itu. Memang Malika nak perhatian lebih sentiasa. Biasalah, sementara nak besar sikit lagi nanti Malika akan perlahan-lahan faham sendiri.

















           MALIK duduk di balkoni luar bilik menikmati angin malam. Sampaikan Layla menyelit bawah lengan dia pun dia tak rasa. Tahu-tahu si manja belahan jiwanya itu sudah ada dihadapan dia dengan menyembamkan wajah pada dada Malik.

Layla lentokkan tubuh ke belakang sehingga rambut panjangnya berjurai ke bawah. Malik bertindak mengampu kepala isterinya itu kerana risau.

"Hati-hati sayang, pening kepala nanti" tegur Malik lembut dan terus menarik kepala Layla rapat pada tubuhnya.

Layla pejam mata dapat cium bau maskulin Malik yang baru lepas mandi tadi. Mendamaikan.

"Kakak dengan adik dah tidur? Tanya Malik.

"Ada, atas katil. Tidur dah lah tapi," beritahu Layla dan Malik selak sedikit langsir mengintai anak-anaknya dan bahagia dua orang itu memonopoli kawasan katil.

"Penat lah tu. Tak apa, esok kakak tu sekolah"

Layla cipta pergerakan kecil dan Malik ikut menarik sekali. Pinggul dan belakang tubuh Layla yang terdedah itu dipegangnya.

"Baby happy?" Tanya Layla sambil senyum manis khas buat tatapan suaminya saja.

"Ya, alhamdulillah I happy, sangat-sangat" Malik jujur tentang perasaannya.

"Saya pun happy. Kita happy macamni sampai tua lah ya? Baby jangan cari perempuan lain tau. Kalau dah tak cintakan saya, baby cakap. Jangan sesekali curang,"  Layla larikan tangan naik merangkul leher Malik pula.

"Layla yang simpan kunci hati I sebelum ni. Bermakna, tak ada orang lain yang boleh masuk ke dalam hati I selepas Layla. Dengan izin dan kuasa Tuhan yang membolak-balikkan hati, semoga hati I ni sentiasa terpelihara untuk Layla sayang sahaja. Inshaallah, I will always love you now and forever Ivy Layla," luah Malik buatkan hati dan jantung Layla bergetar.

"Terima kasih sebab selalu sabar sepanjang perkahwinan kita. Awak dah jadi ayah yang baik mendidik kakak dan adik, jadi suami saya tu jangan cakaplah. Awak suami yang sempurna yang sentiasa membuka peluang untuk saya dapatkan syurga. Awaklah imam, awaklah pendidik, awaklah segala-galanya bagi saya, Malik. Kalau ada perasaan yang lebih dari cinta mungkin perasaan itu yang saya akan rasa bila bersama awak" balas Layla membuatkan Malik tersenyum senang.

Jarang-jarang Layla dapat lihat senyuman seikhlas malam ini. Sangat ekslusif.

"You pun sama sayang. Beristerikan Ivy Layla merupakan pemberian Allah yang lebih dari apa yang I minta pada Dia. I selalu berdoa I nak seorang peneman hidup yang boleh terima kekurangan I. Tapi you, you're my everything Layla sayang. You penawar, you pelindung, dan you isteri yang sangat baik dan sentiasa menyenangkan hati I,"

"Alhamdulillah, I percaya ada hikmah di sebalik aturan yang cantik ni. Kalau orang lain, mana mungkin mereka mampu bersabar untuk hidup dengan seorang lelaki yang penakut, terperangkap dalam trauma dan terlalu bergantung pada orang. Tapi Allah Maha Kaya, dengan sekali pertemuan, kita dah berada sejauh ini. Ada dua orang buah hati yang comel-comel pula tu. I rasa sedih dalam gembira sayang. Sebesar ini nikmat kebahagiaan yang I dapat rasakan bila I redha dengan semuanya. Alhamdulillah," Malik toleh ke sisi dan mengelap air matanya cepat-cepat.

"Lega kan bila dah lepaskan semuanya? Rasa lapang kan?" Malik angguk setuju. Layla pun seka air matanya juga. Terharu Malik karang ayat panjang-panjang menghuraikan tentang dia. Dari bercakap 5 patah perkataan saja dulu sekarang dan pandai berjenaka dan mengusik Layla lagi.

"Alhamdulillah, lega dan bersyukur sangat. No more them. Tinggal kita-kita sahaja. Lagi-lagi Ivy Layla sayang ni. Di mana-mana pun, I dibayangi si cantik ni seorang saja," Malik senyum dalam tangisnya.

Tak boleh, dengan Layla dia kalah. Kalau tidak ada Layla mana mungkin Malik akan baik-baik saja dan bahagia seperti sekarang. Layla yang bawa penawar yang paling mujarab itu. Kerana dia, Ivy Layla.

"Sugarcane on your lips huh?" Layla usir rasa sayu itu pergi dan Malik mengekeh tawa mewahnya.

"No, it's I-V-Y L-A-Y-L-A!" Jawab Malik dengan mengeja nama Layla satu per satu.

Layla senyum dengan pipi yang kebas dek malu dengan ayat manis suami sendiri. Apa-apa ajelah Syed Malik Eidrus, yang penting awak milik saya sampai syurga.

Inshaallah.
























T H E  E N D

Continue Reading

You'll Also Like

154K 9.1K 25
RE-EDIT SOON! '' bila kuat sangat kita genggam, itu yang jadi titik kelemahan dalam diri. Learn to let go, if it return,its your, if it looked awa...
1.1K 91 19
[ 23 | ONGOING ROMANCE ] start : 31 DECEMBER 2023 end : Pasangan yang bahagia itu adalah ketika mereka saling melengkapi kekurangan yang ada pada pa...
2.5M 55.5K 43
Aku dibeli dengan harga Rm 500 000oleh seorang Tengku yang aku sangkakan baik tapi ternyata silap , dia membeli aku untuk kepuasan nafsunya sendiri ...
109K 6.7K 18
Tyara Series: Book 3 (End) Dia yang salah faham. Dia yang sudah melupakan. Dia yang meninggalkan kekasih lemas dalam memori. "Who are you to me, and...