Ivy Layla [C]

By Marleneith

19.7K 1.8K 64

(SHORT STORY) IVY LAYLA X SYED MALIK EIDRUS "Allah tak bagi semua pada you, sebab nanti you lupa diri"- Malik... More

LAYLA 1
LAYLA 2
LAYLA 3
LAYLA 4
LAYLA 5
LAYLA 6
LAYLA 7
LAYLA 8
LAYLA 9
LAYLA : END

LAYLA 10

1.7K 171 14
By Marleneith









PUAN Sri Aaliyah memeluk Tok Yah lama. Macam berjejak kasih anak dan emak pula. Layla di sebelah Malik hanya diam bila Malik duk usap pinggang dia dan melarikan tangan di pinggul Layla. Bukan main lagi sekarang, harap-harap ilmu gatal ini diwarisi dari Layla lah. Kalau dari therapist Malik yang ajar memang Layla kerat 22 bahagian.

"Terima kasih banyak mak Yah, susah-susah masak lauk banyak tadi. Sedap pula tu," puji Puan Sri Aaliyah dan Tok Yah senyum sipu dipuji sedemikian.

"Tak ada apa aih, nanti mai la lagi. Mak Yah boleh masak untuk Liya. Nah?" Lengan Puan Sri Aaliyah diusap.

"Inshaallah, Liya datang lagi nanti. Seronok duduk kampung, tenang. Nanti Liya pencen nak duduk kampung jugalah," Tok Yah angguk setuju saja.

"Ya, hati-hati balik KL tu Liya. Habaq kat dreba jangan bawak laju-laju. Nanti dah sampai KL bagitahu dekat budak-budak ni. Semoga selamat perjalanan," serentak Malik dan Layla senyum dan angguk.

"Hati-hati balik ibu,"

"Terima kasih ibu, semoga dipermudahkan perjalanan balik. Abang Zul jangan drift-drift tau. Bawak kereta hati-hati," Layla meninggalkan pesan pada ibu mertuanya dan juga pemandu peribadi keluarga. Abang Zul senyum dan mengangguk patuh.

"Ya, bubye. Duduk elok-elok. Eid, jangan buat hal lagi ya?" Pesanan terarah pada Malik dan Malik jatuhkan kepalanya berjanji taknak ulang silap yang sama lagi dah.

Sebaik toyota Alphard hitam itu pergi, Layla terus masuk ke dalam rumah. Malik geleng kepala runsing. Dua hari dah Layla tak bercakap dengan dia dan Malik rasa bosan dan hilang arah. Macam mana nak bagi Layla bercakap dengan dia hah? Isterinya merajuk betul-betul kali ini.

"Tengok tu, dalam pada mertua dia pesan suruh duk elok-elok, dia buat perangai pulak dah. Cucu oi cucu..." Tok Yah pun pening dengan perangai tidak matang Ivy Layla sejak kebelakangan ini. Malik itu sabar banyak dah duk pujuk isteri sendiri.

"Layla suka apa tok? Malik dah tak tahu lah nak ambil hati dia macam mana lagi," wajah sendu Malik agak menyedihkan dan Tok Yah pula boleh senyum nakal.

"Layla suka budak-budak. Ada budak kampung mai, dia seronok la melayan. Lagi satu dia sukakan Malik. Dua tu ja yang tok tau pun"beritahu Tok Yah dan Malik tahan senyum. Kesukaan Layla yang kedua itu buat Malik rasa berbunga.

Malik masuk ke dalam rumah, dia dapatkan Layla. Layla yang sedang mengemas dapur. Tangan nakal merayap di pinggang Layla dan bila Layla langsung tak terkesan Malik geram.

"Eh, apani? Awak gatal eh sekarang! Jangan macam-macam, saya bagitahu tok awak buat macamni," Layla berhenti lap meja dan membetulkan semula kain batik yang terlerai disebabkan tangan gatal Malik tadi.

"Lagi sehari untuk kita berdamai. Kalau tak you berdosa besar sebab bermusuhan dan mencipta jurang dengan suami sendiri. Tak takut ke?" Duga Malik dan Layla berdecit.

"Bila masa kita bermusuh? Awak dah tak perlukan saya lagi. Lagipun malas juga nak ganggu privasi orang kan? Nanti kena tengking pula," perli Layla sedas dan Malik gigit isi pipinya geram. Bukan geram pada Layla tetapi geram dengan diri sendiri.

Kalau zaman teknologi ada 'digital footprint' yang meninggalkan jejak digital secara kekal. Kalau masalah yang dihadapi Malik pula, tergolong dalam pelatah melayu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Malik taubat dah taknak buat hal lagi dengan si isteri kalau begini padah yang dia dapat.

"Layla sayang, I janji takkan tinggi suara pada you lagi. Please," Baru Malik nak pujuk, tiba-tiba juga tekak Malik rasa loya teramat sangat sehingga naik ke kepala. Malik rasa melugal dengan air liur sendiri.

Layla terkejut dengan Malik yang tiba-tiba muntah di dalam sinki itu. Wajah suaminya merah padam seperti tidak cukup nafas dan Layla bertindak mengusap belakang Malik perlahan.

"Awak kenapa? Mengandung?" Tanya Layla selamba dan Malik menggeleng. Tiba-tiba saja dia loya.

"Mana boleh mengandung," jawab Malik polos dan Layla tahan hati dari ketawa.

"Dahtu, tiba-tiba muntah kenapa? Aish, buat orang risau," keluh Layla dan Malik rasa terhiris sangat dengan riak acuh tak acuh isterinya itu.

Layla dah bosan dengan dia dah ke? Layla nampak seperti tidak sudi lagi mahu melayan Malik seperti dulu.

"Sorry buat Layla sayang risau. I pun tak tahu apa masalah I sekarang. I naik atas nak rehat sekejap, kepala I pening. Nanti pengsan dekat dapur ni satu hal pula. Sorry again," selepas menjawab begitu, Malik terus pergi.

Layla terngadah. Dah terbalik code pula. Dia yang patut merajuk sekarang berpindah kepada Malik. Ada orang baru yang berjauh hati nampaknya.

"Awat tu? Muka chom semacam. Hang marah dia ka?" Sampuk Tok Yah yang baru lepas bertembung dengan Malik.

"Mana ada, entahlah. Tiba-tiba muntah lepastu buat sentap macamtu. Ish, kita yang merajuk kita juga nak kena pujuk" Layla naik ke atas juga mahu melihat keadaan Malik yang tiba-tiba berubah pe'el itu.

"Hang okay?" Tanya Tok Yah yang sempat tarik tangan cucunya itu.

"Okay ja tok, hok kat ataih tu yang k-o" Ujar Layla dan Tok Yah geleng kepala sambil senyum. Apa-apa je lah cucu-cucu oi. Jangan bergaduh sakan sudah.

Malik duduk di birai katil merenung nasib diri yang tidak sudi lagi dimaafkan Layla. Tanpa sedar, ada air mata yang bertakung di tubir mata. Dia tak minta pun rumah tangganya jadi begini. Dia sayang dan cintakan Layla sepenuh hati dan Layla pula nampak macam dah bosan dengan dia.

"Alalala, emosi tak stabil. Tadi muntah lepastu menangis pula baby saya ni. Saya minta maaf baby, takmau lah sedih-sedih," Layla kalut menyelit di celah ketiak Malik untuk berbaring di ribaan suaminya itu.

"Tak apa, you tak ada salah pun. I yang salah sebab dah marah you. I susahkan you. I'm so sorry," ujar Malik perlahan tanpa memandang Layla.

"Tu dah lama saya maafkan. Tak sekarang kenapa sedih sangat ni? Rindu saya ke? Saya pun rindu baby saya ni," Layla duduk semula dan memeluk Malik dari sisi. Dia cium pipi Malik geram kemudian tangan berurat Malik dicapai.

"Saya minta ampun, saya tahu ada perbuatan dan kelakuan saya buat baby terasa hati. Tapi saya jujur, saya sendiri tak faham dengan diri saya sekarang. Sayang sayang baby, saya bukan nak merajuk sangat tapi hm entahlah. Rasa nak perhatian lebih. Maafkan saya, baby" Layla kucup tangan Malik.

Bila Malik diam, Layla muncungkan bibir. Malik yang beku dah kembali nampaknya. Lelaki itu kaku tanpa riak.

"Thankyou sebab sanggup nak mengatasi semua tu demi saya dan untuk kebaikan awak juga. Saya bangga dengan awak," ucap Layla dan Malik mula senyum secebis.

"I ingat I sorang yang saja tak faham dengan kehendak diri I. I pun sama sayang, I rasa tak menentu. Kadang I excited, kadang I rasa tak larat dan tiba-tiba I jadi sedih. Kecelaruan identiti?" Tanya Malik dan Layla sembur tawa.

"Kenapa gelak?" Tanya Malik bingung. Tadi serius, lepastu manja dan sekarang Layla terhibur pula.

"Habistu kita dua ni ada masalah kecelaruan identiti ke sekarang?" Malik geleng pula.

"Entahlah, I tak tahu," Berat juga masalah mereka berdua. Malik takut kalau ianya akan mengeruhkan keadaan.

"Tak ada apa-apa lah. Mungkin mainan emosi je tu. Kita berdamai okay?" Layla sua tangan tanda pemdamaian dan Malik membalas dengan hati yang terbuka.










MALIK menggamit Layla duduk di sebelahnya. Layla menolah tidak mahu mengganggu kerja si suami yang sedang bermesyuarat secara maya. Malik tutup kamera dan menarik Layla duduk di sebelahnya, barulah Malik buka semula kamera dan mikrofon.

"Inilah isteri kesayangan yang banyak menyokong saya selama ini doktor. Dekat rumah dia lah therapist saya sebelum saya berjumpa dengan doktor," Malik pamdang Layla sambil senyum saat memperkenalkan isteri sendiri pada Dr Jasmyn.

Layla ukir senyum manis dan melambai mesra. Padahal malu pun ada juga sebab cemburukan suami sendiri. Rupanya Dr Jasmyn tu dah lebih kurang sebaya ibu dah. Mujur Malik tidak berkata apa-apa.

"Minggu lepas last session Malik missed appointment. Malik pergi mana ya?" Tanya Dr Jasmyn lembut persis ibu-ibu.

"Oh, erm saya ada hal sikit. Sorry doctor," balas Malik bersama senyuman kecil.

"Nampak gayanya, Malik dah semakin okay. Andai kata Malik didatangi lagi oleh mereka itu semua, dan dapat mimpi buruk tu lagi, jangan takut untuk berjumpa saya ya," Dr Jasmyn berpesan dan Malik angguk faham.

Lepas habis sesi bersama Dr Jasmyn, Malik letak ipadnya ke tepi. Dia nak fokus pada Layla pula. Layla senyum ceria dengan pemcapaian suaminya sekarang. Malik dah nampak lagi sempurna tiada langsung celanya.

"Cemburu lagi tak?" Malik selit rambut Layla ke belakang telinga.

"Tak! Mana pernah cemburu," Layla menafikan. Malik senyum senget. Konon...

"Tak cemburu, cuma tak ada mood nak bercakap dengan I aje kan? Faham..." Layla menampar dada Malik kerana malu.

"Saya dah siap, jom pergi klinik" ajak Layla.

Semalam dah berjanji dengan Malik untuk teman suami tercintamya itu pergi klinik mendapatkan rawatan. Malik kerap sangat pening kepala dan cepat penat. Risau pula Layla dibuatnya. Sekarang orang sihat pun boleh kena macam-macam penyakit.

Malik duduk dengan wajah 'blur' tak berkesudahan dia. Layla pula yang berdebar menanti keputusan doktor.

"Kenapa dengan suami saya ni doktor? Dia sakit apa? Bukan yang serius kan?" Tanya Layla risau. Ditambah pula dengan wajah doktor yang mendebarkan itu. Lagilah Layla rasa sedih.

"Encik, saya minta izin periksa nadi isteri boleh?" Tanya doktor lelaki tua itu. Sarung tangan klinikal disarung dan Malik mengangguk meskipun wajahnya tak berapa nak rela sangat.

"Puan berdebar ke?" Tanya doktor dan Layla sengih cuak. Boleh pula tanya...

"Tak apa, relax. Saya tak buat apa pun. Sekejap ya," borang diambil dari dalam laci dan doktor itu menconteng apa pun Layla tak tahu. Huruf O dan G saja yang Layla dapat baca pun.

"O&G? Suami saya je yang sakit kepala. Saya tak sakit," Layla menjawab cuak. Apahal dia pula yang dapat surat ni?

"Kalau macamtu, puan cuba buat test ni" satu kotak berisi alat ujian kehamilan disua dan Layla pandang Malik.

"Kenapa? Doktor, wife I sakit apa sebenarnya?" Tanya Malik terus kerana dia tidak faham sangat apa yang sedang terjadi sekarang.

"Tak apa, encik teman isteri buat test ni dulu. Saya rasa puan tak sakit apa pun cuma sakit buatan encik sendiri ni," dahi Malik berkerut.

Tak sukalah doktor klinik ni, macam tak boleh dipercayai sangat. Ada pula cakap sakit Layla buatan dirinya sendiri. Malik yang sakit kepala ini pun datang jumpa doktor, bila masanya nak cipta penyakit sendiri pula. Terkena pada Layla pula tu. Tak patut sungguh.

"Aw-awak..." Layla keluar dalam keadaan menggigil lalu menyua alat ujian tersebut pada Malik.

Malik lihat dua garis merah yang tertera di plat putih itu tanpa riak. Malik peluk Layla mahu kurangkan sikit ketakutan yang dirasai isterinya.

"Kenapa ni? Layla sayang, cakap dengan I you baik-baik saja kan? Ini tak menakutkan I kan?" Tanya Malik blur tahap langit ketujuh.

"Saya rasa ini bukan menakutkan. Tapi ini buatkan saya rasa lebih dari gembira. Baby, I'm pregnant," bisik Layla perlahan.

"Hah? Layla sayang...be-betul ke ni?" Malik tidak tahu mahu beri riaksi yang bagai mana. Bila Layla angguk dengan tersenyum lebar, Malik tak rasa Layla tengah takut dan berdukacita sekarang.

"There's a baby? In you?" Tanya Malik lagi memegang perut Layla.

"Ya baby, ada baby kita dalam ni. Awak yang bagi pada saya," Nak saja Layla terkam Malik seperti di rumah, tapi ini klinik. Layla kena jaga diri.

"Whoah, seems like mine is the winner and we are the champion Layla sayang. Ada babylah dalam perut you, kita yang usaha kan?" Layla angguk sebak kerana Malik pun sedang tahan diri daripada menangis.

Hebatnya kuasa Yang Maha Pencipta...

Alhamdulillah.


















TBC.



Jumpa last chapter nanti okie😘

Continue Reading

You'll Also Like

37.6K 2.9K 37
[ 17 | COMPLETE romance - sweet ] *unedited* Sweet Blue, kisah antara Aidan Naufal si jejaka dingin dan Nisa Sharifah si gadis lurus bendul. "Kal...
982K 30.2K 42
Kenapa tolak pinangan saya?" "Allahu akhbar" Aku yang sedang elok minum di sebuah kafe dikejutkan dengan kedatangan seorang lelaki. "Awak ni memang t...
473K 15.6K 56
#2020 Coverby:@nurshaziera Dia seorang gadis.Kelahirannya tidak diterima oleh bapa kandungnya hanya kerana dia bayi perempuan sedangkan si bapa terla...
59.5K 5.1K 36
[ 08 | COMPLETE sweet - romance ] *unedited* Mohamad Hazuwan Aresh Γ— Nur Yana Edel BLURB; Cerita 'Sweet Pink' akan membawa kisah sepasang suami ist...