7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]

Oleh fumai_

21.6K 1.2K 138

GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven bro... Lebih Banyak

PROLOG
7D1A | 01
7D1A | 02
7D1A | 03
7D1A | 04
7D1A | 05
7D1A | 06
7D1A | 07
7D1A | 08
7D1A | 09
7D1A | 10
7D1A | 11
7D1A | 12
7D1A | 13
7D1A | 14
7D1A | 15
7D1A | 16
7D1A | 17
7D1A | 18
7D1A | 19
7D1A | 20
7D1A | 21
7D1A | 22
7D1A | 23
7D1A | 24
7D1A | 25
7D1A | 26
7D1A | 28
7D1A | 29
7D1A | 30
EDISI RAMADHAN
EDISI RAMADHAN II
EDISI SYAWAL
7D1A | 31
7D1A | 32
7D1A | 33

7D1A | 27

461 28 4
Oleh fumai_

" We own this beach!!! " Laung Hafiy lantang dengan suara garaunya. Syahdu betul bila dia sebut perkataan 'beach' itu.

Pak!

Hafhiz menampar belakang kepala Hafiy. " Elok sikit perangai. Nak menjerit bagai simpan kat rumah aje. " Nasihat Hafhiz. Dia mula berjalan ke arah pesisir pantai.

Rezeki mereka hari ini, tiada siapa yang berada di Golden Beach, Utara Cyprus. Bolehlah mereka meluangkan masa selama yang mereka mahu.

" Masya Allah. " Habib memuji keindahan alam ciptaan Allah di hadapan matanya.

Hafhiz pandang air laut yang berwarna biru jernih itu. Indah. Tenang fikirannya daripada stress melayan si kembar.

" Bro, ingat smart ke? Jalan dekat air cetek, pandang laut... Ingat handsome? Kalau berani kita lawan berenanglah! " Tempik Hafiy dari jauh. Dia mendabik dada. Sengaja mencabar abang kembarnya, Hafhiz.

Hafhiz buat tak endah. Biarlah Hafiy berenang seorang-seorang. Dia sudah malas mahu melayan. Baik dia tenangkan diri dan fikiran.

Hafiy mendengus apabila Hafhiz langsung tidak menghiraukannya. Dia mula memprovok.

" Takut kalah ke?! " Hafiy senyum sinis. Dia tahu kembarnya itu pantang dicabar.

Hafhiz toleh ke belakang dengan mata dipincing halus. Nampaknya dia sudah tercabar.

" Hm, mula dah. " Heidi yang melihat adik kembarnya hanya memutar bola mata. Dia labuh duduk di pesisiran pantai. Ditemani Helena di tepi yang mula membina istana pasir bersama Saleema.

" Siapa kalah, jadi imam solat isyak malam ni. " Hafhiz terus berlalu ke laut yang separas pinggangnya.

Hafiy senyum sinis.

" Jadi muazzin pun boleh lah! " Lagak Hafiy. Dia berlari ke sebelah Hafhiz.

" Sampai batu tu kita pusing. " Kata Hafiy dengan nada berlagak. Jari dituding pada sebuah batu besar di tengah laut yang tidak berapa jauh dari mereka.

Mereka berdua meregangkan tubuh.

Aunty Mariana di situ sudah bersedia dengan telefon mahalnya untuk merakam. Detik yang tak boleh disia-siakan. Bukan selalu dia boleh luang masa dengan anak-anak buah kesayangannya.

" I bet Hafhiz is going to win. " Ujar Hadif pada Hefzy. Tangan diseluk ke dalam poket seluarnya.

" Everyone thought so. " Ucap Hefzy bersahaja. Lihat pada gayanya, mustahil lah Hafiy boleh menang lawan Hafhiz. Hafhiz dulu pernah masuk acara renang di sekolah. Lagipun, Hafiy tak pernah menang kalau lawan dengan Hafhiz melainkan permainan catur.

Hefzy buka kerusi lipat. Dia duduk di situ, diam memerhati Saleema.

" What are they doing? " Hifzan yang baru muncul di situ menghamburkan soalan pada Hadif. Kedua manusia yang sibuk berenang di tengah laut itu dia pandang dengan muka tak percaya.

" We're having a small competition. " Jawab Hadif. Dia duduk tidak jauh daripada Helena dan Saleema. Niat nak bersantai aje, tapi dia tengok macam seronok pula buat istana pasir. Lebih baik dia join.

" What's the prize? " Soal Hifzan seperti berminat. Dah lama dia tak berenang, asyik sibuk saja dengan kerja.

" None. Siapa kalah kena jadi imam solat isyak malam ni. "

Hifzan hanya mengangguk kepala. Dia berlalu ke arah Habib.

" Mummy dengan daddy mana? " Rasanya tadi mereka datang bersama walaupun dengan tiga kereta.

Habib angkat wajah dari terus memandang bukunya.

" Itu. " Habib muncung bibir ke arah dua pasangan yang mesra berjalan di gigi air pantai.

Hifzan senyum senget. Bergula betul.

" Weh, weh dah nak sampai! " Hadif menepuk-nepuk bahu Hefzy. Nampak dua kelibat yang sengit bersaing di antara permukaan air laut.

" Fhiz cepat Fhiz! "

" Woo! Hafhiz! "

" C'mon my baby twins! Hafiy, kalau you menang I share tips jadi muda macam I!!! " Laung Aunty Mariana kuat. Kenapa dia berani sangat beri semangat Hafiy dan pertaruhkan tips keunggulan wajahnya? Sebab dia tahu Hafiy tak akan menang.

Semangat Hefzy dan Hadif bersorak. Heidi di sebelah pula hanya selesa melihat sambil minum air.

" Hafhiz menang! " Hadif berlari ke arah Hafhiz yang sudah naik ke permukaan. Tangannya dia tarik ke atas sebagai pemenang.

" Shit! " Carut Hafiy.

Pak!

Habib memukul belakang kepala Hafiy dengan bukunya. " No curse words. " Dah banyak kali dia tegur adik-adiknya supaya tidak menyumpah, tapi tak mahu dengar.

Helena yang seronok bergelak tawa dengan Saleema sambil bermain pasir, terasa bahunya disentuh. Terus berhenti tawanya.

" Weh, kau tengok tu. " Saleema hala jari telunjuk ke arah sekumpulan perempuan seksi.

Helena kalih pandangan.

" Kenapa? " Soal Helena tidak mengerti.

" Kau dengar tak apa diaorang cakap? "

Helena cuba beri fokus pada pendengarannya.

" Oh my god, he's damn cute! "

" Wait! Look at that white cap. He's really hot! "

" Aaah! That one is very sexy! "

Helena pandang pula abang-abangnya.

Dia pincing mata seakan berfikir.

Oh, faham.

" Weh dia panggil lah! Kau pergi sana Helena! Aku tak tau, dia cakap pasal abang kau kan. " Saleema tolak Helena ke depan.

Helena yang rasa macam tak tahu apa-apa terus berjalan pada perempuan yang melambai tangan padanya seakan memanggilnya kemari.

" Yes? " Tanya Helena terlebih dahulu. Mana lah tahu sebenarnya mereka nak tanya di mana tandas?

" Do you know them? " Soal perempuan seksi itu mewakili rakan-rakannya yang menggeletis di belakang.

Helena pusing kepala sekejap memandang abang-abangnya.

" Err, yes. They're my brothers. " Jawab Helena jujur. Iyalah, takkan nak mengaku boyfriend pula, banyak betul.

" That white singlet one? "

" Girl, he's sexy. " Puji kawan-kawannya di belakang.

Helena pusing mencari abangnya yang memakai singlet putih. Oh, abang Hafhiz. Patutlah jadi tumpuan, nampak sangat baju putihnya itu melekap di tubuh tegapnya.

" He's my brother too. "

" The white cap? " Perempuan itu memaksudkan Heidi. Tak henti-henti mereka semua buat tarian cacing di belakang dengan harapan mendapat perhatian daripada sekumpulan jejaka kacak.

" My brother. "

Para gadis di situ buat muka tak percaya. Biar betul ni? Ada juga yang menjeling dan seakan mengata.

" That's all your brothers? Are you serious? "

" 100% sure. " Helena tunjuk muka berlagak. Apa? Tak pernah tengok ke orang ade banyak adik beradik? Ke tak percaya?

" Does your brother in... the gray shorts have a girlfriend? " Seorang gadis mara ke hadapan sedikit daripada kerumunan. Dia bertanya pada Helena.

Helena pincing mata. Seluar pendek warna kelabu?

" Yes? " Sergah satu suara.

Helena pula terasa bahunya memberat. Dia panggung kepala ke atas sedikit.

Hefzy sedang memaut bahunya dari tepi.

" Do- do you have a girlfriend? " Soal gadis tadi. Kawan-kawannya di belakang sudah ada yang mengipas wajah sendiri menggunakan tangan. Ada juga yang melenggok tubuh serta senyum manis. Memang nak mengorat.

Hefzy diam seketika.

" Yes, I do. " Kata Hefzy senada dengan bibir melakar senyum nipis. Sesekali matanya terpandang Saleema yang memerhatikan mereka.

Gadis itu mendengus. Tak jadi dia mahu minta nombor telefon.

" Can we join you guys? " Seorang lagi perempuan bertanya. Banyak betul soalan, ingat temu duga ke?

Kalau setiap soalan berbayar tak apa juga.

" No. "

Suara garau itu buat semua tersentak. Hifzan. Helena kerut dahi. Dah kenapa muka ketat semacam.

Wajah Hifzan tegang, buat semua gadis itu terdiam. Tanpa sebarang kata perpisahan, sekumpulan gadis itu terus beredar. Mungkin takut melihat wajah Hifzan yang umpama nak makan orang.

" Let's go, we're having a beach volleyball match. 5 lawan 5. " Kata Hifzan ceria. Tiada lagi wajah yang ketat dan tegang.

" Lima lawan lima? Mummy dengan daddy pun main juga ke? " Helena sengetkan kepala.

" Bukan. Xayn dengan Aunty Mariana main sekali. " Jawab Hifzan. Rambutnya yang serabai ditiup angin pantai, dia raup sedikit ke belakang. Sejuk betul angin pantai ni.

" Okay, on! "

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

57.8K 2.6K 26
Tengku Aisha Andriana dan Tengku Aisra Aidriana.Dua adik beradik yang amat dingin. Tengku Aisha Andriana digelar sebagai Ice princess.Aisha mempunyai...
569K 25.4K 34
"Nama kamu siapa? Nama kita Fatieha. Housemate Yaya." "Got to go. Nice to meet you." "Nama kamu siapa?" "KG." Pada suatu malam, mereka diperte...
474 51 21
romance hater to lover konflik plot twist sad happy
47K 2.3K 33
"Princess, letak pisau tu sayang." Louis memujuk kekasihnya, Hazel supaya meletakkan pisau yang di genggamnya. Dia tahu keadaan mental Hazel tidak st...