SWEET POISON | COMPLETE

By bungatehh

5.6K 236 9

Kisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi u... More

SWEET POISON.
THE MAIN CHARACTERS.
CHAPTER 1 | SHEA MARRIETTA.
CHAPTER 2 | GALERI LUKISAN TELAH BERUBAH HAK MILIK.
CHAPTER 3 | HUBUNGAN SEMAKIN ERAT.
CHAPTER 4 | HAMPIR DICULIK.
CHAPTER 5 | RASA INGIN MEMILIKI.
CHAPTER 6 | PERKAHWINAN LILA ARIANNA.
CHAPTER 7 | CIK JULIET, WANITA SIMPANAN TUAN WEIR.
CHAPTER 8 | AMARAN!
CHAPTER 9 | LILA ARIANNA.
CHAPTER 10 | KETAKUTAN SEDANG MENGUASAI.
CHAPTER 11 | TUAN JAYCE DISERANG SAKIT JANTUNG.
CHAPTER 12 | JADI WANITA SIMPANAN TUAN WEIR.
CHAPTER 13 | DIHIMPIT RASA BERSALAH.
CHAPTER 14 | TERPISAH.
CHAPTER 15 | ELLIE'S ART GALLERY.
CHAPTER 16 | ELLIE MENINGGAL.
CHAPTER 17 | BEBOLA DAGING.
CHAPTER 18 | JAMBANGAN BUNGA DARI HOSPITAL.
CHAPTER 19 | DINNER DAN WEIR CEMBURU?
CHAPTER 20 | LILA ARIANNA MELARIKAN DIRI.
CHAPTER 21 | MARTIN JONES.
CHAPTER 22 | BERKAHWIN.
CHAPTER 23 | RANCANGAN UNTUK MEMISAHKAN.
CHAPTER 24 | PERSIAPAN PERKAHWINAN.
CHAPTER 25 | PERANGKAP.
CHAPTER 26 | BERTAHAN.
CHAPTER 27 | SELEPAS SHE, ADALAH WE.
CHAPTER 28 | DITUDUH.
CHAPTER 29 | SEMAKIN BAHAGIA DAN MEMBAHAGIAKAN.
CHAPTER 30 | EMPAT MATA.
CHAPTER 31 | MULA BERPRASANGKA.
CHAPTER 32 | TASIK DAN KENANGAN MANIS.
CHAPTER 33 | MEMPUNYAI WANITA SIMPANAN YANG LAIN.
CHAPTER 34 | JANJI DIMUNGKIRI.
CHAPTER 35 | DIPERANGKAP OLEH?
CHAPTER 36 | PULAU SOBIESZEWO.
CHAPTER 37 | BAWA PULANG.
CHAPTER 38 | JAMBANGAN BUNGA DARIPADA MARTIN JONES.
CHAPTER 39 | KAK LILA?
CHAPTER 40 | MEMUJUK.
CHAPTER 41 | TERPUJUK ATAU TIDAK?
CHAPTER 43 | SINAR KEBAHAGIAAN MULA BERSINAR.
CHAPTER 44 | JANJI.
CHAPTER 45 | RED CAMELLIA.
CHAPTER 46 | KEDIAMAN REHAT DI KRAKOW.
CHAPTER 47 | DICULIK OLEH?
CHAPTER 48 | RUPERT CHARLES?!
CHAPTER 49 | AGENDA TERSEMBUNYI.
CHAPTER 50 | TRIO PENCULIK.
CHAPTER 51 | AKHIRNYA SELAMAT.
CHAPTER 52 | TRAGEDI BERDARAH.
CHAPTER 53 | TERPALIT DENGAN SKANDAL PEMBUNUHAN.
CHAPTER 54 | PENYIASATAN BERMULA.
CHAPTER 55 | UMPAN MENGENA.
CHAPTER 56 | MERAJUK.
CHAPTER 57 | BOS KECIL.
CHAPTER 58 | BUNGA UNTUK?

CHAPTER 42 | BERITA BAIK ATAU TIDAK?

88 6 0
By bungatehh

Kali ini percaturannya dengan memilih Tuan Mark sebagai sugar daddy yang baru amatlah tidak tepat. Lelaki itu langsung tidak berani untuk menentang atau mempertahankannya dihadapan Puan Delis. Dia hidup didalam ketakutan gara-gara ugutan daripada Puan Delis itu.

Dan, dia bertekad, dia perlu mendapatkan semula hati Weir Thaddeus itu agar hidupnya kembali tenang seperti sebelum ini.

Dia akan melakukan segala-galanya asalkan lelaki itu mahu menerimanya kembali.

Shea Marrietta merasa tidak sihat badan. Kepalanya terasa pening dan tekaknya juga merasa loya. Perutnya juga terasa tidak selesa, dan dia juga kerap terkencing yang tidak lawas rasanya. Dia merasa risau akan kesihatan dirinya, jadi, dia mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan di hospital.

Dia menunggu keputusan dengan penuh sabar. Dia ingin sentiasa sihat kerana dia perlu menjaga orang-orang yang dicintainya dengan baik. Dan, kebahagiaannya bersama dengan Weir Thaddeus juga baru sahaja bermula.

Muncul Doktor Miguel dari balik pintu sambil memegang sekeping kertas. Dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi didalam bilik rawatan itu.

"Saya sihat, kan, Doktor Miguel?." Soal Shea Marrietta namun tiada reaksi diwajah doktor itu.

"Mmm. . Ehem! Puan Weir..."

"Ya, saya." Wajahnya kelihatan risau.

"Mmm.. Err awak mempunyai 9 bulan sahaja lagi... Mmm..." Bulat mata Shea Marrietta tatkala mendengar kata-kata Doktor Miguel itu.

"Hah?! Saya sakit apa, Doktor?!."

Tetapi, Doktor Miguel tidak dapat menahan senyumannya lagi. Dia tidak sampai hati ingin terus mengusik wanita itu dan akhirnya dia tersenyum dengan lebar.

"Tahniah, Puan Weir. Awak mengandung!." Beritahu Doktor Miguel dengan wajah gembira.

"A...apa? Saya meng...andung?." Sepertinya dia tidak dapat mempercayainya.

Doktor Miguel angguk kepala sambil tersenyum.

"Saya tak salah mendengar, kan, Miguel?."

Doktor Miguel tertawa.

"Awak tak salah mendengar, Marrietta.. Tahniah kerana awak bakal melahirkan anak pertama tidak lama lagi." Shea Marrietta memegang perutnya, seakan masih tidak percaya dengan berita yang baru didengarinya itu.

Dia senyum sambil mengusap-usap lembut perutnya itu.

"Anaknya bersama Weir Thaddeus?." Senyuman terukir dibibirnya.

Namun, adakah suaminya itu akan sebahagia dirinya tatkala mengetahui dia bakal menjadi seorang ayah? Jantungnya berdebar-debar ingin mengetahui apakah reaksi suaminya itu nanti.

"Ini ubat yang awak perlu makan. Eat healthy food, ya. Rehat yang secukupnya. Don't stress." Pesan Doktor Miguel.

Mereka berdua berbalas pandangan dan senyuman.

Pintu bilik rawatan itu dibuka, dan muncul wajah Cik Juliet yang kelihatan muram dan sugul itu.

"Rahim awak terpaksa dibuang akibat infection." Terngiang-ngiang ditelinganya kata-kata doktor wanita itu tadi. Kini, hidupnya bagaikan sedang menerima karma untuk setiap apa yang telah dilakukannya.

Langkahnya terasa sangat lemah. Dengan keadaan dirinya, pasti dia akan dibuang oleh Tuan Mark bila-bila masa sahaja. Dan, walau bagaimana caranya sekalipun, dia tetap harus mendapatkan Weir Thaddeus semula. Demi kelangsungan hidupnya dan agar Puan Delis berhenti daripada terus mengganggunya.

Tidak jauh dia terpandangkan seorang wanita yang dikenalinya.

"Shea Marrietta!." Dia melihat wanita itu sedang memegang perutnya sambil tersenyum gembira. Dia mengekori wanita itu sehingga ke tempat letak kereta.

"Jika Weir tahu kau sedang mengandung, pasti dia akan memaksa kau untuk menggugurkan kandungan itu." Tiba-tiba kedengaran suara Cik Juliet di belakangnya. Dan, apabila dia menoleh, kelihatannya sungguh wanita itu sedang berdiri sambil memandangnya dengan pandangan yang sinis.

Shea Marrietta hanya senyum tipis.

"Tidak! Weir takkan memaksa saya untuk menggugurkan kandungan ini." Shea Marrietta mempertahankan suaminya itu.

Cik Juliet ketawa sinis.

"Dia belum bersedia untuk mempunyai anak, Puan Weir. Jika dia sudah bersedia, pasti dia tidak akan memaksa aku untuk menggugurkan kandungan aku sebanyak 3 kali! 3 kali sehingga rahim aku terpaksa dibuang! Dan itu adalah anak dia!." Cik Juliet menipu agar wanita dihadapannya ini membenci suaminya sendiri agar Weir Thaddeus kembali kepadanya. 2 kali itu sememangnya anak kepada Weir Thaddeus namun yang ketiga adalah anak kepada Tuan Mark.

Mereka berdua berbalas tatapan tajam.

"Itu mungkin disebabkan awak hanyalah wanita simpanan dia saja!." Templak Shea Marrietta setelah sekian lama dia bersabar dengan wanita ini.

"KURANG AJAR! ARGHH!." Kata-kata itu telah menyebabkan Cik Juliet merasa amat marah dan dengan tiba-tiba, dia menolak Shea Marrietta sehingga wanita itu jatuh tergolek di atas tangga yang sedang dipijak. Dengan wajah yang panik, Cik Juliet melarikan diri.

"To.....long! To.....long...!!." Jerit Shea Marrietta sambil memegang perutnya sebelum dia tidak sedarkan diri.

"Shea!." Jerit Lila Arianna saat melihat adiknya yang terjatuh dengan posisi tertiarap setelah ditolak oleh seorang wanita yang tidak dikenali.

Lila Arianna dengan riak risau menunggu adiknya yang sedang menerima rawatan itu. Tidak lama kemudian, dia terdengar bunyi tapak kasut seseorang sedang berlari ke arahnya, dan apabila dia menoleh, kelihatannya Weir Thaddeus. Riak wajah lelaki itu juga jelas menunjukkan kerisauan yang amat mendalam.

"Lila.. Mana She?!."

"Shea masih berada didalam bilik itu. Doktor sedang merawatnya." Jawab Lila Arianna.

Weir Thaddeus memegang dahinya. Nafasnya turun naik dengan begitu kencang. Dia terus bergegas ke hospital setelah diberitahu oleh Lila Arianna tentang kejadian itu. Tiba-tiba muncul Doktor Miguel menghampiri mereka berdua.

"Tuan Weir dan Puan Lila, sila tunggu diluar, ya. Kami akan mencuba sedaya upaya kami untuk menyelamatkan mereka berdua." Ujar Doktor Miguel.

"Mereka berdua?." Soal Weir Thaddeus dan Lila Arianna serentak dengan riak pelik.

"Kamu berdua masih belum tahu? Puan Weir sedang mengandung.. Baru saja pagi tadi dia datang ke sini untuk membuat pemeriksaan." Jelas Doktor Miguel.

Weir Thaddeus meraup wajahnya sambil menangis. Isterinya sedang mengandungkan anak dia? Beginikah rasanya tatkala dia memaksa Cik Juliet untuk menggugurkan kandungannya? Dia sungguh menginginkan anak bersama isterinya itu. Manakala Lila Arianna pula terduduk disaat mendengar kata-kata Doktor Miguel itu.

Jadi, inilah berita yang ingin disampaikan oleh adiknya itu ketika Shea Marrietta menghubunginya dan meminta agar dia pergi ke hospital untuk bertemu.

"Shea."

"Doktor, tolong selamatkan mereka berdua..!." Ujar Weir Thaddeus dengan bersungguh-sungguh. Doktor Miguel senyum sambil menepuk perlahan bahu lelaki itu.

"Jangan risau, Tuan Weir. Saya akan mencuba yang terbaik untuk Puan Weir."

GANG!

Cik Juliet menutup pintu bilik itu dengan sangat kuat. Dia kini diselubungi dengan rasa takut yang amat sangat, dia tidak sengaja menolak Shea Marrietta disebabkan rasa marah dengan kata-kata wanita itu.

Tangannya terketar-ketar.

Tidak lama kemudian, pintu bilik rawatan itu dibuka, muncul wajah sugul Doktor Miguel. Lila Arianna dan Weir Thaddeus terus bangun dari duduknya dan menerpa ke arah Doktor Miguel itu.

"Bagaimana dengan keadaan She?!." Soal Weir Thaddeus dengan nada risau.

"Dia selamat. Namun.... Err kandungannya tidak dapat diselamatkan." Dengan sedih, Doktor Miguel menjawabnya. Weir Thaddeus terduduk ke lantai saat mendengar kata-kata itu. Anaknya telah tiada? Dia menangis. Untuk kali pertama dia menangisi anaknya yang telah meninggal. Dadanya terasa sungguh berat saat ini.

Lila Arianna menutupi mulutnya tatkala mendengar kata-kata Doktor Miguel itu. Air matanya juga mengalir mengenangkan kejadian yang menimpa adiknya itu.

Wajah pucat dan lesu itu ditatap dengan penuh kasih sayang. Jarinya mengusap lembut pipi adiknya itu.

"Shea, adik kakak yang manis." Pipi itu dielus lembut.

Serentak itu, Shea Marrietta membuka matanya dan tersenyum tatkala melihat wajah Lila Arianna. Mereka berbalas pandangan dan senyuman. Lila Arianna meraih jari-jemari adiknya lalu dikucup lembut. Dia berjanji akan mencari wanita yang telah menolak adiknya sehingga jatuh dan menyebabkan adiknya keguguran.

"Shea nak makan?." Shea Marrietta gelengkan kepalanya. Dan tiba-tiba dia seperti teringatkan sesuatu, lalu memegang perutnya sambil memandang ke arah kakaknya.

Lila Arianna serba salah terhadap adiknya itu. Dia tidak sanggup memberitahu namun dia juga tidak sanggup untuk menipu adiknya itu. Lila Arianna cuba mengukirkan senyuman biarpun terasa kelat. Dia meletakkan tangannya ke atas tangan adiknya.

"... Shea..." Tiada kata yang mampu diungkapkan saat ini. Air matanya mengalir dengan sangat laju. Dia tidak menyangka akan kehilangan anaknya pada hari yang sama dia mengetahui tentang kandungannya ini. Lantas tubuh itu dipeluk erat oleh Lila Arianna.

"Kakak! Anak Shea!." Shea Marrietta meraung didalam pelukan kakaknya itu.

"Kakak ada dengan Shea. Kami semua ada bersama Shea." Pujuk Lila Arianna sambil mengusap lembut belakang tubuh adiknya itu.

Weir Thaddeus yang melihat dari tingkap kecil dibilik itu turut menangis tatkala melihat keadaan isterinya itu.

"Kakak lihat ada seorang wanita yang menolak Shea sehingga Shea terjatuh. Siapakah wanita itu, Weir? Siapa yang mempunyai dendam sehingga sanggup menolak adik kakak itu, Weir!." Terngiang-ngiang ditelinganya kata-kata Lila Arianna itu. Hanya ada seorang sahaja wanita yang selalu merasa sakit hati terhadap isterinya itu.

"Juliet!." Penumbuknya digenggam kuat. Weir Thaddeus meluru meninggalkan bilik wad itu dan ingin bertemu dengan wanita yang telah menolak jatuh isterinya dan menyebabkan isterinya keguguran.

Lila Arianna tersenyum melihat adiknya yang sedang menikmati bubur yang dimasaknya itu. Didalam masa yang sama, dia turut mengupas kulit buah orange untuk adiknya itu.

Namun, Shea Marrietta merasa sedikit pelik. Kemanakah suaminya? Lila Arianna tersenyum.

"Shea sedang mencari Weir, ya?." Teka Lila Arianna membuatkan Shea Marrietta merasa malu.

"Mungkin Weir keluar untuk selesaikan sedikit urusannya. Kakak temankan Shea, ya."

"Shea tak kisah kakak atau Weir yang temankan Shea, asalkan kamu berdua ada bersama-sama dengan Shea." Lila Arianna senyum lebar mendengarnya.

"Manis sungguh kata-kata adik kakak ni." Usik Lila Arianna membuatkan Shea Marrietta tertawa. Hilang kesedihannya berkaitan dengan keguguran itu.

"Pasti anak Shea telah bertemu dengan Aunty Ellie, kan." Dia memujuk dirinya sendiri.

"Pasti! Mungkin mereka berdua sedang bermain bersama-sama... Lagi pula Shea masih muda, masih mampu mempunyai anak yang ramai." Shea Marrietta tersenyum.

"Tetapi Weir?." Dia teringatkan kata-kata Cik Juliet itu.

"Kenapa dengan Weir? Shea.... Dia sangat sedih apabila tahu Shea keguguran. Dia menyalahkan dirinya diatas semua yang terjadi ini." Balas Lila Arianna.

Shea Marrietta merasa sedikit pelik. Bukankah wanita itu memberitahu bahawa suaminya memaksa dia menggugurkan kandungannya kerana belum bersedia?

"Tapi, wanita itu mengatakan yang Weir belum bersedia untuk... jadi seorang ayah."

"Wanita yang menolak jatuh Shea itu ke? Shea kan sudah berjanji dengan kakak, Shea tidak mahu mendengar kata-kata orang lain selain daripada Weir sendiri.. Shea jangan mungkir janji, kakak marah nanti." Ugut Lila Arianna sekadar mengusik adiknya itu. Dia ingin menghiburkan hati adiknya yang sedang kesedihan itu.

Shea Marrietta tertawa, lalu dia meraih jari-jemari kakaknya itu. 5 tahun yang dilalui tanpa kehadiran kakaknya dan kini, kakaknya ada dihadapannya sedang tersenyum manis ke arahnya.

Sementara itu, pintu kondominium milik Cik Juliet itu ditendang berkali-kali oleh Weir Thaddeus.

"Juliet!." Jerit Weir Thaddeus dengan lantang.

"Buka pintu ni! Kalau tak, aku pecahkan pintu ni! Juliet! Buka pintu ni!." Jerit Weir Thaddeus semakin kuat dan lantang.

Namun wanita itu masih mendiamkan dirinya.

"Thor! Pecahkan pintu ni! Cepat!." Arah Weir Thaddeus dengan tegas.

"Baik, Tuan!."

Tiba-tiba sahaja pintu itu dibuka dari dalam. Muncul wajah Cik Juliet yang penuh dengan ketakutan itu. Weir Thaddeus mencerlung tajam wanita itu. Kemarahannya terasa membuak-buak tatkala melihat wajah itu.

"Weir."

Dia ingin mencapai pergelangan tangan lelaki itu namun Weir Thaddeus menepis tangannya itu sambil menatap tajam wajah wanita itu.

"Kau!."

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 28.8K 41
While moonlighting as a stripper, Emery Jones' mundane life takes a twisted and seductive turn when she finds herself relentlessly pursued by reclusi...
3.7M 158K 62
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
10.7M 248K 60
𝐅𝐫𝐨𝐦 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐭𝐨 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐫𝐬 Enzo Mariano is known for being nothing but ruthless. He is feared by all in the Italian mafia. He kills on...
912K 82.5K 38
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 𝐑𝐚𝐭𝐡𝐨𝐫𝐞 𝐆𝐞𝐧'𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐒𝐚𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...