HER SAVIOR [Slow Update]

By DaisyIntrovert

129K 9K 1.3K

'No harm will ever come to you, for I am your protector' "Saya tak boleh nak halang kerana hati saya yang me... More

DISCLAIMER
CAST
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51

BAB 25

2K 130 2
By DaisyIntrovert

Danny yang duduk di samping Emelda itu setia memerhatikan Zahra dan Tengku Ahnaf yang masih berada di atas pelamin.

Dia melepaskan keluhan kecil.

Danny bingkas bangun dari duduknya dan beredar dari situ, mahu menenangkan jiwa yang berkocak dan hati yang patah kerana wanita yang dicintai dalam diam sudah bahagia berada di sisi lelaki lain.

Teresa dan Emelda saling berpandangan melihat Danny yang sudah melangkah keluar dari dewan tersebut. Stephanie dan Florance sudah lama pulang terlebih dahulu.

Danny melabuhkan duduk di taman yang terdapat di dalam hotel tersebut. Matanya dipejam erat, mahu mengusir bayangan Zahra yang masih setia bermain di mindanya.

"Susahkan?"

Mata yang dipejam rapat tadi terus terbuka luas apabila ada suara yang menyapa gegendang telinganya.

Dia kalihkan kepalanya ke sisi apabila ada seseorang melabuhkan duduk di sisinya.

"Aunty," gumamnya perlahan lalu kembali memandang ke depan.

Teresa menepuk perlahan bahu anak saudaranya yang satu itu. Walau buruk macam mana sekalipun perangai anak saudaranya yang satu itu, lelaki itu tetap sedarah dengannya.

"Are you okay?" tanya Teresa lembut.

Danny mengukir senyuman hambar, sekadar mahu menutup rasa di hati lalu mengangguk perlahan.

"Tidak semua harapan dalam hidup kita akan tercapai," tutur Teresa perlahan.

Danny terus menoleh memandang Teresa yang setia membuang pandangan ke depan.

"Maksud aunty?" soal Danny kembali.

Teresa menarik nafas sedalamnya lalu hembus perlahan. Kepala dikalihkan ke kiri memandang wajah tampan milik Danny.

"Kadang-kadang cinta itu tak seharusnya memiliki dan tidak semua perasaan itu akan terbalas Danny."

Tertunduk kepala Danny mendengar kata-kata Teresa. Itu yang dia rasakan saat ini. Dia tahu perasaannya terhadap Zahratidak akan terbalas sampai bila-bila.

Teresa menatap sisi wajah Danny yang tertunduk itu. Dia yang menyaksikan bagaimana anak-anak saudaranya itu membesar dan dia tahu kalau Danny itu sudah menyukai Zahra dari dahulu lagi meskipun Danny jarang mahu melayan Zahra dengan baik.

"Jika perasaan cinta yang Danny rasakan saat ini bertepuk sebelah tangan, maka biarkan tangan Danny yang sebelah lagi mencari cinta yang lain. Cinta yang memang ditakdirkan untuk Danny. Perasaan ini mungkin akan memberi luka untuk Danny tapi luka ini yang akan mendewasakan Danny," ujar Teresa dalam nada penuh lembut.

Danny mengangkat kepalanya bersama mata yang sedikit kebasahan kerana air mata yang sudah mula bertakung di tubir matanya.

"Aunty, kalau dari dulu Danny layan Zahra dengan baik, mungkin ke Zahra akan ada perasaan yang sama macam Danny?" tanya Danny dengan nada bergetar.

Teresa menyeka air mata anak saudaranya satu itu.

"Danny, walau sebesar mana pun usaha dan harapan yang Danny punya, jika bukan ditakdirkan untuk Danny, maka bukanlah. Sama seperti Zahra."

Semakin berkaca-kaca mata Danny mendengar kata-kata Teresa.

"Kalau pun Danny layan Zahra dengan baik dari dulu sekalipun, Zahra tetap bukan milik Danny jika Tuhan sudah takdirkan Zahra bersatu dengan Ahnaf."

Teresa menekup wajah Danny. Mata Danny yang kembali basah itu ditatap lama.

"Kalau betul sayang kan Zahra, ikhlaskan hati Danny untuk lepaskan Zahra dalam hati Danny. Doakan kebahagiaan dia. Tuhan akan gantikan perasaan kecewa Danny ini dengan perkara lebih baik. Percaya pada Tuhan," nasihat Teresa.

Dia tidak mahu kalau Danny melakukan perkara yang bukan-bukan disebabkan rasa kecewa dia banyak mendengar kes-kes orang gagal dalam bercinta bertindak mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.

Danny memegang tangan Teresa yang masih setia di wajahnya itu.

"Aunty, please pray for me. Hati ini tak kuat tapi Danny akan cuba sebab Danny nak Zahra bahagia walaupun bukan dengan Danny," tutur Danny. Sebak tapi apakan daya.

Kalau Tuhan sudah menentukan jalan kehidupannya dalam percintaan berakhir begitu, maka dia harus belajar mengikhlaskan agar hati dia menjadi lebih tenang.

Dia kembali teringat kejadian bodoh yang pernah dia lakukan sebelum ini. Hampir saja dia mahu meragut maruah Zahra hanya kerana kepentingan dirinya sendiri.

Sesungguhnya, dia rasa menyesal sangat kerana pernah cuba mencemari maruah Zahra. Terasa dayusnya dia sebagai seorang lelaki.

Teresa memeluk tubuh anak saudaranya lalu ditepuk lembut bahu lelaki itu. Dia tahu bukan mudah mahu melepaskan seseorang yang sudah lama bertapa di dalam hati kerana dia juga pernah berada di dalam situasi itu.

"Ahnaf."

Tengku Ahnaf yang sedang duduk santai memerhatikan si isteri yang berborak dengan Puteri Safiyyah dan Zarina itu terus menoleh ke belakang.

Majlis persandingan mereka sudah selesai. Yang tinggal hanya saudara-mara, kawan-kawan terdekat saja yang masih berada di dalam dewan.

Kening Tengku Ahnaf terangkat ketika melihat Danny yang menyapanya itu melabuhkan duduk di sisinya.

"Tahniah," ucap Danny ikhlas sambil menghulurkan tangan kepada Tengku Ahnaf.

Tengku Ahnaf terus menyambut tangan Danny tanpa ragu-ragu.

"Terima kasih," jawab Tengku Ahnaf bersama senyuman.

Diam, sepi. Terasa janggal pula duduk berdua kerana sebelum ini mereka pernah beradu mulut hanya kerana Zahra.

"Aku minta maaf atas kata-kata aku sebelum ini."

Danny memulakan bicara sekaligus memecahkan kesunyian yang tercipta antara mereka.

Itu niat dia menyapa Tengku Ahnaf. Dia malu tetapi dia tidak mahu ego mengatasi segalanya. Dia harus memohon maaf kepada lelaki itu kerana sudah bercakap lancang sebelum ini.

Tengku Ahnaf hanya diam, menunggu lelaki di sebelahnya itu menghabiskan bicara.

"Aku mengaku aku ada perasaan dekat Zahra, dari dulu bahkan sampai sekarang."

Danny menoleh ke sisi cuba melihat raut wajah Tengku Ahnaf namun lelaki itu hanya kelihatan tenang saja.

"Aku adalah satu-satunya lelaki yang ada dalam hidup dia memandangkan dia jarang terdedah pada dunia luar kecuali dengan aunty Teresa tetapi bila dia buat keputusan untuk berkahwin dengan kau..."

Danny menghentikan seketika perbicaraannya. Dadanya terasa sesak bila mengenangkan Zahra yang dipuja telah menjadi isteri kepada lelaki itu.

Nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu hembus perlahan.

"Aku rasa kecewa sangat dan aku minta maaf sebab pernah cakap bukan-bukan pasal dia. Apa yang aku cakap dengan kau sebelum ini hanyalah dusta. Aku tak pernah sentuh dia tapi..."

Jeda.

Tengku Ahnaf berpeluk tubuh menunggu lelaki itu menghabiskan kata-katanya.

"Aku pernah cuba untuk merogol dia. Bukan sekali tapi dua kali."

Rahang Tengku Ahnaf bergerak-gerak menahan marah ketika mendengar kejujuran Danny.

Tengku Ahnaf teringat kembali saat dia bertemu dengan Zahra di tepi jalan. Waktu itu, keadaan isterinya agak tidak terurus. Pasti itu semua gara-gara Danny.

"Aku minta maaf sangat-sangat. Aku menyesal dengan apa yang aku pernah buat dekat Zahra. Maaf kalau kata-kata aku dulu pernah buat kau ragu-ragu dengan Zahra."

"Aku tak pernah ragu-ragu dengan isteri aku."

Laju saja Tengku Ahnaf mencantas kata-kata Danny, sepupu isterinya itu.

Danny terus memandang Tengku Ahnaf.

"Tak ada sebab untuk aku ragu-ragu dengan Zahra hanya kerana fitnah yang kau lontarkan buat isteri aku dulu," kata Tengku Ahnaf. Tenang tapi kedengaran dingin di pendengaran Danny.

"Bila aku memilih dia untuk jadi isteri, aku letakkan seluruh kepercayaan aku pada dia supaya rumah tangga aku dan dia takkan mudah goyah hanya kerana mulut orang."

Tengku Ahnaf menepuk bahu Danny. Wajah lelaki itu dipandang.

"Terima kasih kerana berani mengakui kesalahan kau pada aku."

"Kau tak marah dekat aku sebab ada perasaan dekat Zahra?" duga Danny.

Tengku Ahnaf menggeleng perlahan.

"Aku tak boleh nak marah sebab itu hak kau tapi walau macam mana dalam sekalipun perasaan kau terhadap Zahra, kau takkan dapat memiliki Zahra kerana dia adalah isteri aku dan aku adalah pemenang di dalam hati dia," jawab Tengku Ahnaf dengan penuh yakin.

Danny tersenyum pahit mendengar kata-kata Tengku Ahnaf. Memang benar kata lelaki itu.

Dia boleh nampak semua itu dari cara Zahra menatap Tengku Ahnaf, begitu juga sebaliknya sepanjang majlis tadi.

"Betul. Kau memang pemenang di hati Zahra. Aku doakan kauorang bahagia. Tolong jaga Zahra dengan sebaiknya. Sekali lagi, aku minta maaf atas semua kata-kata aku terhadap kau," ucap Danny dengan ikhlas.

Matanya terarah pada Zahra yang sedang bergelak ketawa di meja yang terletak di hujung dewan itu. Dia terpana seketika. Itu kali pertama dia melihat Zahra gelak seperti itu.

Tepatlah keputusan Zahra berkahwin dengan Tengku Ahnaf. Lelaki itu telah memberi kebahagiaan yang selayaknya Zahra dapat.

"Tak ada hal. Aku faham tapi aku akan lebih hargai kalau kau minta maaf dekat isteri aku atas apa yang kau pernah buat sebab yang terkesan adalah isteri aku. Jangan risau, Zahra bukan sekadar isteri aku tapi dia ibarat sebahagian dari nyawa aku. Aku akan jaga dia sebaik mungkin. Aku pergi dulu," ujar Tengku Ahnaf seraya bangun dari duduknya.

Bahu Danny ditepuk perlahan sebelum beredar dari situ. Tengku Ahnaf terus mengorak langkah mendekati si isteri.

Danny melepaskan keluhan kecil sebelum bibirnya ternaik sedikit melihat kemesraan Zahra dan Tengku Ahnaf.

"Semoga kau bahagia Zahra. Aku akan minta maaf kepada kau bila hati ini dah bersedia untuk berhadapan dengan kau."

Danny terus bangun dan melangkah keluar dari dewan tersebut, mahu menenangkan hati yang lara.


"Isteri saya buat apa? Tak penat ke dengan majlis tadi?" tanya Tengku Ahnaf sambil melabuhkan duduk di sisi Zahra yang sedang menonton sesuatu di telefonnya di sofa.

Dia baru selesai membersihkan diri.

Zahra terus mengalihkan pandangannya dari telefon. Perhatiannya kini beralih sepenuhnya kepada Tengku Ahnaf.

"Saya tengah tengok cerita Tanah Kubur. Seronok, banyak pengajaran yang saya boleh belajar dari sini," beritahu Zahra.

Setiap kali ada masa lapang, pasti dia akan membuka cerita tersebut kerana cerita itu mempunyai jalan cerita yang berbeza pada setiap episod.

Tengku Ahnaf mengukir senyuman tipis buat isterinya. Rajin betul isterinya menonton cerita seperti itu tapi sekurang-kurangnya isterinya mengisi masa dengan perkara yang berfaedah.

"Awak," panggil Zahra lembut.

"Ya isteri saya. Kenapa?"

"Semua orang akan mati ke?"

Tengku Ahnaf terus menoleh ke sisi memandang Zahra yang sedang memakukan pandangan kepadanya. Zahra memeluk lengan Tengku Ahnaf, menunggu lelaki itu memberikan penerangan kepadanya.

"Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Itu sudah disebut dalam surah Ali Imran ayat 185,

كُلُّ نَفْسٍۢ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدْخِلَ ٱلْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلْغُرُورِ (١٨٥)

Zahra terpegun seketika mendengar Tengku Ahnaf membacakan sepotong ayat Al-Quran yang disebut oleh suaminya tadi. Salah satu sebab kenapa dia suka mengaji dengan suaminya adalah kerana suara suaminya itu begitu tenang dan merdu di halwa pendengarannya.

"Ayat ini bermaksud "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."

Kepala Zahra terangguk-angguk mendengar penerangan Tengku Ahnaf.

"Setakat ini, boleh faham? Kalau tak faham, boleh tanya sebelum saya sambung," kata Tengku Ahnaf dengan nada lembut.

Dia tidak mahu Zahra hanya sekadar mendengar saja tapi dia mahu isterinya memahami apa yang dia sampaikan.

"Faham. Macam awak cakap tadi, setiap yang bernyawa pasti akan pergi termasuklah kita semua, kan awak?" Mata Zahra terkerdip-kerdip memandang suaminya.

Tengku Ahnaf mengelus lembut rambut Zahra seraya menguntum senyum buat isterinya.

"Bukan itu saja yang disebutkan dalam ayat saya baca tadi. Selain daripada kematian, dalam ayat ini juga menyebut setiap amalan yang kita buat di dunia ini akan dihitungkan di akhirat sana dan dunia ini juga hanyalah sementara dan penuh dengan tipu daya," terang Tengku Ahnaf dengan tenang.

"Jadi, dekat sini saya boleh simpulkan pengajaran di sebalik ayat yang awak baca tadi di mana kita mestilah sediakan bekalan amalan yang secukupnya kan untuk bertemu dengan Allah kerana kita tidak tahu bila kita akan pergi tapi kita pasti akan mati."

Tengku Ahnaf mengukir senyuman bangga mendengar kata-kata Zahra.

"Lagi? Pengajaran lain yang awak dapat daripada ayat tersebut?" soal Tengku Ahnaf.

Zahra menggosok perlahan hidungnya lalu menggeleng kecil.

"Tak tahu. Cuba beritahu saya," ucap Zahra sambil tersengih kecil.

"Dunia ini bersifat sementara saja Zahra. Takkan ada yang kekal di sini tetapi kita ni sebagai seorang manusia selalu sangat lalai. Terlalu mengejar kemewahan, harta kebendaan seakan kita akan hidup selama-lamanya di sini sehingga kadang-kadang perkara wajib seperti solat ditinggalkan tanpa rasa bersalah."

Tengku Ahnaf menarik nafas dalam sebelum kembali menyambung kata. Tengah-tengah malam begini si isteri mengajak dia bersoal jawab pula. Walaupun mengantuk, dia layankan juga kerana tidak mahu Zahra kurang pengetahuan tentang perkara yang selalu dianggap remeh oleh orang.

"Siapa yang terlalu menitikberatkan kehidupan di dunia sementara ini sehingga lupa mengejar kebahagiaan akhirat, nanti akan menjadi orang yang paling rugi di sana. Jadi berpada-padalah. Kalau kita kejar akhirat dulu, kebahagiaan di dunia ini pun kita akan dapat nikmati sekali," ucap Tengku Ahnaf panjang lebar.

"Okay, saya faham. Terima kasih sebab terangkan dekat saya. Jom, kita tidur!"

Zahra terus menarik tangan Tengku Ahnaf ke katil. Dia tahu mata suaminya semakin memberat maka dia harus menghentikan sesi soal jawab antara mereka.

Mereka terus merebahkan diri masing-masing di atas katil. Zahra mengiringkan tubuhnya menghadap Tengku Ahnaf. Lama wajah itu ditatap sehingga lah Tengku Ahnaf menoleh ke arahnya.

"Kenapa?" tanya Tengku Ahnaf dengan lembut meski matanya semakin layu. Hanya menunggu masa saja untuk tertutup.

"Setiap yang meninggal pasti akan ditanamkan? Saya tengok dalam cerita Tanah Kubur tadi."

Tengku Ahnaf mengangguk.

"Betul," jawab Tengku Ahnaf pendek.

Diam. Zahra menarik nafas sedalam-dalamnya lalu hembus perlahan.

"Itu bermakna, kubur ayah dan ibu saya pun ada lah kan?"

Mata Tengku Ahnaf terus terbuka luas. Air liur yang ditelan terasa pahit. Kenapa Zahra tiba-tiba menyoal tentang mentuanya?

"Saya nak pergi lawat kubur mereka sebab dari kecil sampailah sekarang, saya tak pernah dibawa untuk melawat kubur mereka sampai saya tak tahu ada kewujudannya kubur itu kalau bukan sebab cerita Tanah Kubur. Saya tak tahu kubur mereka di mana. Awak boleh bawa saya kan?"

Tengku Ahnaf terpaksa mengangguk setuju apabila si isteri mula menayangkan tampang sedih. Hatinya kalah jika si isteri sudah membuat muka seperti itu kepadanya.

Bibir Zahra terus naik ke atas.

"Saya tahu awak takkan pernah hampakan saya. Saya nak pergi esok tau. Selamat malam."

Zahra terus menarik selimut sehingga paras dada lalu memusingkan tubuhnya membelakangkan Tengku Ahnaf.

Tengku Ahnaf terus membawa matanya ke arah siling. Dia rasa serba salah mahu menolak permintaan Zahra tetapi isterinya itu berhak tahu di mana terletak kubur ayahnya sendiri.

Tengku Ahnaf terus mengambil telefonnya di sisi ketika terdengar bunyi deringan yang menandakan ada panggilan masuk. Dia terus mengangkat panggilan tersebut apabila melihat nama yang tertera.

"Ya isteri saya," jawab Tengku Ahnaf bersama senyuman ketika telinganya menangkap tawa halus yang keluar dari bibir si isteri.

Zahra memusingkan kembali tubuhnya menghadap Tengku Ahnaf bersama telefon di telinganya.

"Terima kasih tau suami saya sebab selalu tunaikan permintaan saya. Semoga syurga tanpa hisab buat suami saya ni. Saya sayang awak," ucap Zahra. Dia memandang Tengku Ahnaf bersama senyuman. Mata suaminya yang layu itu ditatap sedalam-dalamnya.

Tengku Ahnaf terus meletakkan panggilan dan meletakkan telefonnya di sisi lalu memeluk erat tubuh Zahra.

"Selagi nyawa dikandung badan, saya akan cuba untuk tunaikan semua permintaan awak yang penting isteri saya bahagia. Saya pun sayang awak Zahra Delisha," ucap Tengku Ahnaf kembali seraya mengucup ubun-ubun Zahra dengan penuh kasih.

Happy reading 🤍

Continue Reading

You'll Also Like

8.7K 275 56
Aส€ษชแด‡สŸสŸแด‡ Zแด€ส€ษชสแด€ x Aสแด…แด‡ษด AสŸแด‡xแด€ษดแด…แด‡ส€ Makin lama kelamaan, makin banyak ujian yang dia perlu hadapi. Kehidupan yang dia anggap akan bahagia selamanya. Nam...
89.6K 4.6K 57
2.0 โ’ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...
149K 4.7K 58
Iman Natasya gadis yang ceria dan sangat di senangi orang sekelilingnya, apalagi Iman Natasya memiliki rupa paras yang cantik dan berbudi bahasa. Di...
84.7K 2.9K 57
[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE] ~ "๐‡๐ข๐ฌ ๐ญ๐ž๐ž ๐ซ๐š๐ค" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah bers...