HER SAVIOR [Slow Update]

By DaisyIntrovert

129K 9K 1.3K

'No harm will ever come to you, for I am your protector' "Saya tak boleh nak halang kerana hati saya yang me... More

DISCLAIMER
CAST
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51

BAB 23

2K 160 15
By DaisyIntrovert

"Aunty!"

Teresa tersenyum lebar saat melihat Zahra melompat keluar dari kereta Honda Civic berwarna putih itu lalu berlari ke arahnya.

"Hai, amboi bukan main berlari ya," kata Teresa sambil memeluk erat tubuh Zahra. Kepala anak saudaranya dielus lembut.

Tengku Ahnaf yang melihat Zahra berpelukan manja dengan Teresa hanya mengukir senyumpan tipis.

"Sebab rindu," kata Zahra sambil mencium kedua-dua belah pipi Teresa.

"Masuk Ahnaf," sapa Teresa bersama senyuman saat lelaki itu tiba di hadapannya.

"Maaflah aunty baru sekarang dapat bawa Zahra datang rumah," tutur Tengku Ahnaf dengan serba salah meski mereka selalu bertemu di syarikat.

Teresa melemparkan senyuman terhadap lelaki itu. Dia tidak kisah pun kerana dia tahu Zahra selamat berada bersama dengan Tengku Ahnaf.

"Tak apa, aunty faham lagipun aunty tengok Zahra pun bahagia duduk dengan Ahnaf, betul tak?" tanya Teresa lalu menoleh ke sisi melihat Zahra.

"Bahagia," jawab Zahra sambil tersenyum malu.

Teresa menahan senyum melihat gaya malu-malu anak saudaranya itu.

"Jom masuk. Aunty dah masak macam-macam untuk kauorang."

Zahra melihat sekeliling rumah apabila dia merasakan keadaan di dalam rumah itu agak sunyi.

"Mana semua orang aunty?" tanya Zahra.

"Semua orang keluar Zahra. Aunty pun tak tahu diaorang pergi mana," beritahu Teresa sambil menyusun pinggan di atas meja untuk mereka bertiga bersantap.

"Inek pun?"

Tengku Ahnaf memandang isterinya apabila suara itu kedengaran perlahan.

"Inek pun keluar juga. Aunty tak tahulah dia pergi mana malam-malam buta macam ini. Dia bukan ada kawan sangat pun."

Jelas terpancar raut wajah kecewa pada Zahra apabila mendengar jawapan Teresa.

"Nak tidur sini ke? Kalau nak, kita tak payah balik malam ini," bisik Tengku Ahnaf perlahan pada Zahra.

"Untuk?" soal Zahra bersama jungkitan kening ke atas.

"Kalau kita tidur sini, awak boleh jumpa inek nanti. Esok kita balik lah," balas Tengku Ahnaf lembut.

Dia tahu betapa rindunya Zahra terhadap Emelda. Setiap malam, nama Emelda dan Teresa tidak pernah lekang dari bibir si isteri.

Zahra menggeleng perlahan.

"Tak apa. Saya okay saja. Kita tak payah bermalam dekat sini. Lain kali kita boleh datang sini lagi kan?" tanya Zahra.

Dia tidak boleh pentingkan diri sendiri kerana tempat kerja Tengku Ahnaf agak jauh dari rumah Emelda sekiranya mereka mahu bermalam di sini. Dia tidak mahu menyusahkan suaminya.

Tengku Ahnaf mengangguk perlahan.

"Terima kasih suami saya," bisik Zahra bersama senyuman. Lengan suaminya dirangkul lembut.

"Sama-sama isteri saya," balas Tengku Ahnaf seraya mencuit lembut hidung Zahra.

Teresa melihat pasangan suami isteri itu bersama senyuman senang. Dia rasa bersyukur kerana Emelda memberi keizinan kepada Zahra untuk berkahwin. Sekurang-kurangnya anak saudaranya itu dapat merasai erti kebahagiaan seperti orang lain.

"Amboi, tak hormat orang single betul ya. Mari duduk sini, kita makan dulu baru sambung romantik-romantik ya," usik Teresa lalu menarik satu kerusi meja makan lalu melabuhkan duduk.

Zahra menggigit perlahan bibirnya. Lupa pula kalau sekarang ini mereka bukan di bilik. Dia terus melepaskan rangkulan pada lengan suaminya. Baru saja mahu melangkah, tangan Zahra terus dicapai oleh Tengku Ahnaf.

"Kalau aunty nak romantik-romantik juga, kena lah cari uncle untuk kitaorang," kata Tengku Ahnaf dalam nada mengusik.

Tangan Zahra dikucup perlahan lalu membawa Zahra ke meja makan.

Zahra pula sudah tertunduk menahan senyum sambil mengerling ke arah Tengku Ahnaf.

"Tak apa lah. Aunty lebih tenang hidup sendiri macam ini, tak pening kepala dengan ragam manusia. Cukuplah dengan manusia dalam rumah ni," balas Teresa sambil tergelak kecil.

Dia sudah terbiasa hidup sendiri tanpa lelaki di sisi. Jiwanya lebih aman dan damai.

"Hai,"

Tengku Ahnaf terus menoleh ke belakang ketika terdengar namanya dipanggil namun wajahnya bertukar dingin apabila wajah Stephanie yang menyapa pandangan matanya.

Pintu kereta ditutup rapat lalu dia terus berjalan laju mahu masuk ke dalam rumah. Dia keluar sebentar ke kereta untuk  mengambil pengecas telefon kerana bateri telefonnya tinggal sedikit. Dia risau jika ada klien tiba-tiba menghubunginya.

Kadang-kadang klien syarikatnya suka bekerja tengah-tengah malam menyebabkan dia harus selalu dengan telefon.

"You datang seorang saja ke Ahnaf?" tanya Stephanie dengan suara yang sengaja dilenggokkan untuk menarik perhatian Tengku Ahnaf tapi sayang sedikit pun lelaki itu tidak menoleh.

Geram dengan Tengku Ahnaf yang mengabaikan dia, Stephanie terus merentap lengan Tengku Ahnaf sehingga langkah kaki lelaki itu terhenti.

Tengku Ahnaf berpusing tubuh lalu merentap kembali tangannya dengan kuat. Wajahnya yang dingin tadi berubah garang.

"Tolong jaga tingkah laku kau," kata Tengku Ahnaf dengan garang.

Dia tidak suka dengan sepupu Zahra ini kerana wanita itu suka menggeletis dengan dia. Kadang-kadang jika dia datang ke Dynamic Sdn Bhd, pasti wanita itu selalu cuba mencari peluang untuk mendekati dia.

"Jarang lelaki nak tolak i. You tak payahlah nak acah suci sangat belakang Zahra. Tak ada sesiapa dekat sini kecuali kita berdua. Jangan malu-malu tunjukkan diri you yang sebenar," kata Stephanie sambil melarikan jari-jemarinya pada dada bidang Tengku Ahnaf.

"Auch," desis Stephanie sambil menggigit perlahan bibirnya memandang Tengku Ahnaf ketika jarinya ditepis kuat.

"Ganas," ujar Stephanie bersama senyuman sinis.

Ketika keretanya masuk ke dalam halaman rumah Emelda tadi, hatinya bersorak senang melihat Tengku Ahnaf.

"Aku takkan izinkan sesiapapun termasuk kau untuk sentuh aku kecuali isteri aku," kata Tengku Ahnaf dengan garang.

"Jarang lelaki tolak kau? Tu sebab diaorang dah tak ada perempuan untuk dibawa main-main kecuali kau. Jangan nak perasan sangat. Kalau aku tak kenang kau ini cucu inek dan perempuan, muka kau tu dah lama jadi mangsa tamparan aku. Behave sikit."

Tengku Ahnaf terus melangkah pergi dari situ. Tidak kuasa dia mahu berduaan dengan Stephanie di situ. Namun baru beberapa tapak melangkah, kakinya terhenti apabila telinganya menangkap kata hinaan Stephanie buat si isteri.

"Apalah yang you pandang sangat dekat Zahra yang bodoh itu? Jelas-jelas dia bukan orang educated macam kita Ahnaf. Tak selevel langsung. You tak fikir ke kalau you all ada anak nanti, suddenly anak-anak you rasa malu bila dapat tahu ada mak yang bodoh, tak sekolah dan tak bekerjaya? You tu, tak malu ke ada isteri macam tu? Kalau i, dah lama tanam muka i bawah tanah sedalam yang mungkin sebab malu ada isteri macam tu."

Tengku Ahnaf mengepal kuat tangannya. Cuba menahan diri daripada mencederakan insan bernama wanita. Dia beristighfar dalam hati kerana tidak mahu terlalu mengikut kata hati.

Nafas ditarik dalam lalu dihembus perlahan.

"Zahra Delisha, isteri aku dan aku bangga untuk tunjukkan pada dunia kalau aku ada isteri sebaik dan sempurna seperti Zahra Delisha. Sedikit pun tak ada cacat cela di mata aku. Kau educated, tapi kau sendiri tak melambangkan kau seorang yang educated. Kata-kata hinaan kau terhadap isteri aku sudah cukup jelas membuktikan kau adalah manusia berkelas rendah kerana merendahkan orang lain sedangkan diri sendiri pun tak adalah sempurna mana," bidas Tengku Ahnaf dengan tenang.

Dia cuba berlagak tenang di hadapan Stephanie walau dalam hati sudah mendidih seperti gunung berapi yang menunggu masa untuk meletus kerana sakit hati mendengar wanita itu menghinanya.

"Kalau kau fikir dengan menghina isteri aku akan membuatkan aku berubah hati, kau silap Stephanie. Aku akan tetap memilih Zahra Delisha sebagai isteri aku walau hanya tinggal setitis darah dari badan aku."

Tengku Ahnaf terus berlalu pergi dari situ. Dia tidak sanggup mendengar lagi kata hinaan Stephanie buat Zahra kerana dia sendiri merasa kecewa dan sakit apabila mendengar hinaan tersebut. Dia tidak tahu bagaimana Zahra mampu bertahan selama ini hidup dengan hinaan dan cemuhan dari orang terdekat.

Tanpa dia tahu, Zahra telah mendengar semua isi percakapan antara Tengku Ahnaf dan Stephanie.

Dia yang mahu keluar melihat Tengku Ahnaf tadi terus bersembunyi di tiang besar yang ada di halaman rumah Emelda ketika dia ternampak suaminya dengan sepupu perempuannya itu.

Bibirnya mengutum senyuman pahit tapi pada masa yang sama hatinya senang dengan kata-kata Tengku Ahnaf yang membela dirinya yang serba kekurangan. Suaminya itu tidak pernah merendahkan dia seperti orang lain.

Setelah berjam-jam berada di rumah Emelda, mereka berdua pulang dan kini telah tiba di hadapan rumah Tengku Arifin dan Balqis tepat pada pukul 12 malam.

Seperti yang dijangkakan, Emelda masih tidak muncul-muncul lagi walau sudah lewat malam dan Zahra membuat keputusan untuk pulang kerana kasihan dengan Tengku Ahnaf untuk memandu lewat malam jika mereka pulang lebih lewat.

Kedua-duanya masih belum keluar dari kereta. Tengku Ahnaf mengiringkan tubuhnya memandang Zahra yang membuang pandang ke luar tingkap.

Dia tahu diamnya Zahra pasti bersebab kerana sepanjang perjalanan pulang tadi, Zahra hanya menyepi dan mendiamkan diri.

"Isteri saya okay?" tanya Tengku Ahnaf lembut. Matanya tidak lepas dari memandang Zahra walau hanya sisi wajah wanita itu saja.

Zahra menggeleng perlahan. Tengku Ahnaf menguntum senyum, isterinya ini selalu jujur dengan perasaannya sendiri.

"Apa yang buat isteri saya tak okay ni?" tanya Tengku Ahnaf lagi.

"Mesti awak rasa malu ada isteri macam saya kan?"

Zahra terus menoleh ke kanan memandang wajah suaminya. Anak mata suaminya ditenung dalam-dalam.

"Saya tak pernah cakap pun saya malu ada isteri macam awak dan saya takkan pernah malu ada isteri yang bernama Zahra Delisha," ucap Tengku Ahnaf seraya mencapai tangan Zahra.

"Saya dengar perbualan awak dengan Stephanie tadi. Tiba-tiba saya terfikir, ada betulnya juga kata dia. Kalau kita ada anak nanti, mesti mereka malu kalau dapat tahu ibu diaorang tak berpendidikan," ujar Zahra dengan lemah.

"Mereka? Maksudnya awak nak anak lebih dari satu lah ni?" usik Tengku Ahnaf menyebabkan wajah Zahra terasa panas kerana malu dengan pertanyaan suaminya itu.

"Awak ni, ke situ pula dia." Zahra menepuk manja tangan suaminya.

Tengku Ahnaf merapatkan dirinya ke arah Zahra, bahu isterinya dirangkul lembut. Sisi kepala Zahra dikucup lama.

"Siapa pun awak, saya terima seadanya. Awak tetap yang teratas di antara yang lain di mata saya. Jangan rasa rendah diri bila dengan saya," pujuk Tengku Ahnaf.

Dia tidak mahu isterinya rasa rendah diri dengan cemuhan Stepahnie itu.

Zahra memeluk Tengku Ahnaf.

"Awak, saya nak belajar. Saya dah lama menyimpan impian untuk belajar. Saya nak jadi orang yang berpendidikan supaya tiada orang boleh menghina saya dan saya nak jadi Zahra Delisha dalam versi yang terbaik. Boleh ke? Awak izinkan tak?" tanya Zahra Delisha.

Dia tidak mahu lagi menjadi mangsa hinaan Stephanie. Dia sudah muak.

Tengku Ahnaf memandang lama sisi wajah Zahra. Dia berat hati mahu melepaskan Zahra ke luar tapi dia juga tidak boleh menyekat keinginan isterinya. Zahra juga manusia biasa, mempunyai impian yang ingin dicapai dalam hidup.

"Betul awak nak belajar? Kalau betul, awak kena mula dari bawah. Awak kena ambil Sijil Pelajaran Malaysia dulu."

Zahra terus melepaskan pelukan seraya menatap wajah suaminya.

"Saya tak kisah kalau bermula dari bawah sekalipun. Saya sanggup asalkan impian saya yang satu ini tercapai. Boleh tak?" tanya Zahra lagi. Dia berharap lelaki itu akan setuju dengan  rancangannya.

Tengku Ahnaf terdiam sejenak sebelum mengangguk perlahan. Jika isterinya mahu berjaya, dia harus membuka dan memudahkan jalan buat isterinya.

"Baik. Apa saja yang awak nak buat asalkan tak bertentangan dengan agama, saya akan sokong. Esok, saya akan carikan awak kelas untuk subjek tertentu. Nanti saya tolong tanya kan dekat kawan saya yang bekerja dekat bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia macam mana nak daftarkan awak di bawah calon persendirian SPM."

Zahra terus memeluk tubuh Tengku Ahnaf bersama senyuman lebar yang terukir di bibir.

"Terima kasih awak sebab sudi tolong untuk capai impian saya. Doakan semoga saya mampu belajar dengan baik dan jadi isteri yang mampu membuat awak tersenyum bangga suatu hari nanti," tutur Zahra di sebalik pelukan itu.

Tengku Ahnaf mengucup lembut kepala Zahra.

"Awak dalam versi apa sekalipun, saya akan tetap bangga menjadi suami awak Zahra. Semoga isteri saya dapat manfaatkan ilmu yang diterima dengan sebaiknya nanti," ucap Tengku Ahnaf sambil mengelus belakang badan Zahra yang masih setia memeluknya.

Zahra mengukir senyuman senang. Dia tahu lelaki itu tidak akan pernah menghampakan dia.

"Terima kasih Ya Allah untuk lelaki sebaik ini," bisik Zahra dalam hati.

Zahra melihat sekeliling. Dia sedang menunggu Tengku Ahnaf di luar pejabat kerana suaminya sedang bertanya kelas subjek yang akan dia ambil untuk peperiksaan besar nanti.

Majoriti pelajar yang ada si situ semuanya muda-muda. Dia rasa malu kerana hanya dia yang paling tertua di situ tetapi memikirkan cemuhan Stephanie, dia kentalkan hatinya.

"Boleh tahan besar juga bangunan ini," desisnya perlahan.

Tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatiannya sehingga membuatkan dia berdiri dan bergerak dari situ.

"Wah, menariknya," gumamnya perlahan. Dia membaca satu persatu maklumat berkaitan dengan solar sistem yang ditampal di dinding bangunan tersebut.

"Kita dekat bumi bersebelahan dengan Marikh."

Selesai membaca, Zahra pusing tubuh mahu patah balik ke tempat yang dia duduk tadi tiba-tiba dia terlanggar seseorang sehingga buku yang dipegang orang itu terjatuh ke bawah.

"Eh maaf, maaf," tutur Zahra dengan nada cemas dan cuak. Dia terus mengutip buku yang terjatuh ke lantai itu lalu menghulurkan kembali kepada pemilik buku tersebut.

"Tak apa. Saya yang salah sebab tak nampak awak, cantik sangat macam bidadari tu yang terlanggar awak tu."

Wajah Zahra berubah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Bidadari? Siapa?" tanya Zahra bersama kerutan di dahi.

"Awaklah. Dah boleh sangat ini jadi bidadari saya. Saya Nuh, pengajar dekat sini."

Lelaki bernama Nuh itu memperkenalkan dirinya kepada Zahra. Sejak dari tadi lagi, dia perhatikan Zahra yang telah mencuri perhatiannya. Wanita itu kelihatan lembut dan yang pastinya mempunyai paras rupa yang cantik.

Matanya kalah dengan wanita cantik seperti Zahra.

"Maaflah. Saya hanya bidadari kepada Ahnaf," jawab Zahra dengan naif.

Nuh ketawa kecil. Dia menganggap wanita itu berjenaka semata.

"Pandai awak bergurau. Awak ada urusan apa dekat sini? Dah alang-alang kita bertegur dekat sini, boleh tak saya minta nombor telefon awak? Manalah tahu ada rezeki kita terserempak dekat luar," kata Nuh sambil menghulurkan telefonnya kepada Zahra.

Zahra hanya memandang kosong ke arah telefon lelaki itu.

"Nak buat apa?" tanya Zahra. Matanya memandang lama wajah lelaki itu.

"Nanti kita bolehlah kenal dengan lebih dalam. Saya single lagi, awak pun mesti single kan?"

Nuh tersengih-sengih melihat Zahra. Dia yakin wanita itu pasti sudah jatuh hati dengannya kerana Zahra memandangnya begitu lama sekali.

"Dia ni tak faham ke apa yang aku cakap tadi? Bukan aku ada sebut nama Ahnaf ke? Kalau aku sebut nama Ahnaf tu, maksudnya aku tak single lah. Takkan tak faham kot," gerutu Zahra dalam hati.

"Eh tak apa. Saya tak suka banyak nombor dalam telefon saya. Cukup satu nombor saja. Lagipun saya dah berkahwin. Ahnaf yang saya sebut tadi, itu nama suami saya."

Kebetulan Tengku Ahnaf baru keluar dari bilik pejabat bersama kertas di tangannya. Zahra terus meninggalkan lelaki itu dan berlari ke arah Tengku Ahnaf.

"Aku tak nak belajar dekat sini!" Zahra menjerit dalam hati.

Nuh terpinga-pinga melihat Zahra yang merangkul lengan seorang lelaki.

"Aduh, bini orang pula. Tak ada chance lah ni," desis Nuh perlahan. Wajahnya jelas kelihatan hampa melihat pasangan suami isteri itu berlalu pergi.

Setibanya di dalam kereta, Zahra terus memberitahu hasratnya kepada Tengku Ahnaf yang dia tidak mahu belajar di situ.

"Awak, saya rasa saya tak nak belajar dekat sini. Ada ulat bulu berkepala pterosaurs."

Tengku Ahnaf memandang Zahra dengan mata tidak berkelip.

"Apa saurs tadi awak sebut?" tanya Tengku Ahnaf kepada Zahra. Takut dia tersilap dengar.

"Ala, dinosaurs yang macam ada tanduk dekat kepala tu. Hah rambut orang gatal tadi macam tu." ujar Zahra tanpa ragu-ragu.

Tengku Ahnaf menahan tawa. Dia ada ternampak lelaki yang berbual dengan Zahra di luar pejabat tadi.

"Dia nak apa?" tanya Tengku Ahnaf santai. Dia menyimpan kembali kertas dia ambil di kaunter tadi.

Memandangkan Zahra memberitahu kalau dia tidak mahu belajar di situ, maka dia akan mencari tempat lain untuk Zahra kerana sejujurnya dia juga tidak berkenan dengan tempat belajar di situ.

"Dia minta nombor saya tapi saya cakap 'Eh tak apa. Saya tak suka banyak nombor dalam telefon saya. Cukup satu nombor saja. Lagipun saya dah berkahwin. Ahnaf yang saya sebut tadi, itu nama suami saya.' Hah macam tu," beritahu Zahra. Dia mengulang kembali ayat yang dilemparkan kepada Nuh tadi.

Tengku Ahnaf tersenyum sendiri mendengar apa yang diberitahu isterinya itu.

"Awak ni sweet juga ya, nak letak nombor saya saja dalam telefon," ucap Tengku Ahnaf seraya tersenyum manis.

Zahra terdiam sekejap.

"Hah? Dekat mana sweetnya tu? Saya nak nombor awak saja dalam telefon tu sebab senang saya nak cari. Tak payah nak cari satu-satu. Saya dahlah buta IT."

Terus mati senyuman Tengku Ahnaf mendengar kejujuran Zahra. Kadang-kadang kejujuran Zahra ini agak menyakitkan untuk diterima.

"Oh, hahahaha betul tu. Senang sikit awak nak cari kalau ada satu nombor saja dalam tu."

Tengku Ahnaf ketawa kekok. Dia menahan malu sendiri.

"Aku baru nak rasa terharu, hampeh," bisik Tengku Ahnaf dalam hati.

Happy Reading 🤍

Continue Reading

You'll Also Like

504K 20.9K 46
Nur Insyirah mempunyai kelebihan boleh mengetahui orang yang dia sayang akan di timpa perkara buruk melalui mimpi.Namun, bermimpi tentang orang yang...
220K 8.4K 62
[IN EDITING] (Cerita ni banyak sangat typo. Kalau nak baca tu mohon pertimbangkan dulu. Takut menyesal nanti) HANAN AULIYA seorang gadis yang suka b...
149K 4.7K 58
Iman Natasya gadis yang ceria dan sangat di senangi orang sekelilingnya, apalagi Iman Natasya memiliki rupa paras yang cantik dan berbudi bahasa. Di...
16.1K 311 29
Aisy Humaira terpaksa menggantikan kakaknya untuk berkahwin dengan Firman Hakim yang berumur 31 tahun sedangkan Aisy Humaira baru berumur 17 tahun,da...