7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]

By fumai_

21.9K 1.2K 139

GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven bro... More

DESCRIPTION
PROLOG
7D1A | 01
7D1A | 02
7D1A | 03
7D1A | 04
7D1A | 05
7D1A | 06
7D1A | 07
7D1A | 08
7D1A | 09
7D1A | 10
7D1A | 11
7D1A | 12
7D1A | 13
7D1A | 14
7D1A | 15
7D1A | 16
7D1A | 17
7D1A | 18
7D1A | 19
7D1A | 20
7D1A | 21
7D1A | 22
7D1A | 23
7D1A | 24
7D1A | 25
7D1A | 27
7D1A | 28
7D1A | 29
7D1A | 30
EDISI RAMADHAN
EDISI RAMADHAN II
EDISI SYAWAL
7D1A | 31
7D1A | 32
7D1A | 33

7D1A | 26

484 31 0
By fumai_

" Sebenarnya... "

" Cakap ajelah, woi! Tak payah gantung-gantung. " Marah Saleema. Tak suka betul kalau orang bercakap tergantung. Saja nak bagi curious.

" Sebenarnya abang Hefzy pun suka kau! "

Saleema pegun. Buaian yang tadinya diayun laju kini terhenti.

Dub! Dab! Dub! Dab!

Eh, jantung ni pun, masa-masa macam inilah nak bergendang.

Saleema diam saja. Tidak membalas.

" Weh, relaks weh. Jangan mati lagi! " Helena menggoncang kuat bahu rakannya. Takut terkena heart attack ke apa. Nampak macam terkejut sangat.

" Ish, kau nak aku mati ke? " Saleema menghentikan tangan Helena yang ingin menggoncang kepalanya pula. Mahu bergegar otak.

" Tak lah, kau macam termenung jauh sangat. Tak akan baru cakap macam tu dah terbang ke bulan kut. "

" Haha. "

" Hah? "

Tak ada lawak, tak ada jenaka. Tiba-tiba Saleema gelak. Tadi diam aje.

" Aku rasa kau memang tak sihat ni. " Siang tadi marah, lepastu gelak. Sekarang ini pun dua kali lima aje situasinya. Mungkin Saleema stres sebab tugasan kolej yang diberi pensyarah terlalu banyak kut?

" Tak, kau yakin ke dia suka aku? Mana kau tahu ni? Haha. Aku ni, orang biasa aje weh. Bukan anak orang kaya, muka pun seposen. "

Helena jeling Saleema. Nampak macam senak sangat perut tu gelakkan diri sendiri.

" Seposen tengkorak kau lah, bukannya aku tak tahu ramai suka kau dekat kolej. "

Macam mana Helena tahu? Dia ada cabel, jangan risau. Siapa lagi yang cakap kalau bukan Hefzy.

Helena buka ulas bibir untuk menyambung kata sebelum suaranya tertahan akibat sergahan seseorang.

" Adik. "

Helena pula pegun.

Perlahan kepala dia pusing ke belakang mengikut arah suara itu.

Hefzy.

Hati sudah mula menutur kata sumpah buat diri sendiri.

Nafas dia tarik sedalamnya kemudian mata kembali menatap wajah abangnya itu. Berharap agar Hefzy tidak mendengar perbualannya dengan Saleema tadi.

Dan mata kelabu itu juga tajam menatapnya.

Terus dia kalih pandangan.

Sebab itu wujudnya definisi 'jangan buat Hefzy marah' di dalam keluarga Grey.

" Bye, Saleema. Balik lu. " Helena terus angkat kaki meninggalkan kawasan itu.

" Weh, jangan tinggal aku seorang! " Saleema berteriak kuat. Memang sengaja Helena nak tinggal dia di sini dengan Hefzy. Sudahlah berdua saja.

Hefzy pula mengambil tempat Helena.

Aik, dia pun nak main buaian ke?

" Er, em Hefzy... "

Kekok. Selepas pengakuan yang dibuat Helena terhadap perasaan Hefzy, dia rasa kekok untuk berhadapan dengannya.

" Hm. " Itu saja dibalasnya. Mata tak lepas memandang ke bawah. Wajah Saleema langsung tidak dia hadap.

Beberapa minit berlalu. Terasa keadaan begitu sunyi, Saleema memulakan kata.

" Er... Let's talk about MIT. " Topik baru dibuka.

" I'm not sure about it. "

Terangkat sebelah kening Saleema.

" Apa? " Soalnya tidak faham.

" I'm not sure about everything, Saleema. And that everything is including my feelings... "

Hefzy panggung kepala memandang wajah bingung Saleema.

" Towards you. " Frasa terakhir diucap perlahan.

Dia geleng kepala perlahan.

" Forget it. Let's get back home. "

Hefzy berjalan membiarkan Saleema yang masih memproses ayatnya tadi.



" Apa jadi semalam weh? "

" Tak ada apa. " Tipu Saleema.

" Iya-iya aje kau ni. Ke... " Helena cuit bahu Saleema. Bibir dimuncungkan kearah abangnya, Hefzy yang duduk di window seat. Jauh merenung ke luar tingkap.

Sekarang mereka di dalam penerbangan ke Larnaca, Cyprus yang mengambil masa lebih kurang 14 jam.

" Dah, aku mengantuk. Jangan kacau. " Saleema tutup mata. Tubuh dia sandar ke tempat duduk dengan tangan memeluk tubuh.

" Eleh, malu lah tu. " Helena putar bola mata. Dia pun memgantuk juga, penerbangan ke Eropah bukannya sekejap. Baik dia tidur dahulu. Lagipun nanti mereka akan bertukar kapal terbang di Doha, Qatar sebelum tiba di Cyprus.



" Hello, Cyprus!!! " Laung Hafiy sebaik sahaja keluar dari balai pelepasan lapangan terbang Larnaca.

" Kau diam sekejap boleh? Dari dalam flight lagi kau bercakap tak henti. Tak penat ke gila? " Hafhiz mendengus kuat. Disebabkan Hafiy, dia tak boleh tidur sehinggalah dia meminta untuk bertukar seat dengan Hifzan ketika bertukar kapal terbang.

" Want to go straight to the hotel, or eat first? " Soal Tuan Huzhaid kepada anak-anaknya.

" Hotel. " Serentak semua menjawab. Masing-masing sudah penat. Mungkin lebih baik mereka berehat dahulu.

Beberapa kereta mewah sudah tiba untuk menjemput mereka. Mata-mata yang memandang mereka abaikan.

Satu kereta terbuka dari dalam membuat semua mengerutkan dahi kecuali Tuan Huzhaid.

" Welcome to Cyprus, my sweet nephews!!! " Suara bingit itu membuat semua melopong.

" Aunty Mariana! " Jerit Helena. Tak sangka percutian kali ini ditemani mak ciknya.

Laju dia berlari memeluk tubuh ramping itu. Mariana, kakak Tuan Huzhaid yang berlainan ibu.

" OH MY GOD, you have become more beautiful! I miss you so much! " Serata wajah Helena menjadi kucupan aunty nya.

" Oh my beautiful single rich aunty! I miss you too! "

Anak lelaki Tuan Huzhaid menghampiri aunty Mariana dan menyalami tangannya.

" You guys dah jadi makin handsome! " Pipi Hafiy dia cubit kuat. Hafiy pula terkekeh ketawa.

" Macam mana aunty nampak muda aunty? Cuba bagi tips. " Hafiy kenyit sebelah mata. Dia tak tipu, aunty nya ini memang nampak muda walaupun umurnya sudah masuk awal 50an.

" Not me looking very pretty, it's just you looking too old. " Sejurus itu aunty Mariana ketawa kuat. Rambut dia libas ke belakang.

" Nice shot aunty. " Hafhiz berbalas high five dengan aunty Mariana.

Hafiy buat muka tak puas hati. Kaki dia. hentak hingga masuk ke dalam perut kereta. Merajuklah tu.

Ralit dia bersembang, baru dia perasan ada seorang gadis yang diam memerhati mereka.

" And you? "

" Saya? Sa- saya Saleema. " Gugup pula. Mata itu sudahlah mencerun menatapnya.

Aunty Mariana menghampiri Saleema.

" You're very cute! Lena's best friend right?! Oh my, why are you guys being more adorable than my cats?! " Pipi Saleema dia gomol kuat. Semua anak saudaranya dia lihat comel dimatanya.

" Ehehe... " Saleema sengih saja.




Bilik yang disediakan untuk tiga orang itu dia perhati. Cantik! Siap ada private pool lagi.

Tak semena-mena Helena berlari dan melompat ke atas katil.

" Ah, lembutnya... Aku cop katil ni, Saleema. "

" Yelah... " Nasib baik mereka dapat twin bed. Kalau tidak memang ada yang kena tidur di sofa. Double bed pula diberi pada aunty Mariana memandangkan mereka duduk bertiga.

Saleema buka beg pakaian. Dia mahu mandi. Selama 14 jam perjalanan, rasanya dia boleh agak dah betapa busuknya badan dia.

" Kau tak nak mandi ke? " Saleema cuit Helena.

Tiada sahutan.

" Aik, tidur dah? "

Saleema abai Helena yang sudah lena. Dia berjalan memasuki bilik air.

Perkara pertama dia nampak ialah bath tub.

Hotel ini memang terbaik! Semua kelengkapan cukup. Daripada kelengkapan mandian sehinggalah akses wi-fi. Semua cukup. Kalau ikutkan mahu saja dia bagi lima bintang.

Tak sampai seminit dia duduk dalam bilik air, pintu itu diketuk kuat dari luar.

Tok! Tok! Tok!

" Weh Saleema cepat sikit! Aku sakit perut! " Laung Helena.

" Haha, bahana makan banyak-banyak masa dalam flight. " Saleema gelak kuat.

" Ish cepat lah! Kang terburai kat sini kau nak cuci ke?! " Dengar sangat nada tergesa-gesa Helena itu. Dah tak tahan agaknya. Saleema pun buka pintu bilik air sebelum dirempuh masuk oleh Helena.

" Cepat sikit, aku pun nak mandi! "

Continue Reading

You'll Also Like

110K 6.7K 26
. "Who the hell are you?" Seorang lelaki kacukan orang putih merupakan pelajar yang dikenali ramai. Tapi bukan dia seorang je okay. Member seperjuang...
1.7K 166 37
{Royal Fantasy + romance} Elgarien satu kerajaan yang harmoni dan antara kerajaan paling selamat di seluruh dunia. Tetapi tanpa rakyat sedar. Kerajaa...
7.1K 90 12
Warning ⚠️ : ada sex , ada unsur 18+ semua karakter ialah kpop idol yang Aku letak sebagai watak jadi Semua kpop idol tiada mengena dgn Gay , lesbian...
21.9K 1.2K 38
GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang...