7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]

By fumai_

21.5K 1.2K 138

GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven bro... More

PROLOG
7D1A | 01
7D1A | 02
7D1A | 03
7D1A | 04
7D1A | 05
7D1A | 06
7D1A | 07
7D1A | 08
7D1A | 09
7D1A | 10
7D1A | 11
7D1A | 12
7D1A | 13
7D1A | 14
7D1A | 15
7D1A | 16
7D1A | 17
7D1A | 18
7D1A | 19
7D1A | 20
7D1A | 21
7D1A | 22
7D1A | 23
7D1A | 24
7D1A | 26
7D1A | 27
7D1A | 28
7D1A | 29
7D1A | 30
EDISI RAMADHAN
EDISI RAMADHAN II
EDISI SYAWAL
7D1A | 31
7D1A | 32
7D1A | 33

7D1A | 25

467 27 0
By fumai_

" Iya... okey, Assalamualaikum. " Salam diberi sebagai penamat bualan.

Panggilan dimatikan. Rakannya yang elok meniarap di sebelah dia pandang tajam.

" Kau ni kan. Nasib baik mak aku tak marah tau. " Kata Saleema dengan nada suara yang ditahan.

Helena sibuk bermain telefon. Kata-kata Saleema dia buat tak endah.

" Aduh! "

Sepit ketam Saleema berjaya mendarat di pinggang Helena. Terduduk Helena dibuatnya.

" Ee, geram lah! " Jerit Saleema perlahan. Bantal menjadi mangsa penumbuk kecilnya dilepaskan.

" Geram ke suka? " Helena sengih nakal. Sengaja cari penyakit. Tangan dibawa ke mulut, menutup senyuman yang kian memanjang.

Saleema jeling tajam.

" Dah, pergi tidur bilik kau! " Halau Saleema. Entah siapa punya rumah, ku tak tahu.

" Tak nak! Nak tidur sini. " Helena baring di sebelah Saleema. Tubuh dihempas kuat.

" Suka hati mung lah. " Jawab Saleema malas bersama loghat Kedah. Muka dia tekup dengan bantal.

Lama keadaan sepi sebelum suara Helena memecah suasana.

" Psst... Saleema! " Helena panggil dengan suara berbisik. Ingatkan dah tidur.

" Apa? "

" Dah tidur ke? "

" Nampak macam dah ke? "

" Awal lagi, kenapa nak tidur? " Soal Helena sengaja. Tubuh dia pusing mengiring menghadap Saleema yang memandangnya dengan mata kuyu.

" Ngantuk. "

" Cepatnya mengantuk. "

Orang nak tidur, dia kacau. Saleema pejam mata sekejap sebelum dia buka semula. Tangan meraba meja lampu untuk mengambil telefon.

" Nah, pergi main sana. Jangan kacau. " Telefon Saleema hulur pada Helena. Badan dia jatuhkan kembali ke katil empuk.

" Thank you! " Helena ketawa mengekek. Macam tahu-tahu aje dia nak main telefon Saleema.

Saleema terlelap buat beberapa saat sebelum Helena memanggilnya lagi.

" Saleema. "

" Gapo dio? " Tanya Saleema geram dengan loghat Kelantan.

" Saleema. " Panggilnya buat kali kedua. Tiba-tiba aje keluar loghat Kelantan, mengigau ke?

" Mu nak mende? " Loghat Terengganu pula yang keluar. Kali ini dengan lebih yakin. Saleema masih tak berganjak dari posisi tidurnya yang menghadap kanan.

" Password? "

" Meh sini. " Saleema minta telefonnya.

Tak sampai beberapa saat, telefon diberi semula pada Helena.

" Thank you. "

" Hm. "

" Helena! " Jerit Saleema separa kuat. Helena yang sudah berlari di hadapan dia kejar.

Ni kalau kena tangkap mahu lebam anak Tuan Huzhaid sebab kena belasah ketam dengan Saleema.

" Full storage aku! " Saleema berhenti kejar. Mengah dibuatnya. Pagi-pagi lagi dia dapat notifikasi yang storage telefonnya sudah penuh. Bila dibuka aplikasi album, terpapar wajahnya sedang tidur bersama filter misai dan sebagainya.

Bahana memberi Helena bermain sosial medianya.

" Ala tak apa, beli fon baru! " Helena lepas ketawa kuat.

" Senanglah kau cakap. Aku mana ada duit. " Saleema juih bibir. Banyak betul gambar yang Helena ambil. Sehinggalah satu gambar yang menarik perhatiannya.

Saleema ketawa besar.

Helena pandang pelik. " Kau sakit ke weh? Gelak tiba-tiba ni? "

" I-ini gambar apa? Lubang hidung kau? " Tak henti tawa Saleema. Lucu sangat gamaknya. Skrin telefon dia pusing menghadap wajah Helena.

" Eh haahlah! " Helena ikut ketawa sekali. Saleema dengan tawa yang hampir hilang, bergerak selangkah ke tepi.

Dah hadam perangai Helena yang suka pukul orang bila gelak. Sudahlah pukulannya kuat.

" Rancak gelak, sembang apa? " Hadif muncul. Tubuhnya tegak berdiri di sebelah Helena.

Pak!

Tiada khabar mahupun salam, Hadif dipukul Helena.

" Auch. " Hadif buat muka tak rasa apa-apa. Dia pandang sepi Helena yang masih ketawa sehingga meringkuk ke lantai. Lantai pula menjadi mangsa tumbukan ganasnya.

Saleema diam. Dia kemam bibir. Tahan gelak. Seketika sebelum Helena kembali berdiri dengan tawa yang masih tersisa.

" Dah habis gelak? " Hadif peluk tubuh. Ingat tak sakit ke kena pukul dengan Helena? Tangan dia memang kecil, tapi sekali merasa ambil kau. Berbekas.

" Haha, sorry sorry... Tak sengaja, hehe. " Senyum manis dikulum Helena. Bahu abangnya yang dipukul tadi dia tepis-tepis sedikit. Membuang habuk imaginasi.

" Badan abang ni modal untuk cari jodoh tau. Ini kalau lebam, abang report sama daddy... " Ugut Hadif. Tangan dilipat ke dada. Bibir dijuih kedepan.

" Iya-iya aje. Berani ke? " Helena mencabar. Muka dibuat berlagak. Bibir mengukir senyum senget.

" Oh, ingat orang takut? Daddy...! " Jerit Hadif kuat. Menanti kemunculan bapanya.

Jeda.

Tiada yang menyahut. Nampak sangat Tuan Huzhaid taknak layan perangai mengada Hadif itu.

" Daddy...! " Panggil Hadif lagi. Ini kalau tak ada yang jawab lagi tak mustahil dia hentak kaki di situ. Sebiji perangai budak sepuluh tahun minta perhatian.

" Kau apahal? " Kata Hafhiz. Mata menjeling abangnya tajam.

" Aku panggil daddy, kau yang muncul kenapa? Kau daddy ke? "

" Yang kau memekik melolong macam anjing tu memang semua benda keluar. " Sindir Hafhiz. Wajah meluat dia tayang tanda tidak suka. Bising aje.

" Jom. " Bisik Helena pada Saleema. Tangan Saleema dia tarik mengikuti langkahnya ke luar rumah meninggalkan abang-abangnya yang masih berlawan kata.

Tenang. Seluruh taman itu dia tatap. Cantik. Indah. Penuh dengan tumbuh-tumbuhan.

" Dah lama tak datang sini. " Buaiyan Saleema ayun perlahan mengikut lembut bayu angin.

Saleema hanya pergi ke taman bunga itu apabila Helena yang membawanya. Dia tak hafal jalan. Lagipun berapa kali dia melawat taman itu pun boleh dikira dengan jari.

Helena yang duduk di buaian sebelah hanya diam. Tempat itu dia lihat seluas mata memandang. Kenangan lama kembali berputar di isi kepala.

Lama mereka berada di dalam kereta. Dia mulai bosan. Tubuh dia dekatkan ke seat pemandu.

" Awak siapa? " Tanya Helena. Bibir dia juih ke depan. Tadi kata nak tengok miau, kenapa lama sangat.

Lelaki itu agak kaku seketika.

" Aldo. Aldo Barone. " Dia memberitahu nama sebenarnya. Mata masih fokus terhadap pemanduan.

" You tanya dia aje? I ni? "

Helena toleh kepala ke sebelah. Baru perasan ada seorang lelaki di situ. Nampak macam merajuk.

" Awak siapa pulak? " Helena pincing mata ke wajah itu. Tadi tak ada pula dia nampak di taman.

" I'm Lorenzo Vitale. " Ucapnya bersama senyuman lebar yang menampakkan sebaris gigi putih bersama taring tajam.

Helena terpana. Tangan kecilnya cuba menggapai bibir lelaki itu. Giginya nampak macam miau.

Lorenzo hanya diam. Membiarkan mata bulat itu menatap seluruh wajahnya.

" Awak miau ke? "

Berkerut dahi Lorenzo mendengar soalan itu. Dia? Kucing?

Maka terletuslah tawa besar Aldo.

" Haha. I-ini bukan meow, ini rimau! Haha. " Berdekah dia gelak. Entah celah mana Helena selit jenaka, tak tahulah.

Lorenzo jeling rakannya itu.

" Tadi kata ada miau! Mana miau? " Helena kembali duduk di tempatnya. Tangan naik memeluk tubuh. Tengok lagak dah macam bos marah pekerja.

" Ini bukan miau awak ke, dik oi? " Gelak Aldo lagi. Jari dituding pada Lorenzo.

" Kau kalau tak nak accident bawak kereta betul-betul. " Sinis kata Lorenzo.

Dia beralih pula pada Helena.

" Nak miau ke? "

Helena angguk laju. Nak!

" Tapi dia lagi besar dari kucing biasa... "

" Nak miau! "

" Iya, sabar okey? "

Lorenzo mula menggerakkan tubuh seakan mencari sesuatu. Dan muncullah seekor anak harimau putih. Entah kat mana dia letak pun tak tahu.

" Woi! Kau bawa Albi kenapa? "

Ya, nama binatang tu Albi. Sebab harimau tu Aldo yang punya. Lorenzo senyap-senyap seludup masuk harimau itu ke dalam kereta sebelum bertolak tengah hari tadi.

Albi ialah singkatan bagi albino. Pelik-pelik aje nama dia bagi.

" Albi? "

" Yup! His name is Albi! Albi Barone. " Dengan bangga anak harimau putih itu Lorenzo dukung tinggi sebelum diletak ke pangkuan Helena.

" Devi usare il mio cognome? ( Do you have to use my last name? ) " Ujar Aldo tidak bernada.

" Sì. " Jawapan semudah ABC diberi Lorenzo. Fokus kini diberi pada kanak-kanak perempuan itu.

" Comelnyaaa! " Bulu putih itu dia elus perlahan. Lembut. Dengan belangnya berwarna coklat, cantik sangat!

" Right? "

" Seronok melamun? Melamun apa pula kali ni? Jadi Cinderella? " Saleema memotong adegan Helena yang mengimbas masa lalu.

" Ish, kacau lah! " Helena juih bibir. Buaian dia ayun laju.

Saleema hanya geleng kepala. Dia pandang wajah Helena seperti sedang berfikir.

" Weh, aku nak cakap. " Helena kemam bibir.

" Cakaplah. " Jawab Saleema. Nak cakap pun kena beritahu ke?

" Sebenarnya... "

•••

- To be continued

Continue Reading

You'll Also Like

57.7K 2.6K 26
Tengku Aisha Andriana dan Tengku Aisra Aidriana.Dua adik beradik yang amat dingin. Tengku Aisha Andriana digelar sebagai Ice princess.Aisha mempunyai...
110K 6.7K 26
. "Who the hell are you?" Seorang lelaki kacukan orang putih merupakan pelajar yang dikenali ramai. Tapi bukan dia seorang je okay. Member seperjuang...
2.2M 98K 80
"Senyum! Senyum! Senyum! Tu ja kau tahu?! Hey perempuan , sekali lagi kau senyum depan aku, siap kau." -Afkar Irsyad "Awak buatlah apa yang awak nak...
21.5K 1.2K 37
GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang...