HER SAVIOR [Slow Update]

By DaisyIntrovert

129K 8.9K 1.3K

'No harm will ever come to you, for I am your protector' "Saya tak boleh nak halang kerana hati saya yang me... More

DISCLAIMER
CAST
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51

BAB 20

2.3K 171 28
By DaisyIntrovert

Emelda menapak perlahan masuk ke bahagian pengeluaran. Wajahnya begitu serius memerhatikan setiap pekerja yang sedang melakukan kerja mereka.

Dari jauh, dia ternampak Teresa dan Tengku Ahnaf sedang memantau produk mereka sebelum betul-betul dikeluarkan secara rasmi.

Dia berjalan mendekati mereka yang serius membincangkan sesuatu.

"Any problem?" tegur Emelda ketika dia tiba di hadapan Teresa dan Tengku Ahnaf.

Kedua-duanya memanggung kepala memandang Emelda.

"Inek," sapa Tengku Ahnaf dengan sopan.

"Hm," jawab Emelda sepatah. Dia mengambil paket produk makanan mereka yang ada di atas meja.

"Ada masalah lagi?" tanya Emelda apabila pertanyaan dia tadi tidak dijawab, malah dibiar sepi.

"Tak ada tapi kami tengah semak secara terperinci setiap isi kandungan di kertas dan dalam paket ini. Takut tak tally," terang Teresa sambil mencatit sesuatu di atas kertas yang dia bawa dari pejabat tadi.

Emelda mengangguk faham kemudian membuang pandang ke arah Tengku Ahnaf.

"Dah habis bincang?" tanya Emelda lagi.

"Dah. Kenapa mummy?" tanya Teresa.

"Aku nak jumpa Ahnaf sekejap. Boleh ke?"

Tengku Ahnaf yang sedang membelek pembungkusan produk makanan itu mengangkat kepala memandang Emelda.

"Boleh inek," jawab Tengku Ahnaf ringkas seraya meletakkan kembali produk tersebut di atas meja. Dia terus mengikuti langkah Emelda yang sudah berlalu pergi itu.

Setibanya di bilik pejabat Emelda, dia melabuhkan duduk di hadapan nenek isterinya itu. Mereka berbalas pandangan sebelum Emelda memulakan bicara.

"Macam mana dengan dia? Okay?" Emelda bertanya dengan wajah yang dingin.

Kening Tengku Ahnaf terangkat seketika mendengar soalan Emelda. Dia? Isteri dia lah kan?

"Isteri saya? Zahra? Alhamdulillah dia baik-baik saja." jawab Tengku Ahnaf tenang. Tubuhnya disandarkan pada kerusi.

Dia teragak-agak untuk memberitahu sesuatu yang penting terhadap Emelda. Takut Emelda menjadi cemas dan panik jika mendengar apa yang ingin dia sampaikan sebentar lagi.

"Inek, saya ada terjumpa dia." beritahu Tengku Ahnaf dengan berhati-hati. Dia sengaja mahu berkias terlebih dahulu.

"Dia? Siapa?" tanya Emelda kembali bersama kerutan pada dahi. Dia tidak dapat menangkap apa yang ingin disampaikan Tengku Ahnaf.

Tengku Ahnaf menarik nafas dalam lalu menghembus perlahan. Dia tahu sebentar lagi wanita di hadapannya ini akan bertukar panik.

"Dia, ibu kandung Zahra." beritahu Tengku Ahnaf senafas.

Terlepas botol dari tangan Emelda yang baru saja ingin membasahkan tekak itu ketika mendengar kata-kata anak muda dihadapannya.

Air liurnya ditelan laju. Wajahnya berubah pucat.

"Dia nampak Nancy ke? Dia tahu ke Nancy?" Emelda menyoal Tengku Ahnaf bertubi-tubi.

Dia menghela nafas lega ketika melihat Tengku Ahnaf menggeleng perlahan.

Ini adalah salah satu sebab kenapa dia risau membebaskan Zahra ke dunia luar. Dia tidak mahu ada orang tahu kehadiran Zahra.

Tengku Ahnaf hanya perhatikan saja Emelda yang mendiamkan diri itu. Pasti nenek isterinya sedang memikirkan sesuatu.

"Dia tak nampak Zahra dan saya rasa mustahil untuk dia kenal Zahra sebab dia pergi pun masa Zahra berumur 2 bulan kan?"

Emelda mengangguk perlahan.

"Betul tapi tak mustahil juga jika dia kenal Nancy sebab muka Nancy banyak mewarisi ayah dia tap inek harap dia tak kenal dan anggap Nancy dah mati," balas Emelda dengan keras.

Dia tidak boleh biarkan ibu kandung Zahra tahu kewujudan Zahra kerana nyawa cucunya itu boleh terancam.

"Kalau inek risau tentang Zahra, saya boleh batalkan persandingan kami demi kebaikan Zahra sebab inek tahukan yang datang ke majlis sanding nanti bukan calang-calang orang dan semestinya berita tentang kami nanti akan tersebar luas."

Emelda mengetuk perlahan meja kerjanya. Wajah suami cucunya dipandang sekilas sebelum keluhan kecil dilepaskan.

"Jangan. Teruskan saja. Inek tak nak lagi hancurkan impian dia. Inek tahu setiap perempuan pasti mahu perkahwinan yang gah. Cukuplah inek sekat kebebasan dia dulu sehingga dia tertinggal dalam banyak perkara. Bahagiakan dia. Andai kata tersebarnya berita tentang kamu berdua ini kepada umum, inek tak minta banyak, tolong jaga dia baik-baik seperti yang kamu janjikan. Inek tak mampu nak menyekat dia buat selama-lamanya. Dia juga berhak merasa bahagia seperti orang lain," beritahu Emelda panjang lebar.

"Yang paling penting, jangan pernah bagi perempuan itu tahu siapa isteri kamu kalau kamu sayangkan isteri kamu," tambah Emelda lagi.

Tengku Ahnaf hanya mengangguk faham.

"Baik inek. Macam yang saya pernah katakan sebelum ini, saya akan jaga Zahra macam diri saya sendiri. Itu janji saya," balas Tengku Ahnaf dengan tegas.

"Ina, agak-agak baju ni sesuai tak untuk saya?"

Zarina terus menoleh ketika mendengar Zahra meminta pendapatnya. Tika ini mereka berdua berada di butik yang boleh dikatakan terkenal juga di kalangan orang awam.

"Kak Zahra, akak pakai apa pun tetap nampak cantik tau. Ambil je. Abang anap pun dah bagi greenlight untuk akak berbelanja kan," tutur Zarina bersama senyuman.

Mujur saja dia tidak kerja dan menjadi suri rumah semenjak habis belajar, jadi dia mempunyai waktu yang lapang menemani birasnya itu.

"Tapi tak boleh pula berlebihan sebab ini duit dia. Serba salah pula saya nak guna," balas Zahra dengan nada serba salah.

Zahra berkira-kira ingin mengambil baju gaun labuh yang dipegang olehnya.

Zarina menggeleng perlahan bersama senyuman. Baik betul birasnya satu ini.

Zarina mengeluarkan telefon di dalam begnya lalu. Nombor seseorang didail lalu menekap telefon pada telinganya.

"Hello abang ipar, someone teragak-agak untuk guna duit abang ipar lah. Nak buat macam mana ni?"

Mata Zahra terbeliak ketika mendengar ayat yang keluar dari mulut Zarina. Dia tidak menyangka wanita itu akan menghubungi suaminya.

Zahra mengawangkan kedua tangannya lalu meminta Zarina untuk matikan panggilan.

"Nah, your lovely husband nak bercakap," usik Zarina lalu menyerahkan telefon miliknya pada Zahra.

Nak tak nak, Zahra terpaksa menyambut telefon tersebut lalu menekap pada telinganya.

"Hello awak," tutur Zahra perlahan.

"Hello. Macam mana berjalan hari ni okay, seronok?" soal Tengku Ahnaf di dalam talian.

Kedengaran tangan Tengku Ahnaf sedang menekan papan kekunci. Dia merasa serba salah pula menganggu lelaki itu.

"Okay je awak."

"Kad tu saya bagi untuk awak berbelanja. Jangan ragu-ragu nak guna. Tak berkurangnya rezeki saya ni kalau memberi pada awak. Itu hak awak sebagai isteri. Guna saja okay?" kata Tengku Ahnaf.

"Baik. Maaf ganggu awak. Nanti jangan lupa makan tengah hari. Assalamualaikum," ucap Zahra lalu mematikan panggilan.

Tidak mahu lama-lama berborak dengan suaminya kerana khuatir menganggu lelaki itu yang sedang sibuk bekerja.

"So, macam mana? Dah boleh swipe swipe belum?" soal Zarina bersama senyuman mengusik.

Agaknya sepuluh daripada seratus perempuan yang bersifat seperti Zahra. Selalunya dia  bertemu dengan perempuan yang pantang diberi peluang untuk membeli-belah jika suami memberi kad kepada isteri.

Zahra mengangguk perlahan seraya melempar senyuman nipis kepada Zarina.

Apabila dia mendengar permintaan Tengku Ahnaf yang mahu dia berbelanja tanpa ragu-ragu, barulah terasa tenang sikit hatinya mahu menggunakan kad lelaki itu.

"Yes! Jom kita proceed bayar."

Zarina terus menarik tangan Zahra ke kaunter pembayaran. Dia ada banyak destinasi lagi untuk membawa Zahra berpusing-pusing dalam pusat membeli-belah itu.

Itu pun nasib-nasib saja dia dan Tengku Anaqi dapat memujuk Tengku Ahnaf untuk melepaskan Zahra keluar berdua dengan Zarina.

Sehabis baik dia cuba menyakinkan Tengku Ahnaf kalau dia mampu menjaga Zahra di luar sendirian.

Dia tidak sangka kalau sesukar itu mahu mengajak Zahra keluar berjalan tanpa Tengku Ahnaf.

"Eh, hello. Tak sangka akan jumpa you dekat sini," sapa satu suara yang begitu menyakitkan hati bagi sesiapa saja yang dengar kerana  lenggok suara yang gedik itu.

Zahra hanya menayang riak biasa. Dia terus membuat pembayaran tanpa pedulikan Humaira yang bertenggek di kaunter pembayaran itu.

"Jangan cakap butik baju ini ada kena mengena dengan perempuan ni eh," bisik Zahra perlahan.

"First time i dapat customer sombong macam ini. Tak ramah langsung. Apa lah reaksi orang luar kalau tahu isteri kepada Ahnaf ini sombong belaka? Euwww."

Humaira cuba memancing emosi Zahra dengan berkata begitu namun Zahra hanya menunjukkan riak wajah yang tenang saja.

Pekerja yang menguruskan pembayaran Zahra itu mengerutkan sedikit keningnya. Humaira yang berada di sebelah dikerling sekilas.

Setahunya, wanita itu ramah bercakap walaupun agak pemalu sedikit sepanjang dia melayan wanita itu. Dia tidak nampak di mana sombongnya pelanggan itu.

"Terima kasih ya." ucap Zahra usai selesai membuat pembayaran dan terus menarik tangan Zarina berlalu dari kaunter tersebut.

"Untuk pengetahuan you, butik i ni tak sesuai untuk perempuan macam you. Whatever you pakai, baju tu akan auto nampak murah. I tak nak baju dari butik i ni dipakai oleh orang murahan macam you," tempelak Humaira apabila wanita itu tidak memberi respon kepadanya.

Zahra terus menghentikan langkah kaki ketika mendengar kata-kata Humaira terhadapnya.

Zahra pusing tubuh menghadap Umairah. Tangan disilang pada dada. Senyuman tipis terukir pada bibirnya.

"Jadi, orang macam mana yang sesuai pakai baju dari butik Cik ni? Boleh beritahu saya?" tanya Zahra bersama senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

Humaira tersenyum sinis. Dia mengorak langkah mendekati Zahra. Matanya turun naik memandang Zahra.

Dia tidak habis fikir bagaimana lelaki seperti Tengku Ahnaf boleh membuat keputusan untuk mengambil Zahra sebagai isteri lelaki itu sedangkan dia lebih bergaya berbanding perempuan itu.

"Perempuan macam i. Elegan dan nampak bergaya. Yang pastinya lebih sesuai lah dan nampak sepadan kalau berdiri sebelah Ahnaf, nampak macam perempuan mahal," kata Humaira bersama senyuman jahat.

Zahra mengherotkan bibirnya ke tepi. Dia tahu wanita itu sengaja mahu menyakitkan hati dia apabila Humaira sengaja mengaitkan nama Tengku Ahnaf.

"Tapi kenapa saya yang menjadi isteri Ahnaf, bukan awak? Boleh tolong rungkaikan tak alasan disebalik itu? Saya tak dapat nak proses lagi kenapa saya yang jadi isteri Ahnaf." balas Zahra dengan nada bersahaja.

Matanya terkebil-kebil memandang Humaira yang sudah merah menahan marah. Bibir Zarina pula sudah membentuk huruf O ketika melihat birasnya membidas wanita gedik di hadapan mereka.

Boleh tahan juga birasnya itu. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Jangan dikira Zahra yang tampak tenang selama ini tidak boleh membidas orang.

"Sebab Ahnaf terpaksa. Kalau dia jumpa aku dulu, dia akan pilih aku jadi isteri dia. Bukan kau!"

Bahasa Humaira bertukar kasar ketika menempelak Zahra. Dia masih sakit hati lagi dengan pemilihan Tengku Ahnaf itu.

Zahra tersenyum nipis sambil menggelengkan kepalanya. Jari telunjuknya diangkat lalu digoyang perlahan.

"Salah. Saya rasa say dah dapat jawapan kenapa dia kahwin dengan saya. Yang pastinya sebab jodoh dan..."

Zahra sengaja meleretkan suaranya sambil mendekatkan dirinya pada Humaira

"Sebab dia CINTAKAN saya. Itu sebab utama dia berkahwin dengan saya. Untungkan saya?" tutur Zahra lalu melemparkan senyuman manis seraya mengerdip perlahan matanya.

"Shit. Bull shit semua tu. Siapa yang perlukan cinta zaman sekarang? Tak ada," tempelak Humaira dengan suara yang sedikit kuat.

Kening Zahra bertaut rapat. Dia tidak fokus dengan ucapan Humaira yang terakhir. Otaknya hanya fokus pada ayat pertama.

"Shit? Bull shit? Awak mencarut ke tu?" tanya Zahra dengan wajah berkerut.

"Suami saya cakap tak baik tau mencarut. Kalau tak percaya, sekejap."

Zahra mengeluarkan telefon dari beg yang dibawa lalu menghubungi suaminya. Telefon ditekap pada telinganya.

Panggilan bersambut.

"Assalamualaikum awak, hehe sorry kacau. Awak sibuk ke? Awak ingat lagi tak hadis yang awak share dengan saya hari tu? Boleh tak awak sebutkan balik?" tanya Zahra.

Tengku Ahnaf yang berada di sebelah sana terpinga-pinga mendengar permintaan Zahra namun diturutkan juga permintaan isterinya.

"Boleh," jawab Tengku Ahnaf tanpa ragu-ragu.

Zahra menjauhkan sedikit telefon dari telinganya. Dia menarik tangan Zarina mendekatinya.

"Ina, boleh tolong tak macam mana nak bagi perempuan mahal dekat depan kita ini untuk dengar apa yang Ahnaf nak cakap?"

Zarina menahan senyum mendengar permintaan birasnya itu. Laju saja tangan Zarina menekan butang pembesar suara pada telefon Zahra.

"Hello sayang, awak ada dekat situ ke tak? Nak saya bacakan sekarang ke?" tanya Tengku Ahnaf tanpa menyedari kalau suaranya itu didengari oleh pelanggan lain yang ada di dalam butik itu termasuk Umairah.

Zahra tersenyum sendiri mendengar perkataan sayang dari Tengku Ahnaf itu. Seperti ada rama-rama berterbangan di sekelilingnya.

Bibir Humaira terketap rapat mendengar panggilan Tengku Ahnaf kepada Zahra.

"Panggilan itu sepatutnya untuk aku," desis Humaira dalam hati.

"Baik. Awak dah boleh baca sekarang. Saya ingat-ingat lupa."

Zahra memandang wajah Humaira yang seperti kemerahan menahan perasaan.

"Perkongsian yang saya bacakan untuk awak malam itu berkaitan dengan kata-kata kotor yang keluar dari mulut kita. Dalam Islam, kita ditegah untuk berkata kotor, perkara yang tidak baik, makian dan ucapan menghina sebab itu adalah perbuatan tercela dan sangat dilarang oleh agama kita." ujar Tengku Ahnaf di dalam talian.

Humaira menolak lidahnya ke dalam pipi. Dia sedikit terasa dan malu mendengar kata-kata lelaki itu. Matanya meliar melihat pelanggan lain yang turut mendengar 'tazkirah' percuma itu.

"Rasulullah S.A.W bersabda dalam hadis yang bermaksud jauhilah olehmu semua kata-kata kotor sebab Allah tidak kepada kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor daripada orang lain."

Pelanggan yang mengunjungi butik itu terangguk-angguk kepala mereka mendengar ucapan Tengku Ahnaf di dalam talian itu.

"Dalam hadis lain juga Rasulullah ada bersabda kalau seorang mukmin itu bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah dan syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya."

"Sebab itu Allah ada berfirman di dalam Al-Quran yang melarang perbuatan mencarut yang bermaksud 'ucapkanlah kata-kata yang baik sesama manusia' dalam surah Al-Baqarah ayat 83. Jadi, jagalah mulut dan tahan diri dari berkata perkataan kotor. Sekarang, dah boleh faham dan ingat ke sayang saya?" soal Tengku Ahnaf setelah selesai menjelaskan dan menerangkan perkongsian tempoh hari bersama Zahra di dalam talian.

"Okay, sekarang saya dah ingat. Terima kasih awak. Jumpa balik nanti." balas Zahra.

"Hati-hati. Elok-elok jalan dengan Ina. Apa-apa call saya. Take care sayang. Assalamualaikum." tutur Tengku Ahnaf lalu mematikan panggilan.

"Waalaikumsalam awak," jawab Zahra perlahan bersama senyuman malu-malu yang terbit di bibir. Dia memang tidak boleh mendengar Tengku Ahnaf memanggilnya sayang, hatinya pasti akan cair.

Zarina yang melihat Zahra tersengih kecil itu melepaskan tawanya. Macam budak remaja yang baru belajar nak bercinta gayanya.

"Dengarkan suami saya cakap apa? Tak baik tau mencarut. Allah tak suka. Perempuan mahal takkan mencarut. Maklumlah perempuan murah macam saya ini hanya mampu menyampaikan pesanan saja."

Usai berkata, Zahra terus menarik tangan Zarina keluar dari butik tersebut meninggalkan  Humaira yang sudah membara hatinya kerasan terasa dia disindir oleh wanita itu. Dia tidak hiraukan mata-mata orang yang memerhati dia dan Zarina.

Apabila mereka berdua sudah jauh dari butik Humaira, Zahra mencuit manja tangan Zarina.

Zarina menoleh ke sisi memandang wajah cantik milik Zahra.

"Macam mana? Cool tak akak tadi?" tanya Zahra bersama sengihan kecil.

"Macam ni kak! Terbaik! Lawan jangan tak lawan!" balas Zarina sambil mengangkat ibu jarinya ke arah Zahra.

Zahra tergelak kecil.

"Cool kan? Tak sia-sia akak tengok drama dekat televisyen hehehe."

Serentak mereka berdua melepaskan tawa.

Happy Reading 🤍

Continue Reading

You'll Also Like

5.6K 276 35
[KARYA KEEMPAT] [COMPLETE] [ ROMANCE] ~~~~~ "𝑾𝒂𝒉𝒂𝒊 𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂𝒕𝒏𝒂, 𝒔𝒊𝒏𝒂𝒓 𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒎𝒖 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒖𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒔𝒂𝒋𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈...
386K 13.8K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
26.5K 1.9K 63
Tengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras da...
84.6K 2.9K 57
[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah bers...