Tuhan, Aku Mahu Dia. (HIATUS)

By nurflnh

73.8K 3K 96

Nur Safiyyah & Muhammad Zulfan Iskandar Kerana cinta, kisah mereka bermula. Zulfan yang jatuh cinta pada pan... More

Prolog
TAMD 1
TAMD 2
TAMD 3
TAMD 4
TAMD 5
TAMD 6
TAMD 7
TAMD 8
TAMD 9
TAMD 10
TAMD 11
TAMD 12
TAMD 13
TAMD 14
TAMD 15
TAMD 16
TAMD 17
TAMD 18
TAMD 19
TAMD 20
TAMD 21
TAMD 22
TAMD 23
TAMD 25
TAMD 26
Salam Ramadhan, semua!
TAMD 27
TAMD 28
TAMD 29
TAMD 30
TAMD 31
TAMD 32
TAMD 33
TAMD 34
Not an update
TAMD 35
TAMD 36
HIATUS

TAMD 24

1.7K 80 0
By nurflnh

Hari ni hari terakhir kami berada di Pulau Songsong setelah tiga hari bercamping di tepi pantai.

" hari ni, aktiviti bebas. Kalau ada yang nak mandi pantai ke, nak berjalan-jalan tepi pantai ke, nak berootd ke ataupun bercontent ke, saya izinkan. Pastikan jaga keselamatan masing-masing. Kita datang dengan badan yang sihat, balik pun mesti macam tu. Saya tak nak ada kejadian buruk yang berulang lagi. Faham, semua?" Ustaz Yasir bagi taklimat pada kami semua.

" kita gerak balik pukul berapa, ustaz?" tanya Suraya, classmate aku dan Najwa.

" kita akan gerak pukul 2 petang. So, manfaatkan pagi kamu kat sini sebaik-baiknya. Saya tahu semua dah penat dengan aktiviti macam-macam, jadi saya bagi kamu rest pagi ni." balas ustaz Yasir.

" wa, jom jalan tepi pantai nak?" aku mengajak Najwa di sebelah.

" kau ajak lah Is. Haziq dah ajak aku jalan dengan dia. Sorry, sistur." Najwa tayang sengih.

Aku kerut dahi. Aku ada tertinggal apa-apa ke lepas dari kejadian rumah Nur Kasih haritu?

" kau dengan Haziq ada apa-apa ke?" aku menyoalnya hairan.

" eh, perlahan la sikit suara kau tu." Najwa memukulku perlahan. Matanya melihat sekeliling takut orang lain dengar.

" aku rasa aku dah tersuka Haziq." Najwa mengaku perasaannya perlahan. Sejak Haziq menjaga dia ketika diserang fobia tempoh hari, hatinya mula terbuka pada Haziq.

" faham." aku mengangguk kecil. Tak nak menyoal banyak, biarlah dia. Lagipun Haziq nampak macam budak baik, jadi dia tak risau sangat.

" kalau macam tu, aku pergi dulu la. Nanti kalau Is cari aku, cakap aku kat bawah tau." aku bangkit berdiri.

" beres bos." Najwa akur.




Aku hirup udara segar di tepi pantai. Baru hari ni dia betul-betul berjalan tepi pantai walaupun dah tiga hari kat sini.

" Safiyyah." seseorang memanggil namaku dari belakang, sekaligus membuatkan matanya terbuka kembali.

Aku paling ke belakang ingin melihat empunya suara.

" Athirah." aku menyebut nama orang yang berdiri di depannya perlahan.

" saya nak cakap sikit boleh?" pintanya lembut dengan senyuman yang dia tak tahu benar ke palsu.

Aku mengangguk sebagai jawapan walaupun dalam hati timbul perasaan hairan.

" awak nak cakap apa?" soalku ingin tahu. Aku berdiri bersebelahan dengan dia.

" awak dah lama ke kenal dengan Iskandar?" Athirah terus direct tanpa basa-basi.

Aku tersenyum kecil bila dapat tangkap arah tuju soalannya.

" tak ada lah lama sangat, baru je. 2 bulan." aku jawab jujur.

" saya kenal dia dari zaman asasi lagi. Hampir 4 tahun. Awak tau yang saya suka dia?" Athirah mengasak aku dengan soalannya lagi.

" awak mungkin suka dia, tapi dia suka saya. Apa yang saya boleh buat?" aku balas dengan berani. Dia salah kalau anggap aku akan berdiam diri macam heroin dalam novel-novel.

Aku tahan senyum bila nampak dia ketap gigi. Mungkin geram dengan ayat aku ataupun terasa.

" Nur Safiyyah." 

Belum sempat dia nak balas ayat aku, Zulfan dari jauh memanggil nama aku berulang kali.

" See that? Walaupun dia nampak awak dulu tapi kenapa nama saya yang dia panggil? That's mean, you're nothing to him. Even awak kenal dia dulu, orang yang dia suka, saya. You need accept this fact. He never see you more than as his classmate." tuturku sinis.

I will fight what's mine. Aku bukan perempuan lemah.

Pada Zulfan aku lambaikan tangan, menyuruh dia datang dekat. Sengaja nak panaskan hati Athirah lagi.

" ada apa ni?" Zulfan menyoal aku bila dia dah mendekat. Matanya memandang Athirah sekilas sebelum tumpu pada aku.

" takde apa pun. Athirah ajak menyembang tadi." aku berdalih.

" ouh, ni dah habis ke?" Zulfan tanya Athirah di tepi. Keningnya diangkat sebelah meminta jawapan.

" haah, dah habis dah." Athirah cepat-cepat membalas. Hatinya mendongkol geram dengan Safiyyah.

" kalau macam tu, boleh bagi kami ruang?" Zulfan mengulang semula kata-kata yang Athirah ucapkan padaku semalam.

Aku tahan senyum bila muka dia berubah menjadi kelat mendengar permintaan Zulfan.

" b-boleh. Saya mintak diri dulu ya, Safiyyah." Athirah memaniskan roman wajahnya padaku. Dia melangkah pergi bila aku menunduk pamit padanya.

" tak baik lah halau dia macam tu. Awak ni." aku acah-acah menegur Zulfan seolah-olah apa yang dia buat tadi tak baik. Kalau dia tau apa yang aku cakapkan pada perempuan tu tadi, mesti dia tak menyangka aku begitu.

" biar lah dia. Sibuk je nak kacau orang tengah bahagia." balas Zulfan menyampah. Kalau tak kerana dia hormatkan perempuan, dah lama Athirah tu dia layan buruk-buruk.

" mana Haziq dengan Najwa?" aku mencari kelibat mereka berdua di belakang. Mesti mereka yang bagitahu Zulfan yang dia ada di sini.

" diorang tak nak datang sini. Nak duduk atas je." beritahu Zulfan. Dia ada mengajak mereka turun tadi, tapi ditolak.

" oh takpe lah kalau macam tu. Saya nak jalan ke depan lagi ni. Nak ikut?" aku sengaja mengajak dia walaupun tahu lelaki tu tetap akan ikut nanti.

" mesti lah nak." laju dia menjawab. 




" mama nak jumpa awak nanti. Mama cakap waktu awak free la. Kalau tak free takpe je bila-bila pun." tengah ralit melayan perasaan sambil nikmati angin tepi pantai, aku beritahu Zulfan apa yang mama suruh sampaikan padanya.

Zulfan berhenti berjalan mendadak. Dia terus berpaling melihat aku di sebelahnya dengan riak wajah yang terkejut. Mulutnya tiba-tiba gagap nak bercakap.

" serius ke ni? tak main-main?" Zulfan menyoal gembira.

Aku senyum dulu sebelum membalas soalannya.

" iye, betul la. Apa pulak main-main. Haritu awak jugak yang nak jumpa mak ayah saya." 

Zulfan terasa nak melompat tinggi. Hampir sebulan dia menunggu Safiyyah mengajak dia ke rumah orang tuanya tapi hari ni baru dapat ajakan.

" hujung weekend depan saya datang." beritahu dia laju. Bibirnya masih tak lekang dengan senyuman kerana terlalu gembira.

" awak tak busy ke?" aku tak nak menganggu jadualnya.

" itu je waktu yang saya tak busy. Minggu depan tu kita dah final exam. Then, saya dah nak start intern lepastu. Lepastu grad. So, saya rasa itu je waktu yang saya ada sebelum busy sampai hujung tahun." 

Aku senyap. Sedar tak sedar, masa untuk dia ada di kolej dah tak lama. Dan bermakna, support system dia pun akan jauh nanti.

" faham. Kalau macam tu, takpe lah. Nanti awak amik saya kat hostel." aku akur.

" Kalau kita bertunang, awak okey tak?" hati-hati Zulfan nyatakan hasrat yang tertanam di hatinya.

Aku bulat mata. Terkejut dengan pertanyaan dia yang tiba-tiba.

" bila? Tahun ni ke?" Kami berdua duduk di atas tanah. Dah tak nak berjalan lagi.

" sebelum saya intern." Zulfan ragu-ragu nak menjawab. Takut Safiyyah tak setuju dengan permintaannya.

Aku senyap. Tipu lah kalau dia tak nak bertunang tapi dia pun kena bincang dengan mama dan papa.

" nanti weekend, awak tanya mama dengan papa. Apa jawapan diorang, itu lah jawapan saya." aku memberinya jawapan selamat.

Dia senyum lagi mendengar jawapan aku. 

" Zulfan Iskandar." aku memanggil nama penuhnya perlahan.

" awak suka betul panggil nama panjang saya kan?" Zulfan ketawa kecil.

" Awak tahu benda pertama yang saya suka pasal awak?" aku menyoalnya. Ingin menjawab kenapa aku suka panggil nama panjang dia.

" muka hensem saya?" Dia menjawab dengan kata-kata yang mengangkat bakulnya sendiri.

Aku tayang muka meluat dengan jawapan dia. Tak habis-habis nak puji diri sendiri.

" salah." aku geleng kepala.

" sebab saya pandai?" dia meneka lagi.

Aku geleng lagi dengan jawapan angkat bakulnya.

" sebab saya.." 

" dah, tak payah nak bagi jawapan mengarut lagi." aku potong tekaannya. Malas nak dengar dia puji diri sendiri lagi.

" your name. Saya jatuh cinta dengan nama awak." aku beritahu dia jujur. Pertama kali dia menyebut namanya pada aku, saat itu aku mula rasa sesuatu pada dia.

Dia terdiam seketika sebelum menghadiahkan sebuah senyuman manis pada aku. Lama-lama dia boleh kencing manis kalau macam ni.

" sebab tu saya suka sebut nama panjang awak." aku menyambung lagi.

" kenapa awak panggil saya tadi? Ada nak cerita apa-apa ke?" Zulfan kembali pada topik asal aku memanggilnya tadi.

" kalau saya nak sambung oversea, awak okey?" dah lama aku nak tanya soalan ni pada dia tapi belum ada masa.





Continue Reading

You'll Also Like

23.5K 2.2K 30
[KARYA PERTAMA | COMPLETED] Disebalik wajah bersahaja Inspektor Adyan terselit seribu satu rahsia yang disimpan kemas selama dua tahun. Kejadian yang...
57K 1.5K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
993 107 19
Muhammad Luth Adam Fatwaz Seorang lelaki , CEO GALERI SENI D'LAF. Dia mempunyai banyak keistimewaan tetapi dia juga tenggelam dalam kisah silam. Ki...
207K 14.1K 75
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...