HER SAVIOR [Slow Update]

By DaisyIntrovert

129K 8.9K 1.3K

'No harm will ever come to you, for I am your protector' "Saya tak boleh nak halang kerana hati saya yang me... More

DISCLAIMER
CAST
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51

BAB 16

2.3K 173 84
By DaisyIntrovert

"Ini huruf apa?"

Zahra mengetap perlahan bibirnya sebelum menjawab pertanyaan Tengku Ahnaf. Rasa gementar pula mahu menjawab.

"Err Fa," jawab Zahra antara dengar tak dengar saja suaranya. Bimbang dimarahi oleh suaminya.

"Ini ada tiga titik. Jadi bunyinya Qof. Ulang saya sebut."

"Qof."

"Qof." Zahra mengikut apa yang disebut oleh suaminya.

Tengku Ahnaf mengangguk perlahan setelah berpuas hati mendengar sebutan Zahra yang jelas dan kuat.

Tengku Ahnaf sudah mempunyai rutin baharu. Setiap kali selepas solat maghrib, dia akan mengajar Zahra mengaji dulu sementara menunggu waktu Isyak.

"Sikit saja lagi nak habis dah jilid satu. Insha-Allah perlahan-lahan ya," tutur Tengku Ahnaf lembut seraya menggosok kepala Zahra yang bertutup dengan telekung itu. Buku Iqra ditutup lalu diletak ke tepi.

Pada awalnya, agak sukar untuk Zahra menangkap apa yang diajar oleh Tengku Ahnaf kerana seumur hidup dia tidak pernah mengenal huruf hijaiyyah.

"Terima kasih sebab sabar ajar saya. Rasanya jauh lagi perjalanan saya nak lancar mengaji macam awak kan. Saya masih merangkak-rangkak macam bayi," tutur Zahra dengan suara yang lemah.

Dia malu. Sudah berumur dua puluh sembilan tahun, tetapi ilmu agama sangat tipis dan masih merangkak mahu belajar mengaji.

Dia cemburu setiap kali mendengar suaminya mengaji Al-Quran dengan lancar. Nayla yang baru berusia tiga tahun pun kenal huruf hijaiyyah lebih baik darinya.

"Tak apa. Selagi boleh belajar, kita belajar bersama-sama. Biar merangkak belajar sekarang daripada merangkak di akhirat nanti."

Tengku Ahnaf menatap wajah si isteri yang begitu khusyuk mendengar apa yang dibicarakannya.

"Nak tahu tak, betapa baiknya Allah ini. Sesiapa saja yang membaca dalam keadaan tidak lancar dan berusaha untuk mempelajari Al-Qiran akan dapat dua pahala," beritahu Tengku Ahnaf sambil membetulkan songkoknya yang terasa senget kedudukannya di kepala.

"Ya ke? Apa dia tu?" tanya Zahra dengan teruja. Matanya bersinar-sinar ingin tahu dua pahala yang disebut oleh si suami. Dia tidak tahu kenapa dia suka mendengar perkataan pahala. l

Tengku Ahnaf menahan senyum melihat wajah tidak sabar Zahra seperti anak-anak kecil yang tidak sabar mahu mendapat gula-gula.

"Pahala pertama adalah kerana membaca Al-Quran. Pahala yang kedua pula.." Suara Tengku Ahnaf meleret sengaja mahu membuat Zahra menunggu dengan lebih lama.

Kening Zahra terangkat ke atas apabila ayat lelaki itu seperti tergantung. Lama.

"Yang kedua apa? Cepatlah beritahu saya. Saya nak tahu. Awak oh awak," panggil Zahra sehingga tidak sedar dia terpegang tangan Tengku Ahnaf. Tangan besar suaminya itu ditepuk manja.

Tengku Ahnaf yang tidak sempat melarikan tangannya itu hanya mampu mengetap bibir kerana tindakan si isteri.

"Sayang ku Zahra, wudhu kita berdua batal sayang," ujar Tengku Ahnaf dengan suara yang meleret.

Zahra pula terpaku seketika. Sayang? Lelaki itu memanggilnya sayang? Dia tidak salah dengar kah?

Lama dia merenung wajah si suami. Yang ada dalam otaknya saat ini hanya perkataan sayang, sayang dan sayang. Hilang sudah rasa ingin tahu pahala yang kedua.

Tengku Ahnaf mengawangkan kedua tangannya di hadapan wajah Zahra yang seperti patung itu.

"Zahra."

Sepi. Diam.

"Zahra." Tengku Ahnaf cuba sekali lagi memanggil isterinya namun sama seperti tadi. Tiada reaksi.

"Nur Zahra Delisha."

Zahra terus tersedar apabila terdengar nama penuhnya disebut oleh Tengku Ahnaf sehingga terlepas cakap perkara yang sedang dia fikirkan.

"Sayang!"

Zahra terus menekup kuat mulutnya. Leher Zahra bergerak menandakan dia sedang menelan air liur.

"Sayang?" Tengku Ahnaf mengulang kembali perkataan itu. Matanya mengecil ketika melihat raut wajah Zahra kemerahan sedikit.

Bibirnya mula menguntum senyuman. Dia seakan dapat tangkap apa yang bermain di dalam fikiran Zahra.

Zahra terus bermain dengan jari-jemarinya sendiri. Sedikitpun tidak memanggung kepala memandang Tengku Ahnaf. Dia cuba mencari helah dari bertembung mata dengan suaminya itu.

"Jari saya ada sepuluh. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10. Hah cukup," kata Zahra sambil membelek jarinya.

"Nak saya panggil sayang setiap hari pun boleh tapi risau isteri saya ni nanti asyik jadi patung je sebab terkejut."

Zahra mencuri-curi pandang Tengku Ahnaf yang sedang memerhatikan dia itu.

"Boleh ke? Hari tu saya tengok tv. Ada satu cerita ni, dia panggil isteri dia sayang. Rasa macam comel pula panggil macam tu." beritahu Zahra perlahan sambil jarinya bermain dengan sejadah.

Semenjak duduk dengan Tengku Ahnaf, barulah dia dapat peluang untuk menonton televisyen. Banyak juga drama yang dia tonton.

"Untuk awak semua boleh Zahra. Cakap saja awak nak apa, saya tunaikan. Nak saya panggil sayang? Sekarang juga saya tukar untuk awak," balas Tengku Ahnaf dengan bersahaja.

Zahra sudah tersenyum sendiri. Matanya terkebil-kebil memandang Tengku Ahnaf.

"Betul eh? Jangan cakap dengan orang saya yang minta tau," ujar Zahra dengan wajah yang polos.

"Ya lah. Jom bangun sayang, kita kena ambil wudhu lagi untuk solat Isyak."

Zahra menekup wajahnya dengan telekung ketika panggilan sayang keluar lagi dari mulut Tengku Ahnaf.

"Arghhhh!" Zahra terjerit kecil. Dia kembali memandang Tengku Ahnaf kemudian dia kembali menjerit kecil dengan wajah yang tampak seronok kerana dipanggil sayang.

"Comel comel, saya suka. Saya blushing hehehe," tutur Zahra dengan jujur.

Sedikitpun dia tidak menyembunyikan perasaan terujanya dari Tengku Ahnaf.

Tengku Ahnaf menggeleng kecil sambil tersenyum tipis. Kadang isterinya ini macam budak-budak.

"Eh tapi sebelum tu, pahala kedua apa?" Zahra menahan tangan Tengku Ahnaf yang mahu berdiri itu.

"Oh. Ingatkan dah lupa pasal tu," tutur Tengku Ahnaf seraya tersenyum senget. Dia kembali duduk betul-betul berhadapan dengan Zahra.

"Pahala yang kedua adalah kesungguhan untuk belajar Al-Quran. Kalau kita bersungguh-sungguh belajar walaupun tak lancar, Allah tetap bagi pahala. Senang kan?"

"Jadi, jangan pernah rasa malu untuk belajar walaupun baru nak kenal huruf. Teruskan usaha. Saya akan bantu awak sampai awak boleh baca Al-Quran sendiri sebab sebagai umat islam, wajib untuk kita belajar Al-Quran." terang Tengku Ahnaf dengan lembut.

Zahra mengangguk faham mendengar penerangan Tengku Ahnaf. Dia mula rasa semangat balik untuk belajar mengaji.

"Baik! Setiap malam tau kita belajar mengaji ya awak. Nanti saya boleh baca Al-Quran dengan lancar sama macam awak," tutur Zahra sambil menggoyangkan lengan suaminya.

Tengku Ahnaf mengangguk mendengar permintaan si isteri. Hatinya disapa rasa tenang dan gembira kerana dikurniakan isteri yang sanggup belajar untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

"Boleh tapi ingat. Jangan buat semata untuk kejar pahala saja tapi kena seiring dengan hati yang ikhlas. Jadi bila belajar mengaji nanti, apa yang awak baca tu akan meresap ke dalam hati," nasihat Tengku Ahnaf.

"Baik awak," jawab Zahra dengan senyuman.

Tengku Ahnaf merebahkan diri di sebelah Zahra yang hampir terlelap itu. Dia membetulkan selimut yang melindungi mereka berdua dari rasa sejuk.

Baru saja matanya mahu tertutup, tiba-tiba dia teringat sesuatu. Dia menoleh ke arah Zahra.

"Zahra, tidur dah ke?" tanya Tengku Ahnaf perlahan. Bimbang jika isterinya sudah tidur.

"Belum. Saya pejam mata saja. Kenapa?" tanya Zahra kembali seraya mengiringkan tubuhnya menghadap Tengku Ahnaf.

Tidak membalas pertanyaan Zahra, Tengku Ahnaf terus bangun lalu mengambil sesuatu di dalam beg kerjanya.

"Nah, untuk awak."

Tengku Ahnaf menyerahkan sebuah kotak kepada Zahra.

"Apa ini?" tanya Zahra sambil membelek kotak yang diberi oleh suaminya.

Telefon?

Zahra terus menoleh ke sisi memandang Tengku Ahnaf dengan pandangan tidak percaya.

"Telefon? Untuk saya?" tanya Zahra dengan wajah musykil.

Tengku Ahnaf mengangguk perlahan.

"Tapi saya mana pandai nak pakai semua ni lagipun ni mesti mahal. Tak nak lah. Awak ambil lah balik. Maaf lah, saya tak boleh nak terima."

Zahra menolak dengan sopan lalu meletakkan kotak tersebut di atas riba Tengku Ahnaf.

"Mahal tak mahal, semua yang saya beli untuk awak ni memang khas untuk isteri saya. Lagipun telefon ini penting Zahra. Tak pandai, saya boleh ajar. Jangan risau. Ambil. Ini dah menjadi hak awak."

Tengku Ahnaf meletakkan kembali kotak telefon di atas riba Zahra.

Zahra merasa serba salah dengan lelaki itu. Mana pernah dia memegang telefon seumur hidup. Hidup dia selama ini hanya buku, dapur dan pantai.

"Bukalah kotak tu," pinta Tengku Ahnaf.

Zahra membuka juga kotak tersebut setelah didesak oleh Tengku Ahnaf.

Terlopong mulutnya melihat isi kotak tersebut.

"Awak tap sikit skrin tu," arah Tengku Ahnaf.

Zahra buat seperti yang diminta oleh suaminya. Pipinya terus merona merah saat melihat gambar pada skrin telefon tersebut. Gambar dia dan Tengku Ahnaf berdua semasa majlis pernikahan mereka.

"Awak yang letak ke gambar ni?" tanya Zahra seraya menatap wajah suaminya.

"Ya. Kita ada gambar wallpaper yang sama," ujar Tengku Ahnaf seraya menunjukkan skrin telefonnya kepada Zahra.

"Setakat ini, saya hanya letak nombor telefon saya dalam ini. Kalau awak nak apa-apa, boleh call saya atau pun mesej saya."

Tengku Ahnaf mengajar cara menggunakan telefon tersebut kepada Zahra. Berkerut-kerut dahi Zahra cuba memahami apa yang diajarkan suaminya.

"Boleh?" tanya Tengku Ahnaf setelah selesai menerangkan kegunaan telefon kepada isterinya.

Zahra hanya mengangguk saja. Tidak tahu dia betul faham atau pun tidak.

"Dah. Jom tidur. Esok papa ajak pergi kenduri dekat rumah kawan dia."

Sebelum masuk tidur tadi, Tengku Arifin sudah memberitahu dia kalau esok papanya mahu membawa satu keluarga pergi ke jemputan di rumah kawan papanya.

Tengku Ahnaf membetulkan selimut mereka lalu mengajak Zahra merebahkan diri.

Baru saja matanya mahu terlelap, kedengaran bunyi telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk.

"Siapa pula call malam-malam ni?" Tengku Ahnaf berbisik perlahan seraya mengambil telefonnya yang diletakkan di sebelah katil di atas meja.

Keningnya bertaut rapat saat melihat nombor Zahra yang tertera pada skrin. Dia terus menoleh ke kiri.

"Cuba angkat sekejap."

Tengku Ahnaf mengangkat panggilan Zahra sesuai dengan permintaan wanita itu.

"Saja nak cuba-cuba. Good night awak. Terima kasih belikan saya telefon. Bye."

Pap!

Tengku Ahnaf menahan senyum melihat Zahra yang sudah tersengih-sengih memandangnya.

"Itu saja?" tanya Tengku Ahnaf dengan nada bersahaja.

"Ya. Ada nak kena cakap apa-apa lagi ke?" Zahra pula bertanya kepada Tengku Ahnaf bersama jungkitan kening ke atas.

"Tak ada apa lah. Sama-sama. Guna telefon tu dengan sebaiknya," pesan Tengku Ahnaf seraya mencuit dagu Zahra. Niat mahu mengusik isterinya tadi tapi terpaksa dipendam saja.

"Nak Mama Yong! Nak Mama Yong!"

Mereka yang baru saja tiba di meja yang disediakan khas untuk Tengku Arifin itu mula gelabah dengan amukan si Nayla yang merengek mahukan Zahra.

"Nayla dengan Pak Long ya. Kejap lagi Mama Long nak makan, susah," pujuk Tengku Ahnaf dengan suara lembut seraya cuba mahu mengambil Nayla dari Tengku Arifin tetapi Nayla menolak.

"Tak nak! Nak Mama Yong juga," Nayla terus menangis. Tangannya dilunjurkan ke arah Zahra meminta wanita itu mengambilnya.

"Tak apa lah. Meh sini dengan Mama Long," Zahra terus mengambil Nayla kerana tidak mahu anak kecil itu mengamuk dengan lebih lama.

Balqis mengetap gigi melihat Nayla yang membuat perangai itu. Botol susu yang dibawa siap-siap dari rumah dikeluarkan dari beg dan dihulurkan kepada Zahra.

"Cucu nenek ni memang tau. Suka sangat buat perangai. Ni sebab tak cukup tidur lah ni," bebel Balqis sambil menepuk perlahan pundak Nayla.

Kalau anak kecil itu sudah mengamuk, jangan ada sesiapa berani menawarkan diri untuk menenangkan dia kalau dia tidak menyebut nama seseorang.

Jika dia menyebut nama seseorang, hanya orang itu saja yang boleh tenangkan dia.

"Awak duduk je sini. Saya tolong ambilkan makanan untuk awak," kata Tengku Ahnaf seraya beredar dari situ meninggalkan Zahra bersama Nayla di meja makan ditemani oleh Balqis dan Zarina.

Tengku Arifin dan Tengku Anaqi turut bangun untuk mengambil makanan buat isteri mereka.

Nayla yang berada di dalam dukungan Zahra itu memandang Zahra dengan mata yang terkebil-kebil. Botol susu ditangan dipegang erat.

"Nak tidur ke anak Mama Long ni? Tidur lah. Mama Long dodoikan Nayla ya," kata Zahra  dengan perlahan seraya menepuk manja tubuh si kecil.

Mata Nayla semakin mengecil dan akhirnya tertidur dengan bantuan tepukan dari Zahra.

Selepas sepuluh minit, para suami kembali ke meja dengan membawa pinggan yang berisi penuh dengan makanan.

"Awak tak makan ke?" tanya Zahra bersama kerutan di dahi ketika melihat Tengku Ahnaf seorang saja membawa satu pinggan di tangan.

"Kita kongsi," jawab Tengku Ahnaf sepatah lalu pergi ke bahagian minuman untuk mengambil minuman buat dia dan Zahra.

Setelah semua ada di meja, mereka mula makan makanan di majlis yang mereka hadiri itu. Ramai juga tetamu yang dijemput oleh kawan Tengku Arifin.

"Bismillah, buka mulut," ujar Tengku Ahnaf seraya menyua makanan terlebih dahulu kepada Zahra. Mereka saling bersuapan sehingga makanan di dalam pinggan tinggal sedikit.

"Nak lagi tak?" Tengku Ahnaf bertanya kepada Zahra.

"Tak nak. Dah kenyang," jawab Zahra. Tangannya masih khusyuk menepuk Nayla yang sedang pulas tidur itu.

Balqis menolak sedikit tangan Tengku Arifin seraya mencebirkan bibirnya ke arah Tengku Ahnaf dan Zahra yang makan bersuapan itu.

Tengku Arifin mengambil nasi dan sedikit ayam lalu disuakan kepada Balqis. Tanpa banyak bertanya, Balqis makan makanan yang disuap Tengku Arifin dengan hati yang senang.

"Zahrata Qalbii, tak nak suap aku ke?" soal Tengku Anaqi kepada Zarina ketika dia ternampak Tengku Ahnaf dan Tengku Arifin menyuap makanan kepada isteri masing-masing.

Zarina mencubit manja lengan Tengku Anaqi.

"Sepatutnya dia yang suap orang. Ni orang pula kena suap dia," omel Zarina dengan wajah yang geram menyebabkan Tengku Anaqi ketawa lepas.

"Nah ambil ni, weeeeeeee."

Tengku Anaqi membuat gaya kapal terbang lalu menghentikan tangannya betul-betul di hadapan bibir Zarina yang tertutup rapat itu.

"Argh!" Tengku Anaqi menjerit kecil ketika jarinya digigit oleh Zarina yang sudah tergelak kecil melihat wajah suaminya yang masam
mencuka.

"Biar saya pula dukung Nayla," kata Tengku Ahnaf selepas saja dia selesai mencuci tangan dan mengelap mulut Zahra dengan tisu basah.

Dia mengambil Nayla dari pangkuan Zahra lalu mendukung anak saudaranya itu dengan penuh kasih.

Mereka rancak berborak sesama sendiri sementara menunggu tuan rumah yang sibuk berbual dengan tetamu lain.

"Hai Ahnaf!"

Semua menoleh ke arah suara yang memanggil nama Tengku Ahnaf itu.

Berubah terus raut wajah Tengku Ahnaf ketika melihat pemilik suara itu yang berdiri tegak di sebelahnya.

"Tak sangka akan jumpa you dekat sini. Inilah orang kata jodoh kot," kata Humaira sambil tergelak kecil. Tidak ada rasa malu berkata seperti itu di hadapan orang lain.

Balqis dan Zarina saling berpandangan ketika mendengar ayat yang keluar dari mulut wanita itu.

Balqis terus melihat Zahra yang kelihatan tenang di sebelah anaknya itu.

"Aik? Menantu aku ini tak ada rasa apa-apa ke bila dengar perempuan lain cakap macam tu? Kalau aku ini, dah lama perempuan tu kena timbus dengan aku," bisik Balqis dalam hati.

"Jodoh waklu. Abang aku ini dah kahwin. Dah tak ada nak berjodoh dengan orang lain selain bini dia. Kau buta ke tak nampak perempuan yang lebih lawa dari kau tu sebelah abang aku?" tempelak Tengku Anaqi dengan wajah jengkel.

Dia memang tidak gemar dengan wanita itu dari zaman belajar lagi kerana wanita itu selalu menggedik dengan Tengku Ahnaf walaupun abang kembarnya itu tidak pernah melayan.

"Well, jadi yang kedua pun okay apa. Spesial sikit. Lelaki kan boleh kahwin empat, " jawab Humaira dengan selamba. Sudah putus agaknya urat malu milik wanita itu.

Mata Humaira turun naik memandang wanita yang duduk di sisi Tengku Ahnaf. Tidak dapat dinafikan, wanita itu memang cantik dan kelihatan semula jadi. Tidak perlu dandanan yang sarat untuk kelihatan bergaya sepertinya.

Dia agak tercabar. Dari jauh tadi dia boleh agak wanita itu isteri Tengku Ahnaf melalui cara layanan lelaki itu.

"Kalau jadi yang kedua, itu bukan spesial tapi itu penyondol. Golongan penyondol ni takkan pergi jauh," bidas Balqis dengan nada suara yang geram.

Dia memang pantang bertemu manusia yang seperti itu. Muda lagi sudah ada pemikiran seperti itu.

Zahra pula hanya menayangkan riak biasa sambil makan dessert yang ada di atas meja.

"Awak nak makan tak?" tanya Zahra kepada Tengku Ahnaf. Dia bertanya seolah-olah Humaira tidak wujud di situ.

Tengku Ahnaf menyambut suapan yang dihulurkan Zahra bersama senyuman.

"Sedap dessert ni lagi-lagi bila sayang saya ni yang suap," kata Tengku Ahnaf seraya mengerdipkan matanya ke arah Zahra.

"Kan. Nak lagi tak? Double sedap ni kalau yang kali kedua saya suap," ujar Zahra bersama tawa kecil.

"Boleh juga," balas Tengku Ahnaf bersahaja.

Balqis dan Zarina sudah senyum sesama sendiri melihat Zahra yang asyik menyuap dessert kepada Tengku Ahnaf.

Sedikit pun Zahra tidak menoleh ke arah Humaira yang sudah mengetap bibir menahan geram melihat aksi mesra suami isteri itu.

"Maira, buat apa dekat sini. Jom duduk dekat meja sana, Eh Arifin," tegur Datin Aishah ketika dia ternampak Tengku Arifin di meja itu. Niat mahu memanggil Umairah tetapi tidak sangka akan ternampak lelaki itu.

Tengku Arifin pula terus tegang wajahnya ketika melihat gerangan yang menyapa dirinya. Dia dan Tengku Ahnaf berpandangan sebentar sebelum kedua-duanya memandang Zahra yang masih khusyuk menikmati bubur pulut hitam itu.

"Nice to see you again Arifin," sapa Datin Aishah dengan nada suara yang sengaja dimanjakan.

Balqis yang berada di sebelah pula sudah menyirap. Dia masih ingat wajah wanita itu walau sudah lama tidak bertemu. Gatal saja tangannya mahu menyimbah air sirapnya di atas meja ke wajah Datin Aishah.

Happy Reading 🤍

Continue Reading

You'll Also Like

16.1K 311 29
Aisy Humaira terpaksa menggantikan kakaknya untuk berkahwin dengan Firman Hakim yang berumur 31 tahun sedangkan Aisy Humaira baru berumur 17 tahun,da...
386K 13.8K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
148K 4.7K 58
Iman Natasya gadis yang ceria dan sangat di senangi orang sekelilingnya, apalagi Iman Natasya memiliki rupa paras yang cantik dan berbudi bahasa. Di...
5.6K 276 35
[KARYA KEEMPAT] [COMPLETE] [ ROMANCE] ~~~~~ "𝑾𝒂𝒉𝒂𝒊 𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂𝒕𝒏𝒂, 𝒔𝒊𝒏𝒂𝒓 𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒎𝒖 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒖𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒔𝒂𝒋𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈...