SWEET POISON | COMPLETE

Af bungatehh

5.7K 256 9

Kisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi u... Mere

SWEET POISON.
THE MAIN CHARACTERS.
CHAPTER 1 | SHEA MARRIETTA.
CHAPTER 3 | HUBUNGAN SEMAKIN ERAT.
CHAPTER 4 | HAMPIR DICULIK.
CHAPTER 5 | RASA INGIN MEMILIKI.
CHAPTER 6 | PERKAHWINAN LILA ARIANNA.
CHAPTER 7 | CIK JULIET, WANITA SIMPANAN TUAN WEIR.
CHAPTER 8 | AMARAN!
CHAPTER 9 | LILA ARIANNA.
CHAPTER 10 | KETAKUTAN SEDANG MENGUASAI.
CHAPTER 11 | TUAN JAYCE DISERANG SAKIT JANTUNG.
CHAPTER 12 | JADI WANITA SIMPANAN TUAN WEIR.
CHAPTER 13 | DIHIMPIT RASA BERSALAH.
CHAPTER 14 | TERPISAH.
CHAPTER 15 | ELLIE'S ART GALLERY.
CHAPTER 16 | ELLIE MENINGGAL.
CHAPTER 17 | BEBOLA DAGING.
CHAPTER 18 | JAMBANGAN BUNGA DARI HOSPITAL.
CHAPTER 19 | DINNER DAN WEIR CEMBURU?
CHAPTER 20 | LILA ARIANNA MELARIKAN DIRI.
CHAPTER 21 | MARTIN JONES.
CHAPTER 22 | BERKAHWIN.
CHAPTER 23 | RANCANGAN UNTUK MEMISAHKAN.
CHAPTER 24 | PERSIAPAN PERKAHWINAN.
CHAPTER 25 | PERANGKAP.
CHAPTER 26 | BERTAHAN.
CHAPTER 27 | SELEPAS SHE, ADALAH WE.
CHAPTER 28 | DITUDUH.
CHAPTER 29 | SEMAKIN BAHAGIA DAN MEMBAHAGIAKAN.
CHAPTER 30 | EMPAT MATA.
CHAPTER 31 | MULA BERPRASANGKA.
CHAPTER 32 | TASIK DAN KENANGAN MANIS.
CHAPTER 33 | MEMPUNYAI WANITA SIMPANAN YANG LAIN.
CHAPTER 34 | JANJI DIMUNGKIRI.
CHAPTER 35 | DIPERANGKAP OLEH?
CHAPTER 36 | PULAU SOBIESZEWO.
CHAPTER 37 | BAWA PULANG.
CHAPTER 38 | JAMBANGAN BUNGA DARIPADA MARTIN JONES.
CHAPTER 39 | KAK LILA?
CHAPTER 40 | MEMUJUK.
CHAPTER 41 | TERPUJUK ATAU TIDAK?
CHAPTER 42 | BERITA BAIK ATAU TIDAK?
CHAPTER 43 | SINAR KEBAHAGIAAN MULA BERSINAR.
CHAPTER 44 | JANJI.
CHAPTER 45 | RED CAMELLIA.
CHAPTER 46 | KEDIAMAN REHAT DI KRAKOW.
CHAPTER 47 | DICULIK OLEH?
CHAPTER 48 | RUPERT CHARLES?!
CHAPTER 49 | AGENDA TERSEMBUNYI.
CHAPTER 50 | TRIO PENCULIK.
CHAPTER 51 | AKHIRNYA SELAMAT.
CHAPTER 52 | TRAGEDI BERDARAH.
CHAPTER 53 | TERPALIT DENGAN SKANDAL PEMBUNUHAN.
CHAPTER 54 | PENYIASATAN BERMULA.
CHAPTER 55 | UMPAN MENGENA.
CHAPTER 56 | MERAJUK.
CHAPTER 57 | BOS KECIL.
CHAPTER 58 | BUNGA UNTUK?

CHAPTER 2 | GALERI LUKISAN TELAH BERUBAH HAK MILIK.

192 7 0
Af bungatehh

Bungkusan plastik itu diletakkan diatas meja belajarnya, lalu dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil untuk melepaskan lelah.

"Lebih mudah jika kau meminta bantuan atau pun merayu kepada Tuan Thaddeus agar jumlah pinjaman itu dikurangkan." Kata-kata lelaki itu terngiang-ngiang di telinganya. Kedengaran agak menjengkelkan.

Tak mungkin. Mereka masih mempunyai harga diri. Sekurang-kurangnya, hanya itu yang masih tersisa buat masa ini.

"Mmm..."

Manakala, di Weir's Penthouse pula.

"Tuan Weir, apa yang perlu dilakukan dengan kelengkapan melukis ini?." Soal Thor mengangkat bungkusan plastik itu.

Weir Thaddeus senyum. Dia juga tidak tahu apa yang perlu dilakukan kepada barang-barang yang dibeli itu, dia hanya ingin meluangkan masa bersama gadis itu sahaja.

"Letak didalam stor." Arahnya.

"Baik, Tuan Weir." Jawab Thor lalu pergi ke arah stor yang terletak di belakang kediaman itu.

"Untuk mendapatkan wang demi melunaskan segala hutang-hutang ayah saya. Dan, untuk menebus semula galeri lukisan itu." Kata-kata gadis itu terngiang-ngiang di telinganya.

"Ken."

"Ya, Tuan Weir."

"Arahkan Robert untuk menguruskan hal berkaitan dengan pembelian galeri lukisan milik Tuan Jayce."

"Tuan Weir ingin membeli galeri itu?."

"Ya. Aku akan membelinya." Dia menginginkan supaya keluarga Tuan Jayce itu terus berhutang dengannya supaya dia dapat sentiasa bertemu dengan gadis itu.

"Baik, Tuan Weir." Jawab Ken.

Lukisan itu diamati dengan teliti. Dia beruntung mewarisi bakat melukis daripada ibunya. Dia hanya berharap agar usaha ini berjalan dengan lancar, biarpun tidurnya tidak mencukupi demi menyiapkan lukisan-lukisan yang akan dijual ini.

"Marrietta!." Panggil Martin Jones. Gadis itu tersenyum ke arahnya. Tanpa disedari, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka berdua dengan pandangan penuh cemburu.

"Hai Martin!." Shea Marrietta menegur teman sekelasnya.

"Hai Marrietta. Bagaimana? Adakah lukisan itu sudah siap?."

"Iya. Dan, saya akan menjualnya secepat yang mungkin supaya saya dapat membayar sedikit demi sedikit hutang itu."

"Baguslah. Saya juga boleh membantu awak untuk menjual semua lukisan itu."

"Betul?!." Soal Shea Marrietta dengan gembira. Martin Jones angguk kepala sambil tersenyum.

"Terima kasih, Martin. Petang ini awak datang ke rumah saya. Saya ingin membawa lukisan-lukisan itu untuk diletakkan di galeri."

"Boleh. Kita jumpa di rumah awak petang nanti, ya." Shea Marrietta angguk kepala sambil tersenyum sebelum meminta diri untuk pulang ke Villa Jayce tanpa menyedari akan kehadiran Weir Thaddeus yang sedang memerhatikan mereka berdua dari dalam kereta.

Shea Marrietta melangkah masuk kedalam Mercedes Benz S-Class hitam yang sedang menunggu itu.

"Pergi ke pejabat!." Arah Weir Thaddeus.

"Baik, Tuan Weir." Jawab pemandunya lalu memulas stereng kereta menuju ke Perusahaan Thaddeus.

Beberapa lukisan itu telah disusun mengikut saiz frame dan diletakkan di bahagian tepi sudut.

"Pandai awak melukis." Puji Martin Jones sambil memerhatikan setiap lukisan yang dilukis oleh gadis itu.

Shea Marrietta tersenyum.

"Terima kasih diatas pujian itu, Martin. Saya hanya berharap saya akan dapat menjual lukisan-lukisan ini semua. Dengan itu, dapatlah saya membantu membayarkan segala hutang-hutang keluarga saya."

"Lukisan-lukisan ini semuanya cantik, pasti akan dapat dijual!." Martin Jones berkata dengan bersemangat. Shea Marrietta tertawa melihatnya. Mereka berdua begitu bersemangat menyusun semua lukisan itu didalam galeri lukisan itu. MD Gallery, nama diberi sempena nama mendiang ibunya, Margaret Diane.

Tuan Jayce meneliti dokumen pembelian galeri tersebut, sambil diperhatikan oleh Weir Thaddeus.

"Jadi, Tuan Weir telah membeli galeri lukisan itu daripada pihak bank?." Weir Thaddeus angguk kepala sambil tersenyum.

"Kenapa? Untuk apa?." Soal Tuan Jayce.

"Untuk membantu keluarga Tuan Jayce... Saya ingin mengubahsuai galeri itu menjadi sebuah private club milik Tuan Thaddeus.. Atau, mungkin jika Tuan Jayce atau pun anak gadis Tuan ingin menebusnya semula, saya tiada masalah. Saya akan memberikan masa untuk Tuan."

"Tuan Weir, err saya belum cukup wang untuk membayar semula pinjaman yang telah saya buat, apatah lagi untuk menebus galeri itu semula." Tuan Jayce merasa serba salah terhadap lelaki dihadapannya itu.

Weir Thaddeus tersenyum.

"Tak mengapa, Tuan Jayce. Bayar beransur-ansur juga boleh." Weir Thaddeus tersenyum, dia cuma menginginkan supaya keluarga Tuan Jayce terus berhutang dengannya agar dia sentiasa dapat bertemu dengan gadis itu.

"Terima kasih, Tuan Weir. Terima kasih!." Ucap Tuan Jayce dengan gembira. Weir Thaddeus tersenyum kerana rancangannya agar gadis itu sentiasa berada dekat dengannya hampir berjaya.

Sementara itu, Shea Marrietta duduk berehat seketika setelah berpenat memindahkan kesemua lukisan itu ke MD Gallery. Dia mengamati sekeliling galeri itu, dia mengharapkan suatu keajaiban akan terjadi. Dia tidak ingin galeri ini dibeli oleh orang lain, ini sahaja peninggalan mendiang ibunya yang masih terasa sentuhan ibunya.

Dan tiba-tiba, pintu galeri itu dibuka dari luar. Shea Marrietta dan Martin Jones menoleh ke arah itu, muncul wajah Weir Thaddeus. Gadis itu terkejut dengan kehadiran tiba-tiba lelaki itu.

"Tuan Weir?." Lelaki itu tersenyum ke arahnya.

"Err Tuan Weir buat apa disini?." Soal Shea Marrietta dengan wajah pelik.

"Tuan Weir adalah pemilik baru galeri lukisan ini!." Ken menjawabnya.

Gadis itu seakan terkejut mendengarnya.

"Pemilik baru?." Dia memandang ke arah lelaki yang sedang berdiri dihadapannya. Weir Thaddeus memandang ke arah Martin Jones yang berdiri disamping gadis itu.

"Ya. Aku adalah pemilik baru galeri ini. Dan sebagai pemilik baru, rasanya tak menyalahi undang-undang jika aku ingin berkunjung ke sini, bukan?." Shea Marrietta telan air liur. Otaknya memproses kata-kata lelaki itu. Usahanya masih belum bermula lagi, dan dia telah kehilangan galeri lukisan ini? Dia kalah?

Dia memandang wajah bangga lelaki itu.

"Marrietta?." Panggil Martin Jones sambil memegang bahu gadis itu. Weir Thaddeus gigit bibirnya menahan geram tatkala melihat lelaki itu yang sedang memegang bahu gadis itu.

"Y..ya.. Tapi Tuan Weir, saya masih belum...."

"Masih belum berjaya menjual lukisan-lukisan ini?." Lelaki itu tertawa sinis.

"Kau boleh bekerja dengan aku di galeri lukisan ini kalau kau mahu." Dia sangat berharap agar gadis itu akan bersetuju dengan cadangannya itu, dapatlah mereka meluangkan masa bersama-sama.

"S..saya boleh bekerja dengan Tuan Weir di galeri ini?! Maksudnya, Tuan Weir akan membayar gaji kepada saya?." Weir Thaddeus angguk kepala sambil tersenyum.

"Boleh!." Jawab Shea Marrietta dengan gembira. Tidak disangka, walaupun lelaki ini seorang mafia namun lelaki ini masih mempunyai sifat yang mulia.

"Awak yakin, Marrietta?." Soal Martin Jones sedikit berbisik.

"Awak, ini peluang untuk saya dapatkan wang untuk membantu ayah saya." Bisik Shea Marrietta.

"Mmm baiklah." Martin Jones menjawab. Walaupun terasa berat hati untuk membiarkan gadis itu bekerja dengan lelaki mafia ini, dia terpaksa bersetuju.

Dan, akhirnya Weir Thaddeus tersenyum gembira menyambut jawapan yang diberikan oleh gadis ini. Dia akan memastikan gadis ini bekerja dengannya untuk jangka masa yang lama. Shea Marrietta membalas senyumannya itu.

Shea Marrietta mendekati Weir Thaddeus yang sedang berdiri diluar galeri lukisan itu. Ketika itu, Martin Jones sudah pun pulang. Weir Thaddeus yang menyedari kehadiran gadis itu menoleh ke arahnya. Gadis itu senyum. Mereka berdua saling berpandangan.

"Terima kasih Tuan Weir kerana memberikan peluang kepada saya.. Saya berjanji saya akan membayar semula pinjaman tersebut dan akan membeli semula galeri lukisan ini." Weir Thaddeus menatap wajah gadis itu lalu tersenyum. Dia menekanya dengan amat tepat. Gadis ini memang merancang ingin membeli galeri ini semula.

"Aku tak ingin menjual semula galeri lukisan ini." Ujar Weir Thaddeus. Jika dia membiarkan gadis ini membeli semula galeri lukisan ini, maka selepas ini dia tiada alasan lagi untuk mendekati gadis ini.

"Hah?! Kenapa pula?." Soal Shea Marrietta sedikit terkejut.

"Memandangkan kita berdua mempunyai minat yang sama, apa salahnya jika aku ingin terus memiliki galeri lukisan ini. Dan, tak salah jika kau pun terus bekerja dengan aku. Kan?." Weir Thaddeus berkata sambil peluk tubuh dihadapan gadis itu. Shea Marrietta membalas pandangan lelaki itu lalu tertawa.

"Tapi Tuan Weir, ini galeri lukisan peninggalan mendiang ibu saya dan ianya mempunyai nilai sentimental buat saya, bukan buat Tuan Weir."

"Disebabkan itulah, aku ingin memilikinya. Supaya kau bebas untuk datang ke sini bila-bila masa sahaja." Jawapan itu sedikit sebanyak mengejutkan Shea Marrietta.

"Kenapa? Untuk apa Tuan Weir lakukan semua ini?." Weir Thaddeus menghampiri gadis itu. Dia juga tidak tahu apakah alasannya, cuma dia mempunyai rasa ingin memiliki, samaada memiliki galeri lukisan ini mahupun gadis ini. Jarinya mengusap lembut pipi Shea Marrietta membuatkan gadis itu tergamam dan dengan pantas, Shea Marrietta berundur ke belakang.

"Tuan Weir?." Dengan lembut, gadis itu memanggilnya namun dia tenggelam didalam gelora perasaannya. Hatinya berdegup laju saat berada dekat dengan gadis ini. Dan, tiba-tiba sahaja telefon bimbit Shea Marrietta berbunyi mengejutkan lelaki itu. Weir Thaddeus menghentikan perlakuannya.

"Ehem!." Lelaki itu berdehem untuk menutupi rasa malunya manakala Shea Marrietta gigit bibirnya menahan malu. Dia terus mencapai telefon bimbitnya. Tertera nama kakaknya. Dia terus menjawab panggilan itu.

"Hai, Kakak."

"Shea, kamu dimana?."

"Di galeri lukisan ibu."

"Mmm kamu tahu kan, galeri itu sudah dibeli oleh Tuan Weir?." Shea Marrietta menjauhi lelaki itu agar perbualannya tidak didengari oleh lelaki itu.

"Mmm ya. Saya tahu. Err dia ada disini." Bisik Shea Marrietta, manakala Weir Thaddeus mencuba untuk mendengari perbualan itu.

"Mmm Shea, jaga diri. Cepat pulang, ya." Pesan Lila Arianna dengan nada risau.

"Baik, kakak." Panggilan diputuskan.

Shea Marrietta mengurut bahunya. Tubuhnya kepenatan sejak terpaksa berdepan dengan ujian yang menimpa keluarganya ini, namun dia tidak akan mengeluh. Dia akan terus berusaha untuk membantu menyelesaikan masalah ini bersama-sama. Weir Thaddeus yang melihat gadis itu mengurut bahunya berasa kasihan.

"Err kau juga mempunyai seorang adik perempuan, bukan?." Soal Weir Thaddeus. Biarpun dia sudah mengetahui semua latar belakang tentang keluarga Tuan Jayce, namun dia hanya ingin berbual dengan gadis ini.

Shea Marrietta senyum.

"Ya. Namanya Ellie Violet. Dan, masih bersekolah." Shea Marrietta menjawabnya dengan senang hati.

"Aku berharap aku boleh bertemu dengan Ellie juga suatu hari nanti."

"Mungkin. Err Tuan Weir, saya minta izin untuk pulang dahulu."

"Mmm Baik. Esok kau boleh mulakan tugas kau. Aku ingin kau menguruskan hal berkaitan dengan galeri ini. Disamping itu, kau juga boleh melukis di sini."

"Betul ke ni, Tuan Weir?!." Weir Thaddeus angguk kepala.

"Terima kasih, Tuan Weir! Terima kasih banyak-banyak!." Shea Marrietta memegang pergelangan lengan lelaki itu dengan rasa gembira, setelah itu Shea Marrietta melepaskan pegangan tangan itu setelah tersedar akan keterlanjuran dirinya.

Weir Thaddeus hanya tersenyum.

"Dan, kau tak perlu menjual lukisan-lukisan ini. Aku cuma ingin kau bekerja di galeri ini sahaja. Tentang hutang itu, kau boleh selesaikannya secara beransur-ansur." Sedikit sebanyak keprihatinan lelaki itu membuatkan hatinya tersentuh.

"Tapi, kalau terlalu lama tempoh untuk saya membayar semula pinjaman tersebut, macam mana?." Weir Thaddeus tersenyum.

"Tak mengapa, asalkan kau terus bekerja di galeri lukisan ini. Dan, aku juga dapat melihat kau." Mereka berdua saling berpandangan.

...

Shea Marrietta tersenyum saat mengingati lelaki itu. Dia tidak menyangka lelaki mafia itu mempunyai hati yang baik. Dan dia juga tak nafikan, lelaki itu mempunyai personaliti yang menarik hati. Dia tersenyum seakan telah jatuh cinta.

Setelah tamat waktu kelas, Shea Marrietta terus berjalan menuju ke pintu pagar kolejnya. Dia tidak menyedari yang Weir Thaddeus sudah pun menunggunya di luar pintu pagar kolej itu. Dan apabila dia melihat wajah gadis itu, dia terus keluar daripada keretanya dengan senyuman.

"Tuan Weir?." Shea Marrietta terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

"She."

"She?."

"Nama panggilan kau mulai saat ini." Weir Thaddeus tersenyum.

"Marrietta?." Panggil Martin Jones membuatkan gadis itu menoleh ke belakangnya. Manakala, Weir Thaddeus juga menoleh ke arah Martin Jones dengan pandangan yang tidak puas hati. Dia tidak suka lelaki itu terus-menerus mengganggu gadis ini.

"Jom kita pulang bersama-sama." Ajak Martin Jones. Ajakan Martin Jones itu membuatkan Shea Marrietta merasa serba salah dihadapan Tuan Weir.

"Err.. Err.." Shea Marrietta sedang merangka jawapan agar tidak membuatkan kedua-dua lelaki ini terasa hati.

"Dia akan pulang bersama aku. Kami perlu pergi ke galeri, kan She?." Ujar Weir Thaddeus. Shea Marrietta telan air liur. Kenapa dia perlu berada didalam situasi ini?

Martin Jones memandang ke arah Shea Marrietta, mengharapkan jawapan daripada gadis itu.

"Err.. Err..."

"Jom, She. Nanti kita terlewat." Ajak Weir Thaddeus lalu memaut tangan Shea Marrietta dan menolaknya masuk kedalam Rolls Royce Phantom hitam itu.

"Err Tuan Weir..." Weir Thaddeus hanya tersenyum ke arahnya. Dia merasakan kemenangan apabila berjaya membawa gadis ini pergi. Shea Marrietta menoleh ke belakang dan melihat Martin Jones yang masih terpinga-pinga itu. Dia merasa bersalah terhadap temannya itu.

"Dia akan baik-baik sahaja, She. Jangan risaukan dia." Ujar Weir Thaddeus menarik tubuh Shea Marrietta agar berpaling ke hadapan semula.

"Saya rasa bersalah terhadap Martin." Jawabnya dengan perlahan. Weir Thaddeus hanya memandang sahaja gadis yang duduk disisinya. Pesona ganasnya luntur saat bersama dengan gadis usia 18 tahun ini. Dia tertawa. Gadis ini membuatnya gila bayang.

"Amour veut tout sans nombre, amour n'a point de loi."
"Love wants everything without condition, love has no law."

Fortsæt med at læse

You'll Also Like

Witchcraft Af Levi

Fan Fiktion

43.7K 914 27
A Benny Weir x Reader Story. (Y/n) (L/n), shapeshifter. She can be anything, everything at once. When she meets people she remembers from her childho...
11.9K 207 6
Just the MDZS characters reacting to whatever. please keep in mind that this is my first ever story so if there is anything wrong please give constru...
722K 60K 33
"Excuse me!! How dare you to talk to me like this?? Do you know who I am?" He roared at Vanika in loud voice pointing his index finger towards her. "...