HER SAVIOR [Slow Update]

By DaisyIntrovert

129K 8.9K 1.3K

'No harm will ever come to you, for I am your protector' "Saya tak boleh nak halang kerana hati saya yang me... More

DISCLAIMER
CAST
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51

BAB 14

2.5K 177 33
By DaisyIntrovert

Tok tok tok!

Zahra menenyeh perlahan matanya ketika mendengar bunyi ketukan pada pintu bilik Tengku Ahnaf.

Dia menoleh ke sebelah memandang Tengku Ahnaf yang masih lena diulit mimpi. Jam di dinding bilik dikerling sekilas.

Jam menunjukkan pukul empat pagi.

Tok tok tok!

Zahra bangun perlahan-lahan dari katil kerana tidak mahu tidur suaminya terganggu. Cepat-cepat dia berjalan ke arah pintu bilik.

Tangannya memulas tombol pintu dengan berhati-hati. Bibirnya mengukir senyuman lebar saat terpampang wajah si kecil yang sedang memegang botol susunya.

"Nayla," bisik Zahra perlahan seraya melutut di hadapan anak saudara suaminya itu.

"Mama Yong, nak dukung," pinta Nayla sambil menghulurkan tangannya kepada mak cik saudaranya yang baru itu.

Zahra mengikut permintaan si kecil lalu tubuh si kecil itu didukung dengan penuh kasih.

"Mana Pak Yong?" tanya Nayla sambil melentokkan kepalanya pada bahu Zahra.

Bangun saja dari tidur, dia terus meninggalkan bilik Tengku Arifin dan Balqis lalu pergi ke bilik Pak Long kesayangannya kerana malam tadi mereka sempat bermain bersama sebelum Nayla tertidur kepenatan.

"Awalnya Nayla bangun. Pak Long tengah tidur sayang," bisik Zahra sambil mengelus lembut rambut anak kecil itu.

Sudah dua hari mereka berdua berpindah ke rumah Tengku Arifin, dua malam juga mereka melayan Nayla dengan bermain bersama anak kecil itu.

"Mama Yong, jom tidur balik. Nayla sleepy," kata Nayla sambil menepuk-nepuk bahu Zahra. Tangannya ditunjukkan ke arah Tengku Ahnaf yang masih tidur di atas katil.

Zahra membawa Nayla ke katil lalu membaringkan tubuh kecil itu di tengah-tengah antara dia dan Tengku Ahnaf. Zahra turut merebahkan dirinya memandangkan belum masuk waktu subuh lagi.

"Mama Yong, Mama Yong cayang Pak Yong tak?"

Laju kepala Zahra menoleh ke arah Nayla apabila anak kecil itu bertanyakan soalan begitu kepadanya.

Nayla pula memandang Zahra dengan mata bulatnya bersama botol susu di mulutnya, menunggu jawapan wanita itu.

"Sayang. Kalau tak sayang, Mama Long takkan kahwin dengan Pak Long Nayla," bisik Zahra bersama senyuman tipis. Pundak Nayla ditepuk perlahan.

"Pak Yong baikkan?" tanya Nayla lagi. Matanya hampir terlelap namun bibirnya masih aktif mahu berborak dengan Zahra.

"Pak Long Nayla adalah lelaki dan manusia terbaik yang pernah Mama Long jumpa," balas Zahra. Matanya menatap Tengku Ahnaf yang tiba-tiba bergerak mengiringkan tubuhnya menghadap Nayla dan Zahra.

"Shhh."

Nayla meletakkan jari pada bibirnya apabila Pak Long kesayangannya bergerak.

"Jom tidur kejap. Nanti kita bangun ya," kata Zahra sambil membelai tubuh kecil itu.

Nayla mendongak memandang Zahra. Matanya terkebil-kebil menatap wanita itu seperti ada sesuatu yang ingin dikatakan.

"Mama Yong, jangan tinggalkan Pak Yong tau. Nanti Pak Yong sedih macam ayah. Setiap malam sebelum tidur, ayah selalu tengok gambar ibu. Sian ayah,"

Usai berkata, Nayla terus melelapkan matanya. Botol susu yang dipegang terlepas.

Zahra terkedu ketika mendengar luahan hati si kecil itu. Nayla yang kecil begitu sudah memahami apa yang dirasakan oleh ayahnya apatah lagi yang mengalaminya.

Zahra menatap wajah Nayla dan Tengku Ahnaf yang sudah lena di sisinya itu.

"Nayla jangan risau. Mama Long selalu minta dan berdoa kepada Allah supaya panjangkan umur Mama Long dan Pak Long sampai ke tua. Itu doa Mama Long selepas bertemu kembali dengan Pak Long Nayla," bisik Zahra lalu mengucup lembut ubun-ubun si kecil.

Tubuh kecil Nayla dipeluk erat dan Zahra juga kembali tertidur.

Sepi. Hanya kedengaran bunyi pendingin hawa di bilik tersebut.

Perlahan-lahan mata Tengku Ahnaf terbuka. Wajah isteri dan anak saudara kesayangannya ditatap penuh kasih.

Tengku Ahnaf sudah sedar terlebih dahulu ketika Nayla mengetuk pintu. Dia hanya berpura-pura tidur.

Hatinya tersentuh mendengar perbualan di antara Nayla dan Zahra tadi.

Dia bangun dari pembaringannya seraya mengucup lembut dahi Nayla dan Zahra.

"Sleep well kesayangan-kesayangan Pak Long," tutur Tengku Ahnaf lembut seraya memeluk wanita kesayangannya itu.

"Nayla, bagi chance dekat Pak Long dating berdua dengan Mama Long boleh tak? Nayla ini pengacau lah."

Nayla yang berada di riba Tengku Ahnaf itu terus mencebirkan bibirnya ketika mendengar kata-kata Tengku Anaqi.

"Mama Yong, Nayla kacau Mama Yong nak date dengan Pak Yong ke?" tanya Nayla dengan suara perlahan.

Zahra yang duduk di samping Tengku Ahnaf itu terus mencuit lembut hidung Nayla.

"Tak pun. Mama Long lagi suka kalau Nayla ada." jawab Zahra seraya melemparkan senyuman buat si kecil.

Tengku Anaqi yang duduk di meja makan itu mengherotkan sedikit bibirnya.

"Ala Nayla, Mama Long tipu je tu. Dia nak sedapkan hati Nayla," sampuk Tengku Anaqi seraya menjelirkan lidah kepada anak saudaranya.

"Apa tengok-tengok? Nak gaduh ke?" tanya Tengku Anaqi kepada Zahra yang menjelingnya itu.

Zarina yang datang dari arah dapur itu terus menampar bahu suaminya.

"Janganlah kacau kak Zahra," marah Zarina seraya melabuhkan duduk di sisi suaminya.

Pagi-pagi lagi mereka berdua sudah terpacak di hadapan rumah Tengku Arifin memandangkan Tengku Anaqi cuti hari ini.

Tengku Ahnaf terus bangun sambil mendukung Nayla. Tangan Zahra dicapai menyebabkan wanita itu turut berdiri sama.

"Nayla jangan dengar cakap Pak Ngah ya. Pak Long bawa Nayla jalan sama-sama dengan Pak Long dan Mama Long," ujar Tengku Ahnaf seraya mengucup pipi anak tembam anak saudaranya itu.

Memandangkan Tengku Ahnaf masih bercuti dari kerja, dia ingin membawa Zahra bersiar-siar di luar.

"Yeah! Sayang Pak Yong."

Nayla terus memeluk manja leher Tengku Ahnaf.

"Eh! Budak kecil tu tak boleh ikut! Abang, kitaorang nak ikut sekali boleh? Bosan lah dekat rumah," kata Tengku Anaqi sambil tersengih kecil. Keningnya diangkat berkali-kali memandang abangnya itu.

Zarina menggeleng kecil. Tak sangka yang suaminya itu akan mengotakan kata-katanya kalau dia mahu mengacau Tengku Ahnaf dengan Zahra.

"Tadi sibuk mengata Nayla, tiba-tiba nak ikut pula."

Zahra terus menekup mulutnya sendiri apabila sedar dia sudah terlepas cakap. Semua mata terarah padanya.

"Ah aku tak kisah. Kalau budak kecil tu boleh ikut, kitaorang pun nak ikut. Kitaorang nak duduk belakang. Jom jom Zahrata Qalbii," ujar Tengku Anaqi dengan muka tak tahu malu seraya menarik tangan Zarina mendekati abang kembarnya itu.

Zarina hanya pasrah mengikut langkah si suami yang masih giat mahu menganggu abang ipar dan birasnya itu.

Tengku Ahnaf melepaskan tangan Zahra lalu mengambil kunci kereta yang disangkutkan di dinding itu.

"Nah, sambut kunci kereta ini," ujar Tengku Ahnaf lalu membaling kunci kereta pada Tengku Anaqi.

Tengku Anaqi menyambut kunci kereta tersebut dengan wajah terpinga-pinga.

"Kenapa bagi aku bang?" tanya Tengku Anaqi dengan wajah berkerut.

"Drive. Pengantin baru nak duduk belakang dengan mem besar," kata Tengku Ahnaf bersama senyuman senget.

Mem besar itu merujuk kepada Nayla. Tengku Ahnaf mencapai tangan Zahra lalu digenggam erat. Mereka bertiga terus keluar dari rumah meninggalkan Tengku Anaqi yang masih dalam dunianya sendiri itu.

"Selamat memandu. Macam biasa, orang duduk di sebelah ya," ujar Zarina bersama tawa kecil.

Geli hatinya melihat wajah Tengku Anaqi yang masam mencuka itu.

"Hish! Ingatkan dapat jadi boss besar santai duduk belakang. Tak pasal-pasal aku kena jadi pemandu untuk pengantin baru. Menyesal pula aku nak ikut," bebel Tengku Anaqi seraya mengejar langkah Zarina yang sudah melangkah keluar dari rumah.

"Ee Pak Ngah! Tu kita punyalah!" rengek Nayla. Dia cuba merampas air minumannya yang dirampas oleh Tengku Anaqi itu.

"Tak boleh. Ni Pak Ngah punya sebab dah ada dekat tangan Pak Ngah. Nayla pergi minta yang baru dekat Pak Long," usik Tengku Anaqi kemudian dia kembali menyisip air minuman kepunyaan Nayla itu.

"Mama Ngah! Tengok Pak Ngah!"

Nayla mengadu kepada Zarina yang kembali ke meja makan. Tadi dia pergi ke tandas sebentar.

Mereka singgah makan sebentar sebelum kembali berjalan-jalan di pusat membeli belah.

"Dah kenapa ni? Suka sangat usik Nayla. Dia menangis, pujuk sendiri eh. Orang tak nak tolong. Bagi balik dekat dia."

Zarina memarahi suaminya yang gemar mengusik Nayla itu. Air minuman di tangan suaminya diambil lalu diserahkan kembali kepada Nayla.

Nayla menyambut air minumannya dengan wajah yang gembira.

"Terima kasih Mama Ngah," ucap Nayla dengan nada ceria. Dia menyisip air minumannya sambil mengoyangkan kaki.

Matanya meliar cuba mencari Zahra dan Tengku Ahnaf yang sedang mencari makanan di food court.

"Zahra, awak tunggu sini sekejap boleh? Saya pergi ambil makanan kita dekat sana," ujar Tengku Ahnaf sambil menunjuk ke arah kedai nasi ayam yang terdapat di food court itu.

Mereka sekarang berada di kedai yang menjual rojak. Tadi Tengku Ahnaf ada membuat pesanan rojak untuk mereka makan bersama.

Zahra mengangguk kecil.

"Tunggu tau. Jangan pergi mana-mana," pesan Tengku Ahnaf lalu beredar dari situ.

Zahra yang tidak biasa dengan tempat yang ramai orang tu mula menunduk ke bawah. Tangannya mula rasa berpeluh kerana cemas berdiri sendirian di situ.

Buk!

Tiba-tiba tubuh Zahra tergerak sedikit akibat dilanggar sehingga menyebabkan Zahra jatuh tersungkur ke depan.

"Aduh," desis Zahra perlahan. Lututnya terasa pedih sedikit. Tangannya mengusap lutut yang pedih itu.

Dia dapat rasakan baju di bahagian belakangnya basah.

"Hei perempuan! Buta ke? Tak nampak ke orang tengah jalan?! Kau ganti balik air aku!" tempik seorang wanita dengan nada garang.

Zahra bangun perlahan-lahan. Dia mengibas tangannya yang kotor sedikit kerana lantai food court.

"Maaf cik, saya rasa cik dah salah faham. Saya rasa saya dah berdiri di barisan yang betul," ujar Zahra dengan sopan. Dia cuba pertahankan dirinya.

Air liur yang ditelan terasa kesat. Dia tidak pernah mengalami situasi begini di hadapan orang. Ada perasaan sedikit perasaan takut timbul di dalam hatinya.

"So, kau nak kata aku yang salah ke sekarang ni? Tak guna betul!"

Wanita itu terus merampas air kawannya di sebelah dan cuba menyimbah air tersebut ke arah Zahra malangnya air tersebut tersimbah pada dirinya sendiri.

"Argh!!"

Wanita itu menjerit kuat menyebabkan semakin ramai mata memandang ke arah mereka.

"Hei! Habis basah baju aku!"

Wanita itu menjerkah kuat dengan mata tertutup kerana air manis itu terkena matanya.

Apabila mata wanita itu terbuka, dia terkedu seketika melihat figura yang berdiri di hadapannya. Dia terpaku seketika melihat visual lelaki itu.

"Baju kau basah kan? Fair and Square. Baju isteri aku pun basah sebab kau. Lain kali jalan pakai mata. Jangan gedik sangat," ujar Tengku Ahnaf dengan wajah dingin.

Dia membuka jaket denim yang tersarung pada tubuhnya lalu disarungkan pada tubuh Zahra bagi menutup bahagian belakang Zahra yang sudah basah kerana ulah wanita itu.

Menyesal pula dia tinggalkan isterinya kerana menunggu sendirian di situ. Dia nampak wanita di hadapan mereka ini yang salah kerana berjalan tidak melihat kiri kanan.

"Kak, rojak yang saya order tadi akak sedekahkan pada siapa-siapa ya. Maafkan saya."

Tengku Ahnaf memohon maaf kepada pemilik kedai rojak tersebut lalu mencapai tangan Zahra dan beredar dari situ.

"Tolong jadi manusia yang mengakui kesalahan sendiri. Jangan nak menuding kesalahan pada orang lain padahal diri sendiri yang salah."

Sempat Tengku Ahnaf memberi pesanan dengan suara yang keras kepada wanita tersebut.

Mereka berdua kembali ke meja makan yang diduduki oleh Tengku Anaqi, Zarina dan Nayla.

"Eh, bukan kata nak beli rojak ke tadi?" tanya Tengku Anaqi. Dia pelik melihat abang dan kakak iparnya itu kembali ke meja dengan nasi ayam saja.

Memandangkan tempat duduk mereka terletak di sebalik tembok dan agak jauh dari tempat kejadian, Tengku Anaqi dan Zarina tidak tahu kejadian yang menimpa Zahra.

"Cancel. Nanti tunggu dekat kereta. Aku nak bawa isteri aku beli barang sekejap. Nayla duduk dengan Pak Ngah dan Mak Ngah ya," tutur Tengku Ahnaf seraya mengelus rambut Nayla yang khusyuk makan ais batu campur itu.

Tangan Zahra dicapai lembut lalu beredar dari situ.

Tengku Ahnaf menolak lembut tubuh Zahra ke dalam tandas usai selesai singgah pada sebuah kedai baju untuk membeli baju buat Zahra.

"Awak tukar baju dulu. Saya tunggu dekat luar ya," kata Tengku Ahnaf dengan nada lembut.

Zahra yang mendiamkan diri dari tadi hanya menurut sahaja kata-kata suaminya.

Selepas lima belas minit menunggu, Tengku Ahnaf yang duduk di kerusi itu bangkit dari duduknya lalu mendekati Zahra.

Lama matanya menilik wajah Zahra yang menunduk saja dari tadi.

"Ni jaket awak."

Zahra menyerahkan jaket milik Tengku Ahnaf kepada lelaki itu semula.

Tengku Ahnaf tidak menyambut jaket itu malah dia mengambil plastik yang berisi baju Zahra yang basah tadi.

Jaket denim miliknya pula disangkutkan pada bahu Zahra.

"Dah, kita pergi makan ais krim dulu nak?" ajak Tengku Ahnaf seraya menggenggam tangan Zahra yang masih menunduk itu.

Zahra hanya mengangguk saja.

Selesai membeli aiskrim, mereka berdua duduk di taman yang ada disediakan di tingkat paling atas sekali di dalam pusat membeli-belah tersebut.

Tengku Ahnaf yang melihat Zahra masih mendiamkan diri itu mula menyuakan aiskrimnya kepada Zahra.

"Rasalah. Sedap. Ini flavour favorite saya, vanilla," beritahu Tengku Ahnaf tanpa dipinta.

Zahra makan ais krim yang disua oleh Tengku Ahnaf kemudian kembali menunduk memandang kakinya sendiri.

"Tolong pegang ais krim saya sekejap."

Tengku Ahnaf menyerahkan ais krim konnya kepada Zahra lalu melutut di hadapan Zahra.

"Eh awak nak buat apa ni?" tanya Zahra dengan cuak. Dia cuba menjauhkan sedikit kakinya dari Tengku Ahnaf tetapi lelaki itu bertindak menahan kakinya.

"Stay sekejap," kata Tengku Ahnaf seraya melihat sekeliling.

Apabila dia yakin tiada orang yang lalu lalang di kawasan mereka duduk, seluar panjang isterinya diselak ke atas.

Dia dapat melihat kesan merah pada lutut isterinya. Pasti kesan kerana jatuh tersungkur tadi.

"Sakit lagi?" tanya Tengku Ahnaf sambil mengusap kesan merah tersebut.

"Tak," jawab Zahra sepatah.

Zahra melepaskan keluhan kecil.

"Awak baru tinggalkan sekejap, saya dah timbulkan masalah. Mesti awak malukan ada isteri macam saya yang menyusahkan awak ni."

Zahra menundukkan wajahnya yang mendung itu. Tidak sanggup menatap wajah Tengku Ahnaf. Dia banyak mendiamkan diri tadi kerana berperang dengan diri sendiri di dalam hati.

Tengku Ahnaf mengangkat sedikit wajah Zahra lalu mengukir senyuman manis buat Zahra.

"Tanggungjawab saya sebagai suami untuk jaga dan melindungi awak. Kalau setakat kejadian tadi dianggap menyusahkan saya, macam mana untuk hari yang akan datang?"

Mereka berbalas renungan.

"Awak isteri saya Zahra. Sekalipun saya terjatuh kerana melindungi awak, saya takkan pernah rasa terbeban atau anggap awak menyusahkan. Jangan overthinking," ujar Tengku Ahnaf dengan nada tenang.

Zahra melepaskan nafas lega usai mendengar kata-kata Tengku Ahnaf. Dia bimbang jika suaminya menganggap dia wanita yang tidak pandai menjaga diri dan menyusahkan dia.

"Jangan murung-murung. Ingat satu perkara, walau awak tersembunyi di dalam lubang kecil sekalipun, saya akan tetap dapat jejaki awak dan berusaha melindungi awak dari sebarang bahaya. Saya sanggup lakukan apa sahaja untuk isteri saya ini," tutur Tengku Ahnaf lembut seraya mengucup tangan kanan Zahra.

"Jangan bazirkan air mata awak untuk perkara macam ini. Air mata awak ini terlalu berharga," kata Tengku Ahnaf seraya mengelus lembut mata Zahra yang sembap itu.

Dia tahu isterinya pasti menangis di dalam tandas tadi sebab itu isterinya mengambil masa yang lama untuk keluar.

Mungkin terlalu awal, tetapi rasa kasihnya sudah tumpah sepenuhnya buat Zahra apalagi semenjak mereka sudah sah menjadi suami isteri.

Zahra terkedu seketika. Bagaimana lelaki itu tahu dia menangis? Puas dia menunduk agar suaminya tidak nampak mata sembapnya itu.

"Terima kasih syurga saya," ucap Zahra dengan nada terharu.

"Sama-sama bidadari halal saya," balas Tengku Ahnaf seraya mengenyitkan mata kanannya menyebabkan Zahra tersipu malu.

Happy Reading 🤍

Continue Reading

You'll Also Like

504K 20.9K 46
Nur Insyirah mempunyai kelebihan boleh mengetahui orang yang dia sayang akan di timpa perkara buruk melalui mimpi.Namun, bermimpi tentang orang yang...
13.8K 406 15
apa akan terjadi kepada pensyarah yang hot,handsome tu bila kena tuduh and terpaksa kahwin dengan pelajar dia sendiri ? "Aiden kena kahwin juga deng...
16K 311 29
Aisy Humaira terpaksa menggantikan kakaknya untuk berkahwin dengan Firman Hakim yang berumur 31 tahun sedangkan Aisy Humaira baru berumur 17 tahun,da...
219K 8.4K 62
[IN EDITING] (Cerita ni banyak sangat typo. Kalau nak baca tu mohon pertimbangkan dulu. Takut menyesal nanti) HANAN AULIYA seorang gadis yang suka b...