HER SAVIOR [Slow Update]

Von DaisyIntrovert

129K 9K 1.3K

'No harm will ever come to you, for I am your protector' "Saya tak boleh nak halang kerana hati saya yang me... Mehr

DISCLAIMER
CAST
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51

BAB 13

2.3K 160 43
Von DaisyIntrovert

"Zahra, saya nak keluar sekejap sebab nak pergi beli barang sikit untuk rumah ni sebelum kita keluar esok. Awak nak ikut?" tanya Tengku Ahnaf yang santai berbaring di atas katil.

"Bila? Sekarang ke?" tanya Zahra kembali kepada Tengku Ahnaf. Dia melabuhkan duduk di sisi lelaki itu.

Tengku Ahnaf mengangguk kecil. Dia mahu membeli barang dapur sedikit untuk rumah itu sebagai tanda balasan kepada penghuni di rumah itu kerana sudi menumpangkan dia sekejap sebelum dia membawa Zahra keluar dari situ.

"Tak apa lah. Saya tak ikut sebab saya nak kemas sikit barang-barang yang nak dibawa ke rumah mama," ujar Zahra dengan sopan.

Tengku Ahnaf terus bangun membetulkan sedikit rambutnya yang serabai. Kunci kereta Tengku Arifin yang ditinggalkan untuknya diambil di atas meja.

"Kalau ada apa-apa nak beli, beritahu saya tau. Boleh call saya," kata Tengku Ahnaf yang sedang berdiri berdekatan dengan pintu bilik Zahra.

Zahra terdiam sekejap. Matanya terkebil-kebil memandang suaminya yang turut memandangnya itu.

"Macam mana saya nak call awak? Saya tak ada telefon," tutur Zahra dengan nada suara yang perlahan.

Tengku Ahnaf berdesis sedikit. Dia lupa pula kalau isterinya itu tidak pernah ada gadget elektronik.

"Maaf. Saya lupa lah Zahra. Tak apa, awak boleh beritahu saya sekarang apa yang awak nak. Nanti saya belikan," kata Tengku Ahnaf.

"Boleh belikan saya buku sudoku? Tak kisah macam mana sekali pun yang penting sudoku. Boleh ke?" tanya Zahra.

Tengku Ahnaf mengangguk kecil.

"Boleh. Nanti saya belikan. Awak jaga diri elok-elok dekat rumah. Saya keluar sekejap saja ya," tutur Tengku Ahnaf seraya melangkah keluar dari bilik isterinya.

"Nak pilih mana satu ni?" gumam Tengku Ahnaf sendiri. Matanya tidak lepas memandang buku-buku yang ada di hadapannya itu.

Setiap buku sudoku yang ada di hadapannya itu dibelek satu persatu.

"Yang ni pun okay juga."

Tengku Ahnaf terus mencapai satu buku setelah membuat keputusan kemudian beransur ke kaunter pembayaran.

Selesai membuat pembayaran, dia menolak troli yang membawa barang basah yang dibeli olehnya.

Baru beberapa tapak melangkah dari kedai buku, Tengku Ahnaf menoleh ke belakang ketika terdengar namanya dipanggil oleh seseorang.

Keningnya terjungkit ke atas ketika melihat seorang wanita yang berpakaian seksi berlari mendekati dia.

"Ahnaf!" sapa suara wanita itu dengan ceria ketika wanita itu tiba di hadapannya.

"Kenapa?" tanya Tengku Ahnaf dengan nada malas. Tiada rasa mahu melayan wanita itu.

"Kenapa? You boleh tanya macam tu? Hei! Kita dah lama tak jumpa lepas habis belajar. You macam mana? Sihat?" tanya wanita yang bernama Humaira itu bersama senyuman.

Langkah kanan betul bagi Humaira sebab siapa sangka dia akan bertemu lelaki idamannya di pusat membeli belah setelah bertahun tidak bertemu semenjak habis belajar.

Humaira merupakan pelajar satu kos dengan Tengku Ahnaf sewaktu belajar dulu.

"Sihat. Ada apa-apa nak tanya lagi?" tanya Tengku Ahnaf lagi dengan dingin.

"You dah kahw.."

Belum sempat Humaira menghabiskan ayatnya, Tengku Ahnaf terus mencantas laju.

"Aku dah kahwin. Tak available sampai akhir hayat aku. Tak ada apa-apa lagikan? Aku pergi dulu," jawab Tengku Ahnaf dengan tenang.

"Tunggu! You tipu kan? Mustahil you dah kahwin sebab tak ada berita langsung pasal perkahwinan you. Siapa saja tak kenal you, anak kepada pemilik syarikat TA Airline dan Ta Corporation," bidas Umairah sambil berpeluk tubuh.

"Maira!"

Kedua-duanya menoleh ke arah suara itu. Kelihatan seorang wanita yang turut mengenakan pakaian seksi yang mampu membuatkan Tengku Ahnaf beristighfar panjang.

"Maira ini jalan laju sangat. Tak larat mummy nak kejar," adu wanita itu ketika tiba di hadapan Tengku Ahnaf dan Humaira.

Tengku Ahnaf pula memandang lama wajah wanita yang dipanggil mummy oleh Humaira. Keningnya terangkat sedikit.

"Mummy, nak kenalkan. Ini Ahnaf. Dia.."

"Pernah satu kos dengan anak aunty ini semasa belajar." cantas Tengku Ahnaf selamba.

Dia tidak mahu Humaira berlebihan bercakap tentang dia kerana dia tahu wanita itu menyimpan perasaan terhadap dia.

"Oh, i see. Boleh tahan handsome juga you ni. Nama aunty Aishah. You can call me mummy kalau nak," ujar Datin Aishah selamba. Matanya melirik ke arah Humaira yang sudah tersipu malu itu.

Selama ini dia selalu dengar anak daranya yang satu itu memberitahu tentang lelaki yang diidamkan dari zaman belajar. Kini mereka sudah bertemu empat mata.

"Baik. Saya pergi dulu aunty. Isteri saya dah tunggu dekat rumah. Oh kau cakap apa tadi? Tak ada berita langsung pasal perkahwinan aku? Nanti aku announce. Aku baru kahwin pagi tadi," ujar Tengku Ahnaf seraya beredar dari situ.

Tak kuasa dia mahu berlama di situ. Buang masa dia saja.

"Eh Maira. Kenapa lelaki yang Maira suka macam sombong saja? Betul ke dia dah kahwin?" tanya Datin Aishah sambil merenung belakang Tengku Ahnaf yang sudah melangkah jauh dari mereka.

"Mungkin dia malu sebab ada mummy kot. Maira tak percaya dia dah kahwin tapi kalau dia dah kahwin pun, Maira boleh rampas kot sebab tak ada lelaki yang berani untuk tolak Maira termasuk Ahnaf, kan mummy?"

Datin Aishah tersenyum sinis.

"Amboi, besar potensi anak mummy ini mahu jadi penyondol ya. Silap besar kalau Ahnaf tu tolak anak mummy. Mummy dapat rasakan kalau anak mummy ini lebih cantik dari isteri Ahnaf," balas Datin Aishah dengan bongkak.

Humaira mengibas rambutnya ke belakang.

"Of course. Tak apa, nanti Maira akan cuba cari Ahnaf lagi. Sekarang, kita sambung shopping dulu. Jom mummy."

Humaira terus merangkul lengan Datin Aishah lalu beredar dari situ.

"Fuh!"

Zahra mengeluh kepenatan setelah mengemas barang-barang yang hendak dibawa ke rumah mentuanya.

Matanya melihat sekeliling takut ada barang yang belum dikemas lagi.

Beg bagasinya diletak ke tepi kemudian menapak ke arah pintu bilik.

Dia mahu turun untuk basahkan tekak yang agak kering sedikit.

Keningnya terangkat ketika melihat Stephanie santai berdiri di hadapan biliknya.

"Cari apa?" tanya Zahra ketika melihat kepala sepupunya itu terjengah-jengah ke dalam biliknya. Pintu biliknya terus ditutup rapat.

"Mana Ahnaf?" tanya Stephanie dengan selamba.

"Keluar," jawab Zahra sepatah lalu terus berjalan melintasi Stephanie. Dia mahu segera turun ke bawah.

Langkah Zahra terus terhenti apabila lengannya ditarik dari belakang.

"Besar kepala nampak semenjak dah kahwin," tempelak Stephanie.

Dia perasan sejak akhir-akhir ini Emelda seakan membela sepupunya itu. Dia tidak suka kerana dia rasa tercabar dan dia tidak mahu Emelda jatuh sayang kepada Zahra lebih dari dirinya.

Zahra melepaskan keluhan kecil. Mula dah sepupunya itu.

"Apa lagi yang kau tak puas hati Stephanie? Aku dah kahwin. Esok aku dah keluar dari rumah ini. Apa lagi yang tak cukup?" tanya Zahra dengan tenang.

Stephanie berdecit kecil.

"Kau keluar dari rumah ini pun kau akan tetap dapat perhatian dari inek. Jangan sebab inek dah bela kau, kau nak berlagak naik kepala dalam rumah ni. Kenapa kau tak masak? Dah berlagak jadi mem dekat sini?" kata Stephanie dengan mata galaknya itu. Suaranya pula dikawal bimbang didengari oleh penghuni di dalam rumah itu.

"Nak masak apa lagi kalau makanan siang tadi pun ada lagi dekat dapur. Kenapa nak membazir?" bidas Zahra dengan nada tidak puas hati.

Dia tahu Stephanie sengaja mencari kesalahannya.

"Aku tak kira. Kau pergi masak sana. Aku tak nak tengok kau bersenang-lenang dalam rumah ini macam orang senang. Ingat sikit taraf kau dalam rumah ini. Kau tu hanya orang bodoh yang layak berada dekat tapak kaki aku."

Stephanie menolak sedikit tubuh Zahra sehingga wanita itu hampir saja tersungkur ke belakang. Mujur saja Zahra sempat berpaut pada pemegang tangga.

"Kau nak bunuh aku ke apa?" marah Zahra. Dia menstabilkan dirinya semula sambil memandang ke arah Stephanie dengan kerutan di dahi.

Dia tidak dapat bayangkan jika dia tidak sempat berpaut pada pemegang tangga tadi. Jika tidak, pasti dia sudah terbaring di bawah.

"Ya. Bagus juga kalau kau mati. Aku tak perlu nak berebut kasih dengan orang bodoh macam kau."

Stephanie terus mencekik leher Zahra. Mereka berdua bergelut di tangga rumah. Zahra cuba menepis tangan Stephanie yang mencekiknya dengan kuat. Dadanya berombak ganas cuba mencari oksigen.

Dia tahu kali ini dia tidak akan sempat berpaut pada pemegang tangga. Bila-bila masa saja dia akan ditolak oleh Stephanie.

"Mati. Sepatutnya dari dulu kau mati, ikut bapak kau!" bisik Stephanie dengan geram. Leher Zahra dicekik sekuat hati.

"Le..pas lah," ujar Zahra tersekat-sekat. Kakinya cuba menendang kaki Stephanie namun tidak berjaya bila Stephanie berjaya mengelakkan kakinya.

"Go die," bisik Stephanie sambil tersenyum jahat.

Namun senyumannya mati ketika mata Stephanie bertembung dengan Tengku Ahnaf yang melangkah masuk dengan wajah yang dingin.

Emelda yang baru saja keluar dari bilik itu turut menjerit kuat memanggil nama Stephanie ketika dia melihat cucu-cucu mereka bergelut di tangga.

"Stephanie!!" jerit Emelda seraya melangkah laju ke arah tangga.

Kerana terkejut dengan kehadiran Tengku Ahnaf dan jeritan dari Emelda, Stephanie melepaskan tangannya dari leher Zahra sehingga Zahra hampir terjatuh ke belakang.

Sepantas kilat Tengku Ahnaf berlari ke tangga kerana dia dapat mengagak tindakan Stephanie kepada isterinya.

Tubuh Zahra dipeluk kejap. Dia dapat melihat dada Zahra yang berombak laju itu.  Pasti isterinya merasa sesak dan cemas kerana tindakan Stephanie tadi.

"Awak," tutur Zahra perlahan ketika dia melihat Tengku Ahnaf berada di sisinya. Mata dipejam rapat. Syukur kerana lelaki itu tiba pada waktu yang tepat.

Emelda menarik tubuh Stephanie seraya menghadiahkan penampar pada wajah cucunya yang satu itu.

Pang!

Berdesing telinga Stephanie akibat tamparan neneknya itu.

"Mummy," jerit Florance yang turut keluar dari bilik ketika terdengar bunyi kekecohan. Dia terus memeluk Stephanie yang ditampar oleh Emelda.

"You never slap me before this inek," rintih Stephanie sambil menggosok pipinya yang terasa kebas.

Emelda menggeleng perlahan.

"Tamparan itu seharusnya kau terima dari dulu lagi. Segarang-garang aku pada Nancy, aku tak pernah pukul atau dia tapi kau!"

"Berani kau cekik Nancy?! Atas dasar apa kau nak bunuh dia?!" tempik Emelda dengan kuat.

"Terima kasih inek kerana wakilkan saya untuk tampar dia kerana saya bimbang jika saya yang menampar dia, lain kejadiannya. Saya minta maaf inek. Malam ini saya tak boleh bermalam di sini. Saya minta izin inek untuk membawa Zahra, isteri saya keluar dari rumah malam ini juga," pinta Tengku Ahnaf sambil memeluk kejap bahu Zahra.

Baru tinggal beberapa jam sendirian di rumah, isterinya mahu dicederakan oleh sepupu sendiri.

"Pergilah. Bawa dia jauh dari sini. Sini bukan lagi tempat yang selamat untuk dia," balas Emelda dengan dingin.

Stephani yang berada dalam pelukan Florance itu hanya mampu tertunduk dengan hati yang mendongkol geram. Dia menolak perlahan tubuh Florance seraya berlari masuk ke dalam biliknya.

Emelda tidak pernah naik tangan kepadanya dan malam ini kerana Zahra, pipinya menjadi mangsa tamparan Emelda.

Florance memberi jelingan tajam kepada Zahra dan Tengku Ahnaf sebelum beredar dari situ. Pintu bilik anaknya dibuka perlahan lalu ditutup kuat.

"Awak dah kemas barang awak?" tanya Tengku Ahnaf lembut kepada Zahra yang diam saja dari tadi.

Tengku Ahnaf terus menuju ke bilik Zahra untuk mengambil barang dia dan Zahra apabila melihat anggukan dari Zahra.

Emelda yang masih setia berdiri berdekatan tangga itu menoleh ke arah Tengku Ahnaf yang sedang mendorong beg bagasi Zahra dan barangnya keluar dari bilik.

Tengku Ahnaf terus menggengam kuat tangan Zahra.

"Maaf sekali lagi ya inek, saya tak dapat bermalam di sini. Saya ada beli barang dapur dekat bawah tu untuk rumah ini sebagai balasan kerana sudi tumpangkan saya di sini walau hanya beberapa jam saja. Rumah ini bukan lagi tempat yang selamat untuk isteri saya bila sepupu sendiri ada niat mahu membunuh Zahra. Kami pergi dulu."

Tengku Ahnaf terus memimpin tangan Zahra menuruni tangga. Dia tidak sanggup lagi berada di rumah itu kerana dia tidak mahu isterinya cedera kerana ulah orang di dalam rumah itu.

Zahra menahan tangan Tengku Ahnaf seraya memberi tatapan sayu kepada isterinya.

"Saya nak peluk inek dulu. Boleh?" Zahra meminta izin kepada suaminya.

Zahra terus berlari semula ke arah tangga apabila mendapat keizinan dari Tengku Ahnaf.

Emelda tergamam sekejap apabila tubuhnya dipeluk erat oleh Zahra. Dia hanya berdiri kaku di tingkat atas.

"Terima kasih inek sebab sudi jaga Zahra. Maaf andai Zahra jadi cucu yang tidak menyenangkan hati inek selama ini. Walau apa pun terjadi, Zahra sayang inek," tutur Zahra perlahan dan lembut seraya mengucup kedua-dua pipi Emelda.

Zahra terus melepaskan pelukan lalu berlari ke arah Tengku Ahnaf.

"Jangan lari. Nanti jatuh," tegur Tengku Ahnaf seraya mencapai tangan Zahra.

Mereka terus keluar dari rumah tersebut.

Emelda yang melihat pemergian Zahra dan Tengku Ahnaf itu terus mengalirkan air matanya.

"Protect her walau di mana saja dia berada," bisik Emelda perlahan.

Bilik Stephanie dipandang dengan pandangan tajam. Cucunya yang satu itu harus diberi pelajaran setimpal dengan apa yang dia lakukan terhadap Zahra.

Langkah Zahra dan Tengku Ahnaf terhenti ketika melihat ada kereta Teresa berhenti betul-betul di hadapan rumah.

Teresa terus keluar dari kereta dengan wajah berkerut. Pelik melihat suami anak saudaranya itu membawa beg bagasi besar. Setahunya, malam ini mereka akan tidur di sini.

"Kamu nak ke mana?" tanya Teresa dengan cemas.

"Maaf, saya terpaksa bawa Zahra keluar dari rumah ini malam ini juga," beritahu Tengku Ahnaf tenang.

Teresa terdiam seketika lalu mengangguk perlahan. Dia yakin pasti ada sesuatu yang telah terjadi semasa ketiadaannya tapi dia tidak mahu bertanya lebih. Dia mahu hormati keputusan Tengku Ahnaf.

"Baik. Tolong jaga anak saudara saya sebaiknya. Zahra, jaga diri ya," pesan Teresa dengan lembut.

Zahra mengangguk faham lalu memeluk tubuh Teresa.

"Nanti ada masa, Zahra datang rumah jenguk aunty ya," tutur Zahra dengan sopan.

"Baik," balas Teresa seraya mengucup dahi anak saudaranya itu.

Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah. Tidak mahu melihat pemergian anak saudaranya itu, takut halaman rumah itu banjir dengan air mata dia.

"Jom."

Tengku Ahnaf terus membuka pintu kereta untuk Zahra lalu ditutup rapat. Barang mereka berdua diletakkan di dalam bonet.

Kereta Honda Civic berwarna putih itu terus bergerak laju meninggalkan kawasan perumahan elit itu.

Tengku Ahnaf menghentikan keretanya di tepi jalan lalu mengiringkan tubuhnya menghadap Zahra yang sedang merenung ke luar jendela itu.

Lampu di dalam kereta dibuka.

"Kenapa awak berhenti?" tanya Zahra kepada Tengku Ahnaf.

"Leher awak, okay?" tanya Tengku Ahnaf dengan lembut. Tangannya mengusap sedikit leher Zahra yang jelas kelihatan kemerahan akibat dicekik oleh Stephanie tadi.

"Tak. Saya tak okay. Saya rasa sesak nafas sangat tadi," balas Zahra dengan jujur. Wajahnya ditunduk ke bawah.

Kalau ikut hati, mahu saja dia membalas balik apa yang dilakukan oleh Stephanie tadi. Tapi jika dia membuat perkara yang sama, tiada beza antara dia dan Stephanie.

"Nanti sampai rumah mama, saya tuam sikit dengan ais kotlah boleh hilang sikit merah dekat leher awak tu," ujar Tengku Ahnaf sambil perhatikan wajah muram isterinya itu.

"Awak rasa saya ini lemah sangat ke?" tanya Zahra dengan wajah yang mendung.

Dia rasa rendah diri sangat dengan dirinya kerana terlalu banyak kekurangan.

"Tak. Awak wanita yang kuat sebab mampu bertahan dalam suasana rumah yang toksik macam itu. Terima kasih kerana bertahan sehingga kini. Jangan risau, lepas ini saya akan jadi 'rumah' yang selamat untuk awak diami dengan tenang," tutur Tengku Ahnaf seraya mencuit sedikit dagu Zahra.

Dia kembali duduk menghadap ke depan. Kereta kembali bergerak di atas jalan raya.

Zahra melemparkan senyuman nipis buat suaminya.

Dia merasakan apa yang berlaku antara dia dengan Tengku Ahnaf terlalu pantas. Tau-tau saja mereka sudah berkahwin menjadi suami isteri.

Namun, jika ini takdir yang Allah sudah tetapkan untuk dia, dia terima dengan hati yang terbuka kerana dia yakin takdir ini akan membawa dia kepada kebahagiaan yang dia cari selama ini.

Happy Reading 🤍

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

84.8K 3K 57
[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE] ~ "๐‡๐ข๐ฌ ๐ญ๐ž๐ž ๐ซ๐š๐ค" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah bers...
51.8K 2.4K 62
Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Pelajar yang masih lagi bersekolah di sekolah menengah. Kpopers setia kepada kumpulan nct iaitu Jeno...
90.3K 4.6K 57
2.0 โ’ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...
52.4K 1.3K 45
[๐—ž๐—ฎ๐—ฟ๐˜†๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ก๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—ฒ๐˜†] >๐™ด๐š๐šŽ๐šŠ๐š— ๐™ฝ๐šŠ๐š๐š‘๐š’๐š X ๐™ฝ๐š’๐š—๐š’ ๐™ด๐š›๐š•๐šŽ๐šŽ๐šœ๐šŠ< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani meneg...