Tujuan

By shafyann

37.1K 2.1K 201

Kerana aku tahu bukan aku yang bakal menjadi tujuan. - MUHAIRA Typo alert!! 1#kisahcinta on 8March More

TUJUAN
prologue
bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
bab 18
bab 19
bab 20

bab 17

1.4K 136 7
By shafyann

"KAU makan ubat sekarang."

"Kau yang kena makan ubat. Baru keluar hospital kan?"

Naik turun dada Muhaira mendengar kembarnya menjawab. Bekas ubat di atas meja diangkat, langkahnya meluru ke arah Humaira. Bekas ubat dihempas ke atas meja.

"Kau menyusahkan orang lain tahu kalau kau tak makan ubat? Kau makan sekarang. Dah tak waras, nak jadi tak waras lagi ke macam mana?" Tu dia! Muhaira malas mahu bertapis. Bukannya Humaira akan dengar kata-katanya.

"Hei, kau tu yang menyusahkan orang! Dah lah kena dukung pergi hospital. Tak malu."

Bruss!! Menyirap darah panas ke serata wajah Muhaira. Humaira ni bila penyakitnya mula menyerang, mulalah mereka lancarkan das-das perlian.

"Kau tu pun sama aje. Kau makan ni sekarang atau aku tak bagi kau jumpa Mariam." Ugut Muhaira. Itu saja caranya. Mariam lah jadi mangsa ugutan. Kalau tidak, memang takkan jalan.

"Mariam anak aku! Kalau kau nak budak sangat pergi lah beranak sendiri." Cemuh Humaira. Dia masih enggan mahu makan ubat-ubatan.

"Assalammualaikum."

Serentak mereka menoleh ke luar rumah. Seorang lelaki berbaju T biru melangkah masuk ke dalam rumah tanpa pelawa. Muhaira lekas mencari tudung untuk disarung. Kemudian dia kembali ke ruang tamu.

"Kau buat apa datang sini? Kau balik!" Naik seoktaf suara Humaira tatkala ternampakkan Thaqif melangkah masuk ke dalam rumah. Daripada duduk, terus dia bangun berdiri. Tangannya mencapai sebuah bantal, kemudian dibaling ke arah Thaqif.

"Hey, kau ni kenapa?" Dua tangan menyilang melindung wajah. Thaqif memandang Muhaira, meminta kepastian pada kembar bekas isterinya itu.

"Dia belum makan ubat. Dah tiga hari tak makan." Beritahu Muhaira. Tangannya menyilang ke bawah dada. Pandangannya sinis terhala pada Humaira yang mengamuk.

Mendengar jawapan itu, Thaqif faham sendiri. Mula lah datang penyakit tak waras Humaira.

"Balik! Kau balik! Lelaki tak guna! Bodoh! Si—"

"Si apa? Hah? Lelaki yang setia dengan kau ni sial?" Suara Thaqif mula meninggi. Dia memang pantang bila perempuan berkata kesat. Lebih lagi Humaira. Dia cukup marah, benci.

"Kau memang! Sebab kau aku jadi macam ni! Aku benci kau! Benci! Keluar!" Tubuh Thaqif ditolak supaya lelaki itu keluar. Entah kenapa hatinya rasa benci yang amat terhadap Thaqif. Dia benci lihat wajah yang tertayang tidak serba salah itu.

"Aku tak nak jumpa kau pun. Aku nak jumpa Mariam. Ketepi lah kau!" Tubuh Humaira ditolak pula. Sekali tolak saja Humaira sudah terduduk di sofa. Thaqif berjalan mahu ke bilik Mariam.

"Hei, kau jangan jumpa anak aku! Jangan sentuh anak aku!"

Kaki Thaqif berhenti dari melangkah. Yang kedua pula, dia cukup pantang bila dia dihalang untuk bertemu anak. Geram dengan tingkah laku tak sopan Humaira, Thaqif melaung memanggil Mariam.

"Mariam! Keluar sayang! Tengok mommy ni!"

Pap! Muhaira tepuk dahi sendiri. Sebolehnya dia menyorokkan Mariam supaya tak berjumpa dengan Humaira. Tapi Thaqif sesenang hati memanggil anak itu keluar. Dia bukan apa, takut Humaira mengapa-apakan Mariam saja. Sudahlah umi dan abah keluar dengan Ulhaq pergi ke kenduri. Dia saja yang menjaga Mariam dan Humaira yang tak berapa waras ni.

"Papa!!!"

Baru habis menuruni anak tangga, kaki Mariam terpasak ke tanah tatkala memandang Humaira yang menyinga. Padanya memang tidak kenal siapa di hadapannya. Langsung tiada rupa 'mommy'. Yang dia nampak seperti orang gila.

"Mariam sayang..." suara Humaira mula mendayu-dayu. Langkahnya perlahan menapak untuk mendapatkan Mariam. Namun pantas Thaqif mendukung bayi mereka.

"Hei bodoh! Turunkan anak aku! Aku cakap jangan sentuh dia!" Bara melihat anaknya disentuh dengan lelaki yang cukup dia 'benci'.

"Thaqif..." Muhaira mula tidak sedap hati. Risau apa-apa yang buruk akn berlaku. Pandangannya silih berganti memandang Humaira dan Thaqif.

"Kalau kau nak anak kau, kau makan ubat." Ugut Thaqif. Tangannya naik menahan Humaira daripada mendekati dia dan Mariam.

"Kau siapa nak arah aku?! Kau pun bodoh sama! Aku mommy Mariam!"

"Mariam tak ada mak yang gila!" Tempik Thaqif dengan suara yang tertahan-tahan. Dia masih mengawal diri. Asbab Mariam ada, dia perlu mengawal dirinya. Bukan saja-saja dia memanggil Mariam. Namun bila Mariam saja pancingan untuk menyuruh wanita itu makan ubat, maka dia terpaksa.

"Aku tak gila!"

Mariam tak menangis. Dia tetap diam di dalam pelukan papanya. Masih keliru dengan apa yang terjadi.

"Mariam, mana mommy?" Soal Thaqif lembut.

"Mommy... mommy keluar." Jawab Mariam takut-takut.

"See? Anak kau tak kenal kau!"

Tersentap Humaira bila mendengarkan jawapan itu. Dia yang tadi menggila kini terdiam sendiri. Tangannya meraba tubuh dan kepala.

"Sebab kau nampak gila. Kau tak nampak macam mommy Mariam yang cantik dulu. Mommy Mariam cantik, bukan macam ni..." suara Thaqif mengendur. Jujur hatinya terasa dicengkam kuat saat menuturkan pujian itu. Dia terpaksa! Untuk kebaikan Humaira sendiri.

Pantas Humaira berlari ke arah sudut cermin yang tergantug. Disitu dia menilik dirinya sendiri. Nafasnya tak teratur bila menyedari dirinya tidak terurus. Dengan kelam kabut dia menghampiri Muhaira. Tubuh Muhaira digoncang kuat, "Ubat aku. Ubat aku mana? Aku tak cantik. Aku tak cantik! Mommy Mariam cantik! Ubat!"

Muhaira terus melangkah laju untuk mendapatkan ubat buat Humaira. Beberapa biji ubat dibagi, laju Humaira menelan ubatnya.

Ketika semua ubat habis ditelan, kepala mula terasa berat. Kelopak mata mula tak berdaya untuk bercelik. Perlahan-lahan Humaira rebah di atas sofa. Sempat Muhaira memaut tubuh kembarnya.

"Humaira..." Thaqif mendekati Humaira yang lemah longlai. Sayu hati melihat keadaan Humaira yang tidak sihat. Mariam di dalam pelukan dipeluk erat.

"Macam ni lah dia kalau lama tak makan ubat. Kau bawa lah Mariam masuk bilik. Dia tak patut tengok mommy dia macam tadi," ujar Muhaira. Sebenarnya terkilan bila Mariam sudah lihat keadaan ibunya.

Thaqif terbungkam sendiri. Anaknya dipandang sebelum Muhaira dipandang semula.

"Apa pun terima kasih sebab buat Humaira makan ubat. Kalau tak aku tak tahu macam mana nak paksa dia. Kalau tak makan juga, macam selalu lah. Ulhaq yang sumbat ubat dalam mulut dia." Luah Muhaira. Selimut diambil, diselimutkan Humaira yang lesu sendiri.

"Sumbat?"

Muhaira menangguk. "Tu je caranya. Kalau tak macam-macam boleh jadi."

Thaqif terdiam lagi. Teruk benar sakit Humaira.


***

HENING menguasai keadaan tika ini. Janggal antara anak beranak itu langsung tidak terbuang. Terus menerus janggal dan tiada diantara mereka yang mahu bersuara.

Gulp!

Bunyi tegukan air Tuan Daud saja kedengaran. Automatik berpasang mata memandang ke arah Tuan Daud.

"Macam mana bang?" Umi Uniyah mulakan bicara. Tak kuasa dia nak duduk dalam keadaan hening. Rasa nak balik aje. Bukan apa lah, cuma segan.

"Semua tu kena tanya Muhaira sendiri. Dia yang nak kahwin bukan abang. Awak pun la," jelingan dihadiahkan pada si isteri. Tuan Daud mencapai sebutir kuih di atas meja. Dengan senang dikunyah tanpa segan silu.

Syakir pula sembunyi senyum. Nampak ramah aje bakal bapa mentua dia ni. Alahai, boleh pula keluarga Muhaira buat kejutan pagi-pagi begini. Datang tak beri tahu. Muhaira pun satu, tak bagitahu pun!

"Kamu dah beli ke cincin semua? Barang kahwin? Goodies? Kad jemputan?" Soal Umi Uniyah. Dia pula yang teruja bila anak perempuannya yang kedua mahu berkahwin. Tak sabar nak buat status whastapp ni! Nak letak dalam MukaBuku pun satu! Tapi sebelum tu pasti Instagram dulu. Ehek!

Syakir tersenyum mendengar soalan itu. Ini lah hal yang nak diberi tahu.

"Pasal majlis... Muhaira kata tak nak besar-besaran. Resepsi pun dia tak nak. Dia kata nak yang betul-betul simple. Cukup jemput keluarga terdekat."

Wajah Umi Uniyah bertukar muram. Alahai, jatuh musnah harapannya!

"Kalau macam tu, kami nak buat sambut menantu untuk Syakir."

Tercengang semua yang berada disitu. Tuan Daud pula sudah terbatuk-batuk mendengar cadangan Umi Uniyah.

"Hesy, sambut menantu untuk perempuan. Awak ni kenapa?"

Mogok wajah Umi Uniyah. Sebenarnya mahu merasakan majlis besar-besaran lagi. Kalau dulu Humaira berkahwin dengan pegusti Malaysia, sekarang Muhaira pula berkahwin dengan peguam terkenal Malaysia. Hesy, memang untunglah dia dapat anak menantu yang terkenal!

"Tak apa lah, biar belah kami yang buat sambut menantu. Lagipun anak saya ni seorang aje. Jadi mestilah menantu pun seorang aje, kena lah sambut!" Dato' Zakri berkata dengan teruja. Suka pula dengan besannya. Nampak ramah!

Syakir turut tersenyum. Alhamdulillah, keluarga mereka setuju atas keputusan mereka. Satu perasaan yang sukar untuk digambarkan.

Tapi lain pula pada seorang lelaki yang duduk di sebelah Umi Uniyah. Muram saja wajah itu terpapar. Bila mereka bertentang mata, pasti Syakir yang larikan pandangan terlebih dahulu.

"Umi, dia boleh ke jaga kakak?" Bisik Ulhaq. Matanya menjeling pada Syakir yang ketawa sakan dengan Tuan Daud.

Umi Uniyah mengangguk sekali. "Boleh kut... jangan risau lah!"

"Nanti jadi macam kak—"

"Kau ni mulut ada yang kena pelempeng nanti kang," bisin Umi Uniyah. Paha anaknya dicubit geram.

"Sibuk duk kata orang. Kau tu nanti bila nak kahwin pun orang fikir macam tu. Boleh ke kau jaga anak perempuan orang?"

Ulhaq mendengus kecil. Dia lambat lagi nak kahwinlah! Entah kakak-kakaknya dah ada sepuluh orang anak pun dia belum ada isteri.

"Yalah."









Tbc.
Udpate : 2 march 2024

Sakit apa Humaira ni agaknya ya🫣
100 vote unlock next chapter!

Continue Reading

You'll Also Like

80.5K 8K 43
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
480K 4.8K 57
DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seoran...
75.6K 8.8K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
71.5K 6.4K 25
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...