HER SAVIOR [Slow Update]

Da DaisyIntrovert

129K 8.9K 1.3K

'No harm will ever come to you, for I am your protector' "Saya tak boleh nak halang kerana hati saya yang me... Altro

DISCLAIMER
CAST
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51

BAB 11

2.3K 161 54
Da DaisyIntrovert

"Ah penatnya."

Zahra merebahkan diri di atas katil. Dia baru saja selesai menunaikan solat Isyak.

Alhamdulillah, berkat panduan buku yang diberikan oleh Balqis, dia mula belajar perlahan-lahan mendidik dirinya untuk menunaikan solat.

Dari mana dia tahu arah kiblat? Atas bantuan Teresa yang sudi meminjamkan dia telefon untuk mencari tahu di mana arah kiblat di dalam rumah tersebut.

Setakat ini, dia hanya tahu membaca surah Al-fatihah saja dulu kerana surah itu merupakan surah yang wajib dibaca dalam solat.

Rukun dalam solat juga dia sudah pelajari dan pratikkan berkat buat setiap hari. Dia teringat pesanan Balqis ketika bakal mentuanya itu menyerahkan dia buku panduan solat dan telekung.

"Zahra buat mana yang termampu dulu ya. Tentang Al-Quran, nanti kita belajar sama-sama. Belajar perlahan-lahan. Yang penting, cuba latih diri untuk jangan tinggal solat ya."

Jiwanya terasa tenang setiap kali menunaikan solat lima waktu. Dia rasa rugi dengan waktu yang sudah terbuang begitu saja selama ini dengan tidak melaksanakan perkara wajib.

Keluhan kecil dilepaskan. Kepalanya dipicit perlahan. Tubuhnya yang terasa penat juga ditumbuk sedikit.

Petang tadi, dia mencuba baju dress yang akan dikenakan untuk hari bersanding nanti di sebuah butik milik kawan Balqis.

"Aku tak tahu pula nak kahwin ni banyak benda nak buat." omelnya sendiri sambil berguling di atas katil.

Kemudian dia baring meniarap. Matanya fokus pada jaket Tengku Ahnaf yang masih setia tergantung pada belakang pintunya.

Perlahan-lahan bibirnya mengorak senyuman.

Seakan tidak percaya dia akan berkahwin dengan pemilik jaket tersebut.

"Tapi kalau penat demi Ahnaf, aku sanggup. Huaa macam tak percaya nak kahwin dah. Kau dah dewasa lah Zahra." ujar Zahra seraya bangkit dari pembaringannya lalu melompat-lompat di atas katil.

Dia siap berpusing-pusing membayangkan dirinya akan mengenakan busana dress seperti yang diangankan.

Lagi dua bulan dia akan menjadi isteri kepada Tengku Ahnaf, lelaki asing yang baru saja dia kenali.

Lelaki itu benar-benar mengotakan kata-katanya. Setiap urusan perkahwinan telah diuruskan oleh lelaki itu. Dia hanya datang menghadiri kursus kahwin, datang ke butik untuk fitting baju.

Dia juga diberi pilihan untuk memilih tema yang dia mahukan untuk majlis persandingan mereka nanti.

Pada awalnya, Emelda menolak keras untuk  membuat majlis persandingan kerana katanya, Zahra akan terdedah dengan orang awam.

Nasib baik Teresa pandai memujuk sehingga akhirnya Emelda terpaksa bersetuju.

Majlis pernikahan dia dan Tengku Ahnaf akan diadakan di rumah Emelda sesuai dengan permintaan neneknya itu sendiri.

"Haus lah pula."

Zahra terus melompat dari katil lalu menapak ke pintu biliknya.

Dia menuruni tangga sambil bernyanyi kecil. Ruangan di bawah kelihatan sepi tiada orang. Mungkin masing-masing sudah masuk ke dalam bilik.

Pintu peti sejuk dibuka lalu dia tunduk mengambil air kotak bunga yang hanya tersisa satu sahaja di dalam peti tersebut lalu duduk di kerusi meja makan.

Sedang asyik menyisip minuman, telinganya menangkap bunyi derapan kaki di tangga. Dia malas mahu menoleh. Dia mengagak mungkin Teresa yang turun ke bawah.

Baru saja dia mahu bangun dari kerusi, tubuhnya dipeluk kuat dari belakang. Hidungnya sempat menangkap bau arak.

"Buk!"

Sikunya dibawa ke perut si gerangan yang memeluk dirinya. Tidak perlu menoleh pun dia sudah tahu siapa yang memeluk dia. Tak lain tak bukan sepupunya, Danny.

Terlepas pelukan Danny pada tubuh Zahra apabila perutnya menjadi mangsa siku Zahra. Dia terundur ke belakang.

"Kau! Kau nak lari ke mana? Aku dengar kau nak kahwin. Betul ke? Jangan mimpi Zahra. Selagi aku tak dapat kau, jangan mimpi kau akan jadi milik orang lain." kata Danny dengan matanya yang kuyu akibat mabuk.

Zahra sendiri tidak perasan bila sepupunya itu pulang ke rumah. Sepupunya itu memang kaki minum. Lelaki itu sering kali ke kelab malam kerana di rumah, air arak diharamkan untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Itu pantang larang Emelda dari dulu.

Kening Zahra bertaut rapat ketika mendengar kata-kata Danny. Sepupunya itu semakin pelik. Apa kaitan dengan lelaki itu jika dia mahu berkahwin?

"Apa masalah kau ni? Aku rasa kau dah gila sebab air tu. Kau pergi naik atas sekarang sebelum aku jerit. Jangan cuba nak ganggu aku." balas Zahra takut-takut.

Lelaki itu tidak boleh dijangka lagi-lagi lelaki itu dalam keadaan mabuk.

Zahra menjauhkan diri apabila dia dapat menangkap riak gatal pada wajah Danny. Dia tahu apa yang ingin dilakukan oleh lelaki itu.

Sepantas kilat dia melarikan diri ke tangga mahu menuju ke biliknya.

Baru beberapa anak tangga, rambutnya ditarik dari belakang.

"Ah lepas!" jerit Zahra dengan suara yang kecil menahan sakit.

Danny yang berada di bawah kawalan air arak itu mula bertindak di luar kawalan.

Tubuh Zahra dihempas kuat ke lantai lalu ditindih kuat.

"Tolong!" jerit Zahra sekuat hati. Dia berharap penghuni di dalam rumah itu masih belum tidur.

"Tolong!!" jerit Zahra lagi.

Danny pula masih tidak putus asa. Dia tidak pedulikan jeritan Zahra, yang penting keinginannya tercapai.

"Danny!!"

Tangan Danny yang cuba membuka bajunya sendiri itu terhenti apabila terdengar namanya dipanggil dengan suara yang begitu kuat sekali.

Dia menoleh ke arah. Terpampang wajah Emelda yang sedang menuruni tangga dengan wajah yang bengis.

Pang!

Terteleng kepala Danny ketika menerima tamparan yang cukup kuat dari Emelda.

"Belik!! (Bodoh!)." jerkah Emelda tepat pada wajah Danny yang terduduk di sebelah Zahra yang berusaha untuk jauhkan diri dari Danny.

Teresa yang turut keluar dari bilik itu cepat-cepat mendekati Zahra lalu tubuh anak saudaranya itu dipeluk kuat.

"Kau! Kau cuba buat apa terhadap Nancy?! Entah-entah dia larikan diri sebelum ini sebab kau cuba buat bukan-bukan dekat dia kan? Tell me the truth!!"

Kuat.

Suara Emelda memetir dengan cukup kuat sehinggakan Danny yang masih mabuk itu hanya mampu tertunduk mendengar tuduhan Emelda.

Mahu disangkal, pasti neneknya itu tidak percaya kerana kejadian tadi baru berlaku depan mata neneknya.

Florance dan Stephanie yang berada di tingkat atas itu sudah menepuk dahi. Mereka tidak sangka Danny sanggup buat kerja terkutuk itu ketika Emelda ada di rumah.

"Kau tak jawab tu maknanya betul lah. Kau lelaki tak guna Danny. Teresa!"

Teresa yang masih berusaha menenangkan Zahra itu terus memandang tepat wajah Emelda.

"Call Ahnaf. Aku setuju untuk cepatkan pernikahan mereka by next week sesuai dengan permintaan lelaki itu. Sekarang!" arah Emelda dengan nada tegas dan garang.

Semasa mereka berbincang tempoh hari, lelaki itu minta agar pernikahan mereka disegerakan tetapi dia tidak setuju. Namun disebabkan kejadian malam ini, dia terpaksa bersetuju dengan permintaan Tengku Ahnaf.

Danny yang mendengar arahan Emelda terhadap Teresa itu terus meroyan kuat.

"Anang! (Jangan!)" tegah Danny sambil berdiri tegak.

"Dia takkan berkahwin dengan lelaki itu! Danny takkan benarkan inek! No! No!" Danny meroyan kuat sambil menggosok kuat rambutnya.

Dia tidak boleh terima Zahra mahu berkahwin dengan orang lain. Baginya, sepupunya itu hanya milik dia. Dari dulu dia sudah ada hati dengan wanita itu.

Zahra pula terus berlari naik ke atas diikuti dengan Teresa. Dia tidak mahu berhadapan dengan sepupu lelakinya yang naik gila itu.

Emelda berdecit kecil. Bibirnya tersungging sinis.

Dia tahu cucunya itu sudah lama menyimpan perasaan terhadap Zahra tetapi dia lebih tahu Zahra itu layak dengan siapa.

"Kau simpan angan-angan kau Danny. Hanya Ahnaf saja yang layak berada di sisi Nancy dan menjadi pelindung dia. Hanya dia. Kau bukan orang yang tepat untuk jadi pelindung Nancy. Back off." kata Emelda dengan dingin.

"Aku cari lelaki yang berkemampuan untuk jaga Nancy dan disebabkan itulah, aku bersetuju untuk kahwinkan Nancy dengan Ahnaf sebab aku yakin dan jamin dia boleh melindungi cucu aku yang satu itu kerana dia perlukan seseorang yang mempunyai kecerdasan akal yang tinggi dan semestinya bukan kau." tempelak Emelda dengan nada garang.

Jari telunjuknya dituding tepat pada wajah Danny yang sudah terkulat-kulat itu.

"Aku tak sangka kau sanggup nak buat perkara terkutuk tu pada sepupu sendiri. Kauorang jangan ingat aku ni buat tak endah dekat dia, aku tak tahu apa yang kauorang buat dekat Nancy selama ini." ujar Emelda dengan nada kuat.

Matanya turut memandang Florance dan Stephani yang masih setia berdiri di tingkat atas itu dengan tatapan yang tajam.

"Jangan sampai aku usir kauorang dari rumah ni. Ingat Danny, kau sentuh Nancy sekali lagi, kau bukan berhadapan dengan aku tetapi kau akan berhadapan dengan Ahnaf sendiri nanti." ujar Emelda dengan nada yang berbaur amaran lalu melangkah pergi dari situ.

Florance dan Stephanie terus bergegas ke bawah mendekati Danny ketika Emelda kelihatan sudah masuk ke biliknya semula.

"Kau ni dah kenapa Danny? Dah tak ada perempuan lain ke? Dengan perempuan low class tu juga kau berkenan!" marah Stephanie dengan suara perlahan.

Bahu abang kembarnya yang berbau arak itu ditunjal kuat. Geram betul dia dengan lelaki itu.

"Jangan disebabkan Danny, kita kena usir dengan nenek. Harta inek tu kita tak kaut lagi. Jaga sikit perangai tu. Perempuan macam Zahra tu bersepah dekat luar. Perempuan bodoh tu juga kau nak ya." bebel Florance dengan mimik wajah yang tidak puas hati.

Danny yang bengang dileteri oleh mummynya dan adik kembarnya itu terus menendang kuat kakinya pada sofa untuk melepaskan kemarahannya.

"Sibuk dengan harta inek while my feeling? Stupid family!" tempik Danny lalu melangkah naik ke tangga menuju ke biliknya.

Sekali lagi, rancangannya gagal untuk 'memiliki' Zahra.

Tengku Ahnaf yang sedang membetulkan songkoknya itu terus menoleh ke kanan apabila terasa dirinya diperhatikan.

"Kenapa?" tanya Tengku Ahnaf bersama jungkitan kening ke atas.

Tengku Anaqi yang sedang memandu itu menggeleng kecil.

"Bang, kau betul ke nak jadi suami orang dah? Cepatnya lepas tu laku pula tu. Ada rupanya orang nak lelaki beku macam kau bang." kata Tengku Anaqi dengan nada selamba.

Tengku Anaqi memberi signal ke kanan untuk masuk ke simpang perumahan Zahra. Mereka dalam perjalanan menuju ke rumah bakal isteri Tengku Ahnaf. Balqis dan Tengku Arifin pergi menggunakan kereta lain.

"Dah sampai jodoh yang Allah dah tetapkan untuk aku." jawab Tengku Ahnaf dengan tenang.

Hari ini dia akan menikahi Zahra sesuai dengan apa yang dia inginkan. Ketika dia mendapat panggilan telefon dari Teresa tempoh hari untuk mempercepatkan pernikahan dia dan Zahra, dia terus bersetuju. Itu lebih mudah untuknya.

"Kau dah kenal betul-betul ke Zahra tu? Aku bukan apa, risau lah juga. Latar belakang dia macam samar-samar bagi aku. Sorry lah kalau kau jadi ragu-ragu dengan pertanyaan aku ini bang." ujar Tengku Anaqi seraya menoleh sekilas ke arah abang kembarnya yang kekal tenang merenung ke luar jendela.

Zarina yang berada di belakang pula sudah menggeleng kecil. Buat hal betul suaminya ini. Boleh pula tanya soalan macam tu dekat abang iparnya.

"Tak ada masalah pun bagi aku. Soalan kau tu takkan mengubah keputusan aku. Aku tetap akan kahwin dengan Zahra." jawab Tengku Ahnaf seraya melihat jam di tangannya.

Sedikit masa saja lagi dia akan bergelar suami kepada Zahra Delisha.

Tengku Anaqi terdiam mendengar kata-kata abang kembarnya itu. Lelaki itu memang agak sukar untuk goyah dengan keputusan sendiri. Jika dia kata A, maka A lah jawapannya.

"Nanti dah kahwin, jangan lupa aku tau bang. Kau lupa aku, aku ajak bini aku kacau rumah tangga kauorang." seloroh Tengku Anaqi sambil tergelak jahat.

Pap!

"Nak buat jahat, buat sorang-sorang. Jangan nak ajak orang eh." marah Zarina lalu menjeling suaminya yang sedang melirik ke arah dia melalui cermin.

"Muah." Tengku Anaqi melayangkan flying kiss kepada Zarina yang sudah merona merah wajahnya kerana tingkah si suami.

Tengku Ahanf tersenyum senget melihat gelagat adik dan adik iparnya itu.

"Ya Allah, berikan kemudahna dan lancarkan majlis pernikahan hamba-Mu ini." doa Tengku Ahnaf di dalam hati.

Tok tok tok.

Pintu dibuka dari luar.

"Zahra." tegur Teresa yang cantik bergaya dengan baju kurung yang ditempah khas oleh Tengku Ahnaf buat keluarga Zahra.

Zahra yang sedang duduk di birai katil itu mengangkat wajahnya memandang Teresa yang berjalan menuju ke arahnya.

"Cantiknya anak saudara aunty ini. Macam mana perasaan Zahra pagi ini? Okay?" tanya Teresa dengan prihatin. Dari raut wajah Zahra saja dia sudah tahu anak saudaranya itu gementar.

"Takutlah aunty. Macam ini ke perasaan orang nak berkahwin?" tanya Zahra dengan polos.

Teresa mengetap sedikit bibirnya. Anak saudaranya itu lupakah kalau dia belum berkahwin?

"Tunggu aunty kahwin nanti aunty beritahu feel nak kahwin tu macam mana ya." balas Teresa dengan nada bergurau menyebabkan Zahra menepuk perlahan dahinya.

Boleh pula dia terlupa kalau mak cik saudaranya itu tidak pernah berkahwin.

"Aduh, aunty. Maaf."

Teresa tersenyum nipis seraya memeluk lembut bahu anak saudaranya yang kelihatan cantik mengenakan pakaian nikah pagi ini.

"Tahniah Zahra. Nanti dah jadi isteri orang, jaga diri ya. Ini peluang Zahra untuk meneroka dunia luar bersama suami Zahra. Jangan pernah lupakan aunty di sini." ujar Teresa dengan nada sebak.

Dia merasa sedih kerana dari kecil dia menjaga Zahra dan siapa sangka anak saudaranya itu akan dijaga oleh orang luar. Itulah kehidupan, nak tak nak semua orang akan mengalami proses kehidupan seperti itu.

Zahra memeluk kejap tubuh mak ciknya. Wanita itulah yang setia membelanya saat dia dihina oleh sepupu-sepupu dan saudara mara yang lain.

Wanita itulah yang sudi memberinya kasih sayang yang tidak terhingga dari dia kecil sehinggalah dia tumbuh membesar dengan baik.

"Aunty, terima kasih untuk semuanya. Zahra takkan lupa jasa baik aunty jaga Zahra selama ini. Zahra sayang aunty sangat-sangat." tutur Zahra dengan nada bergetar. Cuba menahan sebak. Tidak mahu air matanya itu merosakkan make up pada wajahnya itu.

Ini kali pertama dia berhias secantik seperti itu. Semuanya kerana Tengku Ahnaf.

"Ingat, dengar cakap suami tau. Jadi isteri yang baik." pesan Teresa kepada Zahra.

Dia risau lepaskan Zahra kepada orang luar tetapi melihat kesungguhan Tengku Ahnaf, dia yakin lelaki itu akan jaga Zahra dengan sebaiknya.

Tok tok tok.

"Aunty, mereka dah sampai." beritahu Stephanie dengan nada malas.

Sempat dia menjeling Zahra yang sudah didandan cantik oleh mak andam yang diupah oleh Tengku Ahnaf.

"Kau takkan bahagia Zahra." bisik Stephanie di dalam hati seraya beredar dari situ.

"Jom Zahra." Teresa terus memimpin tangan Zahra keluar dari bilik itu.

Zahra menggengam kuat tangan Teresa ketika matanya melihat ramai orang asing dibawah. Tangannya mula rasa berpeluh. Gemuruh bercampur takut semuanya ada.

Tengku Ahnaf pula tenang duduk dihadapan tok kadi. Dia cuba menenangkan dirinya sendiri. Tiba-tiba pula dia rasa gementar.

"Mana anap jumpa budak ni? Lawa betul." puji Tengku Airis yang duduk di sebelah Balqis itu.

"Kau tengok bakal mak mentua dia sudahlah. Macam mana tak lawa budak tu kalau dapat mak mentua macam aku ini." ujar Balqis dengan nada riak.

Dia ketawa kecil melihat Tengku Airis yang mengherot ke tepi bibirnya ketika mendengar kata-kata Balqis yang mengangkat bakul sendiri itu.

"Jangan nak perasan sangat. Kubur dah kata mari tu. Muka dah berkedut sana sini, bawa sedar diri sikit." balas Tengku Airis dengan sarkastik.

"Kau ingat sikit. Kita ni sebaya. Kubur bukan setakat panggil aku, dengan kau sekali tau." balas Balqis bersahaja.

Tengku Airis terus mencubit kecil paha Balqis. Dari dulu sehingga lah dah tua begitu, mulut Balqis tetap aktif membidas orang.

Zahra yang sudah tiba di bawah duduk di atas pelamin ditemani oleh Teresa. Fikirannya melayang jauh.

Apakah perasaan dia jika ayah dan ibunya ada sekali pada majlis pernikahan dia? Adakah dia akan merasa gembira?

"Ayah, ibu. Walaupun Zahra tak kenal dan tak ingat wajah ibu dan ayah, tetapi Zahra cuba untuk ingat ayah dan ibu. Hari ini, Zahra akan berkahwin. Pray the best for me." dia berbisik di dalam hati.

Lamunan dia terhenti ketika dia mendengar suara tok kadi yang begitu kuat menampar gegendang telinganya.

"Aku nikahkan kau dengan Nur Zahra Delisha binti Muhammad Iskandar Abdullah yang berwakil walikan aku dengan emas kahwinnya seratus ringgit tunai."

Jantung Zahra berdegup kencang menunggu Tengku Ahnaf menjawab akad tersebut.

Sepi. Semua orang sedang menunggu Tengku Ahnaf menjawab akad tersebut.

"Aku terima nikahnya Nur Zahra Delisha binti Muhammad Iskandar Abdullah dengan emas kahwinnya seratus ringgit tunai." balas Tengku Ahnaf dengan tenang.

Tengku Ahnaf terus menghembus nafas lega. Akhirnya, Zahra Delisha sah menjadi isteri dia.

Air mata Zahra menitis perlahan ke pipi ketika mendengar suara Tengku Ahnaf yang tenang itu.

"Tahniah Zahra." bisik Teresa perlahan bersama air mata. Akhirnya anak saudaranya itu sah menjadi isteri kepada Tengku Ahnaf.

Danny yang menjadi pemerhati dari tadi hanya mampu mengetap kuat bibirnya melihat Zahra yang kelihatan cantik bertudung.

Seumur hidupnya, itu kali pertama dia melihat Zahra bertudung.

Teresa terus bangun ketika melihat Tengku Ahnaf berjalan ke arah pelamin untuk memberi ruang kepada lelaki itu menyarung cincin.

Zahra memberi senyuman kepada Tengku Ahnaf ketika lelaki itu melemparkan senyuman buatnya. Jantungnya berdegup laju ketika lelaki itu melabuhkan duduk di sisinya.

Tangannya kembali berpeluh ketika semua orang memandang ke arah dia dan Tengku Ahnaf. Dia merasa cemas.

"Assalamualaikum bidadari halal saya. Izinkan saya sarung cincin di jari manis awak." ujar Tengku Ahnaf dengan suara gemersiknya.

Matanya tidak lepas memandang wajah cantik milik Zahra yang bertudung itu. Akhirnya dia bebas melihat wanita itu tanpa rasa berdosa.

Hati Zahra seperti hendak tercabut mendengar suara Tengku Ahnaf yang lembut itu. Dia mula rasa berbunga di dalam hati.

"Waalaikumsalam syurga saya. Tanpa ragu-ragu saya izinkan." balas Zahra bersama senyuman manis.

"Bismillah." desis Tengku Ahnaf perlahan seraya memegang tangan Zahra untuk menyarung cincin.

Teresa mengukir senyuman bahagia melihat upacara pembatalan air sembahyang itu.

"Hah, kiss dahi sikit. Mama nak ambil gambar ni." sampuk Balqis dari belakang sambil memegang telefon bimbitnya.

"Boleh ke?" tanya Tengku Ahnaf dengan nada sopan.

Tengku Ahnaf terus melepaskan kucupan kecil pada dahi Zahra usai wanita itu mengangguk kecil.

Emelda yang melihat dari jauh itu menyeka perlahan air mata yang bertakung di tubir mata.

"God, may this man protect my granddaughter better than me." getus Emelda perlahan.

Dia rasa sebak tetapi dia tidak mahu tunjuk di hadapan semua orang.

Selesai majlis, tetamu yang hadir menjamu selera dengan makanan yang ditempah oleh Tengku Arifin dan Balqis.

Tengku Ahnaf yang sedang berborak dengan Eariq itu meminta izin untuk beredar sekejap.

Dia mengorak langkah mendekati Emelda yang duduk tenang di halaman rumah sendirian.

"Inek." sapa Tengku Ahnaf sopan ketika dia tiba di sisi wanita tua itu.

Emelda mengangkat sedikit wajahnya seraya mengengsot ke tepi memberi ruang kepada suami cucunya untuk duduk.

"Inek tak makan ke?" tanya Tengku Ahnaf sambil menatap wajah Emelda.

"Tak." jawab Emelda pendek.

Sepi.

"Tolong tunaikan janji Ahnaf tempoh hari." ucap Emelda dengan nada tegas. Kepalanya tegak pandang ke depan. Sedikitpun tidak menoleh ke arah Tengku Ahnaf.

"Inek jangan risau. Dari kecil saya diajar untuk menepati kata-kata saya. Sesuai dengan ajaran yang diterapkan oleh keluarga saya, saya akan kotakan janji saya. Saya hanya minta inek letakkan kepercayaan sepenuhnya kepada saya untun jaga Zahra." balas Tengku Ahnaf dengan tenang.

Dia tahu wanita disebelahnya itu masih ada keraguan untuk menyerahkan Zahra kepadanya namun tugas dia untuk buktikan yang dia boleh jaga Zahra lebih dari apa yang dikatakan.

"Jika terjadi apa-apa pada dia, inek akan rasa bersalah. Tiada yang lain. Kalau sudi, berilah bimbingan yang sepatutnya kepada dia. Selama ini inek nafikan agama dia, sekat dia tanpa sedar tindakan inek menyebabkan dia hidup dalam serba kekurangan." ujar Emelda dengan suara yang lemah.

Dia rasa bersalah kerana dia tiada pilihan lain. Dia terpaksa menyekat Zahra dari bertemu dan berkomunikasi dengan orang luar selain keluarga sendiri atas dasar keselamatan wanita itu sendiri.

"Tolong jaga dia baik-baik." pesan Emelda sekali lagi seraya menoleh ke sisi memandang Tengku Ahnaf.

"Saya yang memilih untuk berkahwin dengan dia. Itu bermakna saya bersedia untuk melakukan apa saja demi Zahra." balas Tengku Ahnaf dengan tenang seraya mengalihkan pandangannya kepada Zahra yang sedang bergurau senda dengan Teresa, Balqis dan Zarina di bawah khemah yang terpacak di hadapan rumah.

"Amanah besar dari Allah." bisik Tengku Ahnaf di dalam hati.

Jemput datang semua. Jangan tanya Adelia ada ke tak ya majlis dia. Saya rotan nanti 🤪

Happy Reading 🤍

Continua a leggere

Ti piacerร  anche

26.5K 1.9K 63
Tengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras da...
386K 13.8K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
16.1K 311 29
Aisy Humaira terpaksa menggantikan kakaknya untuk berkahwin dengan Firman Hakim yang berumur 31 tahun sedangkan Aisy Humaira baru berumur 17 tahun,da...
88.4K 4.6K 57
2.0 โ’ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...