bad.

By -milkyuuu

1.9K 426 1.2K

꒰ on-going ꒱ ❧ lee juyeon. everyone is bad, and they might be bad when they start to show their true colors... More

0 0
0 1
0 2
0 3
0 4
0 5
0 6
0 7
0 8
0 9
1 0
1 1
1 2
1 3
- juhwa
1 4
1 5
1 6
1 7
- juhwa
1 8
1 9
2 0
2 1
- juhwa
2 2
2 4
2 5
- juhwa
2 6
2 7
2 8
2 9
- juhwa
3 0
3 1
3 2
3 3
3 4

2 3

40 9 28
By -milkyuuu

•••

« yura »

Ceria aku memegang satu cup gelatodessert dari Itali berperisa matcha. Apa yang Juyeon celoteh padaku, gelato juga persis aiskrim, cuma less cream and more milk berbanding ice cream. Sempat mata menjeling Juyeon di sebelah, sibuk dia menyuap gelato menggunakan sudu kayu sambil memerhati kawasan kejiranan kami.

Perasan aku mencuri pandang, terus aku berpura-pura menguis cecair semi-solid di dalam cup aku sendiri. Sejuk gigi aku bila masuk ke mulut!

"Sedap beautiful?"

"Bolehlah, tak manis sangat." acuh tak acuh aku memberi komen. Bawah bibir yang terasa comot disapu dengan ibu jari sendiri.

"Gladly, kalau awak suka. Nanti saya carikan rumah dekat dengan kedai aiskrim, nak keluar date tiap-tiap hari kat situ pun saya tak kisah." celotehnya ceria.

Kepala digeleng perlahan. Hm, itu sajalah apa yang ada dalam kepalanya. Sudu gelato aku letakkan ke dalam cup lalu disua kepada Juyeon.

"Nak rasa aku punya tak? Kita swipe?" aku pelawa, alang-alang mengubah topik yang lelaki ini cuba buka.

Cup di tangan masing-masing beetukar. Juyeon pilih flavor macchiato rasanya. Dari jauh boleh bau kopi. Bittersweet, bolehlah untuk bukan penggemar kopi seperti aku. Sempat aku curi pandang pada Juyeon. Reaksinya lain dari apa yang aku jangka. Dia tampak beekerut saat sudu itu masuk ke mulutnya sehingga dikeluarkan. Tatapanku bertemu dengan mata sepetnya.

"Tak sedap ke?" aku raih semula cup dari tangan lelaki itu.

"Matcha rasa macam rumput." dia senyum meleret. Statement yang berunsur nak tempah keranda awal nampaknya!

Langkah langsung mati. Aku berpusing pada Juyeon bersama muka grumpy. Jemari turut naik mencengkam pinggang.

"Suka hati kau je cop matcha aku rasa rumput! Pastu kau nak cakap aku ni lembu lah?!" pekikku bengang. Sudah tidak peduli dengan fakta kami berada di tempat public.

"Boleh jugak, lembu cantik. Beautiful moo-" ejeknya lagi sambil ketawa nakal.

Alamak, senyuman lelaki itu. Kenapa aku pula yang rasa terpukau sekarang?

"Ish! Menyesal la bagi kau rasa!" pantas aku menghapuskan sisa rasa rama-rama.

Gerak kaki dilajukan ranpa menoleh ke belakang. Jalan laju-laju! Aku nak tengok sejauh mana kesabaran Juyeon nak hadap perangai aku.

"Jangan la macam tu beautiful, kalau relationship kita asyik serius macam hal company je bosan jugak." tiba-tiba Juyeon muncul di sebelah dan merangkul lenganku supaya aku tidak berjalan laju lagi.

Gelato yang tampak mencair aku kuis menggunakan sudu. "Macam mana kau tahu aku suka flavor matcha?"

"Pharmacist saya, Hyunjae tahu. Surprisingly, he knows a lot about you." melalui ekor mata aku perasan Juyeon sedang merenung lama pada side profile aku.

Hmmm dah kalau namanya Hyunjae, aku tak terkejut. Dah lama aku tak dengar khabar jin toncet rambut amber tu. Kepala ditoleh ke kiri, langsung pandangan kami bertemu.

"Cakap pasal Hyunjae, dia ada beritahu aku." bicaraku jeda. Sengaja aku memberhentikan langkah lalu meleraikan lengan Juyeon yang masih link padaku. Wajahnya dipandang, ingin menganalisa riak lelaki itu. "Kau ada adik perempuan, namanya Lee Juhwa."

Riaknya berubah keruh sedikit. Aku dengar lelaki ini berdecit kecil, persis tidak puas hati pada sesuatu. Kemudian dia pandang aku bersama senyuman semanis gula, "I do. Malangnya dia lari ikut boyfriend dua tahun lepas beautiful."

Aku tayang riak terkejut yang aku boleh. Semoga niat mahu mengorek cerita berhasil!

"The day before dia hilang, teruk jugaklah dia bergaduh dengan eomma. Sebab eomma taknak restu hubungan dia. Cara desakan dia sampai cederakan eomma. Saya takde pilihan lain waktu tu beautiful. Saya-" dia terlihat meraup wajahnya dengan sebelah tangan.

"Kalau kau tak ready tak payah cerita pun takpe."

"Saya tampar Juhwa. Pada hari yang sama dia kena admit masuk emergency room kemudian hilang sampai harini."

What the heck-

"Awak tampar Juhwa?" kini cara aku terkejut bukan lagi lakonan. Sudahlah tangan lelaki ini sebesar muka aku, sekali hayun pasti lunyai! Memang patut Juhwa kena admit masuk kecemasan!

"Mungkin sebab tu dia merajuk sampai ke harini. Dia terkilan dengan saya, dari dulu sejak kami membesar sama-sama. Saya yang selalu backup dia, even apa yang jadi. I'm her knight in oversized hoodie katanya sebab saya suka pakai hoodie dulu."

"But turns out. I hurt her. I hurt my own sister, beautiful. Saya menyesal sangat. Sudah macam-macam cara saya dan eomma buat untuk cari Juhwa. Tapi sampai sekarang takde hasil."

Sepi seketika. Dengar cerita dari side Juyeon membuatkan aku suspicious pada Hyunjae. Siapa yang salah sekarang? Dengar cerita dari abang kandungnya, takkan nak menipu?

"Sorry sebab saya dah rosakkan mood kita makan aiskrim." aku jeling gelato yang sudah mencair. Bahuku terasa dirangkul kemas, aku biarkan sahaja.

"Tak apalah beautiful moo, janji awak tak jadi lembu sebab habiskan gelato tu."

Jemari ketamku mengutil lengannya. Juyeon ketawa suka. Akhirnya cup gelato yang sudah licin kami campak ke dalam tong sampah dan mula bergerak menuju ke vila. Tangan Juyeon aku sengaja biarkan melilit bahuku. Hangat.

"Muka Juhwa macam mana ya? Boleh tak kau describe? Hyunjae cakap muka aku ada iras dia sikit." soalanku sekali lagi mematikan langkah kami berdua.

Juyeon larikan tangannya, lantas tubuhku dipusing untuk menghadap lelaki itu.

"Ada syarat." dia sembunyi senyum. Jemari kasarnya naik bermain pada bibir sendiri.

Aish, flirty!

"Lee Juyeon, not again. Public ni, jangan sampai aku pijak kau!" ugutku garang.

"Kalau macam tu, kat sini ajelah. Boleh?" jari telunjuknya berpindah pada pipi kanannya pula.

Aku kemamkan bibir, tiba-tiba geram dengan Hyunjae. Semua yang terjadi sekarang adalah salah jin tocet itu, jadi aku rasa aku takde masalah nak santau Lee Hyunjae dari jarak jauh.

"Tunduk la sikit, kau tu tinggi macam tiang lampu." sempat lagi aku keji height difference antara kami.

Juyeon hanya tergelak lalu membongkok sedikit. Pipi kanannya dikalih ke arah aku. Sempat lagi dia mengujar, "Jangan cium dengan dahi lagi tahu. Kalau tak siap!"

"Ish, terima ajelah!"

Tawanya pecah lagi, kedengaran sangat bahagia. Lambat-lambat aku dekatkan wajah pada pipi lelaki itu sehinggakan haruman kopi yang dipakainya berlumba-lumba mahu ganggu sistem pernafasan aku. Baru sahaja hendak ambil mood, tiba-tiba kepala Juyeon berpusing dalam keadaan bibirku menghampiri.

Seterusnya, aku tak dapat loading apa yang jadi.

"Mmm, ingatkan rasa strawberry. Rupanya matcha. Maybe kejap lagi saya bertukar jadi handsome moo?" selamba dia berdiri tegak semula sambil mengusap bibirnya dengan belakang tapak tangan.

Mataku membulat.

"Shibal la kau ni! Dasar pervert! Bencilah! Pui! Bluerk!" aku tepis kasar permukaan bibir yang masih terasa basah. Gelinya, gelinya, gelinya!

Rosak first kiss aku!

Aku lihat Juyeon mula berjalan tinggalkan aku sambil gelak besar, mesti takut nak kena abuse lagi denganku lagi. Pantas aku lari ke arahnya.

"Kau memang nak-"

Pap! Aku rasakan kaki aku diselit dari tepi sebelum tubuhku dan permukaan bumi bersatu. Aku mengerang kesakitan dek tapak tangan bergesel pada permukaan jalan yang diperbuat daripada asphalt. Sakitnya!

"Are you blind or something?!" aku dengar suara garau entah stranger mana menengkingku sebelum dia beransur. Hanya kasut boot mahalnya saja aku aku lihat.

Juyeon muncul semula entah dari mana datang membantuku. Itulah diri sendiri, seronok sangat. Kan dah dapat penyakit!

--❦︎--

"Manalah aku tahu kena pukul telur putih dengan telur kuning asing!"

Juyeon usap batang lehernya. Lengan kemejanya dilipat hingga ke siku lalu dia take over kerja mengadun yang awalnya aku volunteer sebab taknak kotorkan kemejanya. Kini dia mencapai mangkuk besi yang mengandungi adunan brownies lalu dia aduk menggunakan pemukul telur. Aku setia memerhati lelaki ini alter adunan yang aku tak sengaja rosakkan tadi.

"Kalau tak jadi macam mana?" aku pandang Juyeon, padahal idea lelaki ini ajak aku bakar brownies, pagi sebelum dia perlu hadiri meeting di luar.

"Tak apa, kalau tak jadi brownies mesti jadi cookies. Nanti awak makan ye." jari panjang lelaki itu mencalit hidungku dengan tepung.

Dia ni memang nak mencari pasal dengan aku ye!

"Mana boleh, aku alergik dengan telur. Kaulah makan!" aku beralasan. Alergik telur lah sangat!

"Kalau saya suap, awak alergik lagi?" soalnya dalam nada mengusik. Aku jeling lelaki ini tajam.

"Makin alergik!" mata dijegil pada Juyeon. Pecah tawaan garau lelaki itu.

Juyeon letakkan pemukul telur ke tepi. Kini aku lihat adunan brownies yang cair awalnya menjadi likat sedikit menandakan lelaki ini berjaya alter apa yang aku buat tadi. Satu tray serdehana panjang dia tarik merapati mangkuk besi. Pelapik kertas diletakkan di atas tray tersebut lalu dia tuang adunan di atas permukaan tersebut.

Tekun mata memerhati hasil kerja lelaki ini. Dari adunan di yang dituang, naik ke otot lengannya serta urat lelaki itu timbul. Aku teguk liur. Laju aku larikan mata pada adunan brownies semula. Jauh pula aku melalut!

"Kau ni, apa benda je yang kau tak reti." gumamku perlahan tanpa sedar. Aku letakkan kedua tangan di atas meja sambil memerhati adunan brownies di dalam tray. Cuba menjaga mata.

Juyeon melirik nakal. Hujung bibirnya turut menjongket. Sebelah tangan besarnya mengusap balutan tapak tanganku yang cedera semalam.

"Tawan hati wife saya je tak reti nampaknya. Bukan apa, hati dia keras sangat macam diamond. But it's okay. More difficult, more exciting."

Aku hanya side eyes Juyeon. Senyuman lelaki itu melebar, bikin separuh aku rasa mencair. Oh diri sendiri, jangan begini!

Ding! Dong! Bunyi loceng pintu membuatkan aku sedar ke realiti. Pantas aku tarik tangan yang dipegang oleh Juyeon. Kini aku dan dia saling bertatapan.

"Jap, aku pergi bukak pintu." aku senyum nipis seraya lompat turun dari kerusi. Langkah diatur menuju ke arah pintu. Tiba di depan kayu besar itu, aku tak sempat sentuh permukaan tombol lagi, ada tangan melingkar pada bahuku.

Aku pandang Juyeon.

"Kita bukak sama-sama." senyuman nakal yang menyinggung di bibirnya bikin jantungku berdegup luar dari kawalan.

Kepala hanya digelengkan sebelum kunci pintu dibuka. Tercengang aku lihat susuk yang tercegat di sebalik pintu.

"Eomma?"

•••

« lyaaa »

selamat hari raya beautiful <3

sorry lambat update even tengah cuti, kitonyo baru sihat sikit

Continue Reading

You'll Also Like

2.4K 398 10
" sebab chocolate kita jumpa ? " Start : 25 March 2021 End : 25 March 2021 [ short story ]
151K 4.2K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
94.6K 12.3K 12
Tiada jalan pulang jika sudah tergoda. Start : 24/01/2019 End. : 16/04/2019
3.5K 282 60
- Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang...