2 0

36 7 43
                                    

•••

« yura »

"Kalau aku dapat perlindungan dari kau, what will you get from me in return?"

"Aku tak expect lebih. Cukup kau jadi satu-satunya hak milik aku, Seo Yura. That's would be more than enough."

Usai berbisik begitu, barulah aku hulurkan tangan kanan. Bersama senyuman bahagia, lelaki itu menyambut jemari aku lalu sebentuk cincin emas putih yang awalnya untuk Yuna kini disarung pada jari manis. Gamat suasana wedding hall yang bersaksikan laut biru dengan tepukan, I guess mungkin tak berapa ikhlas sebab aku bride yang tak diundang.

Ah, macamlah aku nak sangat! Aku sebenarnya dah nekad nak lari, tapi kalau berada di tengah lautan nak lari ke mana? Sudahlah aku mabuk laut! Sekarang pun, mujurlah aku dah telan ubat dulu! Jikalau tidak terhuyung-hayang aku dibuatnya di atas pelamin awalnya hak Yuna.

Ahhh bencinya!

"My beautiful wife, menungkan apa tu?" panggilan lembut Juyeon berjaya mengalih pandangan daripada tingkap besar yang berpanorama air laut membiru.

Hah? Dia panggil apa? Kenapa aku rasa bulu roma aku berdiri tegak sekarang ni?

Jemarinya menjamah pinggangku lalu ditarik rapat sehingga aku lekapkan tapak tangan pada dadanya. Jangan salah faham, tapak tangan aku guna untuk tampan dadanya dari terus didorong. Tajam renunganku memanah sepasang mata Juyeon yang sepet dek dia sedang tersenyum sekarang. Berbezanya air muka kami sekarang, ibarat panasnya utarid dan sejuknya neptune!

"Kau nak buat apa ni?" bisikku, dalam nada kasar.

"What do you think?" dia turut berbisik dalam nada playful.

Pada saat itu gegendang telingaku diketuk dengan sorakkan tetamu yang hadir menyuruh kami comolot. Ahh, part begini bikin aku loya mengalahkan seasickness! Jeritan yang paling lantang pastilah Lee Hyunjae taguna tu! Bencinya!

Selari dengan fragrance coffee yang dipakai oleh lelaki itu berlumba untuk menerobos rongga pernafasan, wajahnya kian mendekat. Perasan akan aku sedang mengelak, kini jemarinya naik menyentuh rahang dan pipi supaya aku tidak bergerak. Aku mencerlung garang!

"Terkena, aku gigit kau Juyeon!" marahku, dalam nada bisik.

Dia senyum lebar, sungguh menggoda. Bersama rambut yang digayakan style Curtains Fringe dia tampak, extra segak! Hair theory sungguh tidak menipu! Selama ni aku tengok Juyeon selekeh, rambut asyik tutup mata. Dan atas kapal cruise yang sedang berlayar ini barulah aku kenal siapa sebenarnya Lee Juyeon selain daripada lelaki pervert.

Jauh kau berangan Seo Yura!

"A simple kiss wouldn't hurt beautiful. Please?" seperti biasa senyuman trademark menghiasi bibir, cukup membuatkan jantungku berkompang extra laju mengalahkan larian marathon.

Aku kemamkan bibir, tanda bantah!

Akhirnya ibu jarinya yang melekap pada ulas bibirku. Kemudian barulah ciumannya jatuh pada belakang ibu jari itu. Making kuat sorakkan dan tepukan yang aku dengar. Entah kenapa lututku terasa longgar saat ini. Rasa mahu mencair persis proses peleburan besi!

And then here we are. Her stepbrother officially became her husband.

Gara-gara kena scam dengan Hyunjae.

Eeee bila teringat aku rasa nak gigit Hyunjae! Mungkin malam ni jugak aku akan failkan penceraian.

Sabar Yura, tahan!

bad.Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora