1 2

34 9 20
                                    

•••

« changmin »

"Kau nak paper bag tak? Buat tekup kepala kau masa kerja. Mana tahu malu kau tak habis lagi." perliku setelah turun sahaja dari tangga rumah sewa Yura.

Rumah sewa Yura setelah dua minggu dia lari rumah, tapi aku bayarkan. Jadi rumah sewa akulah kan?

Lihat Yura yang sibuk bersarapan di dapur buatkan mood mahu menyakat naik ke paras kronik. Tergedik-gedik aku menghampiri. Sungguh aku tak boleh move on dari tea yang ditumpahkan oleh Chanhee semalam yang bertajuk kusangka customerku bengkok, ternyata otakku bengkok. Sakit perut aku gelakkan perempuan tu.

"Damn, shut up chucky appa!" pisau mentega dibalingnya ke arah aku. Mujurlah aku sempat melompat ke tepi sebelum bingit telinga mendengar dentingan logam tersebut di lantai.

"Heish, kau tengok! Kan dah kotor lantai yang aku baru mop minggu lepas! Kalau ye pun, balinglah pisau tajam sikit. Barulah exciting." bebelku sambil mengutip pisau mentega tersebut. Kesan jem blueberry pada lantai seramik turut aku sapu dengan jemari sebelum berlalu ke singki.

"Malaslah, kau underground nanti siapa nak bayar sewa rumahnya ni?" balasan Yura berjaya membuatkan aku menjeling tajam kepadanya.

Yura ketawa nakal. Seronok dapat kenakan aku pula. Kemudian dia hampiri aku lalu letakkan pinggan yang dia guna untuk bersarapan. Bibirnya mengoyak senyuman mengejek.

"Sekali eh, thank you."

Rengusan kasar terzahir. Mungkin kalau Yura bukan lelaki dah lama aku gigit perempuan ni! Span yang sudah dicelup ke dalam sabun pencuci aku tonyoh pada permukaan pinggan dengan cara ganas. Tanda protes!

"Kejap lagi kita ke florist dulu tau. Cari bunga yang client aku mintak custom." bebelnya di belakangku. Terdengar juga sesekali aku dengar permukaan bergesel sesama sendiri, mungkin Yura sedang sibuk mengemas sepahnya.

Siap membilas, aku letakkan pinggan di rak pengering. Tangan yang basah aku kesatkan pada pengelap tangan yang tergantung di hujung singki. Susuk Yura yang sibuk mengelap meja makan aku pandang.

"Okay princess, anyway kenapa kau ajak aku? Kenapa tak ajak Chanhee? Muka aku ni macam wallet kau ke apa?" perliku sambil menyandar pada kabinet.

"Oh my god! Sejak bila Ji Changmin jadi pandai ni!" seperti biasa ada saja yang keluar dari mulutnya menyakitkan hati. Aku buat gaya mahu pukul orang sebelum mengundang tawaan Yura. Suka dia dapat ketawakan aku.

Dan aku suka tengok Yura nampak bahagia begini. Aku rasa, lega.

"Kau ni dari tadi menung aku, tahulah aku ni cantik. Kejaplah, aku pergi ambik purse kat bilik pastu kita gerak. Kau pergilah panaskan enjin ke apa. Kita dah lewat ni. Kejap lagi Chanhee kau pulak bising macam esok kiamat." sambil membebel, dia berjalan merapati singki lalu menyidai kain buruk yang diguna untuk mengelap meja.

Sempat gadis itu side eyes aku atas bawah sebelum bergegas ke kamarnya. Aku curi senyum, comel.

Tidak menunggku lama, kunci kereta yang berada di atas meja sebelah rak kasut dicapai lalu pintu utama di buka. Baru setapak aku turun dari pintu, kaki terpijak sesuatu permukaan asing. Kepala ditunduk lalu satu sampul surat kecil berada di situ. Aku membongkok lalu mengaras sampul tersebut.

bad.Where stories live. Discover now