HER SAVIOR [Slow Update]

By DaisyIntrovert

129K 8.9K 1.3K

'No harm will ever come to you, for I am your protector' "Saya tak boleh nak halang kerana hati saya yang me... More

DISCLAIMER
CAST
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51

BAB 6

2.2K 173 38
By DaisyIntrovert

Zahra melihat sekeliling ketika kereta yang dinaiki berhenti di hadapan sebuah pasaraya.

"Awak nak turun sekali atau tunggu dalam kereta? Saya dengan papa nak pergi beli barang sekejap sebab kebetulan mama saya ada kirim barang." ujar Tengku Ahnaf sambil menoleh ke belakang memandang Zahra.

Zahra hanya menggelengkan kepalanya. Dia bimbang jika dia berada di luar kereta, akan ada yang saudara maranya yang mengenali dia.

"Okay. Awak tunggu sini. Kami pergi sekejap saja. Make sure pintu kunci. Jangan buka selagi kami tak sampai ya." pesan Tengku Ahnaf.

Tengku Ahnaf dan Tengku Arifin keluar dari kereta meninggalkan Zahra seorang diri.

"Aku harap aku buat keputusan yang betul untuk larikan diri dari rumah." gumamnya perlahan.

Zahra melihat persekitaran sekeliling yang ada di luar kereta. Bibirnya mengorak senyuman kecil. Selama ini dia hanya boleh keluar ke pantai saja. Itupun atas belas kasihan Teresa.

Kadang-kadang, sebelum masuk waktu tengah hari, dia curi-curi keluar dari rumah sebentar. Tapi hari ini, semua rancangannya terbantut gara-gara perangai durjana si Danny.

Tiba-tiba matanya ternampak anak kucing yang berada di tayar kereta sebelah.

"Ini kalau kena lenyek, tak pasal-pasal kucing ini gone."

Zahra membuka pintu kereta sekejap dan mengalihkan kucing tersebut dari tayar kereta. Dia kembali masuk ke dalam kereta.

Baru saja dia mahu terlentok, pintu kereta dibuka dari luar. Terdapat dua orang lelaki cuba menarik Zahra keluar dari kereta.

"Eh apa ni! Lepas lah!" ujar Zahra dengan nada cemas. Dia menampar kuat tangan lelaki yang memegang lengannya itu. Dia terlupa mahu mengunci kembali pintu kereta tersebut.

"Baik kau ikut kami kalau kau tak nak menyesal di kemudian hari. Ini atas arahan Puan Emelda."

Terhenti tamparan Zahra di tangan lelaki itu apabila terdengar nama Emelda meniti di bibir lelaki itu.

Bagaimana Emelda boleh tahu keberadaan dia?

Dengan langkah yang berat, Zahra terpaksa juga mengikut lelaki tersebut masuk ke dalam kereta Alphard berwarna hitam. Dia melihat salah seorang dari mereka meninggalkan sehelai kertas di tempat duduk belakang.

Matanya bergenang mengenangkan kebebasannya itu hanya bersifat sementara. Dia lupa kalau Emelda itu berkuasa untuk melakukan apa saja.

Setelah lima belas minit, Tengku Ahnaf dan Tengku Arifin kembali semula ke kereta.

Berkerut dahi Tengku Ahnaf ketika melihat tempat duduk di belakang kosong. Cepat-cepat dia membuka pintu kereta tersebut. Ada sehelai kertas dan kot hitamnya di atas kerusi tersebut.

Dia terus mengambil kertas yang ada di tempat duduk tersebut.

"Maafkan saya. Saya pergi dulu."

Tengku Arifin mengambil kertas di tangan Tengku Ahnaf lalu membaca setiap bait perkataan yang tertulis di atas kertas tersebut.

Tengku Arifin menyerahkan semula kertas tersebut kepada anaknya. Dia berjalan perlahan mendekati kereta yang diparking di belakang keretanya.

"Kita tunggu owner kereta belakang ni. Nanti papa request dashcam kereta dia." ujar Tengku Arifin dengan nada tegas.

Dia yakin kertas itu bukan ditulis oleh Zahra.



Buk!

Lelaki yang 'menculik' Zahra tadi menghempas kuat tubuh Zahra ke lantai.

"Hei! Siapa bagi keizinan kepada kau untuk buat anak saudara aku macam itu?" jerkah Teresa dengan nada kuat.

Matanya memandang dua lelaki upahan Emelda itu dengan api yang membara di dalam hatinya.

Dia berlari mendekati Zahra lalu memeluk erat tubuh anak saudaranya itu. Gugur jantungnya sewaktu berada di pejabat tadi ketika mendapat khabar kalau anak saudaranya itu melarikan diri.

"Itu yang sepatutnya dia terima sebab berani melarikan diri dari rumah." sampuk Danny yang berada di tangga itu.

"Berani kau larikan diri dari rumah ya Nancy? Siapa bagi kebenaran? Mulai hari ini, kau akan duduk di gudang bawah tanah selama seminggu. Biar kau tahu akibat daripada perbuatan kau sendiri." kata Emelda dengan nada dingin.

Zahra terus memandang Emelda yang sedang berpeluk tubuh itu. Tubuh Teresa ditolak sedikit lalu dia mengensot mendekati Emelda.

"Inek, please. Zahra janji Zahra takkan buat perangai lagi. Zahra tak nak duduk situ inek. Tolonglah." rayu Zahra dengan sepenuh hati. Kaki wanita tua itu dipeluk kuat.

Emelda menolak kuat tubuh Zahra dengan kaki sehingga cucunya itu terlentang ke belakang.

"Itu tempat kau. Selayaknya untuk kau. Pergi bawa dia ke gudang." arah Emelda kepada dua orang lelaki tersebut.

"Inek! Tolong! Tak nak! Inek!!" Zahra meronta kuat ketika tubuhnya diseret oleh dua orang lelaki tadi. Air matanya berjuraian ke pipi.

Sempat matanya melihat Danny yang menghantar senyuman sinis kepadanya. Dia yakin ini semua gara-gara Danny! Pasti sepupunya itu membuat cerita bukan-bukan sehingga dia diperlakukan sebegini.

"Mummy! Mummy tak boleh buat Zahra macam tu. Tak adil untuk dia!"

Teresa melenting kuat. Dia cuba untuk membantu Zahra tetapi dihalang oleh Emelda. Dia tahu walau macam mana sekalipun dia cuba membantu Zahra, Emelda tetap berkuasa di dalam rumah itu.

Jika A, maka A lah kata Emelda. Tiada siapa boleh melawan.

Teresa mengerling sekilas ke arah Danny yang masih tersenyum sinis di tangga itu kemudian naik ke atas.

Dia yakin ada sesuatu yang berlaku. Dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh anak saudaranya yang satu itu.

Mereka telah mendapat panggilan dari Danny yang berada di rumah kerana katanya tidak sihat. Danny menyampaikan khabar melalui panggilan telefon kalau Zahra cuba melarikan diri dan memukulnya dengan pasu bunga apabila Danny cuba menahan Zahra dari melarikan diri.

Dia tahu Zahra tidak akan bertindak seperti itu jika tiada yang mengugat wanita itu untuk berbuat sedemikian.

"Mummy, perlu ke mummy bertindak macam itu sekali? Dia manusia mummy. Dia bukan anak kucing. Zahra dah 29 tahun. Sampai bila dia nak hidup terkurung macam itu mummy?" luah Teresa dengan nada tidak puas hati.

Gara-gara tindakan Emelda yang terlalu kejam baginya kerana menyekat kebebasan Zahra, anak saudaranya itu telah ketinggalan banyak perkara berbanding wanita seusia anak saudaranya.

Disebabkan itu, dia selalu membelikan Zahra buku dari kecil supaya anak saudaranya itu pandai membaca dan dapat menuntut sedikit ilmu tentang kehidupan.

Emelda memberi tatapan tajam kepada Teresa yang mempersoalkan tindakannya itu.

"Jangan pertikaikan apa yang aku buat. Tempat dia selayaknya seperti di dalam penjara." balas Emelda tanpa perasaan.

Emelda terus pusing tubuh dan melangkah keluar dari rumah. Dia mahu ke pejabat semula. Mati seleranya untuk makan tengah hari gara-gara Zahra.

Teresa mengurut perlahan pelipisnya. Dia juga tidak tahu sampai bila dia akan ada di sini untuk melindungi anak saudaranya itu.

Pintu bilik gudang di bawah tanah rumah Emelda diketuk sekuat hati.

"Buka! Tolong buka!" Zahra menjerit kuat dengan harapan akan ada yang sudi membuka pintu untuknya.

Dia merengus kuat. Air mata dipipinya diseka kasar.

"Kau tunggu lah Danny. Kalau aku berjaya bebas dari penjara ciptaan inek ni, aku akan belajar cara untuk belasah orang. Lepas tu, aku akan cari kau sebab kau orang pertama yang aku akan belasah dengan sekuat hati. Argh!"

Zahra menggosok kuat rambut panjangnya itu sehingga kusut sedikit.

Dia melabuhkan duduk di lantai gudang yang kotor itu.

"Dahlah kurung dalam gudang. Cubalah kurung dalam bilik mandi ke, boleh juga aku mandi sejukkan hati yang tengah panas gara-gara perangai cucu kesayangan dia tu."

Sakit pula hatinya bila teringat wajah sinis Danny tadi.

Zahra mengibas wajahnya yang kepanasan sedikit dengan tangan.

"Agak-agak Ahnaf tu cari aku ke tak ya? Dahlah aku keluar macam tu saja. Tak ada cakap apa langsung dengan diaorang. Ini semua salah dua orang malaun tu." bebelnya sendiri.

Dia rasa serba salah kerana pergi begitu saja tanpa berpamit.

Zahra menyandarkan tubuhnya pada pintu. Keluhan kecil keluar dari bibir nipisnya.

"Agak-agak kalau mak ayah aku hidup lagi, inek akan layan aku macam ini tak ya?"

Zahra tertanya sendiri. Selama dua puluh sembilan tahun dia hidup dalam teka teki. Kenapa Emelda menyekat dia dari dunia luar? Bahkan nenek dia sempat merahsiakan agama dia yang sebenar.

Mahu saja dia tanya kepada Emelda tetapi bimbang pipinya pula menjadi mangsa tamparan nanti kerana bertanyakan hal begitu kepada Emelda.

"Habis tu, aku kena reda saja ke duduk dekat sini? Huaaaaaa lapar! Panas! Semua ada. Sampai hati betul inek ni. Umur dah lanjut pun masih ada tenaga nak buat macam ini dekat aku. Sabar lah Zahra. Ingat ayat yang kau baca dalam buku tu. Orang yang sabar ni takkan rugi."

Zahra mengusap perlahan dadanya, cuba menenangkan diri sendiri walhal dalam hati hanya tuhan saja yang tahu. Bagai nak pecah menahan marah kerana dikurung di dalam gudang yang panas itu walaupun sudah ada kipas tetapi tidak mampu sejukkan hati yang panas membara.


"Papa dah agak dah."

Tengku Ahnaf menoleh ke sisi memandang Tengku Arifin yang duduk di sebelahnya sambil berpeluk tubuh.

Mereka berdua baru saja selesai melihat hasil rakaman dashcam milik kereta di belakang kereta Tengku Arifin tadi.

Kertas yang ada diatas meja kerja itu dipandang lama. Tengku Arifin sudah agak kertas itu bukan ditulis oleh Zahra.

Dalam video tersebut, begitu jelas Zahra diseret keluar oleh dua orang lelaki asing. 

Tengku Arifin menyandarkan tubuh pada kerusi pejabat.

"Siapa Zahra? Mana abang kenal dia?" tanya Tengku Arifin dengan nada tegas. Tiba-tiba dia rasa terpanggil untuk mengambil tahu soal wanita itu.

"Dia merupakan salah seorang anak saudara kepada Teresa which is merupakan cucu kepada pemilik Dynamic Sdn Bhd, Puan Emelda. Abang kenal dia pun sebab abang pernah tolong dia tiga tahun lepas. She almost suicide pa."

Tengku Arifin mengangguk perlahan.

"Muka melayu tapi.."

"Abang tahu apa yang papa fikirkan tapi yang tu abang sendiri tak pasti sebab Teresa tak cerita detail masa first meeting dekat resort. Lagipun itu hal peribadi mereka kan. Tak ada kaitan dengan kerja. Abang ada suruh Eariq cari maklumat pasal Zahra. Nothing. Nama dia langsung tak ada dalam syarikat. Itu bermakna Zahra tak bekerja dekat situ." jelas Tengku Ahnaf sambil mengetuk meja.

Tengku Arifin membuang pandang ke luar tingkap ketika mendengar penjelasan Tengku Ahnaf.

Dia baru teringat kalau dia pernah mendengar gosip berkenaan dengan cucu yang disembunyikan. Adakah Zahra orangnya? Adakah Zahra orang yang sama dia cari selama ini atas amanat seseorang?

Kalau betul Zahra orang yang dia cari selama ini, bererti berita kematian Zahra suatu ketika dulu itu palsu kah?

Tengku Ahnaf menyengetkan sedikit kepalanya memandang Tengku Arifin yang seperti termenung jauh itu.

"Papa." tegur Tengku Ahnaf seraya menyentuh sedikit lengan Tengku Arifin.

Tengku Arifin tersentak. Wajahnya diraup kasar. Tidak sedar dia sudah terlalu jauh termenung.

"Papa fikir apa? Nampak macam dalam sangat tu berfikir." Tengku Ahnaf cuba menyelam apa yang ada di fikiran Tengku Arifin.

"Tak ada. Tiba-tiba papa baru teringat mesin dekat production tu nak kena cek lagi. Rasanya kena tambah lagi satu untuk mempercepatkan proses. Nanti abang pergi tengok bahagian production ya." pesan Tengku Arifin kepada anaknya.

Dia tidak mahu anaknya itu tahu apa yang
ada dalam fikirannya saat ini. Biarlah hanya dia seorang saja yang tahu setakat ini.

Tengku Ahnaf menatap lama wajah Tengku Arifin yang sibuk membelek dokumen di atas meja itu.

Dia tahu papanya itu ada sembunyikan sesuatu cuma dia tidak tahu perkara apa yang disembunyikan darinya.

"Abang pergi bawah dulu. Nanti kalau ada apa-apa, abang bagitahu papa."

Tengku Ahnaf tolak kerusi ke belakang dan melangkah ke pintu untuk keluar meninggalkan Tengku Arifin yang masih memikirkan tentang Zahra dalam diam.

Tengku Arifin melepaskan keluhan kecil. Dia bangun dari kerusi dan menapak ke tingkap yang membolehkan dia melihat pemandangan luar.

"Bro, aku rasa aku dah jumpa anak kau. Aku yakin dia anak kau." tuturnya perlahan. Matanya dipejam rapat cuba mengingat kembali wajah Zahra yang dia temui tadi.

Patutlah dia teringat seseorang ketika melihat mata milik Zahra yang bundar itu. Mereka berdua memiliki mata yang sama.

Balqis menoleh ke belakang apabila terdengar pintu utama dibuka.

"Eh, kata ada bawa kawan abang tadi. Mana dia? Ni hubby dengan abang balik berdua saja."

Wajah Balqis tampak kehairanan melihat hanya dua orang saja yang timbul di depan matanya.

"Panjang ceritanya mama." ujar Tengku Ahnaf ringkas. Dia melabuhkan duduk di sofa setelah menyalami Balqis.

"Pendekkan." balas Balqis senada.

Tengku Arifin menggeleng perlahan. Dah tua-tua pun perangai loyar buruk isterinya itu masih tidak hilang.

"Sayang, jom ikut hubby naik atas sekejap." ajak Tengku Arifin seraya menarik tangan Balqis mendekatinya.

"Eh? Nak buat apa hubby? Jangan macam-macam." balas Balqis sambil menepuk manja baju suaminya.

Tengku Arifin menggulingkan matanya ke atas ketika melihat aksi gedik si isteri.

"Fikir apa? Hubby ada benda nak bincang lah. Sucikan sikit otak tu." tempelak Tengku Arifin seraya memicit lembut dagu si isteri.

Mulut Balqis membulat bentuk O ketika mendengar kata-kata Tengku Arifin. Bibirnya mengherot ke tepi ketika melihat Tengku Ahnaf sudah tergelak kecil melihat telatah mamanya.

"Jangan nak gelak sangat. Baik kahwin cepat bagi mama cucu sebelum mama bagi adik. Eh? Bukan bukan bukan." cepat-cepat Balqis menidakkan kata-katanya ketika melihat Tengku Arifin menjungkitkan keningnya ke atas.

"Gurau hubby. Jom naik."

Balqis terus menarik tangan Tengku Arifin menuju ke tangga sebelum dia menjadi mangsa leteran encik suami.

Setibanya di bilik mereka berdua, Balqis terus melepaskan tangan Tengku Arifin.

"Hubby nak cakap apa?" tanya Balqis sambil membuka tali leher Tengku Arifin yang santai bertenggek di meja soleknya itu.

"Ingat lagi tak hubby pernah cerita pasal kawan bisnes hubby yang dah meninggal dulu sebelum kahwin dengan sayang?"

Balqis menjungkitkan kening ke atas apabila mendengar pertanyaan Tengku Arifin. Keningnya berkerut cuba mengingatkan siapa yang disebut oleh Tengku Arifin.

"Siapa? Edward ke?" tanya Balqis kembali bersama wajahnya penuh tanda tanya.

Tengku Arifin mengangguk kecil.

"Edward atau nama Islam dia Iskandar." jawab Tengku Arifin tenang.

Balqis menatap wajah Tengku Arifin dengan penuh tanda tanya. Ada apa suaminya itu tiba-tiba membangkitkan tentang lelaki itu?

"Kenapa hubby? Tiba-tiba saja bangkitkan pasal arwah."

Tengku Arifin melepaskan keluhan kecil.

"Hubby tak rasa anak arwah meninggal. Hubby rasa anak dia masih hidup lagi." beritahu Tengku Arifin sambil mengurut lembut pelipis dahinya.

"Macam mana hubby tahu? Sedangkan dulu hubby berusaha cari anak dia pun tak jumpa-jumpa. Kenapa tiba-tiba sekarang hubby rasa anak dia masih hidup?" soal Balqis.

"Zahra, kawan abang yang hubby nak bawa balik tadi tapi tak jadi. Hubby rasa dia anak arwah sebab abang ada beritahu hubby kalau dia ada kaitan dengan Dynamic Sdn Bhd. Dynamic Sdn bhd itu syarikat keluarga arwah." jelas Tengku Arifin seraya mengucup dahi Balqis sebagai tanda terima kasih kerana membantunya membuka tali leher.

"Macam mana pula abang boleh kenal dengan si Zahra tu? Eh peninglah lah saya hubby. Ada misteri yang tak terungkap ke?" tanya Balqis lagi.

Tengku Arifin memandang lama wajah Balqis sebelum kepalanya mengangguk perlahan.

"Hubby rasa ada. Mesti ada sebab kenapa kehadiran Zahra itu disembunyikan dari umum."

Tanpa mereka berdua sedari, ada Tengku Ahnaf yang sedang mencuri dengar perbualan papa dan mamanya di luar bilik. Dia sudah agak papanya itu pasti ada sembunyikan sesuatu darinya.

Tengku Ahnaf mengorak langkah menuju ke biliknya. Kot hitam yang dipakai Zahra tadi diletakkan ke dalam bakul. Laci mejanya dibuka lalu mengambil 'hadiah' yang diberi Zahra tiga tahun lepas.

"Siapa awak sebenarnya?" Tengku Ahnaf mengumam perlahan. Buah rantai huruf Z.D dielus lembut.

Dia yakin pertemuan kembali antara dia dengan Zahra itu pasti bersebab. Dia bingkas bangun mahu membersihkan diri. Malam ini, dia akan bertanyakan soal Zahra kepada Tengku Arifin. Dia tidak suka tidur dalam keadaan teka teki.

Siang berlabuh digantikan dengan malam. Tengku Ahnaf mengorak langkah mendekati Tengku Arifin lalu melabuhkan duduk di sisi papanya yang sedang duduk di luar halaman rumah mereka.

Tengku Arifin menoleh ketika merasakan ada seseorang duduk di sisinya. Bibirnya menguntum senyum buat Tengku Ahnaf.

"Buat apa dekat sini?" tanya Tengku Ahnaf sekadar berbasa-basi.

Tengku Arifin tidak terus menjawab  pertanyaan anak lelakinya itu malah dia kembali mendongak memandang langit bersama senyuman tawar yang terukir di bibir.

"Cantikkan bintang malam ini? Kalau adik ada, mesti dia orang pertama yang akan duduk di sini atau pun di balkoni bilik tengok bintang." tutur Tengku Arifin dengan nada tenang.

Tengku Ahnaf mengangguk perlahan seraya mengukir senyuman tawar usai mendengar kata-kata Tengku Arifin.

Pasti papanya itu merindui arwah adiknya, Tengku Adelia.

"She will always be here, in our heart papa." tutur Tengku Ahnaf perlahan. Matanya terkebil-kebil cuba menahan air mata yang mula bertakung di tubir mata dari mengalir ke pipi.

Seberat-berat rasa rindunya terhadap Tengku Adelia, pasti berat lagi rasa rindu Tengku Arifin terhadap arwah adik kembarnya itu.

"Kenapa abang duduk dekat sini? Biasa waktu-waktu macam ini, abang dah duduk santai dekat bilik." ujar Tengku Arifin, cuba menukar topik.

Tengku Ahnaf menoleh memandang sisi wajah Tengku Arifin. Benar apa yang dikatakan oleh papanya itu. Cuma malam ini, ada sesuatu yang menganggu pemikirannya sehingga menyebabkan dia berada disini disisi Tengku Arifin.

"Papa, kalau abang nak tanya sesuatu boleh tak?" Tengku Ahnaf mula membuka langkah.

"Sure. Apa dia tu?" balas Tengku Arifin seraya menyilangkan tangan pada dada.

"Papa kenal ke Zahra?" soal Tengku Ahnaf dengan berhati-hati.

Tengku Arifin memandang sekilas anak lelakinya sebelum kembali memandang ke hadapan.

"Kenapa abang tanya?" soalan berbalas soalan. Tiada niat mahu menjawab soalan Tengku Ahnaf terlebih dahulu.

"Sebelum itu, abang minta maaf sebab curi-curi dengar perbualan papa dengan mama. Abang tahu perbuatan itu salah tetapi abang curious sangat. Abang rasa papa macam ada sembunyikan sesuatu and yes papa memang ada sembunyikan sesuatu."

Tengku Arifin menghela nafas kecil. Dia sudah agak. Anak lelakinya yang satu ini agak sukar untuk dikaburi atau dimanipulasi. Kalau dia menipu sekalipun, anak lelakinya itu tidak akan percaya.

"Nak tahu sesuatu? Papa bersetuju untuk bekerjasama dengan Dynamic Sdn Bhd bersebab. Bukan sekadar suka-suka. Everyone in this industry know me so well. Papa takkan semudah itu mahu bekerjasama dengan syarikat lain tambah-tambah pula hendak mengeluarkan produk baru jika tiada niat lain." Tengku Arifin mula membuka pekung di dada secara perlahan-lahan kepada Tengku Ahnaf.

Tengku Ahnaf tersenyum sungging. Dia sudah agak. Papanya pasti ada agenda tersendiri apabila lelaki itu tiba-tiba bersetuju untuk berkolaborasi dengan syarikat lain sedangkan mereka boleh saja berdiri di kaki sendiri.

"Niat papa hanya untuk cari tahu apa yang terjadi tentang arwah kawan papa. Papa tak sangka mereka sendiri yang datang untuk menawarkan diri kepada syarikat kita untuk berkerjasama. So, i take this as advantage untuk papa sampailah tengah hari tadi, kita terserempak dengan kenalan abang, Zahra. Mata dia mirip macam arwah kawan papa. Papa rasa dia anak kepada arwah kawan papa." ujar Tengku Arifin sekaligus menceritakan hal sebenar kepada Tengku Ahnaf.

Tengku Ahnaf menyandarkan tubuh pada kerusi. Lidahnya ditolak ke dalam pipi.

"Tapi sampai sekarang papa tak faham kalau betul Zahra itu anak kepada arwah kawan papa, kenapa mereka sembunyikan status Zahra? Papa bingung" ujar Tengku Arifin seraya mengurut perlahan pelipisnya.

"There must be something wrong with this family sampai sanggup sembunyikan Zahra dari dunia luar. Identiti dia pun tiada siapa yang tahu." balas Tengku Ahnaf.

"Kalau identiti dia tiada siapa yang tahu, macam mana abang boleh tahu dia?" Tengku Arifin mula menyiasat anaknya itu dengan melemparkan soalan begitu kepada Tengku Ahnaf.

"Macam yang abang cakap siang tadi. Dia pernah cuba nak bunuh diri. Abang hanya selamatkan dia saja. Tapi itu dulu. Tiga tahun yang lepas. Abang jumpa dia balik masa abang jumpa mak cik dia, Teresa dekat resort. Abang tahu pasal dia sebab abang pernah ternampak gambar dia dekat skrin telefon Teresa. Sedikit sebanyak abang cuba korek sikit masa tu." beritahu Tengku Ahnaf dengan santai sambil menatap langit malam.

Tengku Arifin memandang sisi wajah anak lelakinya itu. Wajah itu ditenung lama sehingga Tengku Ahnaf menoleh memandang papanya yang sedang memberi dia pandangan misteri.

"Kenapa?" tanya Tengku Ahnaf bersama jungkitan di kening.

"Abang suka dia?" Tengku Arifin cuba menyerkap jarang anak lelakinya itu dengan melontar soalan maut seperti itu.

Tengku Ahnaf tersentak mendengar soalan Tengku Arifin. Kenapa papa dia boleh berfikir sejauh itu?

"Kenapa papa tanya macam itu?" soal Tengku Ahnaf kembali bersama tawa kecil. Sekadar menutup rasa hati yang mula rasa resah kerana disoal begitu.

Tengku Arifin tersenyum senget apabila anak lelakinya itu bertindak menyoal dia kembali.

"Kalau tak suka, abang takkan ingat langsung pasal dia wakau bertahun lama sekalipun. Tiga tahun, bukan masa yang singkat tapi ingatan abang tajam ya untuk mengingat wajah seorang wanita yang asing dalam hidup abang." tembak Tengku Arifin bersama senyuman sinis.

"Salah ke kalau abang suka pada wanita asing yang abang sendiri tak tahu dia macam mana?"

"Tak salah kalau wanita itu Zahra. Papa akan restu kalau wanita itu Zahra. Kalau betul Zahra anak kepada arwah kawan papa, papa akan rasa lega kalau Zahra berada di bawah jagaan abang sebab papa kenal anak papa ini macam mana."

Mereka berdua berbalas pandangan. Tengku Ahnaf cuba menghadam kata-kata Tengku Arifin.

"Papa rasa abang dah cukup besar untuk faham apa yang papa cuba sampaikan. Kita cari cara macam mana nak korek dan cari tahu tentang Zahra. Selebihnya, abang sendiri uruskan untuk dapatkan Zahra. Protect her sebab papa dapat rasakan tindakan keluarga pemilik Dynamic Sdn Bhd menyembunyikan Zahra itu pasti bersebab." ujar Tengku Arifin lalu menepuk perlahan bahu anak lelakinya.

"In sha Allah, kalau papa dah beri restu, abang akan usahakan sebaik mungkin untuk ambil Zahra sebagai tanggungjawab abang walau apa pun yang terjadi." balas Tengku Ahnaf dengan tenang.

Dia tidak kenal Zahra secara dalam tetapi ada sesuatu dari wanita itu yang membuatkan dia mahu menjaga Zahra.

Happy Reading 🤍

Continue Reading

You'll Also Like

149K 4.7K 58
Iman Natasya gadis yang ceria dan sangat di senangi orang sekelilingnya, apalagi Iman Natasya memiliki rupa paras yang cantik dan berbudi bahasa. Di...
134K 3.6K 41
Be mine flower... ~Afeeq Izyad~ AFEEQ IZYAD: Dia jejaka yang berkacukan Italy dan CEO kpda IZ's holding.seorg yg dingin,beku,dan tegas.Wala...
52.3K 1.3K 45
[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani meneg...
219K 8.4K 62
[IN EDITING] (Cerita ni banyak sangat typo. Kalau nak baca tu mohon pertimbangkan dulu. Takut menyesal nanti) HANAN AULIYA seorang gadis yang suka b...