C | PINJAMAN

By dooniaaas_

9.4K 454 8

[Third book] "Kau adalah Pinjaman yang terindah," - Mampukah seorang penoreh getah memikat hati Uyaina Nasuha... More

PROLOG
Surat 'PINJAMAN'
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
SPECIAL CHAPTER
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 31 [END]
EPILOG

BAB 30

246 9 0
By dooniaaas_

Sepanjang Uyaina sedar, Ikhwanul menepati janjinya untuk menunaikan setiap permintaan yang dipinta. Melihat Uyaina tersenyum adalah kebahagiaan dirinya sendiri.

"Cinta... boleh tak saya nak dengar cinta cerita? Perhaps about something you wrote? Nak tengok improvement hehehe,"

"Boleh sayang... nanti saya bawa laptop esok. Sekarang ni saya nak tengok awak makan dulu."

Uyaina mengangguk menayangkan lesung pipit. Ikhwanul mengoyak senyum. Bubur yang disediakan hospital kemudian disuap ke dalam mulut Uyaina. Kadang-kala suapan tersebut menyebabkan comot di bibir.

"Eishh tengok ni? Comot lagi~" ujar Uyaina gurau

"Hihihi. Alaaa tak apa lah, awak comot pun tetap comel." balas Ikhwanul lembut

Uyaina tergelak. Pipi Ikhwanul dicubit lembut. Ikhwanul memuncung bibir dengan manja. Dia kemudian menggeletek Uyaina perlahan. Ruang kecil bilik hospital tersebut hanya bergema suara gembira.

"Cinta... boleh tak saya nak main board game yang kita tak sempat main tu?"

"Boleh, sayang... sekejap ya? Saya ambil dalam beg."

Ikhwanul mengeluarkan permainan dam ular daripada beg silangnya. Dia berjalan menghampiri Uyaina semula. Permainan dam ular tersebut diletakkan di atas meja makan pesakit. Uyaina membuka plastik dam ular tersebut dengan teruja.

"Alaaa! saya kena makan dengan ular," ngomel Uyaina

"Hahahaha werkk werkk saya maju ke hadapan dulu~" usik Ikhwanul

Uyaina mencekak pinggang sambil memuncung comel. Beberapa minit kemudian, Uyaina terhambur ketawa. Ikhwanul yang sentiasa berada di sisi hanya tersenyum suam.

"Cinta... saya rasa nak keluar. Bosan la duduk terperap dalam bilik ni. Dah seminggu saya sedar takkan tak boleh nak bergerak langsung?"

Ikhwanul hanya mendiamkan diri. Dia memandang ke arah pintu. Dia kemudian menatap Uyaina semula. Ikhwanul mengoyak senyum sambil mengelus tangan lembut Uyaina.

"Sayang tunggu sini sekejap boleh? Saya keluar pergi minta izin hospital."

Mata Uyaina bersinar memberi harapan. Kepalanya diangguk pantas. Ikhwanul tersenyum lalu membelai kepala Uyaina lembut. Ikhwanul akhirnya keluar untuk mencari pihak berkaitan.

Setelah satu jam, akhirnya pihak hospital membenarkan Uyaina untuk keluar menikmati pemandangan. Uyaina perlu kembali ke hospital sebelum pukul 12 malam. Ikhwanul turut membawa kerusi roda demi memudahkan Uyaina.

"Jadi, kita nak pergi mana?" soal Ikhwanul sebaik sahaja dia memakai tali pinggang

"Hihihi nak pergi cafe! Cafe kita dah mula operasi kan? Sebagai bos apa kata kita melawat!"

Ikhwanul mengangguk setuju. Kereta mereka kemudian beredar meninggalkan hospital. Usai beberapa minit, mereka telah tiba di hadapan cafe yang bernama NUNI cafe.

"comel je bila teringat kenapa kita pilih nama cafe ni NUNI hihihi,"

"Awak kan suka gabung-gabungkan nama kita hahahaha," sambung Ikhwanul

Uyaina terkekeh kecil. Kerusi rodanya kemudian ditolak Ikhwanul untuk masuk. Mereka disambut oleh semua pekerja dan pelanggan yang cukup mesra. Rasa sebak Uyaina mula menimbul.

"Awak nak makan apa sayang? Kita ada bermacam-macam menu,"

Uyaina mendongak ke atas. Dia kemudian tersenyum sambil menggelengkan kepala. Dia hanya mahu melihat keadaan cafe. Dia hanya melihat semula kejayaan yang telah dia capai.

Setengah jam kemudian, Ikhwanul membawa Uyaina keluar untuk menuju ke taman reakreasi berdekatan. Ikhwanul sempat menyinggah untuk membeli ais krim vanilla.

"Sekali sekala, kita cheat." ujar Ikhwanul sambil mengenyit mata

Uyaina ketawa. Mereka makan ais krim bersama di satu bangku. Sedang elok menikmati pemandangan tasik, tiba-tiba mereka terganggu dengan satu situasi.

"Cepat lah!! Kejar aku heheheh," ujar seorang budak lelaki kepada rakannya.

"Ohhh main kasar~ Sini kauu," balas rakan budak lelaki tersebut.

Uyaina dan Ikhwanul memandang satu sama lain. Mereka ketawa gembira melihat kecomelan budak-budak zaman sekarang. Tiba-tiba Uyaina terdiam, mengingati kenangan lama.

"Rindu dengan ladang getah... Ingat tak kita main kejar-kejar kat sana?"

"Erm, kenangan yang tidak akan saya lupakan sayang. Kenangan itu yang paling manis dalam hidup saya."

Mestilah manis, itulah kali pertama si Ikhwanul 'menjamah' bibir munggil Uyaina hahaha. Selain daripada itu, di situ juga mereka menyelesaikan segala masalah. Mereka meluah segala yang tersimpan. Mereka memahami antara satu sama lain.

"Jom... kita pergi ladang getah nak?"

Pintaan daripada Uyaina kali ini membuatkan Ikhwanul menoleh terkejut. Uyaina yang menghela nafas, menoleh pada Ikhwanul membawa senyuman lembut.

"Tak perlu pergi yang kampung punya, kita pergi yang mana dekat je. Saya rindu la nak nikmati pokok-pokok kat sana."

Lama Ikhwanul berfikir namun disebabkan Uyaina, dia bersetuju. Ikhwanul mengangguk faham. Mereka kemudian berangkat menuju ke ladang getah berhampiran. Agak jauh dengan kawasan rumah dan hospital, kemungkinan mereka akan pulang lambat.

Tetapi disebabkan ini permintaan Uyaina, Ikhwanul sanggup melakukan apa sahaja. Dia tidak kisah jikalau nanti, dia akan dimarahi. Tiba sahaja di ladang getah, Ikhwanul mulai memperlahankan had laju. Mereka menikmati pemandangan pokok-pokok getah daripada dalam kereta.

"Cinta, diorang ni macam tak habis kerja lagi je. Bukan sekarang dah pukul 6:30? diorang tak nak balik?"

"Selagi getah tak habis ditoreh, selagi tu tak boleh balik. Lebih baik kalau satu bahagian tu, kasi siap terus. Tak adalah penat esok hari."

Uyaina mengangguk faham. Dia kembali menyaksikan pekerja-pekerja yang rajin tersebut. Uyaina turut sedar akan satu pokok berhampiran kereta mereka yang masih tidak ditoreh. Uyaina mendapat satu idea, dia terus memandang ke arah Ikhwanul. Ikhwanul mengangkat sebelah kening bingung.

"Cinta pernah menoreh getah kan?"

"Mestilah pernah~ itu kan kerja saya dulu."

Uyaina mengangguk lalu bertaut kan tangannya pada lengan Ikhwanul. Kepalanya direhatkan di sisi biceps sasa Ikhwanul. Ikhwanul masih keliru. Dia hanya menanti apa yang mahu disampaikan.

"Disebabkan awak pernah... saya nampak ada satu pokok depan kereta kita yang tak ditoreh lagi. Hmmm boleh awak torehkan? Tunjuk dekat saya cara awak menoreh? Alaaa boleh laaa saya dah lama nak tahu!"

Ikhwanul menghamburkan ketawa yang hambar. Dia mengangguk perlahan-lahan. Ikhwanul keluar daripada perut kereta kemudian menghampiri pakcik-pakcik berdekatan. Ikhwanul menjelaskan semuanya pada pakcik-pakcik tersebut.

Setelah selesai membodek, Ikhwanul dapat peralatan-peralatan untuk menoreh. Ikhwanul kemudian bergerak menghampiri pokok yang dinyatakan. Uyaina membuka tingkap lalu menyaksikan Ikhwanul dengan teruja.

"Wahhh hebatnya awak, cintaaa~ kenapa nampak hot sangat ni!!"

"Hahahaha apaa laa~ dah dah jom ambik gambar? Kita selfie."

Uyaina mengangguk setuju. Gadis itu mengeluarkan telefon pintar yang berada pada beg silang Ikhwanul. Mereka ber'selfie' dengan sangat gembira. Kedua-dua menayangkan lesung pipit yang sangat comel.

"Dan Airil dan Qhalisha pun hidup bahagia... Tamat~"

Ikhwanul menutup laptop yang menyimpan manuskrip miliknya. Ikhwanul memandang Uyaina yang sudah tersenyum manis.

"Wahhh comelnya~ bagus la cerita Cinta ni! Ada la sikit improvement hahahaha good!"

Ikhwanul tersenyum malu. Mengurut tengkuk dengan segan. Uyaina mengalihkan pandangan, menghela nafas yang berat. Uyaina merenung penuh keredhaan ke bawah lantai.

"Nas harap, kita pun dapat hidup bahagia sama macam Airil dan Qhalisha. Nas harap, Nas sempat bagi cahaya mata macam Qhalisha,"

Uyaina tiba-tiba merembeskan air mata ke pipi. Ikhwanul bangun lalu bergegas memeluk Uyaina. Badan Uyaina diusap lembut. Ikhwanul memujuk Uyaina dengan tenang.

"Sayang... kenapa cakap macam tu? Dengan izin Allah, kita pasti hidup bahagia. Kita boleh hidup bahagia. Ada atau tidak cahaya mata, itu takkan mengubah perasaan Ikhwanul. Ikhwanul akan tetap menyayangi Uyaina sehingga maut menjemput kita. Jadi awak tak perlu risau, dan tak payah fikir benda yang bukan-bukan hrm? Saya ada ni... di sisi awak."

Uyaina mengangguk. Mereka mengeratkan pelukan tanpa sebatang kata. Bilik hospital tersebut hanya senyap sepi. Lama meratapi kesedihan yang menikam hati. Kedua-dua daripada mereka hanya mampu berserah. Hanya Allah yang akan membantu.

"Ikhwan... saya nak minta satu lagi permintaan boleh? Mungkin ini ialah permintaan terakhir saya,"

Terpaksa juga Ikhwanul menelan kenyataan yang perit. Hatinya agak tersentak apabila Uyaina berkata sedemikian. Namun, demi Uyaina dia harus kuat. Dia cuba menahan segala kesedihan. Dia menayangkan senyuman.

"Apa tu sayang?" bergetar suaranya

Uyaina tersenyum. Uyaina memegang pipi Ikhwanul lalu mengelus lembut. Mereka menatap iris yang bersinar serta cantik masing-masing. Beberapa minit kemudian, Uyaina menghela nafas.

"Saya nak bihun goreng, makanan pertama selepas kita sah berkahwin. Saya nak awak tolong masakkan untuk saya, boleh?"

BERSAMBUNG

Continue Reading

You'll Also Like

78.1K 4.2K 56
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...
21.4K 1.2K 36
SYED AARIZ AL-FARRAS Bagi seorang Syed Aariz Al-Farras, tiada yang lebih menarik selain bermain dengan nyawa sama ada di atas darat atau udara. Kela...
3.3K 143 10
[New version of Dr. Hayqal Ridzwan] Cinta itu ialah suatu perkara yang indah bagi sesetengah orang, tetapi cinta tidak boleh dipaksa. Dr. Hayqal Rid...
Destiny's will By wana

Science Fiction

1.3K 133 19
Seperti anjing dan kucing bila bertemu tetapi bila salah seorang tiada hati pasti merindu . Sudah bersama selama 17 tahun , apa nasib Nawal Jelita...