HER SAVIOR [Slow Update]

By DaisyIntrovert

129K 9K 1.3K

'No harm will ever come to you, for I am your protector' "Saya tak boleh nak halang kerana hati saya yang me... More

DISCLAIMER
CAST
BAB 1
BAB 2
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51

BAB 3

2.7K 186 12
By DaisyIntrovert

"Ahnaf!"

Tengku Ahnaf terus mengalihkan pandangannya dari botol yang dipegang apabila terdengar namanya dilaung seseorang.

"Sorrylah lambat. Aku sendiri lupa letak buku ini dekat mana. Tu yang lama sikit tu," ujar Eariq, kawan baik Tengku Ahnaf sambil menyerahkan sebuah buku nota kecil kepada lelaki yang masih memakai helmet itu.

Helmet yang setia tersarung pada kepala Tengku Ahnaf dibuka. Terpampang wajah Tengku Ahnaf yang berkerut menahan kepanasan kerana berdiri di tepi jalan ini.

Setelah habis menjawab peperiksaan tadi, dia terus bergegas ke rumah Eariq untuk meminjam buku perniagaan kerana buku perniagaannya entah hilang ke mana.

"Tak apa. Tak ada lah lama mana. Aku pinjam dulu ya buku ini untuk next paper."

Tengku Ahnaf memasukkan buku yang dipinjam ke dalam beg.

Eariq perhatikan saja Tengku Ahnaf itu.

"Rajin kau eh nak sambung belajar balik? Kalau aku, dah tepu otak nak menghadam balik. Cukuplah degree dulu," ulas Eariq sambil bersandar pada motor Tengku Ahnaf.

Bukan dia tidak mengajak Tengku Ahnaf masuk ke dalam rumah tetapi lelaki itu yang menolak untk masuk sebentar.

"Ilmu ini, selagi Allah masih beri peluang kepada kita untuk bernafas, galilah sebanyak mana yang kita boleh. Semakin banyak ilmu di dada, semakin lapang hidup kita," ujar Tengku Ahnaf dengan tenang.

Bagi Tengku Ahnaf, tidak memberi kerugian kepada dirinya jika dia menambah ilmu dengan menyambung belajar.

"Lagipun kau tahu kan aku tengah tolong papa aku terajui syarikat keluarga aku yang lagi satu tu. Aku tak rasa apa yang aku belajar masa degree dulu cukup untuk tampung diri aku menguruskan syarikat tu. Dalam dunia perniagaan ini, macam-macam situasi yang unexpected boleh timbul. Sekurang-kurangnya dengan ilmu yang aku dapat ini, hopefully dapat kukuhkan lagi cara aku untuk menguruskan syarikat itu nanti," jelas Tengku Ahnaf panjang lebar.

Sepanjang dia menguruskan syarikat TA Corporation, dia merasakan banyak perkara yang masih belum dia tahu. Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk sambung belajar sambil bekerja.

Eariq mengangguk setuju dengan kata-kata Tengku Ahnaf. Memang dari dulu, setiap apa yang dilakukan lelaki itu pasti ada alasannya tersendiri.

Tengku Ahnaf memandang sekeliling sebelum dia memakukan pandangan kepada Eariq.

"Aku nak tanya sikit boleh?"

Eariq mengangkat kening kepada Tengku Ahnaf.

"Kau nak tanya apa?" soal Eariq kembali.

Tengku Ahnaf membetulkan sedikit rambutnya seraya menoleh ke arah taman.

"Taman area rumah kau ini, memang selalu ada orang main ke tengah hari buta macam ini?" tanya Tengku Ahnaf bersahaja.

Eariq mengerutkan keningnya. Taman? Tengah hari buta? Dia mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Tak tahu lah pula. Disebabkan aku jarang ada dekat rumah waktu tengah hari kecuali hari cuti macam ini, so aku tak pasti ada ke tak orang main dekat taman tu. Kenapa?" tanya Eariq.

Jarang-jarang lelaki itu mahu bertanyakan soalan begitu. Lelaki itu susah untuk mengambil tahu hal orang lain. Bagi lelaki itu, banyak lagi benda berfaedah yang boleh dilakukan selain mengambil tahu hal orang.

"Tak ada. Saja bertanya. Okay lah kalau macam tu, aku balik dulu. Nanti aku pulangkan buku kau."

Tengku Ahnaf melagakan buku limanya dengan Eariq kemudian kembali menyarung helmetnya.

"Aku gerak dulu, Assalamualaikum," ucap Tengku Ahnaf seraya bergerak meninggalkan kawasan rumah elit tersebut.

"Assalamualaikum," ucap Tengku Ahnaf ketika membuka pintu rumah. Bibirnya mengukir senyuman lebar saat terlihat Nayla berlari ke arahnya.

"Pak Yongggg," jerit Nayla sambil bertepuk tangan. Dia terus melompat ke arah Tengku Ahnaf yang mencangkung di depan pintu itu.

"Assalamualaikum kesayangan Pak Long. Dah makan ke?" tanya Tengku Ahnaf sambil mengusap perlahan pipi anak saudaranya itu.

"Dah, yummy yummy yummy," ucap Nayla sambil mengelus perutnya.

"Jaranglah lambat makan kalau budak bernama Nayla Awfiya tu," sampuk Balqis yang baru muncul dari dapur.

Nayla menayangkan gigi putihnya ketika mendengar kata-kata neneknya itu.

"Tahu dah kesayangan Pak Long ni mana pernah makan lambat. Tu yang badan semangat saja," ujar Tengku Ahnaf seraya berdiri kemudian melangkah mendekati Balqis yang sudah melabuhkan duduk di sofa bersama Nayla didukungannya.

"Macam mana exam tadi okay abang?" tanya Balqis.

"So far Alhamdulillah okay saja," jawab Tengku Ahnaf ringkas.

"Oh ya, papa ada cakap tak dengan abang, pagi lusa abang kena attend satu meeting dengan new company, tapi mereka request untuk jumpa dekat Desaru coast kot kalau tak silap mama," beritahu Balqis.

Tengku Ahnaf mengerutkan dahinya. Jarang dia bertemu dengan klien di area pelancongan. Selalunya di syarikat klien sendiri atau pun restoran.

"Tak ada pula tapi tak apa, tunggu papa balik nanti abang tanya dekat papa," jawab Tengku Ahnaf seraya melabuhkan ciuman pada pipi Nayla.

"Pak Long naik atas dulu tau Nayla. Nanti Pak Long turun okay," tutur Tengku Ahnaf lembut. Dia mahu membersihkan diri dulu. Badannya rasa melekit berpeluh kerana cuaca yang agak panas di luar tadi.

"Nak itut pak yong! pweaseeee!" Nayla mencucuk kedua-dua pipi milik Tengku Ahnaf.

"Bawalah sekali naik atas. Kalau abang tak bawa, ada roboh pintu bilik dia ketuk nanti," kata Balqis sambil menatap cucunya itu.

Bukan boleh percaya, silap-silap Nayla naik sendiri nanti jika Tengku Ahnaf tidak menbawa dia bersama.

Nak tak nak, Tengku Ahnaf naik juga ke atas bersama Nayla. Risau jika anak saudaranya itu menaiki tangga tanpa pantauan orang. Akal anak saudaranya itu tidak boleh dijangka.

"Yeah yeah yeah."

Nayla menggoyangkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Senang hati dapat mengikut Pak Long kesayangannya masuk bilik.

"Nayla duduk diam-diam dekat atas katil Pak Long. Jangan buat bukan-bukan."

Tengku Ahnaf membuka televisyen yang tergantung pada dinding biliknya lalu membuka cerita kartun untuk Nayla yang santai baring di atas katilnya.

Dia membuka jam tangannya kemudian membuka laci mejanya untuk meletakkan jam di dalam laci.

Terhenti pergerakan tangannya ketika melihaf buah rantai yang ada di dalam laci mejanya. Tangannya mengambil buah rantai tersebut.

Bibirnya mengukir senyuman tipis saat melihat  buah rantai tersebut yang berhuruf Z.D.

"Nampaknya awak dalam keadaan baik-baik saja sekarang," tuturnya perlahan.

Dia kenal wajah gadis yang meminta air kepadanya tadi. Mustahil untuk dia lupakan wajah itu kerana buah rantai milik gadis itu masih ada padanya.

Buah rantai tersebut diletakkan kembali ke dalam laci. Dia mengatur langkah menuju ke bilik mandi. Tidak sabar mahu bersihkan diri dan rehat sebentar.

Tok tok tok

Zahra cepat-cepat sembunyikan buku yang dibaca ke bawah bantal. Bimbang terkantoi dengan Emelda sekiranya wanita itu yang mengetuk pintu biliknya tetapi rasa mustahil pula kerana neneknya itu selalu menerjah saja pintu biliknya tanpa amaran.

Apa pun, dia tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan membiarkan saja buku yang dibaca tadi berada di bawah bantal.

Zahra mengorak langkah menuju ke pintu biliknya lalu daun pintu dikuak perlahan. Terpacul wajah auntynya, Teresa bersama senyuman di bibir.

"Hai, sibuk ke?" tanya Teresa sambil memandang wajah Zahra yang bersih dari segala cacat cela.

Zahra memandang kiri dan kanan sebelum kepala menggeleng perlahan.

"Zahra tengah baca buku. Kenapa? Aunty ada buku baru ke untuk Zahra ke?" tanya Zahra sambil memandang Teresa dengan segunung harapan. Teresa selalu membelikan dia buku-buku bacaan berkaitan dengan kehidupan ataupun novel bagi mengelakkan dia merasa bosan.

Teresa menggeleng perlahan.

"Lusa jom ikut aunty. Aunty ada meeting dengan new company dekat luar. Aunty dah request dekat wakil syarikat yang akan attend lusa untuk jumpa dekat Desaru coast."

Mata Zahra membulat bersama senyuman lebar yang terukir di bibirnya.

"Betul ke aunty? Zahra boleh ikutkan? Serius aunty?" tanya Zahra berkali-kali mahu memastikan kali ini dia juga boleh ikut auntynya itu.

"Ya sayang aunty. Jangan risau. No one boleh halang aunty untuk bawa Zahra tapi kita pergi sehari awal. Nanti Zahra boleh lama sikit duduk dekat sana jalan-jalan dekat pantai," ujar Teresa seraya mengelus lembut rambut anak saudaranya itu.

"Dah, pergi tidur awal. Esok pagi kita kena gerak awal."

"Baik aunty. Jumpa esok. Good night."

Zahra terus menutup pintu biliknya dengan perasaan yang penuh teruja. Tidak sabar menunggu hari esok. Setelah sekian lama, akhirnya dia akan dapat menikmati lagi harinya di pantai.

Bila bercakap soal pantai, dia teringat kejadian tiga tahun lepas di mana dia hampir menamatkan riwayat sendiri hanya kerana dia merasa tidak adil dengan kehidupannya sendiri.

Matanya mengerling ke arah jaket yang tergantung elok di belakang pintunya. Ingatannya terus melayang teringatkan pemilik jaket tersebut.

"Orang yang kuat adalah orang yang sabar dan ikhlas ketika ditimpa musibah."

"Disebabkan awak, saya mula terima perlahan-lahan apa yang terjadi dalam hidup saya walaupun agak sukar. Thank you stranger," tutur Zahra perlahan.

Tangannya terus menarik selimut sehingga menutup paras dada. Matanya mula menjemput ngantuk. Dia sudah lupa akan buku yang tersorok di bawah bantal.

"Enti ulih, aku enggai iya jauh dari dek. Nadai siku pin nemu sapa ea. Ingat nya, enti sampai urang bukai nemu, siap dek! (Kalau boleh, aku tak nak dia jauh dari kau. Tak ada satu orang pun boleh tahu siapa diri dia. Ingat tu. Kalau sampai ada orang lain tahu, siap kau!)," ujar Emelda dengan suara yang garang. Dia mahu Teresa tahu kalau dia tidak main-main dengan kata-katanya.

" Relax mummy, tu' ukai ka terubah aku mai' iya ke pantai. Anang irau. (Relax mummy. Ini bukan kali pertama saya bawa dia keluar pergi pantai. Jangan risau)," balas Teresa seraya melangkah mendekati keretanya. Zahra sudah masuk ke dalam kereta terlebih dahulu.

Emelda hanya memberi tatapan tajam kepada Zahra yang sedang menunggu di dalam kereta. Sedikitpun tiada senyuman pada wajah tua milik Emelda buat cucunya yang satu itu.

"Are you ready Zahra? Kita nak bertolak pergi healing ini," seloroh Teresa sambil memakai tali pinggang ke tubuhnya.

Zahra hanya mengangguk kecil. Dia tunduk menikus ketika melihat tatapan yang diberikan Emelda. Dia tidak berani mahu membalas renungan tersebut. Bimbang neneknya itu tidak memberi izin kepada dia untuk mengikut Teresa ke pantai kali ini.

Ketika kereta milik Teresa bergerak keluar dari kawasan perumahan milik Emelda itu, barulah Zahra memberanikan diri untuk melihat sekeliling sebelum menatap lama wajah sisi auntynya itu.

"Aunty," panggil Zahra perlahan. Jarinya dimainkan sesama sendiri.

Teresa yang mendengar dia dipanggil oleh Zahra itu menoleh sekilas ke arah anak saudaranya sebelum kembali pandang ke hadapan fokus pada pemanduannya.

"Kenapa Zahra?"

"Kenapa hanya Zahra yang hidup seperti dipenjara? Tidak bebas untuk kemana-mana. Kenapa?" tanya Zahra.

Sudah lama dia menahan diri dari bertanya soalan seperti itu tetapi memandangkan usianya sudah hampir menginjak ke tiga puluh tahun, dia mahu tahu alasan yang sebenar kenapa dia terus diperlakukan seperti banduan.

Teresa terkelu seketika mendengar pertanyaan yang dilontarkan oleh Zahra. Keluhan kecil dilepaskan. Dia tahu lambat laun anak saudaranya itu pasti akan persoalkan tindakan Emelda yang masih berusaha keras menutup kehadiran Zahra dari dunia luar.

Nasib baik Teresa pandai memujuk Emelda untuk memberi keizinan kepadanya untuk membawa Zahra ke kawasan pantai sahaja.

Teresa berdeham seketika.

"Kenapa Zahra nak tahu?" soal Teresa kembali. Seboleh mungkin dia cuba untuk mengelakkan diri daripada menjawab pertanyaan itu kerana jawapan untuk soalan itu agar sukar untuk dijelaskan.

"Zahra rasa Zahra berhak tahu. Kebebasan Zahra dari kecil disekat. Sementara wanita seusia Zahra menikmati masa mereka dengan kerjaya dan Zahra masih terkurung di penjara yang diciptakan oleh nenek. Sayap Zahra dipatah habis oleh nenek sehingga Zahra tidak mampu melakukan apa-apa termasuklah status agama Zahra sendiri."

Teresa terdiam mendengar luahan yang selama ini tidak pernah dia dengari dari insan bernama Zahra.

"Bertahun-tahun Zahra membesar tanpa tahu agama sebenar Zahra sehingga lah Zahra terjumpa sijil lahir Zahra sendiri. Agaknya, kalau Zahra tak terjumpa sijil lahir itu, sampai sekarang agaknya Zahra ingatkan Zahra ini beragama lain selain daripada Islam," tutur Zahra dalam kepedihan.

Bukan dia tidak menghormati agama keluarga yang telah menjaganya dari kecil itu cuma dia agak terkilan sedikit.

Semuanya terbongkar pada tiga tahun lalu dimana dia terjumpa sijil lahir di bilik Teresa kerana ketika itu dia membantu auntynya untuk mengemas baju-baju yang sudah lama tidak dipakai. Pada usia dua puluh enam tahun ketika itu, barulah dia tahu agama sebenar dia.

Teresa tidak mampu membantah kerana apa yang dikatakan oleh Zahra itu benar. Sekiranya tidak terkantoi dengan Zahra tentang sijil lahir itu, pasti mereka semua masih menyembunyikan agama sebenar Zahra dari pengetahuan gadis itu sendiri.

Bayangkan saja, kad pengenalan dia pun dipegang ketat oleh Emelda. Begitu sekali neneknya menyekat dia kebebasan dia. Mujur saja neneknya itu memberi kepercayaan kepada Teresa untuk memegang kad pengenalan Zahra.

Zahra membuang pandang ke arah luar tingkap. Senyuman pahit terukir di dalam hati. Melihat kediaman Teresa, dia tahu wanita itu pasti tidak mahu memberitahu perkara sebenar kepadanya.

Sekarang, bagaimana dia mahu mempelajari apa yang agama Islam pratikkan di dalam kehidupan jika dia sendiri hilang arah? Belajar melalui google? Telefon pun dia tiada bagaimana mahu belajar. Dia sudah membuang masa begitu saja selama tiga tahun tanpa belajar apa-apa selepas saja dia tahu agama dia yang sebenar.

"Maafkan aunty. One day, Zahra sendiri akan tahu perkara sebenar. Biarlah Zahra tahu dari orang yang sebetulnya," balas Teresa. Hanya itu saja jawapan selamat yang dia boleh berikan kepada Zahra. Sejujurnya, dia juga tidak tahu motif sebenar Emelda.

Zahra hanya melemparkan senyuman segaris kepada Teresa tanpa wanita itu tahu hatinya yang agak terluka kerana terpaksa membesar dalam keadaan orang yang tidak mempunyai matlamat hidup seperti orang lain.

Hampir satu jam perjalanan, akhirnya mereka tiba juga di resort yang ditempah oleh Teresa. Zahra mengukir senyuman bahagia ketika melihat apa yang terbentang di depan matanya saat ini. Terlupa seketika apa yang terjadi di dalam kereta tadi.

Setelah selesai mendaftarkan diri untuk dapatkan kad, mereka beransur ke bilik yang telah ditempah secara talian oleh Teresa.

"Aunty, Zahra keluar berjalan sekejap boleh?" Zahra meminta izin kepada Teresa. Tiba-tiba dia rasa teruja mahu menjelajahi kawasan resort tersebut.

"Berani ke pergi seorang diri?" tanya Teresa. Risau pula dia mahu melepaskan gadis itu seorang diri tambahan pula dia teringat amaran yang diberikan Emelda di rumah tadi.

"Aunty, tak apa. Zahra okay saja pergi seorang diri. Selama ini pun kalau aunty bawa Zahra pergi pantai pun, Zahra pergi sendiri kan? Jangan risau," ujar Zahra bersama senyuman.

Walaupun sejujurnya dia takut berada di tempat yang ramai orang, tetapi dia mahu beranikan diri. Sampai bila dia mahu hidup dalam ketakutan kan?

Melihat kesungguhan Zahra itu menyebabkan Teresa bersetuju juga untuk membiarkan Zahra berjalan sendiri. Lagipun, dia juga mahu anak saudaranya itu merasa dunia luar dengan bebas sama seperti anak saudaranya yang lain.

Zahra terus melompat kegembiraan apabila dapat kelulusan dari Teresa. Tanpa menunggu lama, dia terus keluar dari bilik. Tidak sabar mahu menikmati segala kemudahan yang ada pada resort tersebut.

Zahra mengukir senyuman lebar sambil mendepakan kedua tangannya menikmati angin yang menyapa dirinya.

Sudah lama rasanya tidak merasa bebas seperti ini. Walaupun hanya seketika, setidaknya dia harus menikmati peluang dan masa yang dia dapat ini sebaiknya.

Zahra menoleh ke kiri apabila terdengar bunyi riuh yang menganggu sistem pendengarannya. Dia ternampak ada beberapa orang sedang bersiar-siar di kawasan resort tersebut dengan menaiki basikal.

"Macam seronok saja main basikal," bisiknya perlahan.

Tiba-tiba hatinya melonjak mahu mencuba untuk bermain basikal. Seumur hidup, dia tidak pernah bermain basikal.

Dia cuba memberanikan diri menyapa sekumpulan remaja yang seronok bermain basikal itu.

"Er, maaf dik. Nak tanya, dekat mana ya nak dapatkan basikal ini?" tanya Zahra dengan malu-malu.

"Akak pergi saja dekat kaunter depan tu. Basikal ini free saja untuk akak main. Tak payah bayar pun," jelas salah seorang remaja perempuan itu kepada Zahra.

Zahra mengangguk kecil seraya mengucapkan terima kasih lalu beredar ke kaunter yang ditunjukkan oleh remaja perempuan itu tadi.

Setelah sepuluh minit, akhirnya dia dapat juga merasa memegang basikal.

"Oh, macam ini rupanya rasa pegang basikal tapi macam mana nak naik? Aduh. Itulah Zahra, orang sibuk nak main, kau pun sibuk nak main," omelnya sendiri.

Dia cuba mencuri pandang ke arah sekumpulan remaja tadi. Matanya memincing cuba melihat dengan lebih teliti.

"Okay, naik lepas itu, kaki kiri ke bawah, kaki kanan ke atas. Oh okay, faham. Mari kita cuba! You can do it Zahra!" Dia cuba memberi semangat kepada dirinya sendiri.

Perlahan-lahan, dia cuba menaiki basikal sama seperti yang dilakukan oleh remaja tadi. Kakinya pula cuba mengayuh perlahan basikal yang dibawa.

Wajahnya yang ketakutan tadi berubah ceria apabila basikal yang dibawa kini bergerak perlahan ke depan.

"Eh basikal bergeraklah! Macam ini rasanya naik basikal. Yes, okay teruskan, jangan give up," tuturnya pada diri sendiri dengan nada bangga bersama senyuman.

Dia mula merasa seronok menaiki basikal walaupun hanya perlahan saja dibawanya. Yang penting, dia mahu menikmati apa yang dia lakukan saat ini.

Tiba-tiba dia mula merasa cuak apabila ada seorang lelaki berjalan di hadapan tidak jauh jarak darinya.

"Alamak! Aku tak pandai nak elak ni. Macam mana nak berhenti, macam mana nak elak ini," ujarnya dengan nada ketakutan. Tangannya mula menggigil memegang basikal tersebut.

Wajahnya semakin cuak apabila kedudukan dia dengan lelaki di hadapan itu semakin hampir.

"Ahh sorry! Saya tak pandai nak elak! Tolong Ke tepi!" jerit Zahra kuat sambil memejamkan matanya kerana dia tahu sudah agak terlewat untuk dia elakkan diri dari terlanggar tubuh lelaki itu.

Tiba-tiba dia merasakan tubuhnya terjatuh ke bawah. Kakinya terhempap sedikit oleh basikal.

Buk!

Mukanya berkerut menahan kesakitan. Matanya dibuka perlahan. Bibirnya digigit perlahan apabila lelaki tersebut juga jatuh ke bawah kerana dilanggar oleh dia.

Tangannya dihimpun bersama lalu dibawa ke atas.

"Maaf sangat-sangat! Saya tak sengaja nak langgar. Saya tak pandai nak belok dan berhentikan basikal sebab itu saya terlanggar awak tapi bukan salah saya. Semuanya salah tangan saya sebab tak pandai kawal. Maaf sangat-sangat," ujar Zahra dengan bersungguh-sungguh. Dia berharap lelaki itu tidak marah padanya kerana telah melanggar lelaki itu.

Matanya yang terpejam rapat itu cuba dibuka perlahan mahu mencuri pandang lelaki itu kerana lelaki itu tidak memberi sebarang balasan kepadanya.

Mulutnya melopong saat melihat lelaki di hadapannya itu memandangnya bersama senyuman di bibir.

"Awak?"

Mereka berdua hanya berbalas pandangan. Zahra menelan laju air liurnya. Siapa sangka mereka akan bertemu kembali dalam keadaan begini.

"Memalukan betullah Zahra," bisiknya di dalam hati.

Happy Reading 🤍

Continue Reading

You'll Also Like

84.7K 2.9K 57
[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah bers...
149K 4.7K 58
Iman Natasya gadis yang ceria dan sangat di senangi orang sekelilingnya, apalagi Iman Natasya memiliki rupa paras yang cantik dan berbudi bahasa. Di...
52.4K 1.3K 45
[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani meneg...
220K 8.4K 62
[IN EDITING] (Cerita ni banyak sangat typo. Kalau nak baca tu mohon pertimbangkan dulu. Takut menyesal nanti) HANAN AULIYA seorang gadis yang suka b...