Tujuan

By shafyann

37.2K 2.1K 201

Kerana aku tahu bukan aku yang bakal menjadi tujuan. - MUHAIRA Typo alert!! 1#kisahcinta on 8March More

TUJUAN
prologue
bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20

bab 8

1.3K 76 14
By shafyann

KADANG hidup ini rasa seperti ada saja tujuan. Selangkah kaki melangkah pasti bermacam-macam impian mahu dijejaki. Namun bila lutut terasa lemah mahu mencium tanah, sepertinya segala impian terus melayang pergi. Entah kenapa, tapi itu yang dirasa Humaira. Kadang dia bersemangat mahu menjalani kehidupan, kadang pula tidak. Yang semangat itu datang bila terkenangkan si kecil. Yang tidak itu pula bila dia terkenangkan masa lalu.

Berhenti saja di kaki lima, nafasnya mulai tercungap-cungap. Penat berjalan tanpa rehat. Sudahlah matahari terik hari ini. Bekalan air kosong pula tidak dibawa. Humaira duduk di kaki lima bersama sekeping kotak yang dijadikan alas.

Ada hari dia menjadi orang-orang biasa. Ada hari dia tak ubah seperti gelandangan. Jika dia rasa dia sudah tidak mampu tampung lagi hidupnya, dia akan balik ke rumah umi dan abah. Itu pun hanya sehari atau dua hari. Selepas itu dia akan keluar semula.

Pandang kiri, matanya dihidang dengan sebuah keluarga yang sedang berjalan kaki. Suasana keluarga itu diselangi dengan tawa. Tampak bahagia dimata Humaira.

Pandang kanan, bersusun pula gelandangan kerana beratur untuk mendapatkan makanan. Humaira tidak pergi beratur. Entah kenapa perutnya terasa kenyang.

Dua situasi yang penuh perbezaan. Dan kedua-dua situasi itu dia sendiri pernah alami. Pertama ketika dia masih bahagia bersama bekas suaminya, Thaqif dan anak perempuan mereka, Mariam. Kedua, gelandangan.

"Cik... untuk cik." Humaira disapa seorang lelaki. Lelaki itu berhoodie biru gelap. Humaira hanya tersenyum tanpa memandang. Tangannya diangkat separa tanda menolak.

"Tak apa,"

"Maira?"

Bila namanya disebut, Humaira segera menoleh.

"Kau?"

Bergegas Humaira bangun dari duduknya. Rambut yang serabai diselak ke belakang.

"Kau buat apa dekat sini?" Humaira menyoal.

Thaqif mengeluh perlahan. "NGO dekat sini. Kau buat apa dekat sini?" Suaranya separa berbisik. Tidak mahu orang lain tahu yanh mereka saling mengenali.

"Sibuk apahal? Sana ah." Ditolak tubuh lelaki itu supaya menjauhinya. Sejak bila lelaki ni pandai buat kerja amal jariah? Seingatnya, dahulu Thaqif lah seorang yang paling pemalas dan kedekut.

Tetapi belum sempat Humaira melangkah pergi, tangannya dilelar dari belakang. Pastinya Thaqif. Humaira berdecit kuat.

"Lepas lah bodoh. Kau nak apa?" Masih dikawal tona suaranya. Matanya tajam memandang Thaqif.

"Kau dah makan ke belum?" Pegangan di tangan Humaira masih tidak dilepaskan.

"Belum." Dingin saja Humaira menjawab. Tangannya cuba dileraikan namun Thaqif enggan melepaskannya.

"Nah, makan." Bungkusan nasi lemak dihulur. Tetapi wanita berpakaian lusuh itu sekadar memandang dengan ekor mata.

"Aku tak makan nasi lemak. Lepas tangan aku!"

Thaqif mencebik bibir mendengar alasan itu. "Gelandangan tak sedar diri. Kalau kau tak makan nasi ni kau nak makan apa lagi? Nak harapkan beli makanan sendiri, duit pun tak ada. Karang meringkuk kat tepi jalan kau tahu lah. Kalau ada orang sudi angkut, tak apa lagi. Ambil ni, makan." Tangan Humaira didoakan. Bungkusan nasi lemak itu diletak atas telapak tangan Humaira.

Humaira menjeling. Mulut masih berbisa rupanya. Fikirkan sudah berubah. Iyalah, siap kerja NGO pula kan.

"Yalah. Dah, tepi. Nak balik."

"Nak balik kemana? Ada rumah ke?"

Terpasak kaki Humaira daripasa berjalan. Darahnya terasa berderu-deru mendengarkan soalan panas yang sengaja disoal Thaqif. Tatkala badannya dipaling, nampak Thaqif menyilang tangan sambil memandang serong ke arahnya.

"Apa masalah kau?" Setapak demi setapak dia mendekati Thaqif.

"Nope. Saja bertanya. Why?"

Humaira menahan sesak di dada. Sikit saja lagi pasti bungkusan nasi lemak ini menjadi mangsa untuk dibalingkan pada Thaqif.

"Kau jangan sibuk urusan aku. Stay in your own line!" Sejurus itu Humaira kembali melangkah meninggalkan Thaqif.

"Aku sibuk sebab kau ibu kepada anak aku. Kalau Mariam tak wujud, tak ada nya lah aku nak sibuk pasal ibu dia. Aku nak yang terbaik untuk anak aku. Aku tak nak Mariam malu sebab dapat ibu macam kau!"

Zas! Terasa hatinya dihunjam kuat. Ayat terakhir Thaqif begitu menghiris sekeping hati Humaira. Aku tak nak Mariam malu sebab dapat ibu macam kau!

Tanpa menoleh Humaira tetap berjalan bersama air mata yang berlinangan. Bungkusan nasi lemak digenggam kuat, hingga butir-butir nasi lemak terkeluar daripada celah-celah daun pisang yang terkoyak.

Aku tak nak Mariam malu sebab dapat ibu macam kau!







PEDAL minyak dipijak kuat. Meluncurkan kereta dengan laju membelahi jalan raya tatkala jarum jam sudah menunjukkan lapan malam. Sepatutnya dia patut bergerak lebih awal kerana di kafenya terdapat 'pekerja baru'. Tapi disebabkan dia ada urusan dengan client yang cerewet, terpaksalah meeting dijalankan dengan lama.

Sebaik sahaja kereta diparkir di tempat yang tersedia, Syakir berjalan laju meluru ke dalam kafe. Sut hitam di tubuh masih tersarung, gara-gara tidak sempat.

"Mana Muhaira?" Soal Syakir pada salah satu pekerja. Nampak saja kelibat Muhaira di ruangan dapur, Syakir berjalan laju ke arah gadis itu.

"Muhaira, sorry I lewat." Syakir meraup rambut kebelakang. Geram dengan diri sendiri yang tidak menepati masa. Bukan selalu dia lewat. Sekali lewat pasti rasa dunianya gelap.

Muhaira tersenyum manis. "Tak apa. Lagipun tadi saya belajar dengan Rasul buat kopi. Saya dah pandai buat Amaricano yang awak suka. Tadaa!" Secawan kopi diangkat tinggi.

Terdiam Syakir dengan gelagat Muhaira. Tak pernah-pernah dia nampak gadis itu seceria ini. Dipandang Rasul di belakang yang berbuat-buat sibuk. Timbul rasa geram dalam hati. Dah kenapa tiba-tiba nak ajar orang? Dah tak cukup kerja ke sampai nak cari kerja lain ke apa? Gerutu Syakir dalam hati.

Wajahnya diriakkan biasa. Bibirnya memaksa senyum.

"Macam mana tahu I sukakan Amaricano?"

Muhaira senyum lebar. Maksudnya, tekaan dia betul lah? Aduh, gembira betul!

"Saya teka je. Lagipun kadang-kadang tengok awak post gambar Amaricano dekat tweet."

Hati yang panas tadi mula sejuk mendengar jawapan Muhaira. Malas melayan perasaan, Syakir mengajak Muhaira ke ruang pejabat. Sempat lagi dejeling Rasul di belakang dapur. Ikutkan hati sudah dimaki hamun.

Muhaira hanya turut. Sebaik masuk ke dalam bilik Syakir, pintu bilik lelaki itu dibuka seluas-luasnya. Tak mahu nanti orang kata apa pula.

"Have a sit." Pelawa Syakir.

Tak menunggu lagi, Muhaira duduk menghadap lelaki itu. "Minumlah. Cuba rasa, lepas ke tak saya jadi barista?"

Syakir mengangguk sekali. Amaricano itu ditiup-tiup dulu bagi menghilangkan panas. Kemudian bibir cawan didekatkan pada bibirnya, dihirup perlahan-lahan air yang dibancuh Muhaira itu.

"Sedap tak?"

Syakir membisu seketika. Sedap. Tapi ada yang terasa kurang ditekaknya.

"Not bad. Your first timer kan? Lagipun Rasul yang ajar so no wonder la."

Muhaira pula membisu. Tidak terasa tapi seakan-akan aneh pula komen yang akhir itu.

Nak tak nak saja Syakir hirup. Kenapa Rasul yang ajar? Dia lebih rela kalau Alex yang ajar.

"Awak, saya nak kerja dekat mana? Dekat kafe ni mana ada pejabat lain dah." Bola mata melilau memandang sekeliling pejabat Syakir.

"There. Nampak ruang kosong tu?" Sudut bilik ditunjuk.

Mata Muhaira mengikut muncung lelaki itu. Seketika rahangnya diketap separa. Sebilik dengan Syakir? Oh my...

"Saya bekerja atas lantai ke?"

Tak nampak pula meja di situ.

"Hesy, you ni apanya. Semalam I dah beli meja. Tapi si bebal-bebal dekat luar tu bengap tak pasang lagi." Ujar Syakir.

Tergamam Muhaira mendengar. Bebal-bebal? Bengap? Amboi, sesedap hati saja lelaki itu menggelarkan pekerjanya bebal dan bengap.

"Tak baik lah. Dia orang lupa la tu..." Muhaira perbetulkan ayat Syakir. Tak senang Syakir berkata lepas.

"Lupa amendanya? Dah bos suruh tu takkan tak boleh buat? Alasan lupa tu alasan paling mengarut and pantang untuk I dengar." Ujar Syakir. Sebenarnya hatinya masih panas dengan hal tadi. Sepatutnya Rasul sudah memasang meja buat Muhaira tapi lelaki itu buat kerja lain pula. Mana tidak membara api kemarahannya. Padahal sudah dipesan awal-awal untuk menyediakan tempat buat Muhaira.

"Baik bos..." Muhaira meleretkan suaranya. Mengalah dengan sikap Syakir. Tak mahu lah dia melawan bakal majikan memerangkap bakal suaminya itu.

Muhaira merenung cawan yang berbaki suku air yang dibancuhnya tadi. Sejenak bibirnya kembali terasenyum lebar. Sedap le tuw...

"Senyum apa?"

Alamak! Muhaira terkulat-kulat sendiri. Lelaki ni kalau mood dia swing, memang menggerunkan! Kalau datang mood baik dia, rasa selesa sangat.

"Urmm... jadi bila saya boleh mula kerja?"

Syakir terdiam sejenak. Tatkala teringatkan tentang kerja Muhaira, dia mula hairkan sesuatu. Padangannya disorot kearah Muhaira yang sedari tadi memandangnya.

"Bila-bila yang you nak." Jawab Syakir bersahaja.

"Saya nak tanya..."

"What?"

Muncung Muhaira sedepa ke arah satu tempat. Dimana terletak lima buah novel yang tersusun cantik di atas almari yang berkunci.

"Awak baca novel?" Soal Muhaira. Matanya silih berganti memandang antara novel dan Syakir.

Syakir mengangguk sekali.

"Hm, baca." Acuh tak acuh saja. Melihatkan Muhaira yah sedang bangun menuju ke arah susunan novel, dia turut bangun mengekori wanita itu.

"Awak suka ya karya Embun Mawar?" Sambil menilik novel-novel lama itu di dalam almari kaca, Muhaira bertanya. Rambang pula mata melihat novel-novel legend. Mahu saja dia pinjam dari Syakir. Kalau ikutkan, semua novel yang tersusun cantik itu semua karya Embun Mawar. Yang Muhaira tahu, Embun Mawar adalah novelis terkenal di Malaysia.

"Mestilah. Siapa je tak suka karya arwah."

Terangguk-angguk kepal Muhaira mengiyakan kata-kata Syakir. Dia juga seorang penulis novel. Dan dia sangat kagum dan mengidolakan arwah Embun Mawar.

"Saya tulis novel juga, tapi untuk diri sendiri." Muhaira pandang Syakir bersama senyuman yang dicarik penuh manis.

Terangkat kening Syakir. "Serius?"

Muhaira mengangguk laju.

"Saya idolakan Embun Mawar ni... karya-karya dia semua hebat-hebat. Menusuk hati bila baca." Ujar Muhaira. Tipulah jika dia tidak mahu jadi seperti arwah Embun Mawar.

"Tak silap saya lima buah buku yang awak simpan ni... karya hidup dia sendiri. Buku ni limited sangat. Berdasarkan kisah benar penulis ini sendiri tak ya?"

Syakir mengangguk. "Ya."

"Boleh saya pinjam?" Ah, Muhaira tak tahan! Dia nak baca! Sudah lama mencari!

Syakir diam sejenak.  "Tak boleh."

Muhaira pandang Syakir. Bibirnya terjuih sedikit.

"Bila kita dah kahwin baru you boleh baca."

Hah? Muhaira kerut kening. Tak faham betul... apa kena mengena? Alahai, Muhaira mengundur setapak. Kecewa bila kemahuannya ditolak.

"Tapi saya dah lama cari buku-buku ni..." sambil menunduk memainkan jari sendiri, Muhaira cuba memujuk lagi. Hujung kasut yang terkoyak kecil direnung dengan mata yang mula membundar.

Syakir sembunyi senyum. Dia merapati Muhaira. Cuba diintai wajah gadis itu yang bersembunyi secara menunduk.

"Ni buku arwah mak I. Kisah dia bukan senang-senang boleh dijual atau dibaca orang. Kalau you dah jadi isteri I nanti... baru you boleh baca okey?"

Automatik kepala Muhaira terpanggung. Membulat mata mendengar barisan ayat yang meniti dari bibir Syakir.

"Serius?" Tak percaya!

"Kenapa? Tak percaya?" Jaka itu cuba mengawal riak wajahnya. Mahu terhambur tawa memandang Muhaira yang terkejut dengan kenyataan tadi.

"Iya... my mom is the best main character i ever read and seen. Kalau you isteri I, sebelah susunan buku arwah mak boleh jadi tempat karya you."

Muhaira kalih pandangan. Malunya!




Tbc.
Update : 18 feb 2024

Sorry lambat update. Sis is busy😁

Continue Reading

You'll Also Like

52.4K 3.4K 42
CRUSH! Siapa ja yang tak crush kalau lelaki itu adalah Syed Putra Ehan Khairul bin Syed Hakim. Jejaka dingin, tinggi lampai, badan tegap dan yang pa...
84.6K 8.3K 44
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
823K 84.4K 72
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
1.4M 63.9K 62
ℕ𝕒𝕚𝕝𝕒𝕙 𝕁𝕒𝕟𝕟𝕒𝕙 𝕃𝕖𝕗𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟 𝕂𝕠𝕞𝕒𝕟𝕕𝕖𝕣 𝕌𝕥𝕙𝕞𝕒𝕟 𝔽𝕚𝕣𝕕𝕒𝕦𝕤 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔�...