HER SAVIOR [Slow Update]

By DaisyIntrovert

129K 9K 1.3K

'No harm will ever come to you, for I am your protector' "Saya tak boleh nak halang kerana hati saya yang me... More

DISCLAIMER
CAST
BAB 1
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51

BAB 2

3.1K 188 19
By DaisyIntrovert

Bang!

Terangkat bahu Zahra apabila pintu biliknya dibuka kasar.

"Aku nak keluar. Make sure aku balik tengah hari nanti, rumah semua dah kemas. Yang paling penting, makanan mesti sudah terhidang di atas meja. Kalau tak ada, siap kau Nancy!"

Zahra hanya mengangguk kecil mendengar kata-kata neneknya, Emelda.

"Kau tunggu apa lagi? Keluar lah. Jangan nak bersenang-lenang dekat bilik. Dasar indu dara (anak dara) malas!" jerkah Emelda bersama mata yang sengaja dijegilkan ke arah Zahra.

Lambat-lambat Zahra mengemas buku yang dibaca. Kerusi ditolak ke belakang lalu memasukkan kembali kerusi ke bawah meja.

Dia berjalan melintasi Emelda yang masih berdiri di muka pintu biliknya. Emelda pula terus berlalu masuk ke bilik tidurnya sendiri untuk mengambil beg tangan apabila melihat Zahra sudah berada di tangga.

Ketika Zahra menuruni tangga, dia ternampak mak ciknya, Teresa memberi isyarat kepada dia untuk mendekatinya. Zahra melangkah menuju ke arah Teresa yang berdiri di tepi meja makan.

"Sayang aunty, nanti kalau aunty ada meeting lagi dekat resort ataupun mana-mana tempat yang ada pantai, aunty bawa Zahra keluar ya." Teresa berbisik perlahan kepada Zahra.

Matanya mengerling ke arah tangga, bimbang Emelda ternampak dia dengan Zahra di sini. Nanti Emelda curiga.

"Betul ke aunty? Okay! Zahra tunggu," jawab Zahra dengan nada perlahan.

Teresa mengangguk perlahan. Senyuman pahit terukir di bibirnya tika melihat raut wajah Zahra yang ceria disajikan dengan janjinya.

Dia tahu betapa anak saudaranya itu terlalu inginkan kebebasan tetapi apakan daya, dek kerana kongkongan Emelda, kebebasan Zahra telah disekat sejak dari kecil.

"Dah. Pergi buat apa yang inek (nenek) suruh. Nanti inek marah," ujar Teresa seraya menolak perlahan tubuh anak saudaranya ke dapur.

Nanti tak pasal-pasal anak saudaranya pula yang akan dimarahi kerana tidak membuat kerja seperti yang diarahkan oleh Emelda.

Zahra pun terus berlalu ke dapur. Dia juga tahu apa akibat yang akan dia terima sekiranya dia tidak patuh pada arahan Emelda.

Dia membuka peti sejuk bahagian atas untuk melihat apa yang boleh dimasak. Setelah berfikir secara dalam, dia mengambil ayam yang telah dipotong siap-siap dalam satu plastik.

Keluarganya di rumah ini lebih selesa menggunakan plastik untuk menyimpan barang basah.

Dia keluarkan dan letakkan ayam tersebut di sinki. Kepalanya dijengah sekejap ke arah ruang tamu apabila terdengar suara Emelda.

"Aram, laun kitai legi (Jom, lambat kita nanti)," ujar Emelda dalam bahasa Iban.

Keluarganya berasal dari Sarawak dan telah menetap lama di Johor Bahru.

"Ni indu daranya? Anang berani ngaga bukai-bukai enti kita nadai ba rumah ( Mana perempuan tu? Jangan berani buat bukan-bukan kalau kita tak ada dekat rumah)," ujar Emelda sambil menjengah kepalanya ke dapur. Dia tahu Zahra ada di dapur.

Zahra mengetap kuat bibirnya sambil membebel sendiri. Neneknya, kadang-kadang kalau sudah membebel, pasti akan keluar terus bahasa kebangsaannya itu.

Hanya aunty Teresa dengan sepupunya yang lain saja suka berkomunikasi bahasa melayu secara penuh dengannya. Meskipun dia membesar dalam keluarga kristian, dia agak kurang fasih bertutur dalam bahasa Iban tapi dia masih boleh faham sedikit perkataan yang mudah.

Semenjak dia kecil sehinggalah sekarang, neneknya itu tidak pernah melayan dia dengan baik. Tidak seperti sepupunya yang lain. Mereka mendapat layanan yang istimewa dari Emelda.

"Mummy tok, Zahranya duduk manah-manah ba rumah. Ka kini ya enti dek nyekat kebebasan ya? (Mummy ini, Zahra tu duduk elok-elok dekat rumah? Dia nak pergi mana kalau kebebasan dia pun mummy sekat?)" balas Teresa dengan nada tidak puas hati.

Apa saja yang Zahra buat selalu tidak kena di mata mummynya itu. Kadang naik muak juga dia melihat perlakuan kasar mummynya terhadap Zahra.

Zahra bagaikan banduan yang terpenjara di belakang besi. Anak saudaranya itu tidak pernah keluar ke mana-mana kecuali ke pantai. Itu pun atas ihsan Teresa sendiri kerana kadang-kadang dia akan bertemu dengan klien di luar syarikat.  Jadi, dia akan selalu membawa anak saudaranya itu.

Dia selalu mengambil tempat yang ada pantai biar anak saudaranya itu dapat merasa berada di dunia luar walaupun hanya sebentar.

Zahra terus berpura-pura sibukkan diri di dapur apabila terdengar bunyi derapan kaki yang semakin dekat.

"Nancy, dengar sini. Kau jangan sesekali berani keluar berlegar di depan rumah tu. Duduk diam-diam dalam rumah. Buat apa yang aku suruh tadi. Ingat, kalau kerja dekat rumah ini tak siap, kau kena dengan aku nanti."

Emelda memberi amaran kepada Zahra dengan nada keras. Hanya dia saja yang memanggil Zahra dengan panggilan Nancy kerana dia benci memanggil cucunya itu dengan panggilan Zahra.

Zahra hanya mengangguk kecil. Malas mahu berdebat. Dia terus memotong bahan-bahan seperti bawang, cili dan sayur-sayuran.

Zahra melepaskan keluhan kecil apabila terdengar bunyi kereta yang meninggalkan perkarangan rumah. Lega apabila kini hanya tinggal dia seorang diri saja di rumah.

Zahra memotong sayur-sayuran tersebut dengan perasaan geram.

"Asyik-asyik aku. Cuba cucu dia yang lagi seorang tu, confirm diharamkan masuk dapur. Huh," ujar Zahra perlahan.

Stephanie, sepupu seusianya merupakan salah seorang sepupunya yang mendapat layanan istimewa dari Emelda.

Dalam dia membebel sendirian, akhirnya siap juga masakan tengah hari untuk penghuni di rumah itu.

Kebiasaannya, penghuni di rumah itu akan pulang ke rumah sebentar untuk makan tengah hari sebelum kembali keluar bekerja.

Yang menjadi mangsa untuk membuat semua kerja di rumah itu sudah pasti dia kerana hanya dia saja yang tidak dibenarkan bekerja.

Pelik tetapi itulah kenyataannya.

Dia merupakan satu-satunya cucu kepada Emelda yang tidak berpelajaran dan berkerjaya jika dibandingkan dengan sepupu-sepupunya yang lain. Dia bahkan tidak dibenarkan bersekolah dari kecil sehingga besar.

Disebabkan itu, dia selalu menjadi mangsa ejekan Stephanie hanya kerana dia tidak bersekolah dan bekerja.

Kebebasannya benar-benar disekat. Bahkan dia juga tidak pernah dibawa ke majlis penting sekiranya ada.

Apabila semua orang di rumah bersiap-siap cantik untuk ke majlis penting seperti ulang tahun syarikat neneknya, dia hanya mampu duduk di sudut memandang mereka semua melangkah pergi dengan pakaian cantik.

Dia juga tidak pernah tahu wajah ibu kandungnya sendiri. Dia hanya dikhabarkan kalau ayah dan ibunya meninggal semasa dia kecil lagi. Ayahnya merupakan seorang mualaf di mana ayahnya masuk Islam ketika mahu mengahwini ibunya.

Hanya setakat itu saja yang diceritakan oleh Teresa kepadanya. Mahu bertanya lebih sekalipun, dia yakin tiada yang sudi mahu bercerita kepadanya.

Zahra mengerling sekejap jam di dinding. Perlahan-lahan dia membuka pintu belakang rumah.

"Inek cuma cakap jangan keluar rumah dekat depan tapi inek tak cakap pun jangan keluar dekat belakang kan? So, let's have fun Zahra," bisiknya perlahan.

Sempat tangannya mencapai mask dan topi berwarna hitam milik sepupunya, Danny yang ada di atas kabinet lalu disarungkan pada wajah dan kepalanya. Cukup untuk menutupi wajahnya.

Dia memanjat tembok belakang rumah. Matanya meliar melihat sekeliling, bimbang ada yang ternampak perangai tidak semenggahnya.

Itulah rutin rahsianya setiap hari yang tidak diketahui oleh sesiapa pun setiap kali dia sudah selesai mengerjakan kerja di rumah.

Setiap hari, dia pasti akan curi-curi keluar ke rumah sekejap menuju ke taman permainan selepas selesai memasak untuk tengah hari.

Walaupun terpaksa berjalan menempuh cuaca yang panas, dia tetap gigihkan jua dirinya untuk keluar sebentar.

Bibirnya yang tertutup di sebalik mask yang dipakai itu mengukir senyuman lebar ketika matanya sudah ternampak taman permainan yang sering dikunjunginya itu.

Dia berlari-lari anak menuju ke buaian. Buaian di taman permainan itu merupakan salah satu tempat kesukaannya.

Dia menghayun perlahan tubuhnya pada buaian tersebut. Mask dibuka perlahan. Topi yang dipakai masih setia berada di kepalanya.

"Ah, tenangnya," tuturnya perlahan bersama senyuman.

Tangannya didepa perlahan. Dia benar-benar menikmati hayunan buaian tersebut dengan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuhnya meskipun cuaca agak panas sedikit.

"Meow meow."

Terhenti hayunan buaian yang dinaiki oleh Zahra ketika dia terdengar bunyi sesuatu yang mengganggu sistem pendengarannya.

"Meow meow."

Zahra bingkas berdiri cuba mencari bunyi tersebut. Dia tahu itu bunyi kucing.

Zahra melangkah ke arah gelongsor namun dahinya bekerut apabila gelongsor tersebur kosong.

"Aik? Bunyi ada tapi takkan lah kucingnya tak ada."

Dia melihat sekeliling cuba mengesan di mana keberadaan kucing tersebut. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu longkang kecil yang ada di taman tersebut.

"Dalam longkang ke?" bisiknya perlahan.

Langkah kaki dihayun perlahan menuju ke longkang tersebut. Kepalanya diangguk perlahan ketika bunyi itu semakin dekat.

Tepat sangkaannya apabila dia ternampak seekor kucing kecil berwarna putih terperangkap di dalam longkang kecil yang mempunyai kedalaman yang agak dalam dan agak sukar untuk kucing tersebut cuba menyelamatkan dirinya.

"Alooo comelnya awak ni. Sekejap saya tolong ya."

Zahra menyingsing lengan bajunya sedikit sebelum bertindak membongkok sedikit untuk mengambil kucing tersebut.

"Macam mana awak boleh jatuh dalam longkang ni? Kan dah comot," bebel Zahra kepada kucing yang tidak henti mengiau itu.

Zahra membersihkan sedikit bulu kucing tersebut yang kotor akibat kotoran di dalam longkang tersebut.

"Say what to me? Say thank you please because i save you tau kucing," tuturnya lembut sambil membelai kucing kecil itu.

Zahra meletakkan kucing itu ke bawah. Dia menepuk perlahan tangannya untuk membuang kotoran yang melekat pada tangannya.

Dia melihat jam tangannya. Sedikit masa lagi, penghuni di rumah itu akan pulang. Cepat-cepat dia mengatur langkah mahu beredar dari situ, takut terkantoi.

Tiba-tiba langkah kakinya terhalang apabila kucing kecil tadi bertindak menggeselkan diri pada kaki Zahra.

"Eh kucing, saya nak kena balik ini. Nanti kantoi. Ya ya, sama-sama. Dah pergi duduk diam sana. Jangan gatal-gatal nak duduk dekat longkang lagi ya," bebel Zahra kepada kucing itu seakan kucing itu memahami apa yang dia bebelkan.

Zahra kembali melangkah. Bibirnya digigit perlahan apabila kucing itu tadi masih gigih mengejarnya.  Dia menunduk mengambil kucing tersebut.

"Awak kenapa ikut saya? Saya kena cepat tau. Awak.. haus ke kucing?" 

Zahra melihat sekeliling. Tiada sumber air bersih yang boleh diberikan kepada kucing tersebut.

Matanya memincing ketika melihat ada seorang lelaki yang duduk di atas motorsikal dengan helmet yang masih berada di kepalanya di tepi jalan. Dari jauh, dia ternampak ada botol kecil pada sisi beg lelaki itu.

"Kucing, saya nampak ada air untuk awak tapi saya tak berani nak minta. Macam mana ini?" soal Zahra perlahan.

Dia menatap wajah kucing itu yang seakan meminta simpati kepadanya.

Dia tiada keberanian untuk berhadapan dengan orang ramai kerana dia jarang didedahkan pada tempat yang ramai orang. Jadi, dia agak takut sedikit mahu berkomunikasi dengan orang asing.

"Meow meow meow."

Zahra menatap kucing dan lelaki itu bersilih ganti. Keluhan kecil dilepaskan. Nak tak nak, dia terpaksa beranikan diri menyapa lelaki itu demi kucing yang masih berada didukungannya.

Zahra dapat rasakan tangannya berpeluh sedikit. Mungkin kerana gementar mahu menegur orang asing dek kerana terlalu lama berada dalam kurungan yang diciptakan oleh neneknya.

Air liur ditelan laju.

"Er excuse me," tegur Zahra dengan nada suara yang hampir dengar tak dengar saja suaranya. Lama dia memandang lelaki yang duduk membelakanginya di atas motor itu.

Jantung Zahra berdetak semakin laju apabila lelaki itu menoleh ke belakang. Meskipun visor yang menutup wajah lelaki itu gelap, tapi dia tahu lelaki itu sedang memandangnya.

"Sorry.. saya nampak botol dekat beg awak. Boleh saya minta sedikit air awak untuk kucing ini?" tanya Zahra dengan sopan sambil mengangkat kucing yang berada didukungannya itu.

Tanpa banyak kata, lelaki itu mengambil botol di begnya lalu diserahkan kepada Zahra.

Zahra memandang lelaki itu dengan pandangan tidak percaya. Semudah itu?

"Betul ke? Boleh ke saya bagi kucing ini?" tanya Zahra lagi.

Zahra terus mengukir senyuman apabila melihat anggukan lelaki itu dan mengambil botol pada tangan lelaki itu.

Zahra lupa agaknya dia tidak memakai semula mask pada wajahnya yang dibuka tadi semasa bermain buaian.

"Yeah kucing! Kita dah ada air. Jom kita minum sekejap."

Zahra duduk di tepi jalan di mana lelaki itu berada. Dia menuang sedikit air milik lelaki itu ke tangannya lalu dihulurkan kepada kucing kecil itu.

Bibir Zahra mengukir senyuman senang apabila melihat kucing itu menjilat air di tangannya dengan penuh rakus.

"Kesiannya, haus ke? Nah minum puas-puas. Nanti say thank you dekat abang motor ini tau," ujar Zahra.

Lelaki di atas motor itu hanya menyaksikan Zahra yang sibuk memberi air kepada kucing kecil yang berwarna putih itu. Visornya masih tidak diangkat ke atas.

"Dah? Okay good. Pergi main dekat taman sana balik."

Zahra melepaskan kucing tersebut lalu kucing kecil itu berlari ke arah taman semula.

Zahra menutup botol tersebut kemudian menyerahkan kembali botol air itu kepada lelaki yang masih setia mengenakan helmetnya.

"Dah siap. Thank you sudi berikan air awak sedikit. Semoga Tuhan merahmati kamu," ujar Zahra bersama senyuman lalu beredar dari situ.

Langkah kakinya dihayun laju. Bimbang jika terlewat sampai ke rumah.

Lelaki berhelmet tadi masih setia memandang Zahra yang berjalan laju itu. Kepalanya menunduk melihat botol yang berada di tangannya.

Bibirnya mengukir senyuman kecil.

Happy Reading 🤍

Continue Reading

You'll Also Like

13.9K 407 15
apa akan terjadi kepada pensyarah yang hot,handsome tu bila kena tuduh and terpaksa kahwin dengan pelajar dia sendiri ? "Aiden kena kahwin juga deng...
220K 8.4K 62
[IN EDITING] (Cerita ni banyak sangat typo. Kalau nak baca tu mohon pertimbangkan dulu. Takut menyesal nanti) HANAN AULIYA seorang gadis yang suka b...
16.1K 311 29
Aisy Humaira terpaksa menggantikan kakaknya untuk berkahwin dengan Firman Hakim yang berumur 31 tahun sedangkan Aisy Humaira baru berumur 17 tahun,da...
104K 3.9K 59
[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah ap...