MAFIA: Ten years Still loving...

By itsImuya

503 41 0

Ariash sya seorang jejaka kacukan Russia-Malaysia yang menjalani kehidupan normal, tiba-tiba berubah menjadi... More

𝗕𝗔𝗕 𝟭
𝗕𝗔𝗕 𝟮
𝗕𝗔𝗕 𝟯
𝗕𝗔𝗕 𝟰
𝗕𝗔𝗕 𝟱

𝗕𝗔𝗕 𝟲

49 6 0
By itsImuya

Di dalam keheningan waktu subuh, Ariash merasa getaran kedamaian menyapanya, membangkitkannya dari tidurnya.

Dengan langkah ringan, dia menjelajahi biliknya yang diliputi kegelapan dan kesejukan pagi.

Ariash, dengan hati yang penuh keikhlasan, bersiap untuk memulai harinya dahulu dengan bersiap untuk menunaikan solat subuh.

Ariash melangkah ke kamar mandi dengan langit subuh yang masih malu-malu merona. Air dingin menyentuh tubuhnya, menyegarkan jiwa, dan membasuh kantuk. Hatinya senang bila memikirkan bahwa hari ini hari Minggu.

Tapi, kesenangannya hanya sementara bila dia sedar assignment yang diberikan oleh Madam Shen minggu lalu sedang menunggunya.

"Haihh..." dia mengeluh berat. Bahu yang tegak sebelumnya jatuh.

"Jangan putus asa... sikit je lagi nak habis degree," Ariash menepuk dada bidangnya, memberi semangat kepada dirinya sendiri. Siapa lagi yang nak bagi semangat pada dirinya selain diri sendiri?

Tangannya kemudian berhenti dari menepuk dadanya. Kepala dirapatkan ke dinding kaca yang berhadapan dengannya.

"Mana pemandu Bugatti tu?" soal Ariash dalam nada perlahan.

Fikirannya mengimbau semula kejadian semalam selepas mereka melepak di restoran mamak. Dia dan Elwood dalam perjalanan ke stesen minyak untuk mengisi minyak kereta Elwood yang sudah nyawa-nyawa ikan bilis.

"Weh, pandu lajulah! Sebab tu aku tak suka kalau kau yang pandu. Lambat!" rungut Elwood yang duduk di bangku penumpang depan bersebelah dengan Ariash.

"Sabarlah, kau tak nampak ke banyak kereta ni? Tulah aku dah cakap jangan pakai contact lens. Tengok kan dah buta!" kata Ariash geram. Kereta banyak macammana nak laju?

"Kau ikut rapatlah kereta depan tu, jangan bagi kereta dari lorong lain potong!" Elwood mengeram bila Ariash membiarkan kereta Vios masuk ke lorong mereka.

"Kau tak belajar kat sekolah ke? Kita mesti dahulukan orang tua dulu," kata Ariash lagi dengan suara naik seoktaf berharap Elwood akan memahaminya.

"Mana kau tau dia orang tua?"

"Tu!"

Elwood memandang jari Ariash yang menunjuk ke arah kereta Vios yang berada di hadapan mereka.

"Tolong dahulukan orang tua ya, anak muda."

Elwood membaca sticker yang dilekat di cermin belakang kereta Vios itu dengan jelas. What the?!

"Ni mana adil!"

Elwood mencengkam rambutnya. Ditarik-tarik rambutnya sekuat hati. Stress setelah membaca sticker yang dilekat di cermin kereta itu.

"Hidup ni kena sabar, El," kata Ariash menggeleng kepala melihat Elwood yang dah macam orang gila. Haih, dengan orang tua pun takde tolak ansur. Penatlah aku dengan budak ni.

"Okey okey, aku dah faham mainan diaorang semua ni."

Elwood mengangguk perlahan kepalanya. Lidahnya menolak pipi dalamnya. Jarinya dibawa ke hidung mancungnya. Diusap hujung hidung dengan jari telunjuk.

Ariash fokus memandang hadapan. Mengendahkan Elwood.

"Nanti balik rumah aku nak beli sticker kat Shopee!" kata Elwood penuh teruja tidak sabar untuk merealisasikan impian yang sudah terbentuk di dalam fikirannya.

"Sticker apa kau nak beli?" soal Ariash penuh tanda tanya. Kononnya dia hanya mahu berdiam diri dan membiarkan Elwood tenggelam di dalam fikirannya yang pelik-pelik itu, tapi perasaan ingin tahunya telah menghalang dirinya.

"Hehehe, aku nak beli sticker macam pakcik tulah. Tapi aku nak buat luar biasa sikit."

"Luar biasa? Maksudnya?" Ariash menoleh memandang Elwood yang sudah tersenyum lebar.

"Pakcik depan ni letak sebaris ayat je kan? Nampak tak menyakinkan. Boleh jadi yang dia tu perempuan muda yang cantik! Ataupun lelaki muda yang hodoh!" Elwood mula bersangka buruk.

"Haih, lepas tu? Kau nak dia buat apa? Letak gambar dia sekali? Dengan biodata dia? Dilahirkan dimana? Bersekolah dimana? Kau ingat cermin belakang tu seluas padang bola ke?"

Elwood mengejek Ariash dengan mengerak-gerakkan bibirnya mengikut setiap kata yang keluar dari mulut Ariash.

"Buatlah peta I-think," cadang Elwood, tangannya memeluk tubuh erat.

"Hotak kau, Aku penatlah layan perangai kau ni. Kalau aku tahu jadi macam ni, baik aku ikut Arjuna je balik tadi," kata Ariash penuh kekesalan.

Elwood mendengus kuat, kepalanya ditoleh memandang ke luar jendela. Dahinya berkerut bila memandang keadaan jalan yang sesak. Bunyi hon kereta tidak henti berbunyi.

"Tak pernah-pernah lagi jalan ni sesak. Ada roadblock ke kat depan?" soal Elwood penasaran.

Tingkapnya dibuka habis sebelum kepalanya dijenguk keluar cuba mencari tahu punca kesesakan ini.

Tapi kehadiran bas express dua tingkat di laluan mereka menghalang pemandangannya.

"Tsk!" Elwood mendecahkan lidahnya jengkel dengan kehadiran bas express itu.

"El, jangan keluarkan kepala kau. Bahaya. Nanti motor yang lalu langgar macammana? Habis berterabur isi kepala kau nanti," kata Ariash geram bila Elwood makin memanjangkan lehernya menjenguk ke luar tingkap. Haih, ni kalau hilang kepala aku tak tahu lah nak cakap apa.

"Kejaplah!" protes Elwood. Matanya menyepet bila melihat cahaya terang warna biru dan merah yang datang dari lorong berlawanan di hadapan sana.

Hmm... kemalangan?

"Aku rasa ada kemalanganlah kat depan. Aku nampak lampu ambulance kelip-kelip kat depan sana. Dah macam hari raya," jelas Elwood seraya kepalanya masuk kembali ke dalam badan kereta. Tangannya menyambar iPhone 13 Pro Maxnya yang terletak elok di atas dashboard.

"Kemalangan?" ulang Ariash.

"Mungkin lah. Jap, aku tengok info semasa kat group Telegram."

Elwood membuka aplikasi Telegram dan membuka group info semasa. Jarinya digerak di atas layar skrin perlahan, mata membaca semua mesej yang terkini.

Sambil jarinya bermain di layar skrin, mulutnya terkumat kamit membaca info yang baru sahaja masuk.

"Oh!" mulutnya berbentuk 'o' terkejut selepas melihat rakaman dashcam kereta yang baru sahaja dihantar.

"Kenapa? Apa jadi?" Ariash penasaran. Kepalanya ditoleh memandang Elwood yang masih dengan wajah terkejut.

Soalannya tidak dijawab oleh anak Cina itu dan menyebabkan Ariash mengerutkan dahinya. Tangan kiri yang berada di stirring laju bergerak menyambar telefon Elwood.

Kini telefon sudah bertukar tangan. Video yang sudah ditonton oleh Elwood sebentar tadi dimainkan semula.

Video rakaman dashcam dari pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu diperhatikannya baik-baik.

Matanya meluas bila melihat rakaman itu menunjukkan sebuah Bugatti Chiron Profilee yang berpapasan dengan kereta Elwood tadi petang ketika mereka dalam perjalanan balik ke rumah.

Dia bertambah yakin yang itu adalah kereta yang sama setelah melihat dengan jelas plat nombornya 'D45H4'.

Rakaman itu berdurasi 01:36 minit dan menunjukkan sebelum kemalangan itu bermula. Ariash hanya fokus pada Bugatti yang dipandu dengan kelajuan yang biasa sehingga tiba-tiba kereta pemilik dashcam ini dilanggar kuat dari arah belakang.

Sangat kuat sehingga kan kereta itu turut merempuh belakang Bugatti itu. Tapi yang membuatkan Ariash pelik kenderaan yang merempuh pemilik dashcam ini tidak berhenti dan masih bergerak laju. Seolah-olah disengajakan.

"Aku ada baca dalam group tu. Dia orang cakap kenderaan yang rempuh pemilik dashcam tu lori besar," kata Elwood bila melihat wajah Ariash yang sudah berkerut.

"Tapi pelik. Kenapa lepas langgar tu dia tak break? Break dia rosak ke?"

Mulut Ariash sedikit terbuka. Terkedu bila lori itu tidak sekalipun berhenti. Bugatti yang dilanggar masih terseret maju kehadapan. Percikan api terhasil kerana badan kereta yang berjumpa dengan jalan tar.

"Kau cepatkan je video tu. Kau akan lagi tambah terkejut," Elwood bergerak maju. Jarinya hampir saja menekan layar skrin tapi segera dihalang Ariash.

"Jangan cepatkan, aku nak tengok dari awal sampai akhir," kata Ariash. Matanya masih setia memandang layar skrin.

Di minit yang ke 01:28 dia dapat melihat yang Bugatti itu mencuba keluar dari lorong agar tidak terus terseret di sepanjang jalan.

Tapi tanpa dijangka, sebuah truk besar yang dipandu elok di lorong berlawanan tiba-tiba saja membelok dan merempuh kuat ke arah Bugatti dan kereta pemilik dashcam.

'Dah kenapa pulak truk ni, mabuk ke apa?' bisik hati Ariash tidak puas hati.

Hatinya berdegup laju. Fikirannya menolak untuk menganggap yang truk besar itu tidak sengaja. Mana mungkin truk yang dipandu elok tiba-tiba saja membelok dan merempuh dua kereta
di lorong lain? Seperti disengajakan!

Terlopong mulut Ariash bila rakaman itu berakhir. Matanya memandang Elwood yang pasang wajah serius. Bukan drama!

"Aku tahu apa yang kau fikir," suara garau Elwood memecah keheningan.

"Nampak macam dirancang," kata Ariash sedikit ragu.

Elwood mengangguk, wajahnya serius.

"Ya, tapi yang peliknya hanya ada satu mangsa yang terkorban." Elwood mengambil semula telefonnya dari tangan Ariash.

"Ha? Maksudnya satu mangsa Selamat?" Ariash bingung dia yakin tidak ada yang akan Selamat dalam kemalangan itu kecuali pemandu lori dan truk itu.

"Sekarang ni kau fokus pada pemanduan kau dulu. Nasib baik kita masih jauh dari tempat kejadian. Kalau tak habis Abe trafik saman kita," arah Elwood, jari telunjuknya digoyang.

Ariash mengangguk sebelum dia memposisikan duduknya kembali dan fokus.

"Apa maksud kau sorang je mangsa terkorban? Tu mangsa dari kereta mana?"

"Kereta pemilik dashcam tu."

Jari Ariash mengetuk stirring kereta menggunakan jari telunjuknya.

"Bugatti tu?"

"Kalau ikutkan yang aku baca dalam group ni takde pun mangsa dalam Bugatti tu. Kereta bersih, takde kesan darah pun," jelas Elwood. Dia juga turut hairan bila tidak ada mangsa yang dijumpai di dalam kenderaan mewah itu.

"Aku rasa mungkin pemilik Bugatti tu melompat keluar sebelum truk tu sempat merempuh dia," teka Ariash.

Otaknya mengimbas semula rakaman yang dilihatnya tadi. Kalau-kalau dia ada ternampak kelibat seseorang melompat keluar.

"Aku pun tak tahu. Entah-entah Bugatti tu transformer. Pandu sendiri," Elwood tertawa pelan.

"Tulah kau suka sangat tengok transformers sampaikan otak pun tak boleh fikir waras," geram Ariash. Boleh pulak dia buat lawak kat sini. Orang mati dia bawa main. Haihh.

"Aku gurau je lah. Jangan serius sangat," Elwood memuncungkan bibirnya. Kononnya merajuk.

"Nasib masa kemalangan tu jalan tak sesak. Bayangkanlah berapa banyak manusia yang jadi mangsa kemalangan tu." Elwood menyeluk poketnya seraya mengeluarkan gula-gula perisa kopi. Dibuka bungkusnya cepat sebelum masuk ke dalam mulut. Hmm, sedap-sedap!

Kereta Volvo Elwood yang dipandu oleh Ariash kini sudah berada tepat di tempat kejadian. Ariash menoleh kepalanya ke luar jendela. Kereta Bugatti dan kereta Almera yang boleh dikatakan hampir hancur itu dipandangnya.

Matanya juga dapat melihat darah yang membasahi jalan raya. Ngeri.

Elwood memandang Ariash yang fokus memandang ke luar jendela. Bibirnya tersenyum lebar sambil mengunyah gula-gula kopi.

"Jangan tengok lama-lama nanti ada yang balik ikut kita, kang haaa,"
Elwood mengusik Ariash yang sudah menatapnya.

Bulu roma Ariash berdiri tegak. Mata hijaunya menjeling tajam ke arah Elwood yang tersenyum seram. Nak takutkan aku lah tu!

"Aku doakan semua hantu kat seluruh dunia ni datang rumah kau malam ni. Biar kau menjerit ketakutan malam-malam," Ariash cuba menakutkan Elwood. Malangnya cubaannya gagal.

"MUAAHAHAH aku tak takut hantu! Hantu yang takut aku!" Elwood gelak kuat kemudian lidahnya dijelir keluar. Mengejek Ariash yang sudah panas.

Ariash hanya mampu mengeleng kepalanya kesal. Haihh sekarang aku betul-betul menyesal.

Patutnya aku ikut Arjuna balik je tadi!

"Ari!"

"ARIASH SYA!"

Ariash menoleh ke arah ibunya yang berdiri di tepi. Ibunya memandang Ariash yang tidak mengenakan baju dan hanya berseluar panjang.

"Ya bu, kenapa?" soal Ariash. Jarinya yang sibuk menaip di atas laptop tadi segera terhenti. Sibuk sangat dengan assignment sehingga tidak sedar dengan panggilan ibunya.

"Ibu tanya kalau Ari nak tambah sandwich lagi ke tidak? Kalau tak, ibu letak dalam peti sejuk," Puan Yohana menayang sandwich yang tersusun elok di atas pinggan yang bercorak rose itu.

"Hmm, Ari minta satu je lah. Mana tahu Ari tiba-tiba lapar balik hehehe," kata Ariash sambil tersengih lebar.

Puan Yohana meletakkan dua keping sandwich di atas pinggan Ariash sebelum berlalu pergi.

Ariash tertawa pelan.

Inilah perangai ibunya bila dia minta satu, ibunya akan berikan dia dua. Bila dia minta tiga, ibunya akan berikan empat dan begitu lah seterusnya.

"Ayah pergi mana bu?" Mata Ariash melilau mencari keberadaan ayahnya. Tadi pagi ada saja duduk bersarapan, tapi selepas itu hilang entah kemana.

Puan Yohana berdiri di depan sinki mencuci peralatan yang digunakannya ketika membuat sandwich telur untuk sarapan tadi.

"Entahlah Ari, ibu pun tak tahu ayah pergi mana. Lepas sarapan je terus hilang. Ni barang yang ibu guna buat sandwich tadi pun ayah tak tolong basuhkan lagi," kata Puan Yohana hairan bila suaminya itu terus saja hilang selepas menjamah sedikit sandwich buatannya.

Ariash menoleh ke arah ibunya. Dahinya licinnya berkerut.

"Ayah tak bagi tahu Ibu ayah pergi mana?"

"Tak..." Jawab Puan Yohana sedikit kecewa.

"Pelik, selalunya kalau ayah pergi mana-mana mesti bagi tahu Ibu dulu," kata Ariash penuh tanda tanya dengan sikap ayahnya yang tiba-tiba saja menghilang tanpa pamit.

Ariash bangkit dari duduknya seraya membuka langkah menuju ke arah ibunya yang berdiri di depan sinki.

"Sini, biar Ari yang tolong basuhkan."

Tangan Ariash mulai berkerja untuk membasuh beberapa pinggan, sudu, gelas, dan pisau dengan berhati-hati.

Ariash memandang ke luar jendela.

Taman kecil ibunya yang penuh dengan kaktus menyapa matanya.

Kemudian Ariash merenung pulak cermin jendela di hadapannya, bayangan ibunya yang sedang duduk di bangku meja makan terpantul di permukaan kaca.

"Ibu," panggil Ariash dengan suara garaunya.

"Kenapa Ari?" soal Puan Yohana seraya menoleh ke arah Ariash yang membelakanginya. Matanya kemudian memandang pantulan Ariash di cermin. Tersenyum lebar dia melihat wajah kacak anak tunggalnya itu.

Ariash hanya tersenyum nipis. Tangannya yang sibuk bekerja tadi kini sudah berhenti. Dia sudah selesai membasuh semua cucian.

Tangannya mencapai tuala kecil untuk mengeringkan tangannya yang basah seraya membuka langkah berjalan ke arah Puan Yohana yang masih menanti kata darinya.

"Tersenyum je kenapa? Mesti ada sesuatu ni! Ari nak bagi tahu Ibu yang Ari dah ada girlfriend ke?" soal Puan Yohana main-main. Saja mahu mengusik anaknya.

"Tak lah bu. Ari belum jumpa lagi," jawab Ariash dengan senyum lebar.

"Jadi apa dia? Kenapa senyum-senyum ni? Ibu rasa seramlah pulak," Puan Yohana menatap wajah Ariash yang sudah pun mendaratkan punggung ke atas bangku empuk. Mata hitamnya menyepet penuh penasaran.

Ariash menarik nafas yang boleh tahan panjangnya sebelum dihembus perlahan. Mengumpulkan segala kekuatannya.

"Baru-baru ni Ari dengar suara perempuan panggil nama Ari. Tapi.. dia bukan panggil dengan nama panggilan yang orang sekeliling Ari selalu guna," jelas Ariash seraya memerhatikan wajah ibunya yang tidak berubah.

Hanya tersenyum seperti biasa.

"Perempuan? Kat mana?" soal ibunya.

Wajah kacak Ariash berkerut. Ragu-ragu untuk memberitahu ibunya lagi.

"Hmmm...Dalam mimpi?" tersengih-sengih dia bila melihat wajah ibunya yang mulai masam.

"Ari main-mainkan ibu ke ni?" soal Puan Yohana geram. Budak ni kenakan aku ke apa?

"Betullah ibu! Ari dengar suara perempuan panggil Ari dengan panggilan 'ash,'" jelas Ariash bila ibunya masih salah faham dengan jawapannya.

"A..ash? Apa?" Wajah Puan Yohana berkerut cuba mengulang semula ayat anaknya itu.

"Ash bukan ass, ibu. Ejaan dia A-S-H," Ariash menjelaskan dengan sungguh-sungguh. Jauh sangat dah ass tu, ibu!

"Ash?" Ulang ibunya semula.

"Ya, Ash, ibu," Ariash mengangguk laju.

"Ibu ada kenal tak siapa-siapa perempuan panggil Ari dengan nama tu?" soal Ariash lagi. Hatinya berdegup laju bila ibunya termenung, cuba mencari tahu siapa.

"Hmmm, tak tahu lah pulak. Mungkin kawan sekolah Ari dulu."

"Ari yakin kawan sekolah Ari tak pernah panggil Ari dengan nama tu?" Ariash memeluk tubuhnya. Badannya yang tidak berbaju itu menyandar di bangku.

Puan Yohana masih memandangnya dan berfikir.

"Hmm..mungkin masa Ari kecil, Ari ada kawan perempuan yang rapat dengan Ari? Kindergarten?"

Ariash menongkat dagunya di atas meja.

Ya, disitulah masalahnya. Dia tidak dapat mengingat tentang ingatannya ketika di awal persekolahannya dulu. Setiap kali dia cuba mengingat, kepalanya akan berdenyut sakit.

Hanya ingatannya ketika di sekolah menengah saja yang jelas di kotak memorinya.

"Ari tak ingat lah."

"Normal lah tu kalau Ari lupa. Ibupun dah tak ingat sebab lama sangat. Dan mungkin juga perempuan yang Ari dengar tu cuma mimpi. Mainan tidur." Jelas Puan Yohana dengan senyuman menawan terukir di wajah indahnya.

"Ari yakin itu bukan mimpi. Dan lagi satu, kemarin masa Ari dalam perjalanan pergi restoran mamak tu, tiba-tiba ada ingatan asing yang terlintas dalam fikiran Ari. Ingatan yang Ari tak pernah..Ari tak tahu lah nak jelaskan macam mana." Ariash tidak berputus asa, cuba mengadu kepada ibunya lagi mengenai ingatan asing yang muncul itu.

Puan Yohana menarik nafas seraya mendekatkan bangkunya ke tepi anaknya yang nampak terbebani oleh hal aneh yang menimpa dirinya.

"Calm down, bagi tahu Ibu ingatan apa yang Ari cakapkan ni," pujuk Puan Yohana prihatin seraya tangannya mengengam tangan besar Ariash.

Ariash sudah pasang muka monyok. Tapi dia mengangguk patuh pada arahan ibunya.

"Dalam ingatan tu... ada Ari dengan budak perempuan. Ari pun masa tu budak juga, tapi Ari lebih tinggi dari dia. Kita orang berdua tengah menari. Macam tarian yang ayah selalu paksa ibu tu. Waltz. Mungkin disebabkan kita orang berdua masih budak, tarian tu jadi tak tentu arah. Oh ya, dalam ingatan tu juga Ari ada nampak jendela kaca patri yang bercorakkan pokok."

Ariash menjelaskan dengan panjang lebar tentang ingatan asing yang membuatnya penuh persoalan.

Dia mengerling ke arah ibunya yang sedang memikirkan sesuatu. Dia berharap ibunya akan menjawab persoalannya.

Puan Yohana memandang sekilas wajah anaknya yang jelas menunjukkan dia memerlukan penjelasan dari dirinya.

"Ibu rasa mungkin sepupu Ari. Keluarga belah ayah kat Itali," kata ibunya yakin sebelum menyambung ayatnya lagi.

"Dulu masa Ari kecil, ayah pernah bawa kita berdua jumpa keluarga dia kat Itali. Ari masa tu, tak silap ibu, baru 6 tahun. Mungkin Ari dah tak ingat sebab Ari masih kecik masa tu."

Puan Yohana mengemaskan pegangan tangannya dengan anak lelakinya yang penuh dengan perasaan ingin tahu itu.

"Jadi perempuan yang dalam ingatan Ari tu sepupu Ari?" soal Ariash.

"Ya. Normal lah tu bila teringat balik kenangan lama." Puan Yohana tersenyum lebar, sebelah tangannya mendarat di bahu anaknya, dipicit bahu itu lembut.

"Dah, jangan fikirkan lagi benda-benda yang tak penting tu. Ari tak pernah lagi ada sejarah hilang ingatan je apa. Ingatan yang tiba-tiba muncul tu perkara biasa. Ibupun kadang-kadang akan hadapi benda ni," sambung Puan Yohana lagi, menyakinkan anaknya.

Ariash mengangguk perlahan.

'Betul juga kata ibu. Benda lepas kot buat apa nak ingat. Tak ada nampak penting sangat,' bisik hatinya. Dahi yang berkerut sebelumnya kembali seperti biasa.

Ibunya perlahan melepaskan genggaman tangan mereka untuk mencapai bakul buah-buahan yang terletak elok di atas meja makan.

"Nah, makan buah anggur ni," pelawa Puan Yohana dengan senyuman lebar, tangannya lincah bergerak untuk memisahkan buah anggur dari tangkai sebelum dibawa ke dalam mulut sendiri.

Ariash melirik buah anggur di dalam bakul.

' hm..Keluarga sebelah ayah?' bisik hatinya penasaran.

Dia ingin sekali mengetahui lebih dalam tentang keluarga ayahnya.

"Jangan sesekali tanya pasal keluarga ayah."

Kepalanya menoleh ke arah ibunya yang sedang mengunyah anggur. Sedikit terkejut bila bisikan hatinya sebentar tadi dijawab oleh ibunya. Seolah-olah ibunya itu boleh membaca kata hatinya.

"Kenapa?" soal Ariash. Kening sebelah dijongket tinggi.

"Ayah tak suka," ringkas saja jawapan ibunya.

Ariash mendengus pelan.
Punah harapannya untuk mengenali keluarga ayahnya. Bila ibunya sudah memberi amaran kepadanya.

'Haih? Nak kenal-kenal ahli keluarga sendiri pun tak boleh,' bisik hatinya.

"Apa kata ibu bagi tahu Ari tentang keluarga ibu je?" Puan Yohana tertawa kuat.

"Kalau keluarga ibu Ari tahu dah!" ujarnya dengan bibir yang sudah muncung ke depan.

"Ibu bagi tahu lebih dalam lagi tentang nenek nak?" Suara Puan Yohana berbaur gurauan.

"Ari taknaklah ambil tahu lebih pasal nenek sebab nenek suka sangat piat otot-otot Ari ni." Jarinya menekan-nekan sixpacknya seperti menekan kalkulator. Kesian otot aku ni kena piat.

Neneknya yang dikenali sebagai Datin Jasmin Alora selalu saja memiat ototnya setiap kali neneknya itu melihatnya. Bahkan kalau Ariash melarikan diri, neneknya itu sanggup mengejarnya sekeliling rumah demi memuaskan hati.

'Haih.. Lain macam nenek aku ni,' bisik hati Ariash, jarinya mengambil sebiji anggur lalu dikunyah laju.

"Nenek masih kat New Zealand dengan atuk kan?" Soal Ariash. Matanya hijaunya melirik ibunya yang tersenyum lucu.

Sejak nenek dan atuknya meninggalkan kehidupan perniagaan, neneknya sering merancang perjalanan ke luar negara bersama dengan atuknya. Mereka berdua merasakan bahawa masa yang mereka curahkan untuk membangunkan syarikat yang kini diambil alih oleh ibunya telah mengorbankan masa muda mereka. Jadi, kini mereka ingin menikmati sisa-sisa masa hidup mereka dengan menjelajahi dunia bersama-sama.

Puan Yohana mengangguk, bibir tersenyum lebar.

"Ya, nanti bulan 8 dia orang akan balik kat Malaysia. Nenek kata dia rindu sixpack Ari tu. Sampai nenek terbawa-bawa dalam mimpi HAHAHAHA,"

Puan Yohana ketawa kuat. Dapat dia rasakan matanya berair.

'Entah kenapa lah mama aku tu suka sangat sixpack anak aku ni' bisik hati Puan Yohana. Matanya melirik ke arah sixpack anak lelakinya itu.

'Hmm.. hebat lagi sixpack lakik aku' sambungnya lagi dalam hati.

Ariash yang mendengar kata ibunya tentang neneknya yang sedang merindukan sixpack yang terletak elok di badannya segera memeluk tubuh melindungi otot-otot yang menghiasi perutnya.

'Jangan risau, otot kesayanganku. Akan kubawa kalian bersembunyi di rumah anak cina bila nenekku  kembali ke sini!' bisik hatinya penuh drama.

Puan Yohana mengeleng kepala melihat reaksi anaknya.

"Ibu gurau je lah. Nenek tu taklah miang sangat sampai otot Ari masuk kedalam mimpi. Nenek tu memang miang tapi taklah miang dengan cucu sendiri. Nenek tu sengaja usik Ari je," jelas Puan Yohana.

"Tapi sakit lah bu~" rengek Ariash dengan nada menderet. Mahu berdrama dengan ibunya. Inilah peluangnya untuk mengeratkan lagi hubungan antara anak dengan ibu.

"Aih? Kena piat sikit sakit? Waktu latihan boxing dengan ayah sampai berdarah-darah tak pulak merengek macam ni," balas Puan Yohana dengan kening terjongket.

"Dah tentulah sakit ibu. Ari tak merengek sebab Ari nak nampak hebat depan ayah. Ari kan anak jantan," kata Ariash monyok bila memikirkan semula keadaan penuh darah tiga bulan yang lalu dimana dia dan ayahnya mengadakan perlawanan untuk menguji sejauh mana dirinya sudah mengusai seni bela diri.

Sejak berumur 15 tahun lagi, Ariash sudah dilatih dalam seni bela diri tinju oleh ayahnya, dan mereka sering berlatih bersama serta bertanding satu sama lain. Jadi, Ariash sudah terbiasa dengan kecederaan dan luka bila berlatih dengan ayahnya.

"Ibu pun tahu kan perangai ayah tu. Ibu ingat tak first time Ari lawan dengan ayah dulu? Makin Ari mengaduh kesakitan, makin itu juga lah ayah nak pukul Ari. Sampaikan Ari pun jem ayah ni nak latih ari ataupun nak bunuh Ari?" jelas Ariash lagi seraya tangannya bermain di bakul buah-buahan.

Puan Yohana yang mendengar luahan anaknya hanya mampu tersenyum hambar. Dia tahu suaminya itu sangat tegas dan kejam dalam melatih anaknya. Dia juga selalu menasihati suaminya untuk tidak membuatkan anak lelakinya ini tertekan.

"Semua yang ayah buat tu bersebab. Ayah nak latih Ari macam betul-betul dalam situasi yang sebenar. Kalau Ari jumpa musuh kat luar dan cuba untuk cederakan Ari, dia orang tak akan berhenti pukul Ari, tahu? Biarpun Ari merayu merengek macam anak kecil, takdenya dia orang lepaskan Ari. Ayah buat macam tu supaya Ari boleh handle kalau situasi ni betul-betul terjadi suatu hari nanti," terang puan Yohana panjang lebar. Tidak mahu anaknya itu Salah faham dengan ayahnya.

"Hmmm..tapi Ari masih tak puas hati," protes Ariash muncungnya ditarik lagi panjang.

"Benda buruk bila-bila masa je boleh jadi Ari. Ambil contoh dari Elwood. Elwood tu dah berapa kali kena culik? Ibu rasa dah enam kali dah. Ibu pun tak tahu ilmu apa yang dia amalkan. sekejap je dia terlepas dari penculik tu. Tak sampai 24 jam Elwood dah balik kat rumah dia," kata ibunya lagi panjang lebar.

"Tu lah siapa suruh jadi anak yatim jutawan, kan dah kena culik," jawab Ariash.

kepalanya digeleng bila teringatkan kali terakhir Elwood diculik oleh van putih di depan matanya.

Tapi tidak sampai lima jam Elwood diculik dia sudah kembali pulang dengan selamat dan berdiri di depan pintu rumahnya untuk mengajaknya keluar lepak.

"Aip! Ari jangan cakap macam tu." Jari Puan Yohana naik memberi amaran untuk tidak mengata anak cina itu.

Ariash hanya mengangguk seraya tersengih seperti kerang busuk.

"Okay, ibu cantik~" puji Ariash dengan suara garaunya.

'Kita mengata sikit je pun' bisik hati Ariash.

Continue Reading

You'll Also Like

32.1K 1.1K 37
KARYA PERTAMA New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
517K 17.8K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
501K 20.3K 39
ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃...
174K 6.8K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...