HER SAVIOR [Slow Update]

Por DaisyIntrovert

129K 9K 1.3K

'No harm will ever come to you, for I am your protector' "Saya tak boleh nak halang kerana hati saya yang me... Más

DISCLAIMER
CAST
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51

BAB 1

4.9K 236 39
Por DaisyIntrovert

"Assalamualaikumwarahmatullah."

Wajahnya diraup perlahan. Kedua tangan diangkat menadah tangan membaca doa selepas sahaja menunaikan solat subuh.

Selesai membaca doa, dia bingkas bangun kemudian melipat sejadah lalu meletakkan sejadah tersebut di dalam rak.

Ada baki beberapa jam lagi sebelum dia menduduki peperikaaan di universiti.
Dia mencapai bukunya di atas meja lalu dibaca sekali imbas.

Cukup sekadar untuk dia membuat revision kerana malam tadi dia sudah berhempas pulas mengulang kaji.

Selesai mengulang kaji, bukunya ditutup lalu diletakkan ke dalam beg.

Tangannya baru saja membuka pintu, terpacul wajah-wajah kesayangannya.

"Selamat hari lahir anak mama dan papa," ucap wanita yang semakin hari semakin cantik walau wajahnya semakin berkedut dimamah usia.

"Selamat hari lahir anak papa, Tengku Ahnaf Rifqi yang ke dua puluh lima. Semoga cepat bertemu jodoh," ucap Tengku Arifin sambil berseloroh kecil.

Balqis menatap penuh kasih wajah jejaka yang berdiri di hadapan mereka.

Waktu berputar terasa sekejap sehingga anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang kini membesar menjadi jejaka yang elok budi pekertinya. Dari segi paras rupa, Tengku Ahnaf lebih banyak mewarisi Tengku Arifin.

"Alhamdulillah untuk usia ini. Semoga di usia baru ini, abang dapat membuat papa dan mama hidup lebih bahagia dari sebelumnya. Terima kasih papa mama sudi ingat tarikh lahir abang walaupun dah besar panjang begini," ujar jejaka bernama Tengku Ahnaf itu bersama senyuman.

Balqis mengusap penuh kasih wajah Tengku Ahnaf.

"Tak perlu berlebihan buat mama dan papa bahagia. Cukup melihat kamu tersenyum dan berdiri di hadapan kami ini saja sudah mampu membuat kami bahagia. Kan Hubby?" Balqis menoleh ke belakang memandang encik suami bersama senyuman tipis.

Tengku Arifin mengangguk kecil lalu memeluk bahu anak lelakinya itu.

"Papa tak minta banyak. Semoga Allah melindungi anak papa dan mama ini walau di mana saja kamu berada," ucap Tengku Arifin dengan nada bergetar.

Tengku Ahnaf terus memeluk tubuh kedua-duanya.

"In sha Allah doa papa dan mama terangkat dan sampai kepada Allah. Buktinya, abang masih ada di hadapan ibu ayah. Itu semua kerana berkat doa papa dan mama yang tidak putus-putus mendoakan abang," tutur Tengku Ahnaf lembut.

Balqis mendongak memandang anak lelakinya yang mempunyai ketinggian 184cm itu lalu melemparkan senyuman manis.

"Jom makan. mama dah masakkan makanan kegemaran anak mama ni. Hah sebelum tu, dah solat ke?" soal Balqis.

Tengku Ahnaf mengangguk kecil seraya meleraikan pelukan antara mereka bertiga.

"Dah mama. Tadi baru saja lepas habis solat," tutur Tengku Ahnaf sopan.

"Alhamdulillah. Mari kita ke meja makan. Papa tak sabar nak rasa masakan mama kamu ini. Papa tak boleh makan selagi kamu tak makan tau. Maklumlah, hari special kamu," usik Tengku Arifin seraya menjauhkan diri apabila tangan Balqis gatal mahu mencubit lengannya.

Mereka bertiga terus melangkah menuju ke meja makan.

"Erkkk Alhamdulillah. Terima kasih banyak mama masakkan makanan sedap untuk sarapan pagi ini."

Pagi ini, Balqis masakkan nasi ayam kegemaran Tengku Ahnaf. Banyak kali juga dia menambah. Jarang dia tak menambah kalau masakan Balqis.

"Sama-sama. Pagi ini abang ada exam kan?" soal Balqis.

Tengku Arifin sudah pergi kerja terlebih dahulu kerana katanya ada hal.

"Ya mama. Mama doakan abang ya," pohon Tengku Ahnaf.

Tengku Ahnaf merupakan pelajar Ijazah Sarjana di sebuah universiti terkemuka. Selepas saja menghabiskan pengajian Ijazah Sarjana Muda, dia bekerja sekejap di syarikat kedua milik keluarganya, TA Corporation.

Disebabkan papanya mahu dia mengendalikan syarikat itu, dia membuat keputusan untuk sambung belajar agar kedudukan dan ilmu dalam perniagaan lebih kukuh.

Memandangkan dia bekerja dari isnin sehingga jumaat, maka dia mengambil peluang hujung minggu untuk ke kelas.

"Mama sentiasa doakan yang baik-baik untuk anak mama. Yang penting, jangan pernah lupa Allah. Letakkan Allah di kedudukan yang teratas dalam kehidupan kita, in sha Allah semua yang kita buat akan dipermudahkan," nasihat Balqis.

"Terima kasih mama. Disebabkan mama sudah bersusah-payah masakkan untuk abang, biar abang pula yang kemas ya."

Tengku Ahnaf bingkas bangun kemudian mengemas meja makan.

Balqis menguntum senyuman tipis melihat anak lelakinya yang tidak kekok membuat kerja di rumah kerana sejak dari kecil lagi dia dan suaminya sudah mendidik anak lelaki mereka itu membuat segala pekerjaan di rumah supaya bila Tengku Ahnaf sudah berkahwin, anak mereka itu tidak akan membebankan isterinya nanti.

Tengku Anaqi sudah duduk di rumah lain bersama isterinya kerana mereka juga perlukan privasi.

Balqis yang masih duduk di meja makan itu melepaskan keluhan kecil. Jika hari ini ulang tahun Tengku Ahnaf, bererti ulang tahun arwah anak perempuannya juga, Tengku Adelia.

Sudah 3 tahun anak perempuannya itu pergi meninggalkan mereka sekeluarga. Perlahan-lahan air matanya menitis ke pipi.

Jika anak perempuannya itu masih hidup, pasti anak perempuannya itu akan menghubungi semua orang meminta mereka memberi ucapan kepadanya.

Matanya berkerdip ketika dia merasakan ada tangan menyeka air mata di pipi. Kepala dipanggung ke atas. Balqis mengukir senyuman pahit.

"Mama mesti rindu adikkan?" ujar Tengku Ahnaf dengan penuh berhati-hati.

Jika hari ini hari lahirnya, bererti hari ini hari lahir arwah adiknya juga.

Balqis mengangguk perlahan. Sukar bagi dirinya mahu percaya bahawa satu-satunya anak perempuan dia dan Tengku Arifin telah kembali ke negeri abadi.

"Mama jangan sedih-sedih okay. Nanti abang tolong sedekahkan makanan dekat rumah anak yatim bagi wakil arwah adik sempena ulang tahun kami bertiga," ujar Tengku Ahnaf sekaligus memujuk hati mamanya yang sedang dilanda kesedihan kerana teringatkan permata berharga rumah mereka.

"Nenek..nenek.."

Balqis dan Tengku Ahnaf terus menoleh ke tangga apabila terdengar suara budak kecil memanggil Balqis.

"Eh kesayangan Pak Long dah bangun ya? Awalnya bangun."

Tengku Ahnaf berjalan mendekati tangga mahu mengambil anak saudaranya yang takut-takut mahu turun sendiri.

Adiknya meninggalkan mereka seorang anak kecil seperti intan berlian yang membuatkan mereka merasa tenang setiap kali menatap wajah Nayla, anak perempuan Tengku Adelia.

Malam tadi Balqis mengambil Nayla di rumah Nazeem kerana mahu meluangkan masa dengan cucunya itu.

"Eee busuknya kesayangan Pak Long ini."

Tengku Ahnaf mencium kedua-dua pipi Nayla lalu menggomol wajah anak kecil itu. Nayla ketawa kecil apabila diperlakukan seperti itu. Dia sangat suka jika orang menggomolnya.

Tengku Ahnaf mendukung Nayla ke meja makan.

Nayla menghulurkan tangan kepada Balqis kerana mahu duduk di riba Balqis yang masih setia duduk di meja makan itu.

"Amboi cucu nenek ini, awalnya bangun," tegur Balqis sambil membetulkan rambut Nayla yang kelihatan berserabut sedikit kerana baru bangun dari tidur.

"Nek..chu chu chu."

Nayla memuncungkan bibirnya ke arah makanan yang ada di atas meja. Dia menelan air liur melihat ayam goreng itu.

Tengku Ahnaf ketawa kecil melihat telatah Nayla. Anak saudaranya itu memang suka makan. Pantang nampak makanan, laju saja tangan mahu mencapai. Pagi ini saja entah mood apa yang melanda dirinya. Pandai pula nak meminta dulu dengan Balqis.

"Nayla nak makan ayam goreng ke?" tanya Balqis kepada Nayla.

Nayla mengangguk kecil dengan matanya yang bulat itu.

"Kita brush teeth dulu okay? Baru nenek bagi makan. Okay sayang?"

"Oteyyy," jawab Nayla dengan riang. Dia menepuk tangannya sambil melihat ayam goreng di atas meja itu.

Tak sabarnya nak makan!

Tengku Ahnaf mengukir senyuman tipis melihat Nayla yang teruja itu.

"Mama, abang pergi dulu. Doakan abang. Bye-bye kesayangan Pak Long. Pak Long pergi dulu tau."

Tengku Ahnaf mencium hormat tangan Balqis. Sempat dia melayangkan ciuman pada pipi Nayla yang berbau susu itu. Mungkin susu botol yang diminum malam tadi tertumpah dekat pipi Nayla agaknya.

Helmet disarungkan pada kepalanya. Motorsikal dihidupkan. Setelah beberapa minit, motor milik Tengku Ahnaf menderu laju meninggalkan kawasan rumah.

"Bye bye pak yong," jerit Nayla kuat di dalam rumah ketika mendengar bunyi motor Tengku Ahnaf.

Buku Yasin ditutup. Matanya kembali terarah pada batu nisan yang terukir nama anak perempuan kesayangannya.

Tengku Arifin sengaja memberitahu isterinya kalau dia ada urusan kerja ysedikit yang memerlukan dia keluar awal dari rumah padahal dia ingin ke sini.

Batu nisan yang terukir nama Tengku Adelia itu diusap perlahan.

"Selamat hari lahir anak papa," bisiknya dengan nada bergetar.

Tidak terasa sudah 3 tahun koala 3nya itu tiada. Dia rindukan kehadiran anak perempuannya itu tapi dia sedar setiap yang hidup itu pasti akan pergi jua.

"Nanti papa datang lagi."

Tengku Arifin bangun lalu bergerak perlahan meninggalkan kawasan perkuburan itu.

Selang sepuluh minit selepas Tengku Arifin beredar dari situ, Tengku Ahnaf pula datang ke kawasan perkuburan.

Helmetnya dibuka kemudian dia membetulkan sedikit rambutnya yang berserabai itu. Dia turun dari motorsikalnya dan terus menuju ke kubur Tengku Adelia.

"Assalamualaikum adik, abang datang ini."

Tengku Ahnaf mengeluarkan telefonnya lalu membuka surah Yasin. Lebih senang dan mudah membaca melalui telefon.

Selesai membaca yasin, dia mengeluarkan botol air yang sudah siap-siap dibawa dari rumah lalu menyiram kubur adiknya itu.

Lama dia menatap batu nisan berukir nama Tengku Adelia itu. Tubir matanya terasa panas. Sebak mula menguasai hati.

"Selamat hari lahir untuk kita adik." dia berbisik perlahan.

Tahun ini, tahun ketiga dia meraikan hari lahirnya tanpa adik kembarnya yang satu itu di sisi. Jujur, dia sangat terkesan dengan pemergian Tengku Adelia kerana tingkah adiknya yang sentiasa ceria itu.

"Andai adik ada sehingga sekarang, mesti abang boleh tengok adik bermain dengan Nayla kan? Nayla dah besar sikit tau adik. Muka dia masa kecil sama sangat macam adik tapi itulah Nayla kuat makan," tuturnya sambik tergelak kecil.

"Adik jangan risau, Nazeem jaga Nayla sebaiknya. Kami semua pun jaga Nayla macam nyawa kami sendiri," sambungnya lagi.

Dia menyeka air mata yang mahu menitis ke pipi itu.

Ingatannya kembali kepada memori lama yang tercipta antara dia dan Tengku Adelia.

FLASHBACK

"Assalamualaikum salam sejahtera abangku." laung Tengku Adelia di muka pintu biliknya dengan bahu yang digoyang rancak.

Tengku Ahnaf yang sedang mengemas rak bukunya itu menoleh ke arah pintu. Dia agak pasti ada agenda tersembunyi yang menyebabkan Tengku Adelia datang ke biliknya.

"Ya Waalaikumsalam dan salam sejahtera adikku," jawab Tengku Ahnaf.

Tengku Adelia tersengih kecil sebelum menari-nari mendekati Tengku Ahnaf.

"Abangku, sibuk ke tu?" tanya Tengku Adelia sekadar berbasa-basi padahal sudah terang lagi bersuluh dia nampak abang kembarnya itu sibuk menyusun buku-buku di rak miliknya.

"Sibuk tapi kalau untuk adik, abang tak sibuk. Kenapa?" tanya Tengku Ahnaf dengan lembut. Dia menepuk tangannya agar habuk dari buku tidak berada di tangannya.

Tengku Adelia menekup wajahnya sendiri. Aduh aduh untung betul suri hati abangnya ini nanti.

"Tak, macam ini. Adik need your help abang! Adik terdesak mendesak dan terpaksa dan eh segala jenis sak yang ada dekat kamus dewan itu lah," kata Tengku Adelia sambil memaut lengan abang kembarnya itu.

"Terpasak sekali?" soal Tengku Ahnaf dengan nada mengusik.

"Abang! Itu bukan! Itu tak kena dengan situasi adik sekarang. Please, i really need your help kali ini. Abang saja yang boleh tolong adik sob sob sob."

Tengku Adelia berpura-pura menyeka air mata palsu yang ada di pipinya itu.

Tengku Ahnaf menepuk perlahan pipi Tengku Adelia yang banyak drama itu.

"Adik abang ini nak abang tolong apa? Meh cakap dengan abang. Kalau boleh tolong, abang tolong," balas Tengku Ahnaf.

Tengku Adelia menarik nafas dalam sebelum mengerdipkan matanya ke arah Tengku Ahnaf.

"Please jadi boyfriend adik olok-olok! Shhh! Abang diam dulu. Jangan mencelah! Abang kena jadi boyfriend adik sebab this guy selalu kacau adik dekat kolej tau. Boleh lah eh abang please."

Tengku Adelia membuat muka kasihan dengan harapan abang kembarnya akan setuju. Abangnya itu sajalah harapan dia. Tengku Anaqi? Tak apa lah, hancur punah rancangannya nanti.

"Kenapa tak cakap dengan abang ada orang kacau adik? Siapa lelaki itu?" tanya Tengku Ahnaf dengan serius.

"Adik takut nanti abang cari dia pula tapi sekarang ni adik kena juga minta tolong abang. Adik nak jaga hati adik ini untuk kekanda adik. Tak boleh ada lelaki lain dalam hati ini. Boleh kan abang?"

Tengku Ahnaf memandang wajah adiknya itu. Setia betul dengan kekanda dia.

"Okay. Nanti abang tolong adik," jawab Tengku Ahnaf ringkas.

"Yahooo!! Maceh abangku shayanggg."

Tengku Adelia terus berlari keluar dari bilik. Ini lah fungsinya ada abang kembar tak seiras. Boleh buat modal reject orang.

Keesokkan harinya, seperti yang dirancangkan, Tengku Adelia jalan berduaan dengan Tengku Ahnaf di kolej.

Sudah semestinya itu akan menarik perhatian orang ramai memandangkan tak semua tahu mereka berdua itu kembar tak seiras.

Tengku Ahnaf menarik satu kerusi untuk Tengku Adelia duduk. Setelah melihat adiknya sudah selamat duduk, barulah dia duduk di sebelah Tengku Adelia.

"Mana orangnya dik?" soal Tengku Ahnaf.

"Sekejap lagi mesti ada punya," jawab Tengku Adelia sambil matanya melilau kot kotlah lelaki itu muncul.

Dengan kekecohan tadi, dia pasti berita dia alan berdua dengan Tengku Ahnaf akan tiba di telinga lelaki itu.

Tepat tekaan Tengku Adelia apabila terdengar satu suara menjerit kuat memanggil namanya sehingga menarik perhatian orang ramai yang duduk di kafe itu.

"Adelia!!"

"Abang, dia dah datang," bisiknya perlahan kepada Tengku Ahnaf.

Tengku Ahnaf hanya menayang riak tenang.

"Eh Adelia! Apa you ni?! Siapa lelaki ini?" sergah lelaki yang bernama Aufar itu kepada Tengku Adelia.

Wajah lelaki itu kelihatan merah menahan marah melihat Tengku Adelia berduaan dengan seorang lelaki. Dia terus bergegas ke sini apabila mendengar gosip Tengku Adelia berjalan dengan seorang lelaki.

"Apa benda kau ini. Ini boyfriend aku. Kenapa? Ada masalah dengan kau ke?" jawab Tengku Adelia.

Aufar yang geram dengan jawapan Tengku Adelia itu bertindak menarik tangan Tengku Adelia sehingga gadis itu terbangun dari duduknya.

Tengku Ahnaf yang melihat adiknya dikasari lelaki itu terus bangun menepis tangan lelaki itu.

"Bro, be gentle toward woman please," tegur Tengku Ahnaf dengan nada tenang walhal dalam hati bagai nak meletup tengok adik sendiri dikasari. Dia sendiri pun tak pernah mengasari Tengku Adelia.

"Kau tak payah sibuklah! Ini urusan aku dengan dia. Tak ada kena mengena dengan kau!" bentak Aufar.

Dia memandang tajam Tengku Ahnaf yang turut berdiri itu.

"Macam mana kau boleh cakap tak ada kena mengena dengan aku. She is my girlfriend dude. Obviously masalah dia, akan jadi masalah aku juga. Now sila berambus," ujar Tengku Ahnaf dengan tegas seraya menarik Tengku Adelia berdiri di sebelahnya.

Adiknya sendiri, tidak haram untuk dia sentuh tetapi dia tahu tindakannya ini akan menimbulkan fitnah bagi mereka yang tidak tahu hubungan sebenar antara dia dan Tengku Adelia kerana bersentuhan.

"Kau boyfriend dia? Aku tak percaya! Kau ke sini Adelia!"

Aufar cuba menarik kembali tangan Tengku Adelia namun terhalang oleh Tengku Ahnaf yang sudah berdiri di hadapan Tengku Adelia.

"Kalau kau lelaki sejati, kau takkan berkasar dengan wanita. Aku tak nak ambil kisah kau nak percaya atau tidak Adelia ini girlfriend aku tapi yang aku tahu kalau kau cuba nak ganggu dia lagi, kau akan berhadapan dengan aku. Aku tak nak cetus masalah dekat sini. Sila blah dari sini sekarang," ujar Tengku Ahnaf dengan wajah dingin.

Matanya tajam memandang Aufar yang cuba mencuri pandang ke arah Tengku Adelia yang berdiri di belakangnya.

"BLAH SEKARANG." Tengku Ahnaf menekankan kata-katanya.

Aufar terus berlalu meninggalkan dua beradik itu.

Tengku Adelia melepaskan nafas lega melihat Aufar yang sudah melangkah pergi itu.

"Hua! Thank you so much abang!" ujar Tengku Adelia sambil memaut manja lengan Tengku Ahnaf.

"Tangan adik sakit tak? Kuat budak tu tarik tadi kan?" Tengku Ahnaf membelek tangan adiknya. Bimbang ada lebam di mana-mana.

"Adik okay saja. Thank you tau tolong adik. Nanti adik belanja abang your favorite food okay?"

Tengku Ahnaf senyum nipis.

"Adik ada duit ke nak belanja abang?" sakat Tengku Ahnaf.

Tengku Adelia tersengih kecil.

"Loan dengan papa. Jadi, macam biasa lah, guna duit papa dulu."

Usai Tengku Adelia habis berkata, mereka berdua terus ketawa kecil.

Tengku Arifin juga hujungnya menjadi mangsa.

END FLASHBACK.

"Abang rindu adik. Hari ini abang ada exam. Tak boleh lama-lama. Nanti abang datang lawat adik lagi okay."

Tengku Ahnaf terus bangkit berdiri kemudian melangkah ke motorsikalnya. Ada berbaki dua jam lagi sebelum peperiksaannya bermula.

Dia menadah tangan membaca doa naik kenderaan dulu sebelum bergerak.

" Subhaanallazii sakh khorolanaa hazaa wamaa kunaa lahuu muqriniin wainna ilaa rabbinaa lamunqolibuun. Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali."

"Ya Allah, Engkau permudahkan lah urusanku," sambungnya lagi setelah selesai membaca doa naik kenderaan.

Motorsikal milik Tengku Ahnaf terus bergerak laju meninggalkan kawasan tanah perkuburan tersebut.

Hi, we meet again through this karya.
Happy Reading 🤍

Seguir leyendo

También te gustarán

13.9K 407 15
apa akan terjadi kepada pensyarah yang hot,handsome tu bila kena tuduh and terpaksa kahwin dengan pelajar dia sendiri ? "Aiden kena kahwin juga deng...
78.3K 6.9K 61
Mystery | Romance 𝐀𝐲𝐫𝐚 𝐗 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 "I Accepted Her" ••• AYRA HIJANNA Hidup yang bergelumang dengan kekeliruan masa silam. Satu demi s...
149K 4.7K 58
Iman Natasya gadis yang ceria dan sangat di senangi orang sekelilingnya, apalagi Iman Natasya memiliki rupa paras yang cantik dan berbudi bahasa. Di...
16.1K 311 29
Aisy Humaira terpaksa menggantikan kakaknya untuk berkahwin dengan Firman Hakim yang berumur 31 tahun sedangkan Aisy Humaira baru berumur 17 tahun,da...